Monday, July 6, 2009

Dia Bernama Anta #6

Untuk mendapat informasi awalan cerita ini, adalah digalakkan anda menekan nekan link di bawah ini:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3
4. Dia Bernama Anta #4
5. Dia Bernama Anta #5

"Ahhh...mereng kepala aku kejap. Kuat betul lemparan selipar si Anta tu."

Shah Race Khan akhirnya bangun juga dari pembaringannya. Akhirnya, tindakan spastiknya memakan diri jua. Ibarat kata pepatah, 'Sarang Tebuan Jangan Dijolok, Merana Diri Akhirnya'. Tidak disangka sangka, Antanarayan begitu makan hati dengan tingkah lakunya memainkan perasaan Antanarayan. Meskipun nampak ganas dimuka, tapi hati Antanarayan tetap seperti sekuntum bunga mawar merah. Tak ingin diracik, tapi dihidu mahu.

"Eh, ke mana pula bos aku ni pergi? Takkan merajuk sampai lari membawa diri," fikir Shah Race Khan sendirian sambil membuat gaya orang berlari.

"Race! Race! Race!"

"Eh, siapa pula yang memanggil manggil aku ni?" Shah Race Khan menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari siapa yang memanggilnya.

Kelihatan nun jauh beberapa ela dari tempat Shah Race Khan berdiri, satu cahaya putih sedang asyik berterbangan. Pada saat itu, Shah Race Khan sudah teringat ingat cerita hantu yang sering diceritakan oleh Antanarayan kepadanya sebelum tidur.

"Race! Race! Race!" Suara itu semakin kuat berserta pula dengan cahaya putih itu. Dada Shah Race Khan makin berdebar. Kini dia sudah bersedia untuk memulakan langkah seribunya.

"Aku harap ni bukan hantu olimpik. Kalau tak, jenuh aku nak lari," rungut Shah Race Khan walaupun dalam ketakutan.

Saat Shah Race Khan ingin memulakan lariannya, terdengar satu lagi jeritan yang sangat kuat.

"Woi budak spastik! Kau nak ke mana tu? Ni akulah Anta!"

"Ek eleh. Anta rupanya. Gila gelap dia ni ye. Nampak gigi saja. Tu pun nasib baik rajin bersugi," kata Shah Race Khan bersahaja.

"Tu pun nasib baik rajin bersugi." - Shah Race Khan

"Mana bos pergi? Saya dah mula rindukan saat ketidakberadaan bos di sisi saya. Kalau bos tidak ada, siapa lagi yang nak perdengarkan bedtime story pada saya?" keluh Shah Race Khan bernada sedih.

"Ah, nak bersentimental pula. Dah, dah, dah. Ni, aku ada rancangan terbaik punya. Nak tak nak kau kena terlibat juga." Ujar Antanarayan sambil memerhati keadaan sekeliling. Takut ada yang mendengar rancangannya.

"Bos, untuk bos lautan api sanggup saya renangi bos," Shah Race Khan berkata sambil membuat gaya renangan di dalam lautan api. Sekali sekala dia berlakon seperti melecur kepanasan.

"Woi, serius sikit boleh tak? Nak berspastik saja." Marah Antanarayan kepada Shah Race Khan yang tidak bersikap serius itu. "Kau kena seriuslah sikit Race. Kau tu dah tua, patut matanglah sikit fikirannya. Buatlah anjakan paradigma dalam diri kau tu. Tunjukkan sikit komitmen yang tinggi dan komitedlah dalam pekerjaan kau," bebel Antanarayan panjang lebar. Shah Race Khan pula hanya mampu menggaru kepala sahaja kerana tidak memahami apa yang dikatakan oleh bosnya.

"Oklah bos. Jadi, apa rancangannya?" tanya Shah Race Khan tidak sabar...

Cerita ini bersambung di sini. Jadi klik kat sini tu. Sini ok...

3 comments:

  1. hehehe.. tergantung la plak.. kene tunggu siri ke-7 neh... nak gak tau apa antanarayan punya plan... hahaha~~~

    ReplyDelete
  2. aku nk tanya anta kejap apekah rancangannya itu..aku harap dia tau..wakakakaka...

    ReplyDelete
  3. eina:
    plan anta ialah plan pelan pelan...

    ekhsan:
    jangan ditanya,nanti hancur rancangan hamba...hahaha!

    ReplyDelete