Thursday, March 4, 2010

Nostalgia - Mengorat

Gua dah rasa start minat perempuan masa darjah 6 lagi. Walaupun masa tu gua belum sampai akil baligh lagi. Orang kata masuk Form 1 baru dapat mimpi basah tu. Tapi, itu tak menghalang gua untuk meminati perempuan. Mimpi tak mimpi. Mengorat tetap mengorat juga.

Gua masa tu kelas 6 Setia. Entah apa yang setia pun gua tak tau. Tengok budak budak kelas gua tak ada pun yang setia dalam pembelajaran. Time cikgu mengajar, main kepung kepung dalam buku matematik. Kalau kantoi, kena herdik padu padu. Gadis gadis tengok boleh buat rasa malu. Nak buat jadi laki pun mesti malu.

Budak yang gua minat tu budak kelas 6 Jujur. Kelas budak paling pandai. Kalau buat soalan matematik, mesti buat secara beramai ramai. Mana yang skor markah paling tinggi, boleh dapat nombor satu. Kira matematik ni kalau sesiapa hebat boleh jadi penanda aras untuk dapat nombor satu la. Budak perempuan yang gua minat tu memang pandai jugalah. Tetapi, ia masih tidak menghalang gua untuk mengorat budak pandai itu. Gua pun pandai juga apa. Cuma tak bernasib baik sikit sajalah. Jadi gua dapat masuk kelas nombor dua pandai. Ala, pandai juga apa?

Satu hari, kawan gua, nama Amir, datang cuba memberi khidmat nasihat.

"Kau Wan, kalau nak ngorat perempuan ni, gaya mesti ada. Ni apa rambut belah tepi, mana ada orang nak tengok!" Ya, masa Darjah 6, gua buat rambut belah tepi. Nak buat macam mana, sudah di ajar dari kecil lagi untuk sikat begitu.

Jadi pada hari yang bersejarah untuk mengorat budak perempuan itu, Amir telah melakukan make over pada rambut gua. Amir bawa gel dan sikat untuk sesi make over. Gua ada rasa sedikit nervous. Dada dah rasa berombak. Ada kawan kawan gua yang lain turut memberi galakkan.

"Kau nak buat stail apa ni Mir?" Gua bertanya resah. Kalau Amir buat gaya rambut punk maka, pelempang bapak gua lah jawabnya nanti.

"Belah tengah je. Sekarang stail ni tengah hit. Lagipun Nick Carter pun buat macam ni. Kau tengok berapa ramai yang minat dia!" Amir bersungguh sungguh menerangkan gaya rambut ahli boy band terkenal ketika itu iaitu Nick Carter dari kumpulan Backstreet Boys.

Mengenangkan Amir yang lebih arif tentang gaya rambut masa kini, gua serahkan saja kepadanya untuk make over gua punya rambut.

Entah berapa banyak gel Amir pakai gua tak pasti. Tapi rambut gua memang rasa melekat lain macam. Rasa berat saja. Kawan kawan gua kiri kanan bagi sokongan padu. Amir pula bergerak kiri, kanan, depan dan belakang untuk memastikan gaya rambut gua betul betul mengikut gaya Nick Carter.

Selang beberapa minit, rambut gua sudah siap. Kawan kawan gua sudah tepuk tangan. Amir buat muka kepuasan. Tanda berjaya dalam operasi make over ini. Amir berkata.

"Kalau macam ni rambut kau, memang tak berkelip la mata budak perempuan tu! Jadi, apa lagi, gi la dok depan pintu tu!"

Dengan langkah penuh semangat, gua melangkah ke depan pintu kelas. Gua intai kelas 6 Jujur. Budak perempuan tu macam nak keluar. Gua kemas kemaskan baju. Mana yang ada kesan kotor, gua lap lap kasi bersih. Muka gua yang berjerawat, gua picit kasi halus. Senyuman pula, gua bagi yang paling meruntun hati punya.

Si gadis sudah melangkah keluar kelas. Gua berdiri gagah depan pintu.

Si gadis semakin hampir, nafas gua turun naik turun naik. Laju.

Si gadis kini betul betul di depan gua. Gua pandang si gadis.

...Sepi...

Palatlah la wei!!!

Gua cari Amir balik. Muka Amir gua pandang geram. Tangan gua diayun tinggi tinggi. Lalu dilepaskan menuju ke arah muka Amir. Pelepow!!!

Hampeh! Si gadis berlalu macam tu saja. Tak tengok gua langsung. Tersentuh hati gua. Rambut dah macam Nick Carter pun dia tak pandang. Buat buat sepi pula tu. Dengan hati yang luka dan lara gua berlari ke padang bola untuk bermain bola dengan rakan rakan yang lain. Amir pula masih terbaring dalam kelas dengan mulut berbuih.


2 comments:

  1. "Gua dah rasa start minat perempuan masa darjah 6 lagi."

    Sebelum nie lu minat lelaki ke bro? wakakakakaka...

    ReplyDelete
  2. prodigy:
    ah siot lu!cuba memutarbelit fakta lak.sebelum tu gua budak hingusan lagi,tak paham erti mencintai dan dicintai lagi.hahaha!

    ReplyDelete