Friday, July 3, 2009

Dia Bernama Anta #5

Untuk mengetahui awalan cerita ini, adalah amat dialu alukan anda semua mengklik pusat di bawah ini:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3
4. Dia Bernama Anta #4

Dalam kepekatan malam Antanarayan berjalan gaya gaya seperti seorang jejaka yang kecewa di dalam percintaan. Kejap dia mendongak ke langit, kejap dia menunduk ke tanah, kejap dia mendongak ke langit, kejap dia menunduk ke tanah, kejap dia mendongak ke langit, kejap...

Bap!

Antanarayan kini betul betul tersungkur di atas tanah. "Cet! Batu durjana." Antanarayan merungut sendirian. Bagitulah lazimnya sifat manusia. Salah sendiri yang alpa dan leka, orang ataupun makhluk lain pula yang dipersalahkan.

Sedang Antanarayan mengibas ngibas kekotoran yang melekat pada seluarnya, kedengaran suatu suara yang datang dari sebuah rumah mewah. Orang orang berada sahaja yang mampu mendiami di situ.

"Champayonnnn! Eh, champion. Kalau kau berani sangat mari. Ambik motor cabuk kau tu kejar aku tengokkkk..."

"Ok, aku lumba dengan kau. Tapi bukan pasal perempuan bodoh tu!"

"Peh, solid gila cerita ni. Nampak berkesan sungguh mamat tu berlakon," bisik Antanarayan sendirian sambil bertenggek di tepi tingkap rumah mewah itu. Mujur kulitnya gelap, jadi tidak ada sesiapa yang sedar akan kehadirannya.

"Siapa pelakon tu ya? Tak pernah aku tengok kat India ni?" Antanarayan tertanya tanya sendirian.

"Bestlah tengok Rosyam Nor ni berlakon. Apa nama cerita ni bang?" tanya si isteri kepada sang suami yang masih tidak menyedari kehadirian Antanarayan di bibir tingkap. Kata kata si isteri seolah olah memberi jawapan kepada Antanarayan.

"KL Menjerit. Kawan abang yang rekemenkan masa abang outstation kat Kuala Lumpur tempoh hari. Mujur ada sarikata bahasa Tamil, barulah feel nak tengok." Terang si suami sambil memeluk erat si isteri.

"KL menjerit. Kawan abang yang rekemenkan masa abang outstation kat Kuala Lumpur tempoh hari."-Abang

Antanarayan turun dari bibir tingkap rumah lalu bersandar di dinding. "Ow cerita dari Malaysia. Jadi mamat yang berkesan lakonannya tu nama dia Rosyam Nor la ye. Tapi dia nak buat apa ya? Tadi mamat tu macam ajak lumba je. Nak kena tengok balik ni." Antanarayan bergegas bangun sambil meniti di tepi bibir tingkap untuk menonton filem itu lagi.

"Prenggggg! Prengggg! Preeeeeeeeeeeennnngggggggg!"

"Abang, apa mereka tengah buat ni?" soal si isteri kehairanan.

"Ow, inilah dipanggil lumba haram. Orang orang macam ni pula digelar mat rempit. Tapi kerajaan Malaysia panggil mereka ini mat bodoh, mat gila, mat mati katak dan paling popular sekali mat kool, mat kool kawanku, mari kita ikut mat kool." Jelas si suami sambil bergurau.

"Ala...abang ni gurau gurau dengan kita pula, orang serius ni," si isteri mula merajuk rajuk manja. Naik terjeluak Antanarayan melihatnya.

Si suami sambung berkata kata lagi, "Mat rempit kat Malaysia ni boleh dapat banyak duit kalau ayang nak tau. Sekali lumba haram motor ni, boleh dapat RM400 ke RM1000 semalam tau. Tu baru dalam matawang Malaysia, kalau tukar ke matawang India, memang hidup goyang kakilah."

Bagaikan halilintar memanahnya, Antanarayan terus tersentak. Tersentak mendengarkan betapa lumayannya gaji mat rempit di Malaysia. Kini, di dalam fikirannya tersimpan suatu rancangan yang begitu solid sekali. Namun begitu, dia harus berbincang dahulu dengan sidekicknya iaitu Shah Race Khan. Rancangan ini memerlukan bantuan untuk berjaya. Jadi bantuan Shah Race Khan sememangnya amat amat diperlukan. Antanarayan terus berlari dalam kegelapan malam menuju ke markasnya.

Kebab! Skreeettt!

"Dem punya batu!"-Antanarayan

Antanarayan tersungkur lagi menyembah bumi. "Dem punya batu!" Hatta Antanarayan melempar batu itu ke sungai dan terus menyambung lariannya yang terhenti tadi.

Woi! Sudah ada sambungannya dong. Mau dibacain? Boleh dibacain jika klik di sini: Dia Bernama Anta #6

5 comments:

  1. huahuahua... antanarayan bakal menjadi mat rempit x lama lagi... LOL
    err.. glamor la rosyam nor kat India pasni... lalalalala~~~~

    ReplyDelete
  2. hahahahaa...selamat citer kl menjerit tu xdialihbahasakan ke bahasa tamil..kalau x, mmg aku xdapat bayangkan cmane rupanya..hahaha

    ReplyDelete
  3. eina:
    eh,mana ada.lu jangan buat spekulasi sendirian beb.hahaha!

    ekhsan:
    memang ada usaha nak buat bro,tapi susah beb. gerakan bibir dengan tutur percakapan bahasa tamil tak masuk.laju sangat.hahaha!

    ReplyDelete
  4. adeh melepas aku nak bace sambungan dah masuk kolej dah huhu

    ReplyDelete
  5. prof:
    lu ni kolej kat ceruk mana prof?takkan kolej takde sambungan internet kot?teruk sangat kolej lu ni prof.tapi gua yakin,atas nama profpoyo yang lu miliki,mesti lu ada penyelesaian.

    ReplyDelete