Wednesday, June 24, 2009

Dia Bernama Anta #1

Tahun 1993, Juhu, India.

Tin! Tin! Tin! Honk! Honk! Honk! Woof! Woof! Woof!

Bising! Memang bising! Begitulah keadaannya yang berlaku setiap hari di tengah pekan Juhu ini. Sudahlah panas, diiringi pula bunyi bising yang begitu tidak mengenakkan telinga yang mendengar. Itu belum kira anjing anjing mafia yang suka menggigit orang ramai tak tentu hala. Dalam keadaan sebegini, keadaan emosi sesiapa pun boleh terganggu. Orang yang tengah memarut kelapa, akan berhenti memarut dan mula mencarut. Penjual penjual air di tepi jalan, akan berhenti jual air dan buat buat jadi air longkang kerana tidak tahan dengan keadaan ini. Kanak kanak yang sedang bermain tanah liat, akan berhenti bermain dan meluru masuk ke rumah, dah tiba waktu makan tengah hari katanya. Ceh, tidak ada kena mengena langsung!

Tapi apa yang penting, situasi beginilah yang menyebabkan Antanarayan berasa tidak tahan menetap di pekan kecil ini. Antanarayan bekerja sebagai pengimpal besi, grill dan pagar rumah orang walaupun dia sudah sedia maklum bahawa di pekan Juhu ini tidak ada satu pun penduduk yang mampu memiliki grill dan pagar. Memang satu pekerjaan yang tidak menguntungkan! Namun Antanarayan tetap meneruskan pekerjaannya. "Asalkan halal." Itulah ayat yang sering dikeutarakan oleh Antanarayan setiap kali orang ramai mempersoalkan kerjanya yang tidak menguntungkan. Cuma satu sahaja perkara yang begitu unik tentang Antanarayan. Antanarayan masih seorang kanak kanak! Dia hanya berumur sembilan tahun sahaja. Tidak beribu dan tidak pula berbapa. Dengar khabar, ibu dan bapanya mati semasa membeli tiket kereta api. Masa itu, orang berebut nak balik raya Deepavali. Memang suatu kematian yang tragis dan sadis.

Walaupun berstatuskan pengimpal semi pro, pendapatan Antanarayan tidaklah selumayan pemain bola sepak semi pro India. "Takdelah semi-pro sangat gaji kau tu." Masih terngiang ngiang suara sahabat Antanarayan di dalam telinganya. Hal ini menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diterimanya. Lalu, dengan langkah megah dan dada membuka, Antanarayan berjalan menuju ke bilik bosnya, iaitu, Pakutekanandas.

Kapow!

Diterajangnya pintu bilik bosnya. Antanarayan memandang Pakutekanandas dengan wajah yang bengis. Matanya pula merah menyala. Pakutekanandas sudah menggigil ketakutan. Dengan tidak semena mena Antanarayan melompat ke arah bosnya dan disematkan satu genggaman padu untuk ditujukan khas kepada Pakutekanandas.

Aksi Antanarayan dalam menghasilkan genggaman padu.

Untuk mengikuti sambungan perjalanan kehidupan Anta, lu klik pada tumbuh tumbuhan di bawah:
1. Dia Bernama Anta #2

9 comments:

  1. adeh..
    anta dan paku jadi bahan..
    hahahahahaha...

    ReplyDelete
  2. wakakakaka~~~ gila ganas itu antanarayan... berani sungguh mengsepak pintu bilik bossnya si pakutekanandas...
    errr... gambar boss yg ketakutan x de ke bro..?? gua nk gak tgk muka boss yg menggigil.. ada sampai basah2 suar x...??
    errrr.. asal gua cam kenal je nama2 watak dlm cerita lu ni erk bro... hahahaha~~~

    ReplyDelete
  3. ekhsan & eina:
    ada sambungannya lagi...
    nantikan sajalah siapa lagi menjadi bahan ramuan cerita ini...
    hahaha!

    ReplyDelete
  4. eina: mesti la brani..anta kan presiden kelab boyer..paku org bawahan je..hahahahahaha..

    ReplyDelete
  5. padayappa...itu jer aku tahu..

    ReplyDelete
  6. kimmy:
    salah tu beb...tu antanarayan...
    lu pandai2 je ubah nama watak gua...

    ekhsan:
    ada benar juga kata2 lu bro...gua agak2 menyokong la...

    ReplyDelete
  7. ekhsan.. ha'ah la... lupa plak anta skang dah jd chip... tp, dlm citer neh anta tetap kuli... ni musti kes2 anta dah tau yg dia dpt sokongan ramai & mampu menandingi paku neh.. wakakaka~~~

    ReplyDelete
  8. wh..salah ker?hahahaha...nampak sgt aku ni x pandai ckp terbelit..wakakakaka

    ReplyDelete
  9. kimmy:
    nak buat macam mana,dah lu darah melayu...
    nak sangat jadi darah orang lidah terbelit ke?
    hahaha!

    ReplyDelete