Friday, May 7, 2010

Apa? Pemasaran? Jom Karaoke Lagu Penasaran!

Akhirnya, tamatlah sudah kursus yang telah gua ikuti sejak hari Isnin yang lalu. Jadual memang padat gila! Sarapan 30 minit, masuk kelas 2 jam, makan tengah hari 30 minit, rehat, hisap rokok, buang apa apa yang patut 30 minit, masuk kelas balik 2 jam, minum petang, hisap rokok, baring baring, pusing pusing atas katil, mandi, korek hidung dan buang apa apa yang patut 1 jam 30 minit, 30 minit makan malam dan masuk balik kelas 2 jam. Amacam, kalau matematik handal cubalah kira berapa lama kelas gua berlangsung?

Rutin rutin ini berlanjutan sehinggalah ke hari Khamis yakni semalam. Otak gua memang sudah dipenuhi macam macam jenis maklumat. Daripada cara cara menghasilkan laman web menggunakan perisian Joomla! sehinggalah kepada strategi pemasaran melalui blog. Dahlah bermacam macam jenis maklumat masuk, ditambah lagi keadaan persekitaran yang sangat sejuk seolah olah berada di kutub utara. Lagi beku la otak gua. Masa tu, nak menaip pun jari jemari dah rasa beku.

Malam tadi semua pakat ramai ramai nak balik terus sebaik sahaja habisnya kelas sebab hari ini bukannya ada kelas. Jadi, bertempiaranlah semua lari meninggalkan tempat kursus. Lebih lebih lagi mereka yang sudah berkahwin. Malam Jumaatlah katakan. Yang masih bujang, baca Yassin sudahlah. Gua dengan kawan gua pun terus meluru balik ke Lumut melalui jalan lama. Memang jalannya agak thrill juga. Ini kalau suruh producer Tokyo Drift buat filem di sini, memang akan menimbulkan rasa gusar juga. Stuntman Amerika bukan padu sangat pun. Peralatan saja lebih. Tengok orang Malaysia kita, mat rempit contohnya. Setedi sahaja tak pakai helmet sewaktu menunggang motor secara berbahaya. Itu baru stuntman tegar!

Gua sampai rumah dari Pinang pukul 1 pagi. Mengantuk memang tak payah cakaplah. Menguap berapa kali pun gua dah tak tahu. Tanpa buang masa gua terus mendaratkan diri di atas tilam gua yang dah tak berapa empuk dan boleh menimbulkan sakit sakit belakang bila bangun di pagi hari. Nak mimpi apa pun gua tak sempat nak rancang. Sedar sedar mata dah tertutup rapat.

Pagi tadi bangun, jam dah pukul 9. Perut pun dah rasa lapar. Rasa macam nak menyabit rumput saja bila lapar lapar macam ni. Tanpa buang masa, gua terus bergegas untuk mandi. Cukup 7 kali cebuk, gua terus bersiap untuk pergi sarapan. Nasi goreng, ayam goreng dan telur menjadi menu pilihan dalam kepala otak gua. Gua capai kunci kereta dan dompet lalu terus keluar rumah dan mengunci pintu. Oh ya. Gua rancang nak bayar bil rumah. Segera gua masukkan tangan ke dalam poket untuk mencari kunci rumah.

Eh, eh...

Hampeh! Macam mana gua boleh tertinggal kunci dalam rumah ni? Macam mana gua nak masuk balik ni? Baju baju yang tengah di cuci tu siap pula nak sidai nanti? Kalau dibiar lama boleh mendatangkan bintik bintik hitam pada baju. Gua tak minat sangat fesyen polka-dot ni. Nak tunggu member balik, alamatnya tengah hari lah baru ada.
Akhirnya, gua kini berada di Cyber Cafe sedang menaip entri ini. Inilah akibatnya jika meninggalkan suruhan Allah. Siapa suruh tinggal Subuh tadi?!

3 comments:

  1. mana lagu penasarannya? hahahaha.. ajar gua sket strategi pemasaran blog, bro..:D

    ReplyDelete
  2. lu nak masukkan blog lu kat pasaran gelap mana bro...:D

    ReplyDelete
  3. prodigy:
    lagu tu lu nyanyi sendirilah.ingat tak penat ke nak nyanyi secara live dalam blog ni.

    ok,tips pemasaran pertama: kecikkan perut lu dulu.hahaha!

    bandela:
    pasar malam.amacam?gelap tak?

    ReplyDelete