Saturday, October 3, 2009

Dia, Gua dan Horlicks

Hai, saya Boslan. Saya suka minum Horlicks dan Barli. Tapi Barli Susu pun ok juga.

Gua pernah 1 tahun duduk Changlun dan 3 tahun duduk Sintok. Changlun dan Sintok adalah sebuah kawasan di dalam negeri Kedah Darul Aman. Kira dah 4 tahun gua menetap di Kedah. Gua syak yang percakapan loghat utara gua sudah tentu berada dalam keadaan cemerlang. Kira kalau buat ujian lisan cakap utara, dah tentu gua senang senang jela dapat A++.

Tapi semalam, sewaktu bersembang dengan Boslan, gua ada bertanya pada dia tentang percakapan loghat utara gua.

"Amacam, hang rasa ok tak loghat utara aku?"

Boslan diam menyepi. Sambil sambil tu dia tukar gear kereta.

"Woi! Apa hang rasa bila aku cakap Kedah ni? Ok tak?" Gua kasi tekanan sekali lagi pada Boslan.

Boslan tak menjawab, tapi dia gelak gelak sahaja. Macam setan.

"Apahal hang gelak lak weh? Aku tibai satgi. Nak kena tampaq ka?" Gua mula naik darah.

Akhirnya Boslan mula bercakap, "Aku rasa baik hang cakap biasa saja, dah macam orang Indon cakap Kedah ja."

Pada saat itu berderai la hilai tawa Boslan memecah keheningan malam dan tanpa dia sedari, gua dah ready nak tikam tengkuk dia guna kunci kereta gua. Dem you Boslan.

3 comments:

  1. haha.. gua pun sama gak.. agak fail cakap utara.. pantai timur pun gua fail.. semua cakap ada bunyik2 siam siket.. haha...

    ReplyDelete
  2. errr.. gua langsung tak reti nak cakap utara.. mahupun selatan.. mahu pun timur atau barat.. gua cuma tahu cakap seperti apa yg gua cakap sekarang.. tak tahu pulak kawasan mana tuh.. hahah...

    ReplyDelete
  3. ha ha ha. until now lynda pun cakap utara cam hampeh even my long relationship dgn bf utara dah masuk 10 tahun! kalo cakap bunyi kl+kedah. lagi lawak. haha.

    ReplyDelete