Tuesday, September 8, 2009

Billie Jean Is Not My Girl

Alesya cuba membenamkan taringnya ke dalam tengkuk Ajabari

"Nak cing...nak cing..."

Gua, Ajabari dan Balan dah stat kelam kabut. Gua dah terhiling hiling di ruang tamu. Ajabari dah mula nak jerit jerit histeria. Balan pula, dah mula nak stat motor nak blah dari situ.

30 minit sebelum itu...

Allahuakbar Allahuakbar....

Bunyi azan berkumandang memecah kesunyian senja. Burung burung yang tadi berkicauan pun dah mula senyap. Heh, burung pun pandai menghormati azan. Tapi yang kita ada akal fikiran ni waktu azan masih sibuk nak berpung pang pung pang. Cerita tak habis habis.

Semalam rezeki gua murah. Bukan rezeki gua je, malah rezeki Ajabari dan Balan pun murah sama. Ini kerana, kami bertiga dijemput berbuka puasa di rumah jiran kami iaitu brader Jaim. Mulia betul hati brader Jaim ajak kami berbuka puasa di rumahnya.

Bini brader Jaim masak banyak betul. Tu belum campur lagi kuih muih yang gua dan Ajabari serta Balan beli. Tapi itu tak jadi masalah, benda kalau dah dijemput, memang tak ada masalah gua dan rakan rakan lain nak melantak!

Habis melantak, gua, Ajabari dan Balan pun meminta izin hendak pulang. Anak brader Jaim bernama Alesya pula seolah olah tidak mengizinkan Ajabari untuk pulang. Alesya ni dengan Ajabari memang bukan main dia punya manja. Memang rapat bukan main. Boleh ibarat sama macam sirap bandung. Ada susu, baru jadi nama sirap bandung. Merengek rengek Alesya nak ikut Ajabari pulang. Nak tak nak, terpaksa gua dan Ajabari bawa dia pulang ke rumah gua sekejap.

Di rumah gua, si Alesya ni pun bermanja manja la dengan Ajabari. Kejap dipeluknya Ajabari, kejap dia gelak gelak dengan Ajabari, dan kejap kejap pula dia main lari lari dengan Ajabari. Gua hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka berdua. Lalu gua keluarkan henset gua untuk merakam memori indah tersebut. Alesya yang menyedari gua mengeluarkan henset gua, segera datang ke arah gua.

Alesya ni ada satu telefon bimbit mainan. Kalau ditekan butang henset mainan tu akan keluarlah bunyi "Ya ya iya, you're my little butterfly". Tapi kalau Alesya yang nyayi boleh jadi "Ya ya iya, yo mai pipe patepai,",macam bahasa Nepal saja gua dengar. Maka tergesa gesalah Alesya membelek belek henset gua. Ada sedikit perasaan cemburu dalam dirinya apabila membelek belek henset gua.

Sedang enak dia memicit micit butang gua, err...maaf, maksud gua butang henset gua tiba tiba dia bersuara, "Nak cing, nak cing." Gua mula pelik dan bertanya kepada dia kembali, "Cing apa Alesya?" ujar gua sambil mengusap rambutnya. "Nak kencing!!!"

Nah ambik lu. Secara tiba tiba kaki gua mula terasa kebasahan. Ada manik manik cecair mengalir menyentuh tapak kaki gua yang gebu. Alesya sudah kebocoran pada saat itu. Pada masa itu, kelihatan Alesya begitu menyesal dengan tindakannya itu.

Maka, gua, Ajabari dan Balan sudah mula kelam kabut. Masing masing tak pernah jadi bapak. Jadi urusan menghendel perkara ni memang bukan perkara biasa bagi kami. Balan dah blah awal awal sebab terkejut yang amat. Motor C70 nya sudah jauh meninggalkan perkarangan rumah gua. Tinggal gua dan Ajabari saja. Kami saling berpandangan.

Malam itu, gua dan Ajabari dapat belajar perkara yang baru. Perkara tentang bagaimana hendak menjadi bapa yang cemerlang. Oh, sungguh indah pengalaman kali ini. Rasa nak nangis pun ada.

4 comments:

  1. posting yang antara da best dan bombastik like mr loba2...best..

    ReplyDelete
  2. gua rasa da elok bebenor lu hntr rombongan meminang bro.. Ciri2 ke'bapa'an dalam diri lu sudah kian menyerlah..Haha..

    ReplyDelete
  3. kimmy:
    gua lebih gemar jadi da bomb.hahaha!

    ekhsan:
    err...gua ingat lu nak gua terus jadi bapak.gua dah nak plan amik anak angkat dah ni.hahaha!

    ReplyDelete
  4. kui..kui..
    kucar-kacir jugak emosi gua masa tue..
    nanti bila alesya sudah meningkat dewasa dan sudah akil baligh,gua nak suruh dia baca entry lu yg nie..sure muka dia akan merona kemerahan..he..



    -ajabari-

    ReplyDelete