Saturday, June 26, 2010

Unibersiti

Pagi tadi, gua dalam perjalanan ke Ipoh. Ikut lebuhraya Lumut-Ipoh. Gua lalu depan UiTM Seri Iskandar. Peh, banyak gila kereta beratur. Macam macam jenis kereta ada. Dari kereta nasional, hinggalah kereta buatan luar negara. Mujur tak ada yang ngada ngada nak bawa kereta sorong. Kalau tak, memang masa tu gua berhenti kereta tepi jalan, gua pergi terajang bibir pasal buat perangai macam gampang.

Waktu tengok keadaan macam tu, gua jadi teringat masa gua masuk universiti dulu. Malam nak daftar tu memang gua tak senang duduk. Masa kat rumah dah berapa kali ulang tengok VCD Ali Setan dengan Gila Gila Remaja pasal nak dapat feel masuk universiti. Yelah, budaya di universiti harus difahami dan dikaji agar kita tidak menerima kejutan budaya ataupun 'culture shock'. Bahaya wo kejutan budaya ni. Rambut boleh jadi karat kalau kena.

Hari mendaftar, orang memang ramai. Jalan sesak memang boleh bikin panas hati kalau nak berak. Mana nak fikir parking lagi, nak cari jamban lagi. Memang menyeksakan. Tapi satu je seronok, universiti universiti ini sememangnya menyediakan banyak gadis gadis comel untuk dingorat. Bagus juga pihak pentadbir ni memilih pelajar. Bukan sahaja mementingkan kebijaksanaan, malah, kecantikkan juga dititikberatkan.

Kemudian baru gua ingat, rupa rupanya adik gua pun mendaftar masuk universiti gak hari ini. Lantas gua menghubungi adik gua terus.

"Woi! Lu masuk u kan hari ni?"

"A'ah. Apahal? Ada nak pesan pape ke?"

"Ada."

"Apa dia?"

"Jangan jadi gay weh. Awek banyak tu sana. Hahaha!"

"Hahaha! Kantoi la lu. Apa punya nasihat la."

"Apahal lak?"

"Gua buat loudspeaker. Abah dengar gak weh. Hahaha!"

Gua terus letak telefon. Cilakak punya adik. Tak reti kaber line langsung. Kan dah malu gua sekarang. Dem!


5 comments:

  1. lynda pun harinih hntr adik msk itm kedah. gila jauh. jenuh masuk celah hutan :)

    ReplyDelete
  2. lynda:
    wah.long time no see.tiba2 muncul balik.patutlah jarang ada,baru kuar dari celah hutan.hahaha!

    ReplyDelete
  3. kahkahkahkahkahkah... gua bergelak sakan dengan adik lu secara beregu.. KOP cawangan tengah gay! hahaha

    ReplyDelete
  4. hoh.. padan muka lu... sape suh bagi nasihat cam tu.. hahahaha..

    errr.. gua agak konpius ni.. sapekah KOP cawangan tengah gay tuh..?? prodigy ke..?? lu ke..?? or, prodigy dgn lu..?? kahkahkah....

    larikkkkkkk....

    ReplyDelete
  5. prodigy:
    woi2.pejadah gua gay lak.gua ni lelaki tulen dan merupakan seorang pencinta wanita ok.orang gemuruh macam lu je gay king.dem u!hahaha!

    eina:
    ala,mana gua perasan dia buat loudspeaker.bese dia letak telefon kat telinga je.

    KOP cawangan tengah tu ialah gay.gua takde gelaran apa2 pun.hahaha!

    ReplyDelete