Sunday, November 29, 2009

Kasi Pelan Pelan Kayuh

Hei Ho
Biskut Rendam Kopi O
Hei Ho
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru Ngam Ho
Orang panggil hero...

Berbasikal. Suatu aktiviti yang sering gua lakukan semasa gua kecil dahulu. Tanpa basikal, rasa tak lengkap zaman kanak kanak gua. Dengan basikal juga gua boleh mengembara ke mana mana. Tapi tak adalah sampai keliling dunia. Tu dah tahap mengarut sangat. Makan minum dan pakaian pun mak bapak tanggung lagi. Pergi kedai mainan pun merengek rengak minta mak bapak belikan ada hati nak keliling dunia naik basikal. Boleh blah!

Basikal juga merupakan pengangkutan utama gua untuk ke sekolah. Masa tu pergi sekolah sambil bersiul siul lagu Oh Ibu memang detik yang paling manis waktu itu. Dia punya feel memang tahap Gaban berdiri atas naga robotnya. Sampai sekolah, awek awek yang dah mengalami puberty menjeling manja terhadap gua. Turun basikal pun dah rasa macam turun dari Belalang Tempur. Lagu Backstreet Boys pun mula berkemundang pada saat itu. Gua pun mula menari sikit sikit.

Dengan basikal juga gua telah mengalami eksiden yang pertama dalam hidup gua. Masa tu gua on the way balik dari sekolah agama. Hujan turun lebat gila. Gua dah siap dengan satu sut baju hujan, warna kuning menyerlah tak ingat. Sambil sambil kayuh basikal gua nyanyi lagu Hujan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Masa tu kumpulan Hujan tak ada lagi. Kalau tak dah lama gua naik basikal lepas tangan sambil buat gaya AG Hujan main gitar. Tengah syok kayuh basikal sambil menyanyi, gua berhenti seketika di suatu simpang 3. Hujan lebat sedikit sebanyak mengganggu penglihatan gua. Tengok kanan, clear. Kiri pula, clear juga. Gua tengok kanan balik, clear lagi. Dengan penuh rasa keyakinan di dada, gua mula mengayuh.

Gedegang!

Tak semena mena ada satu kereta yang dipandu orang mabuk melanggar gua. Cilakak betul. Lepas langgar gua, dia blah macam tu sahaja. Seolah olah macam tak buat apa apa kesalahan langsung. Patutlah arak ni diharamkan dalam Islam, memang mendatangkan kemudaratan. Mujur gua masih lagi bernyawa. Basikal gua pun ok juga. Tak ada apa apa yang bengkok. Boleh lagi la nak buat wheelie. Gua pun sambung perjalanan pulang ke rumah. Sampai rumah gua niat nak baca Muqaddam sampai habis. Takut esok esok eksiden lagi, dah tak sempat nak habiskan Muqaddam.

Aktiviti berbasikal ini sememangnya mendatangkan kepuasan yang tak terhingga kepada gua. Sampai sekarang, feel dia tak pernah menghilang. Setiap masa mesti teringat. Tapi sekarang basikal gua dah jadi besi buruk. Tak boleh nak kayuh kayuh dah. Memang tak boleh dibaiki dah. Kalau dah sangap sangat, memang kena beli yang baru. errr... Bah, nak basikal bah!

Hei Ho
Biskut Rendam Kopi O
Hei Ho
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru Ngam Ho
Orang panggil hero...

2 comments:

  1. siap ada lagu tu..eheh.. papepun, beskal memang best. nak2 kalau ada geng, leh buat team kaler same. adeh, tetiba gua pun rasa nak berbeskal..

    ReplyDelete
  2. prodigy:
    kalau ada basikal,gua nak cat putih guna kapur kasut,baru nampak macam kain kafan.

    err..apasal gua tak dapat nak baca entri baru ye?asek cakap the blog does not exist je..lu dah bersara ke apa?

    ReplyDelete