Thursday, June 25, 2009

Dia Bernama Anta #2

Untuk mengetahui awalan cerita ini, sila klik binatang dibawah ini:
1. Dia Bernama Anta #1

"Woi! Apahal yang kau tersengih sengih depan pintu tu?" tanya Pakutekanandas garang.

"Cait! Aku berkhayal rupanya tadi. Dah macam real saja. Mesti seronok kalau aku dapat tumbuk si Paku ni betul betul." Barulah Antanarayan tersedar yang dia cuma berkhayal tadi. Mana mungkin dia dapat berbuat sebegitu. Kalau nak dibezakan saiz badan Antanarayan dan Pakutekanandas, memang jauh panggang dari api. Apatah lagi dari segi perbezaan umur mereka.

Antanarayan memberanikan diri menghampiri Pakutekanandas. "Boleh saya duduk bos?" Antanarayan meminta izin dari bosnya. Tak mahu pula dia dicop kurang ajar. Silap haribulan, mau melekat selipar cap Madras The Best di mukanya. "Hah! Duduklah. Kau ni apahal datang awal awal ni? Hari gaji pun belum lagi. Kecik kecik dah berani nak buat pasal."

"Eh, eh... Aku tak cakap apa apa lagi lah samdol! Main serkap jarang saja!" Bentak Antanarayan, tetapi di dalam hati saja. Antanarayan bersuara, "Macam ni bos. Saya ni walaupun masih berumur 9 tahun, tapi status kerja saya dah berada di tahap semi-pro. Malahan, kerja yang saya buat memang lebih baik berbanding pekerja pekerja yang lebih tua dari saya. Cuba tengok Pak Cik Decaderasamy tu, konon pekerja paling berpengalaman, tapi kadang kadang sampai terkimpal tangan sendiri. Tak ke macam bangang kerja macam itu?" Terang Antanarayan berserta bukti yang paling kukuh.

Pang!

Melekat satu tamparan berbisa di pipi Antanarayan. Kelihatan ada kesan lecur di pipinya. Cepat cepat dia menyapu ubat gigi yang sentiasa dibawanya bersama agar kesan lecur itu pulih segera.

"Kau cakap baik baik sikit! Itu bapak aku tu! Biadap punya budak!" Jerkah Pakutekanandas kepada Antanarayan. Pada saat itu, baru Antanarayan terperasan nama penuh Pakutekanandas iaitu, Pakutekanandas s/o Decaderasamy. "Dem! Baru aku ingat itu bapak dia. Peh! Pantas juga tangan si Paku ni." Bisik hati kecil Antanarayan sambil mengusap pipinya yang kepedihan itu.

"Kau terus terang saja kau nak apa, jangan buang masa aku. Aku banyak benda lagi nak buat," kata Pakutekanandas sambil jari jemarinya sibuk menekan punat kayu ria (joystick) permainaan konsol Micro Genius yang baru dibelinya semalam. Kelihatan dia sedang sibuk bermain permainan Contra. Sekali sekala Antanarayan buat buat sibuk menjenguk apa yang sedang dilakukan oleh Pekutekanandas.

"Ha bos, ambil benda tu. Itu kalau bos ambil, tembakan bos akan jadi lebih hebatlah. Mesti cepat matilah geng geng jahat tu," Ujar Antanarayan kepada bosnya.

"La, yeke? Aku selalu tak ambil pun. Ingat racun tu tadi. Eh, kau pernah main ke Antanarayan?" tanya Pakutekanandas dengan nada yang lembut. Pelik sebentar Antanarayan. Baru tadi tingkah laku bosnya garang macam singa laut berebut kawasan, kali ini jadi lemah lembut semacam saja. Antanarayan dah mula syak Pakutekanandas ni makhluk dua alam.

"Ish, mana pernah bos. Saya ni bukan ada duit nak beli. Dah la anak yatim piatu, miskin pula tu. Mana mampu nak beli permainan mahal macam ni. Bos lain la, hensem, kacak, bergaya, malah, kaya pula tu. Permainan sebegini rupa, celah celah gigi saja bos boleh beli," kata Antanarayan sambil membodek bosnya dengan harapan Pakutekanandas akan mengajaknya bermain permainan itu. Memang sudah lama dia mengidam untuk mencuba permainan micro genius itu.

Cerita ini akan bersambung jika lu klik pokok bunga bawah ni:
Dia Bernama Anta #3

6 comments:

  1. wakakaka~~~ sorg lagik dah masuk jadi bahan... gile sedap nama decaderasamy tuh... berkenan plak gua...

    ReplyDelete
  2. decade plak da jadi bahan..
    aku cadangkan bila da tamat citer nie, ko paste kat ehoza, bro..
    hahahahahahaha...
    men game contra tu..
    da lama da gua xlayan..

    ReplyDelete
  3. eina:
    berkenan nama takpe,jangan berkenan orangnya lak.hahaha!

    ekhsan:
    panjang tu bro.takut forumers ehoza tak larat baca.lagipun forumers ehoza skang suka benda2 lagha saja.hahaha!

    ReplyDelete
  4. adeh, takleh blah la bro. sambung cite ni cepat2. jgn lupa paste kat ehoza nnti hahahahaha

    pecah perut aku baca hahahaha

    ReplyDelete
  5. gua kenan kat nama je bro.. orgnya, x de la plak.. adik2 je tuh... hehehe~~~

    ReplyDelete
  6. deanix:
    gua cuba sedaya upaya.bukan apa,gua tengok budak2 ehoza skang kurang sangat mengamalkan peribahasa 'membaca jambatan ilmu'.takut mereka mereka jemu membaca.tapi gua cuba beb,gua cuba.hahaha!

    eina:
    adik2?ow,lu dah tua.hahaha!

    ReplyDelete