Thursday, September 3, 2009

Return Of Cap Ayam - Dia Yang Tersesat

Nampak gempak bukan tajuk entri kali ni? Nampak macam tajuk filem Batman tak? Kadang kadang gua sendiri boleh rasa teruja kalau baca tajuk entri ni, mau tersengih sengih juga gua dalam 10 kali. Dan sekarang pun gua masih tersengih. Dah nak kejang dah ni.

Kenapa Return Of Cap Ayam? Lu tau tak? Sebabnya ialah gua nak cerita lagi pasal amalan kesesatan yang dilakukan oleh Cap Ayam ni. Sebelum ni dia dah buat kesesatan sekali, dan kali ini dia buat lagi. Jadi, tanpa buang masa lagi gua nak mulakan cerita pasal Cap Ayam yang tersesat ni.

Masa tu hari Sabtu. Pukul berapa gua tak tau. Tapi yang gua pasti masa tu dah petang. Matahari pun dah semakin berada di kaki ufuk barat. Budak budak kolej gua pun ramai yang dah bersiap sedia nak turun padang main bola sepak. Selain main bola sepak, ada juga yang main bola tampar, tenis, futsal malah ada yang main dengan awek...err...maksud gua mereka bertemujanji. Tolong jangan salah faham ok.

Gua dalam perjalanan pulang ke kolej dari mengambil sahabat gua yang baru sahaja habis mengikuti kursus perkahwinan. Banyak ilmu yang diterima olehnya. Kira sepanjang perjalanan dalam kereta seringlah dia berborak tentang isu isu perkahwinan. Isu yang paling hangat diperkatakan ialah tentang isu isu seks. Bersungguh sungguh mukanya bercerita. Sampai ada part tertentu dia cuba mendemonstrasikan posisi seks terhadap sahabat gua yang lain yang turut berada di dalam kereta. Mujur gua sempat halang. Kalau tak dah jadi macam kaum Nabi Lut saja.

"Wan, kau tau tak, Cap Ayam pun follow sekali weh kursus ni," tiba tiba sahabat gua bersuara.

"Peh, yeke? Yakin ke kau itu dia?" gua bertanya untuk memastikan khabar berita itu benar atau palsu belaka.

"Laa..aku tau la. Suara dia pun aku kenal. Bukan susah sangat nak cam dia."

Ya, suara Cap Ayam tu memang senang sangat dikenalpasti. Dalam U gua belajar tu, dia seorang sahaja memiliki suara yang begitu annoying sekali. Kalau dengar, peh, perit telinga beb! Rela disula berbanding dengar suara dia. Dem annoying!

Maka, masa perjalanan pulang itu diisi dengan sembangan padu sahabat gua berkaitan isu isu perkahwinan ini. Gua tak follow sekali pasal minat nak pergi tu memang 0% sangat. Tapi gua tetap memasang telinga mendengar ceritanya. Mana tau ada isu isu yang boleh buat gua jadi berahi ke nak sertai kursus kahwin ni.

Sebaik sahaja masuk ke selekoh kolej penginapan gua, kelihatan Cap Ayam bersama sama sekumpulan senior sedang beristirehat bersama sama di tepi padang. Cap Ayam ni lepak dengan senior konon konon dapat jadi JPPK saja tu, tak ada alasan lain lagi dah tu.

"Shafiq, kau slow sikit kereta kau, aku nak kacau Cap Ayam jap," gua memberi arahan ala ala gerila kepada sahabat gua.

Lalu Shafiq pun memperlahankan keretanya supaya unsur unsur ejekan itu dapat didengari dengan jelas. Elok saja kereta Shafiq berada di sebelah Cap Ayam, gua pusing tombol tingkap laju laju supaya turun cepat, kemudian gua keluarkan kepala gua supaya jeritan yang gua hendak hasilkan jadi lebih padu.

"Woi Cap Ayam! Bajet dah ada sijil tu hang hebat la? Blah la weh!" Gua jerit kasi betul betul boleh sampai gegendang telinga Cap Ayam.

Belum sempat gua nak masukkan kepala gua balik dalam kereta, gua dengar Cap Ayam membalas.

"Woi, aku ada sijil ni sekurang kurangnya aku takde hal lah kalau kena tangkap basah," jerit Cap Ayam sambil mengangkat penumbuk ke udara. Saat dia menjerit, memang banyak telinga yang mendengar, malah banyak juga mata yang memerhati.

Gua tercengang. Shafiq pun tercengang. Sahabat sahabat gua yang lain dalam kereta pun tercengang.

Ada sijil kursus kahwin takde hal kena tangkap basah? Peh, Cap Ayam ni ingat sijil kahwin tu tiket percuma untuk dia melakukan perkara perkara maksiat ke? Cap Ayam ingat, dengan adanya sijil tu, dia boleh berdua duaan di tempat yang sunyi dengan wanita bukan muhrim ke? Cap Ayam ingat, apabila dia memiliki sijil itu, maka dia ada kuasa untuk melakukan perkara terkutuk ke?

Gua dan rakan rakan yang lain hanya mampu menggeleng gelengkan kepala sahaja. Rasa menyesal membuku dalam jiwa. Menyesal kerana menyakat Cap Ayam sehinggakan dia mengeluarkan kata kata yang menampakkan ketidakcerdikkannya. Sekarang, makin ramailah yang tau Cap Ayam ni ada sedikit bebal dari segi pemikirannya. Maka, gua dan rakan rakan secara berjemaah berdoa agar Cap Ayam di bukakan pintu fikirannya agar mampu berfikir dengan lebih berkesan lagi dan tidak akan sesat lagilah ia.

Amin...


4 comments:

  1. adeh.. kenapa begitu pulak jawapan dia.. kaget ending entry lu kali nie bro..

    ReplyDelete
  2. wakakakaka gila bangang cap ayam tu :)) :)) ayam lagi cerdik dari cap ayam tu

    ReplyDelete
  3. berbulu betul lu dgn cap ayam yea...secara jujurnya, antara man belon dengan cap ayam, saper lg hensem?

    ReplyDelete
  4. ekhsan:
    ya,kaget memang specialty entri kali ini.

    muzammil:
    ayam mana ni?ayam tu ada amik kursus gak ke?

    kimmy:
    soal hensem ni,gua rasa cap ayam kot.dia pandai gayakan rambut.hahaha!

    ReplyDelete