Saturday, March 13, 2010

Buat Assignment @ Esaimen

Dulu, waktu di universiti, kalau buat esaimen mesti nak last last minit. Padahal, pensyarah dah bagi awal awal lagi. Tetapi, biasalah, darah mudah waktu tu memang tak berapa masuk sangat nak buat esaimen awal awal. Jadi masa banyak dihabiskan dengan tidur lebih masa, main lebih masa, gelak lebih masa dan melakukan program ziarah menziarah dari satu bilik ke bilik lain juga secara berlebih lebihan. Waktu tengah khusyuk gulung rokok daun, tiba tiba, member datang terjah bilik.

"Woi! Esaimen hang dah siap ke belum?"

"Rileklah. Lambat lagi nak hantar."

"Rilek pala hotak hang. Minggu ni doh kena hantar. Kira lagi 4 hari je tinggal!"

Hah! Masa tu la baru menggelipit nak buat. Kontek mana mana member yang dah siap buat. Yang selalu jadi mangsa kaum wanita la. Mana tak kaum hawa ni lagi ramai dari kaum lelaki kat universiti. Lelaki kebanyakkannya malas. Bukan saja saja malas, tapi rehat yang terlalu berlebihan. Waktu ni la merasa tak tidur malam, makan tak sempat, mandi tak sempat, tidur atas meja sedar sedar dah waktu kelas lalu pergi kelas tanpa mandi disamping muka ada bekas air liur basi.

Bila dah merasa terseksa macam tu, terus berazam untuk semester hadapan tak nak ulang benda yang sama lagi. Tak mahu buat last minute. Nak buat awal awal. Baru 'cara' (gaya budak JB bercakap, Prodigy contohnya). Tapi, bila mula semester baru, azam awal awal tadi terus lupa. Masih lagi rilek rilek secara berlebihan walaupun esaimen sudah dapat awal awal lagi. Lecturer siap besungguh sungguh lagi suruh buat awal.

Tahun 2010, kini. Gua masih lagi buat esaimen. Tetap buat last minute. Walaupun sedang menggelipit nak siapkan, gua sempat lagi tulis entri ni. Memang setedi la gua. Tapi kenapa printer perlu buat hal waktu waktu kritikal macam ni? Palat la wei!

7 comments:

  1. gua masa kat u, kalau assignment individu gua buat cpt..tp time group assignment je lmbt.. bukan sbb gua lmbt, bebudak nie yang lambat..amacam, cermelang tak gua? nyeh2

    ReplyDelete
  2. prodigy:
    lu jangan sembang letup kat sini puji2 diri lu.soklan2 gua dah jawab ke belum?tangan gua dah pegang spanar hidup ni.

    ReplyDelete
  3. gua adalah antara org terawal yg selalu submit assignment.. bagus kan gua..?? kan.. kan.. kan..
    err.. btw kan, menggelipit tu ape eh..?? pes time gua dgr... :p

    ReplyDelete
  4. eina:
    menggelipit tu sama macam menggelabah...ada ngerti tak?

    ReplyDelete
  5. owh... ok2.. gua dah tau... heheh..

    ReplyDelete
  6. lu wat lmbt pon blh score jgk.
    lu x study pon blh score jgk.

    lu kan mat score!

    hahaha..

    ReplyDelete
  7. pelita:
    lu kalau sembang mesti mau klimaks.hahaha!

    ReplyDelete