Saturday, August 1, 2009

Mandinya Gua Di Sungai Tekala

Air Terjun Sungai Tekala. Peh, nama pun dah mantap semacam saja. Tu belum pergi tengok tempatnya lagi. Air Terjun Sungai Tekala ni memang thrill gila beb. Gua syak lagi thrill dari Air Terjun Niagara tu. Entah dah berapa juta rakyat Malaysia mandi kat sungai ni weh. Gua, masa kecik kecik dulu memang selalu sangat datang mandi kat sini.Mujur gua kecik lagi masa tu, kalau tak memang dah mandi wajib je kat situ.

Sungai Tekala nama diberi. Siapa yang beri gua pun tak tau. Gua pun sampai sekarang masih tak dapat merungkaikan misteri mengapa ada orang bagi nama Tekala ni. Nasib masa gua SPM dulu, pihak kementerian tak keluarkan soalan tanya pasal nama Sungai Tekala ni. Kalau tak jenuh gua nak jawab. Mau dua jam setengah habis masa kat soalan tu saja.
Justify Full
Abah gua, kalau dah buat pengumuman yang gua dan satu keluarga akan merombong ke Sungai Tekala memang jadi tak senang duduk gua beb. Dia punya seronok memang solid la. Sebelum pergi ke Sungai Tekala, gua kena la training berenang dulu. Jadi, sebagai latihan berenang, gua sumbat lubang air dengan kain lepas tu gua buka paip air kasi bilik air dilimpahi air. Bila gua dah agak agak paras dalam air tu macam boleh buat kuak lentang, gua tutup pili, dan gua mulakan latihan. Oleh kerana gua berlatih dalam masa yang agak lama, mak gua mula syak gua buat aktiviti tak berfaedah. Abah gua masuk bilik air tengok. Nah amik, kantoi beb, kantoi! Muka abah gua jadi merah pemadam kebakaran.

Pang!

Satu lempangan berbisa yang bisa menghentikan latihan gua berenang dalam bilik air. Gua nangis sebentar. Pedih wo! Namun begitu, itu semua tidak langsung mengganggu gugat keseronokan gua untuk berekreasi petang itu di Sungai Tekala. Gua masuk bilik, gua berdiskusi pula dengan abang abang dan adik adik gua. Macam perkara yang kami bincangkan. Benda paling hot yang dibincangkan ialah, apakah teknik teknik yang akan digunakan untuk terjun di sungai nanti. Macam macam teknik dibentangkan. Contohnya, balik kuang, terjun badan tegak, terjun cangkung, terjun kaki peluk lutut, terjun tutup hidung, terjun kepala dulu dan pelbagai lagi jenis terjunan yang kami cuba fikirkan.

Gua juga sering berdoa agar cuaca cerah hingga ke petang. Masa tu gua memang berharap sangat peribahasa 'ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari' tidak akan menjadi kenyataan. Gila lu! Kalau jadi betul, terbantut rancangan gua. Gua punyalah bimbang sampaikan selang lima minit gua pasti akan melihat keadaan awan di luar rumah. Nak tengok mendung ke tak. Kalau mendung, gua cuba tiup awan di pergi ke tempat lain. Biar hujan kat tempat lain. Tapi sampai ke hari ini tak pernah jadi! Nampak sangat gua tak ada masa depan yang cerah dalam karier bomoh hujan ni.

Masa nak pergi pun dah tiba. Gua, abang abang gua dan adik adik gua semua dah terkinja kinja masuk dalam kereta. Gua juga akan pastikan gua takkan lupa membawa perkakas yang paling penting iaitu, seluar pendek. Tak ada seluar pendek ni, alamatnya, duduk tepi la beb. Gila apa pergi sungai tapi tak mandi. Macam PM Najib tanpa One Malaysianya.

Perjalanan ke Air Terjun Sungai Tekala ni tak memakan masa yang lama, dalam 45 minit saja. Masa tu gua duduk kat Kajang lagi. Sekarang kat Perak. Cait! Lagi haram jauhnya. Sepanjang perjalanan, gua pun tetap boleh jadi tak senang duduk. Bukan pasal seronok, tapi pasal memikirkan keadaan cuaca. Kalau mendung, gua cuba juga tiup awan tu pergi tempat lain. Tapi memang takkan berjaya. Tapi apalah budak kecik tau pasal putus asa. Usaha meniup tetap diteruskan.

Petanda yang menunjukkan Sungai Tekala semakin hampir ialah apabila kereta abah gua melintasi kawasan perkampungan orang asli Semenyih. Masa tu gua, abang abang gua dan adik adik gua dah jadi mula kucar kacir dalam kereta. Menjerit. Melompat. Berhigh five. Dan macam macam lagi acara yang berlangsung yang menonjolkan keseronokan kami.

Sesampai je kat tepi sungai, baju mula dibuka. Masa tu gua nak juga buka seluar, tapi mujur nilai akhlak gua tinggi. Mana taknya, gua kan penuntut sekolah agama. Jadi, kenalah berakhlak. Ye tak?

Ceboosh! Kaboosh! Haboosh!

Hambik! Gua, abang abang gua dan adik adik gua semua terjun sekaligus. Rasa macam terjun berirama kategori olimpik saja. Gua kasi kuak dada dengan kuak kupu kupu sekali. Abang gua cuba menerapkan teori teori fizik dengan melakukan daya apungan. Adik adik gua hanya bermain di kawasan yang cetek sahaja. Mak abah gua pula hanya memerhati dari tebing sungai. Habis tu, takkan gua nak suruh menari hindustan pula?

Tapi, sepanjang gua pergi ke Sungai Tekala, teknik terjunan balik kuanglah yang kami adik beradik tak pernah buat. Masing masing takut patah tengkuk, sangkut kat pokok, kepala kena batu, kaki krem dan sebagainya. Yang lain lain semua kami dah buat. Apa apa pun, yang gua nak cakap kat sini, Air Terjun Sungai Tekala ni la yang masih bertakhta di dalam hati gua sampai sekarang sebab kat sungai ni la yang ajar gua cara berenang yang betul. Walaupun dah ada macam macam sungai kat sini, tak ada satu pun yang masih boleh merampas takhta Sungai Tekala ni dalam hati gua. So amacam, nak ikut gua mandi Sungai Tekala tak nih?

2 comments:

  1. errr... ada lagik eh sungai neh... kat mana eh...?? cam teringin je gua nak pergi... berapi2 plak baca lu punya cerita ni...
    kalo gua dpt pegi.. aksi yg dah lama gua teringin tahap gila gaban nak buat ialah... tarian zapin dlm air.. musti show beb... hahaha~~~

    ReplyDelete
  2. siap berlatih berenang tu..hahahaha..gua dulu rajin gak berjatih berenang dalam bilik air..alhamdulillah, gua xpernah kantoi..hahahaha..

    ReplyDelete