Sunday, June 13, 2010

Apelika Selatan

Piala Dunia tahun ni macam tak ada feel sangat la bagi gua. Rasa macam biasa biasa saja. Tak meriah langsung. Patutnya kalau Piala Dunia berlangsung, semangat nak tidur awal tak ada langsung. Ni tak, terbalik pula jadinya. Pukul 11 malam dah stat rasa mengantuk tu. Mata dah kuyu kuyu manis saja. Menguap pula, macam godzilla. Kepala pun dah high semacam, macam hisap ganja. Rasa macam ada kelibat Bob Marley saja kat sebelah gua ajak pekena marijuana. Tapi, gua tolak dengan penuh rasa hormat.

Semangat Piala Dunia kali ni tak memuncak sangat bagi gua. Piala Dunia 1998 merupakan piala dunia yang paling efektif dan efisien bagi gua. Semangat dia padu lain macam. Semangat tidur lambat memang tinggi. Mujur gua sekolah petang waktu tu, jadi, tak ada masalah sangat kalau terlewat bangun. Tapi terlewat bangun Subuh memang boleh mendatangkan penampar kepada pipi gua.

Semangat Piala Dunia 1998 memang terbawa bawa sampai ke sekolah. Seiring berlangsungnya Piala Dunia, gua dan kawan kawan lain turut buat piala kami sendiri. Piala Jentik Bola. Di mana kami menggunakan kad kad yang dipotong untuk menjentik bola. Tak silap gua ada dalam 8 team juga yang mengambil acara ini. Gua punya kad gua water kaler macam jersi Brazil. Tapi campuran ton warna tu tak berapa kena sangat sebab gua bukan handal sangat dalam kelas pendidikan seni. Ada member gua pula siap print lagi kad kad dia jadi warna jersi Italy. Gila babi semangat weh. Macam unta padang pasir!

Pertemuan final antara Brazil dan Perancis masa tahun 1998 tu memang epik gila la! Gua memang menyokong Brazil walaupun dari jarak jauh. Ini kerana gua tahu kehebatan mereka sebelum ini yang sudah memenangi Piala Dunia sebanyak 4 kali. Jadi, adalah satu pilihan yang baik pada waktu itu untuk memilih pasukan kuat untuk memenangi Piala Dunia. Perancis pula waktu tu macam pasukan under dog je. Tak ada siapa pun yang mempu mengesyaki bahawa Perancis mampu layak ke final dan sekaligus merangkul Piala Dunia 1998. Zidane waktu tu memang fenomenalah. Ronaldo pula, barai weh! Esok siangnya pergi sekolah habis gua kena ejek, kena hina, kena palu. Lalu tertunduk tunduk gua malu macam daun semalu.

Namun begitu, Piala Dunia 2010 memang terasa kesuramannya. Walaupun tiap hari kita sentiasa disogokkan dengan kualiti tv yang High Definition atau Bahasa Melayunya Berdefinisi Tinggi, semangat Piala Dunia 2010 tetap berada pada paras mendatar atau biasa biasa sahaja. Tapi yang penting, gua harap Hari Raya Puasa nanti tak adalah suram macam Piala Dunia ni, ye tak?

7 comments:

  1. ini je ulasannya?isk..buat semula!

    wakakaka...

    ReplyDelete
  2. awal lagi, King Of Perut kawasan tengah.. tunggu la nak masuk quarter final nnt.. smgt diaorg pun belum menaik lg..

    ReplyDelete
  3. kimmy:
    hahaha!mengarah ye?macam gua cakap kimmy,piala dunia kali ni kurang 'kick'.semangat nak tengok pun down gila,apatah lagi nak mengulas weh.hahaha!

    ReplyDelete
  4. Prodigy:
    wah lu,KOP cawangan selatan,bukan main lagi bagi nama pada gua ye.hahaha!naik tak naik,tapi feel dia tetap tarak.down teruk.tak macam world cup 98 brader.

    ReplyDelete
  5. rileks king.. yang tu mmg paling best dalam dunia.. sampai bila pun xleh lawan..eheh

    wah, da cat baru nampak.. ekekeke

    ReplyDelete
  6. prodigy:
    sebenarnya taknak cat bro.tapi ni gara2 terpengaruh ngan iklan suruh tukar design tu.ingat saja2 nak test.sekali tertukar terus.nak cari yang lama pun taktau mana nak dapat dah.dem lu king!hahaha!

    ReplyDelete
  7. ahh, world cup 98, budak laki hostel skolah gua rembat tv dari dewan makan bawak naik dorm.benci tau..sian kwn ai yg nk ushar nakata,kempunan..dia ler..bukan ai,ai tak layan veteran2 nih...KAHKAHKAH.

    ReplyDelete