Thursday, May 13, 2010

Semangat Tapi Tak Berminat Main

Beregu badminton paling gendut yang pernah Malaysia lahirkan.

Zakry Latif: Ahhhhhhhhhhhhh!

Hoon Thien How: Ohhhhhhhhhh!

Dua dua buat perangai ketagih karaoke. Memang smart. Cara celebration yang begitu unik sekali. Ala ala pegang mikrofon. Seolah olah ingin menjerit kasi satu dunia dengar.

Tapi jangan kata budak dua ekor ni saja menjerit jerit, gua yang dekat rumah tengok sambil berkain pelikat dan minum milo dan serta mencicah chipsmore pun boleh terjerit jerit sampai terangkat angkat kaki.

Gua rasa pasangan ini patut digandingkan lagi untuk perlawanan menentang China untuk perlawanan separuh akhir Piala Thomas nanti. Hoon main semalam memang macam harimau terlepas dari kandang. Gila babi dia punya semangat. Tapi kalau abang Rexy rasa tak sesuai juga, bolehlah halo-halo gua ya. Sila masuk blog ini untuk berurusan terus dengan gua ya abang Rexy.

2 comments:

  1. hahha.. gua pun cam lu gak.. menjerit sorg2 kat rumah tgk dorg ni main.. bersemangat tak hengat.. mmg gandingan yg mantap ah..

    errr.. lu bleh main badminton eh..?? gua tak tau plak..

    ReplyDelete
  2. eina:
    gua jenis tak suka menunjuk sangat.biasalah,orang2 zuhud memang camni.alhamdulillah.

    ReplyDelete