Wednesday, January 13, 2010

Konsert Woodstock Dan Sejarah Baju Woodstock

Konsert Woodstock. Merupakan sebuah festival muzik yang dijalankan selama tiga hari berturut turut. Diadakan di sebuah ladang yang berkeluasan 600 ekar yang terletak di bandar New York. Konsert terulung ini bermula pada tarikh 15 hingga 18 Ogos 1969. Sebanyak 32 artis telah membuat persembahan di dalam konsert ini di hadapan penonton seramai 400 000 orang. Konsert ini juga telah disenaraikan di dalam majalah Rolling Stones sebagai 50 Moments That Changed The History of Rock n Roll. Pada tahun 1970 pula, konsert terulung ini telah diangkat menjadi sebuah filem dokumentari. Begitulah hebatnya penangan Konsert Woodstock yang begitu bersejarah ini.


Jadi, apa kejadah gua tiba tiba cerita pasal Konsert Woodstock ni? Masa godek godek Pesbuk tadi, gua terjumpa gambar gua memakai baju Konsert Woodstock sewaktu belajar di universiti dulu. Gila bangga gua dapat pakai baju tu. Dah berapa ramai tertipu dengan gua tatkala gua memakai baju tersebut. Mereka bulat bulat mempercayai bahawa gua memiliki baju tersebut dari gerai baju yang meniaga di Konsert Woodstock suatu ketika dahulu. Gua cakap, ni baju bapak gua punya, dan kini ia diturunkan kepada gua. Peh! Ramai juga yang percaya tu.

Tetapi memang benar pepatah melayu yang mengatakan, "Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali'. Akibat selalu menipu orang ramai, akhirnya baju Woodstock gua telah dicuri dari ampaian depan bilik gua semasa di universiti dulu. Oh, sememangnya insiden ini cukup meruntun jiwa gua. Gua jadi tak selera nak makan nasi. Tidur pun tak berapa lelap. Ingat senang ke nak cari baju tu? Ingat senang ke nak pergi Bukit Kayu Hitam cari baju tu? Ingat senang ke nak minta duit belanja dari bapak gua untuk beli baju tu? Ingat senang ke? Dasar haram jadah punya pencuri! Tetapi, gua tetap akur dengan ketentuan Illahi. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Gua kembali tenang. Makan jadi berselera. Tidur pun kembali setedi. Jalan jalan dengan awek pun dah jadi bahagia. Tetapi, gambar di bawah ini betul betul mengembalikan nostalgia gua. Siottt! Esok gua nak pergi bundle cari balik baju Woodstock macam ni. Mana tau pencuri tu ada jual kat bundle. Semoga gua akan berjumpa kembali dengan baju Woodstock gua ini.

2 comments:

  1. lu nmpk comel pada gambar diatas..hahahaha

    ReplyDelete
  2. cett..mcm sopan jer, dgn seluar ali baba bujang lapok..muahahahaha

    ReplyDelete