Sunday, November 22, 2009

Sebuah Novel Kanak-Kanak

Tajuk: Satu Impian Joi - Antara Cinta dan Sukan
Mukasurat: 239
Terbitan: Dem Percetakan Enterprise
Harga: RM32.00 (Kulit jenis yang boleh tanggal punya)
Sinopsis: Ada apa dengan bola? Bagi Joi, hidupnya adalah lebih bermakna dengan kewujudan permainan bola sepak. Di samping meminati permainan bola sepak, Joi juga memiliki kehebatan yang tak terhingga di dalam permainan ini. Sejak dari kecil lagi, Joi sudah menyukai permainan bola sepak. Apatah lagi, bola sepak adalah benda pertama yang dilihatnya apabila keluar dari perut ibunya. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini minatnya mulai terganggu. Semuanya gara-gara penangan panahan cinta dengan gadis kaunter futsal. Mampukah Joi menangkis serangan cinta tersebut? Adakah bola sepak akan tetap menjadi perkara utama bagi Joi? Masih mampukah Joi bermain futsal setiap hari Khamis malam dan menyediakan duit secukupnya? Segalanya akan terjawab apabila anda membaca buku ini.

3 comments:

  1. dah release belom buku nih..gua mmg suka kulit2 buku yg mudah tanggal nih..hahahaha

    ReplyDelete
  2. kimmy:
    lu nak buat apa?buat balut nasi lemak ke?kulit buku ni kalau nak wat balut nasi lemak 4 ringgit boleh la.bawah dari tu dia tak boleh,cepat basi nanti.i'm so positive.hahaha!

    ReplyDelete
  3. ohh...klu nak jadikan nasi lemak tu 4 hengget,gua kena letak sotong lebih nih..hahahaha...im so positive too.......

    :P

    ReplyDelete