Tuesday, September 29, 2009

RM3. Satu Pencarian Yang Bermakna

Hari ni dah masuklah hari raya yang ke-10. Ramai yang dah mula puasa enam. Bukan sebab nak tambah pahala, tapi pasal poket dah mula kering. Ya, kering yang amat termasuklah gua. Duit habis buat persiapan raya, beli kuih raya, bagi duit raya, isi minyak kereta pasal nak ziarah menziarahi dan macam macam lagi yang membantu proses pengeringan duit. Tapi gua tak adalah kisah sangat, yang penting, perkara perkara macam ni la yang buat raya meriah, betul tak pendapat gua ni?

Sebut pasal duit ni, gua teringat kembali semasa gua masih di dalam darjah 4 agaknya. Masa tu gua dah ada basikal. Bila ada basikal maksudnya gua boleh pergi meronda ronda. Gua pernah meronda paling jauh sampai jalan utama nak ke Kajang. Hebat bukan?

Masih dengan basikal, gua terasa mudah untuk ke mana mana. Ini bermaksud gua juga mudah untuk pergi ke rumah Mohd Naim Bin Roslan. Mohd Naim Bin Roslan merupakan rakan gua yang satu sekolah rendah kebangsaan dan satu sekolah agama dengan gua. Bapak Naim merupakan pekerja JKR, jadi tidak mustahillah dia dapat duduk dalam kuarters JKR. Mohd Naim Bin Roslan juga lebih bijak berbanding gua, tetapi dia tidak pernah merendah rendahkan gua. Mungkin ini kerana faktor fizikalnya yang rendah, jadi adalah tidak releven untuk dia merendah rendahkan orang lain.

Masih bersama Naim, dia telah memberi cadangan pada gua untuk mengumpul tin tin minuman yang bersepah sepah di tepi jalanan. Gua sedikit membangkang kerana kerjaya itu suatu kerjaya yang tidak berimej. Tak brader brader langsung! Tapi bila Naim mengatakan kerja tersebut boleh mendatangkan duit, gua paling dulu terjun longkang cari tin tin carlsberg ataupun guiness. Mujur Naim menjerit mengatakan tin tin minuman itu jangan dikutip kerana ia haram dipegang. Cepat cepat gua pergi ambil wudhuk.

Seharian mengutip, dapatlah juga gua dan Naim dua karung plastik yang penuh berisi tin minuman. Cepat cepat Naim suruh membawanya berjumpa dengan orang India pembeli tin minuman dan besi besi buruk. Gua dengan pantasnya mengemudi basikal ke arah kedai India itu sambil membuat bunyi jet turbo pakai NOS. Muncung muncung habis bibir gua.

Setelah ditimbang timbang, si India pembeli tin minuman dan besi besi buruk itu memberi gua dan Naim RM3.00. Peh! Dia punya seronok time tu, hebat, sedap tak ingat!!! Niat nak menabung demi masa depan yang menjamin memang awal awal gua dah buang. Ding Dang, Tora dan JoJo sudah bermain main dalam akal fikiran gua. Gua dah mula menyanyi lagu iklan Tora.

"Tora datang lagi dengan permainan gasing terbang..." masih terngiang ngiang suara Mat Sentul dalam telinga gua.

Itu cerita dah beberapa tahun lepas, sekarang gua tak pernah dah kutip tin tin tepi jalan. Naim pun sekarang dengar cerita dah jadi tahfiz agaknya. RM3.00, walaupun kecil nilainya, tapi sangat besar maknanya pada gua. Tapi budak budak sekarang, duit raya nak RM10.00 aje. Tensen gua! Ingat gua cop duit ke? Sengget ke dua hengget ke dah la. Dah la, gua nak pergi pinjam Along ni.

Tokey! Kasi gua ampat puluh ribu!!!

9 comments:

  1. uiks.. along mana yg lu nak pinjam neh..?? lu nak pinjam along tu lu nak buat pe dgn along tu..?? lu jgn.. kang x pasal2 umah lu kene simbah ngan cat merah plak.. hahaha...

    ReplyDelete
  2. gua baru je nak mintak duit raya dgn lu.. tetiba gua rasa xjadik...

    ReplyDelete
  3. eina:
    ala,simbah2 cat ni gua tak gentar la.bole cuci balik,apa sangat la cuci2 ni.

    gua nak pinjam Along Bukit Beruntung.Amacam,style tak?

    ekhsan:
    gua memang nak bagi lu,tapi mengenangkan lu dah rosakkan lif orang awam,gua rasa tak jadi la pula.hahaha!

    ReplyDelete
  4. along bukit beruntung...?? hohoh.. bagus gak tuh.. silap2, ada untung.. bleh lu pinangkan along tu utk gua kan.. kan.. kan.. hahahaha...

    ReplyDelete
  5. eina:
    gua kawan2 punya pasal gua takdehal nak tolong.tapi gua nak caj lu la beb.caj gua termasuk administration fee dan cukai kerajaan,amacam?ada bran?

    ReplyDelete
  6. heheheheh bagus usaha zaman kecik kau eerk...berbaloi-baloi...lama dah aku tak beli ding dang, tora ( ada lagik ke zaman sekarang nih)...aku pun tensen ngan budak2 sekarang...aku bagi seringgit depan muka aku dia leh komplen " seringgit jerrr???" nak jugak aku pelangkong malaun tak berhati budi...aku bagi satu sen karang baru ada akai

    ReplyDelete
  7. fees..??? nanti gua suh la itu along bayarkan... hahaha...

    ReplyDelete
  8. hahaha. harem lu g.. gua tgk lu xkomen, gua ingat lu xbaca.. jangan bgtau sesapa, bro.. hahaha

    ReplyDelete
  9. turf:
    gua memang stuju sangat lu nak pelangkong budak2 yang tak reti nak mensyukuri nikmat tu.lu bagi 2 kali ganda kuat ya,satu untuk gua,satu lagi untuk lu.ok?

    eina:
    tu bila dah kawen,kalau sebelum kawen camna?nak tak nak lu kena bayar gak la.kat dunia ni takde benda2 free dah.ok?

    ekhsan:
    tak komen tak bermaksud tak baca.gua slalu mengikuti blog lu bro.dari situ gua bole kumpul point2 nak kenakan lu.hahaha!

    ReplyDelete