Friday, June 26, 2009

Keadaan Yang Janggal.

Hari ini gua tak tahu kenapa gua rasa pelik sangat. Serius gua tak pernah berasa sebegini pelik. Masa gua gali busut dulu dan jumpa permaisuri anai anai pun gua tak ada rasa pelik macam ni. Gua seksa lipas guna ubat nyamuk dengan lilin masa gua kanak kanak kudus pun tak pernah gua berdepan dengan situasi macam ini. Gua cuba juga buat solat istikharah, cuba sajalah, tapi tak buat pun lagi. Kira tak ada hasillah. Pagi tadi gua bangun, tak semena semena tangan gua terangkat menuding ke udara dan gua jerit "Auww!". Gua masuk bilik air nak mandi pun, tangan gua terangkat dan gua jerit "Auww!". Gua dah mula rasa pelik. Kawan serumah gua si Ajahari tu pun dah syak semacam pada gua.

"Wan, hang ok tak?" tanya Ajahari gelisah.

"Aku ok je bro." Balas gua sambil buat muka selamba.

Apa saja yang gua buat hari ini semua akan bermula dengan angkat tangan dan dituruti dengan jeritan "Auww!". Pendek kata, proses angkat tangan-auww-angkat tangan-auww-angkat tangan-auww akan sentiasa berlaku pada diri gua ni. Masa tu gua dan rancang rancang nak jumpa bomoh vodoo. Mana tau ada yang memiliki patung vodoo gua ke. Tu yang mereka mereka boleh menganiayai diri gua sebegini rupa.

Tapi petang tadi baru gua dapat jawapannya. Rupa rupanya ikon pop dunia atau Raja Pop dunia ataupun Pak Cik gua iaitu Micheal Jackson telah pun meninggal dunia. Heh. Patutlah gua jadi macam tu. Dah kena kenan agaknya. Ataupun, mungkin gua telah ditakdirkan untuk menjadi pengganti mendiang Raja Pop itu. Jadi macam mana, lu orang rasa gua ada kredibiliti tak nak jadi macam Micheal Jackson?Angkat tangan dan Auww! Tapi gua tak adalah nak bedah bedah kulit kasi putih ya. Gua pun dah cukup cerah ni.

Dulu masa kecil, gua panggil dia ni Pak Cik Ma. Dia yang suruh. Nak kasi nampak kemelayuan katanya. Gua la yang ajar moonwalk kat dia.

6 comments:

  1. baru la gua tau lu yg ajar MJ berjalan di bulan..
    mmg sesuai la lu jd cikgu, bro..
    terkenal gila anak murid lu tu..
    hahahahahaha...

    ReplyDelete
  2. bro.. gua rasa, lu ada la sket2 kredibiliti nk jadi artis tuh.. tp, bkn penyanyi pop cam MJ la.. tp, gua x tau la kan... sbb gua x nampak lagi cane cara lu angkat tangan - auww tu... gua takut.. lu dok angkat tangan - auww tu byk2 kali, lu jadi auuuwww yg lain plak nanti... wakakaka~~~

    ReplyDelete
  3. weh..neil amrstrong pon lu ajar gak ler ek jalan atas bulan tu..wehh..bangga giler gua dpt kenal lu...auwwww..!

    ReplyDelete
  4. ekhsan:
    jalan di atas bulan? lu ingat gua ni sheikh muzapar shukor ke?gua nak beli top up pun kadang2 sangkut,ni nak keluar perbelanjaan ajar orang jalan atas bulan.mencanak gua beb.hahaha!

    eina:
    peh.lu jangan doa bukan2 terhadap diri gua yang kejantanan ni.hahaha!

    kimmy:
    gua tak ajar neil armstrong,gua ajar lance armstrong nek beskal roda tiga tempoh hari.hahaha!

    ReplyDelete
  5. jadi penyanyi erk....ok gak tuh....ada orang nak offer jadi penyanyi dalam kumpulan boria..lu mau ka??? hik hik hik

    ReplyDelete
  6. turf:
    err...dalam boria tu gua bole wat moonwalk tak?kalau tak bole kirim salam jela kat ketua boria tu ye...gua lagi rela ngajor budak tadika.

    ReplyDelete