Friday, July 9, 2010

Abang Sabri Yakin Lagi!

Ok, cukup sudah cerita pasal Piala Dunia. Kalau tiap hari cerita boleh jadi bodoh macam Argentina. Sayur. Jahanam. Celaka.

Kali ni gua nak cerita pasal Abang Sabri. Ala, Abang Sabri ni gua dah pernah cerita dalam entri kat bawah ni. Tapi sikit sajalah, tak banyak. Kali ni gua cerita banyak sikit. Abang Sabri ni orang veteren. Bukan veteren perang tu. Tapi umur nak sampai 40 dah. Tak macam gua, awal 20-an lagi. Anak ada dua Abang Sabri ni. Gua tengok Abang Sabri ni seorang 'family man'. Pernah sekali dia tunjuk video dia main main dengan anak anak dia. Dia jadi Ultraman, anak anak dia jadi raksasa. Teruk juga gua tengok Abang Sabri kena pijak perut. Tapi Abang Sabri rilek saja. Janji anak anak senang hati. Memang 'family man' lah Abang Sabri ni.

Abang Sabri ni, disebabkan dia veteren, cerita cerita pengalaman dia memang banyak. Cerita dia pernah jadi penjual keretalah, pegawai banklah, tukang kebunlah dan macam macam lagi. Tapi sekarang dia dah settle down jadi cikgu macam gua.

Abang Sabri kalau bercerita, tahap keyakinan dia memang tinggi. 100%. Kalau dengar memang boleh bawa percaya. Sebabnya, Abang Sabri ni kurang menipu. 'Family man' lah katakan. Lagipun dia tahu, umur umur senja macam dia agak tidak sesuai menipu, lebih sesuai bertaubat dan mendekatkan diri kepada tuhan.

Semalam gua lepak lepak dengan Abang Sabri kat kedai mamak. Kami berdua saja. Bila lepak, macam macam cerita keluar. Cerita pasal orang itulah, orang inilah dan pelbagai lagi. Sekali sekala borak kami henti seketika bila gadis gadis berpakaian sendat lalu dihadapan kami. Family man, family man juga, nafsu mata kena layan juga sekali sekala.

Kemudian kami masuk sembang sembang pasal filem filem yang tengah hangat ditayangkan di Malaysia sekarang. Abang Sabri yang masa tu baru lepas hirup kopi o panas bertanya kepada gua.

"Hang dah tengok Toyota Eclipse tu tak? Ala, certia pasal vampire lawan werewolf tu. Tengok prebiu macam best weh!"

Sekali lagi tahap keyakinan tinggi Abang Sabri memakan diri. Bukan Toyota Eclipse lah Abang Sabri, Twilight Enclipse la brader! Abang Sabri, Abang Sabri...

No comments:

Post a Comment