Tuesday, June 16, 2009

Makan Makan, Makan Makan. (Nyanyi ikut rentak lagu 'Jalan Jalan Cari Makan' ye)

Peh. Kerana terlalu asyik melayari laman sesawang gua tak sedar dah pukul 2.30 petang. Patutnya waktu waktu begini gua sudah selesai menyantap. Tapi kali ini tidak. Gua segera bangun dari pendudukan dan bergegas ke dapur untuk menjamu selera.

"Yang, ow yang! Awak masak apa hari ini?" Tanya gua lembut. Apalah yang bini gua masak ya hari ini. Harap harap dia masak gulai lemak daging salai. Dah lama gua teringin.

"Yang! Kenapa tak menjawab ni?" Gua mulai gusar apabila bini gua tak menjawab sahutan gua.

Sekali baru gua teringat, gua mana kahwin lagi. Hek eleh. Boleh tahan khayalan gua ini.

Lalu gua capai baju Bank Muamalat gua. Sambil berseluar pendek bola, gua berjalan kaki menuju ke gerai mak cik mak cik yang menjual lauk. Cun! Orang tak ramai. Gua pun berlari lari anak ke gerai tersebut. Mujur tiada gadis gadis yang melihat kerana larian gua kelihatan agak kegedikkan. Kalau ada yang nampak, pasti gua ditolak mentah mentah.

"Ye nak, nak lauk apa. Tapi nasik dah habislah," terang mak cik gerai itu. Gua syak umur mak cik tu awal 50-an.

"Hmm...tak apalah cik. Saya beli lauk jela. Nasi nanti saya kukus sendiri. Bagi saya sambal tempe singgit dengan gulai pucuk paku singgit," gua berbahasa lembut. Harap harap mak cik itu ada anak perempuan yang lawa. Boleh dijodohkan dengan gua. Heh. Berangan pula gua sambil tersengih keseorangan.

"Itu saja?" tanya mak cik.

"Yup," gua balas.

Kemudian, "Ek eleh. Baru 2 hengget. Cepatlah kayanya kalau beli sikit. Ayam goreng tak nak? Ikan keli tak nak?"

Eh mak cik ni. Gua dah beli 2 ringgit tu kira baguslah tu. Kalau gua tak beli, sudah pasti dia tak dapat mencapai untung RM350 pada hari itu.

"Oklah. Bagi saya ayam goreng la." Gua pun akur pada kata kata mak cik itu. Orang tua, hati mesti dijaga.

"Ha, barulah lambat kayanya. Semua sekali 4 hengget."

Peh! Apa kejadah semua ini. Dari 2 ringgit naik ke 4 ringgit? Dahla ayam kecik, lepas tu bagi gua kaki ayam pula. Katanya supaya mudah mencakar. Gua makan menyuap, bukan mengais. Tapi gua tak puas hati betullah harganya tiba tiba mencanak naik. 2 ringgit ke 4 ringgit? Gua syak mak cik ini mengamalkan riba. Ah. Gua nak protes ni. Jagalah mak cik!

***

"Ok, saya beli ye mak cik," kata gua dengan nada yang sopan.

"Mak cik jual ye. Datang lagi ye." Balas mak cik.

Huh. Tak ingin dah gua. Pengamal riba.

sistempesananringkas: Anak mak cik tiba tiba datang. Gua tak dapat nak protes. Cun tu!

3 comments:

  1. bro.. bkn stendet ke skang ni ayam goreng 2 hengget.. pandai2 je lu kata makcik tu pengamal riba... tp, bila lu tgk anak dia yg cun tuh.. reti plak lu cancel lu punya protes eh.. wakakaka~~~

    ReplyDelete
  2. haha..ending lu mmg best, bro..tp tang ayam goreng tu, mmg tmpt gua pun rm2 skrg..tambah sket dah leh dpt KFC..eheh..(2 pieces = RM4.99 xsilap)

    ReplyDelete
  3. eina & ekhsan:
    wahai bro dan sis...
    ingin gua tekankan di sini...
    ayam rm2 yang gua dapat tu,
    tak berbaloi dengan saiznya...
    jadi,timbullah isunya di situ...
    kalau saiz besar gua tak kisah...
    letak rm5 pun gua angkut...
    hahaha!

    ReplyDelete