Wednesday, December 30, 2009

Candid Photo Contest

Satu percubaan berani mati daripada gua untuk menyertai pertandingan ini. Terima kasih kepada brader Alan yakni sifu gua dalam bidang fotografi kerana telah menghebohkan hal sebegini rupa. Dah lama gua tak join apa apa pertandingan ini. Last pertandingan gua pernah join ialah pertandingan bowling kampung peringkat Family Day Keluarga Haji Abdullah tahun 2005 dulu. Itu pun gua kalah dan terpaksa menelan kepahitannya. Jadi, pada kali ini gua mempertaruhkan gambar di bawah ini. Di harap ada tuah dan jebat bersama gambar ini. Ayoh mencoba!!!

Tuesday, December 29, 2009

Komen Daripada Seorang Pensyarah Kepada Seorang Guru

Semalam masa gua buat presentation pra-micro teaching, ada seorang brader yang memegang pangkat Profesor Madya telah memberi sedikit kritikan yang membina kepada gua.

1. Penerangan yang jelas.
2. Ada sense of humor.
3. Suara yang lantang.
4. Tangan selalu masuk dalam poket semasa penyampaian. (ini tarak bagus)
5. Dan last sekali, kunyah chewing gum. (pun tarak bagus)

Kata prof tersebut, tangan kalau masuk dalam poket maksudnya gua nervous. Ala prof, gua bukan nervous pun, tapi gua dah terikut ikut gaya Great Teacher Onizuka la. Lebih lebih lagi, selepas layan cerita Crow Zero buat gua lebih cenderung nak selalu masukkan tangan dalam poket. Baru ada stail mengajar. Budak budak kalau tengok pun mesti sampai tahap nak jatuh cinta. Nak lagi best mesti ada yang sampai ajak datang rumah pasal nak perkenalkan pada mak bapak pasal gua yang terlalu stail ni. Aish, rimas gua.

Kalau yang pasal makan chewing gum tu, memang gua tak sempat nak buat apa la. Sebab gua akan selalu makan chewing gum dalam kelas sepanjang kursus ini pasal takut tertidur dalam kelas. Bila time presentation, gua terlupa buang. Takkan kat depan orang ramai gua nak main ludah saja? Agak agak la sikit brader, gua orang Melayu, ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk. Best pula main kias kias ni kan?

Anyway (peh, Inglish tu), daripada 5 item yang ditaipkan di atas, majoriti menunjukkan gua adalah cikgu yang baik. Jadi, bila lu orang mau hantar anak anak lu orang ke, adik adik ke, abang abang ke, akak akak ke atau pak cik dan mak cik lu orang ke belajar dengan gua? Prof pun dah bagi 3 bintang sama gua ni. Bukan calang calang orang tu bagi, Profesor tu. Bangga shiyot!

Monday, December 28, 2009

Gua Yang Setedi

Entah kenapa sejak duduk kat Bangi ni untuk kursus gua jadi rajin gosok baju dan seluar untuk seminggu. Masa dekat Manjung tak ada pula nak rajin macam ini. Pagi pagi terkial kial baru nak gosok baju. Kadang kadang kena tunggu turn. Kalau brader Boslan yang tengah gosok, mau sempat gua masak nasi goreng sepinggan dan habis memakannya. Memang setedi la gosok baju untuk seminggu ni.

Wednesday, December 23, 2009

Nostalgia - Menarik Tudung

Darjah 6 Setia

Budak budak berlari riang tatkala loceng berbunyi kencang. Hati yang sedang dari tadi asyik gundah kembali ceria. Loceng menandakan waktu mencari nasi lemak 50 sen dan air anggur 20 sen sudah tiba. Gua ajak rakan rakan gua yang lain seperti Shahrul Azhar, Mohd Khushairi, Kushairy dan Saiful Amri pergi ke kantin. Ada juga gua pernah ajak Ravi, tapi dia lebih cenderung untuk menyertai Dinesh Dev pergi menangkap pepatung di tepi longkang. Gua dah lama tinggalkan bidang tangkap pepatung ni. Kali terakhir gua buat masa darjah 5. Tetapi, sejak gua jatuh longkang masa asyik menangkap pepatung terbang, gua terus bersara dari bidang ini tanpa menerima sebarang wang pencen.

Keadaan di kantin sungguh ramai orang. Masa rehat bukan panjang mana, setakat 20 minit saja. Nak tak nak, gua kena rempuh barisan juga demi sebungkus nasi lemak dan air anggur. Kalau tak dapat, macam mana nak fokus dalam kelas. Belajar dalam keadaan perut kosong boleh buat gua main kepung dalam buku matematik dengan Saiful Amri saja. Berbekal semangat ingin belajar yang tinggi, gua rempuh barisan. Ada seorang budak nama Mahadevan badan besar tak ingat. Macam maharaja susuk tubuh badan dia. Tapi nasi lemak dan air anggur punya pasal, gua selamba saja redah.

"Dey! Beraturlah. Bolo!" Mahadevan sound gua. Ah, persetanlah lu Mahadevan

Cukup 20 minit, loceng dah kembali berbunyi. Nasi lemak dan air anggur pun kini sudah beradun sebati di dalam perut gua. Balik rumah, kompem gua buang balik. Itulah nama dia proses perkumuhan. Setelah elok mengisi perut yang kelaparan, gua, Shahrul Azhar, Mohd Khushairi, Kushairy dan Saiful Amri bersama berjalan beriringan menuju ke kelas. Kadang kadang kedengaran Mohd Khushairi menyanyi lagu tema 'Doraemon'.

"Ang ang ang...tote mi dayisuki...dora-eh-mamu," nyanyi Mohd Khushairi sambil tangan buat buat masuk saku macam Doraemon.

Masuk dalam kelas, semangat ingin belajar gua jadi tinggi. Mana taknya, perut sudah kenyang, jadi fokus gua untuk belajar tu berada pada tahap yang maksimum. Gua duduk atas kerusi dan bersandar tegak, baru senang ilmu masuk.

Selang 10 minit, Cikgu Ting tak masuk lagi. Barangkali tengah sibuk main sempoa dalam bilik guru agaknya. Semangat ingin belajar gua yang tinggi tadi kembali menurun. Gua tak bolehlah kalau cikgu masuk lambat ni, memang cepat hilang semangatnya. Bila hilang semangat, gua jadi bosan. Sesuatu perkara harus dilakukan agar perasaan bosan ini tidak berpanjangan. Alif Johan yang duduk sebelah gua asyik usha Hani Farhana saja. Kalau minat pergilah cakap, ini malu malu pula. Macam haram saja. Bajet kiutlah tu buat buat pemalu.

Depan gua ada seorang pengawas, namanya Nor Nazreen (entah betul ke tidak nama ni. gua dah lupalah). Dia ni memang selalu jadi mangsa gua kalau gua bosan. Disebabkan perasaan bosan tu dah menyelubungi diri gua, maka, Nor Nazreen sekali lagi akan menjadi mangsa pengacauan gua pada hari ini. Gua usha line kiri kanan, nak pastikan tiada sesiapa yang memandang. Masing masing sibuk sembang nak beli apa bila balik sekolah nanti. Ada yang nak beli tikam, sate ikan, ais krim dan sebagainya. Yang paling teruk gua pernah dengar, ada yang nak beli motor. Hak tuih, nasi lemak 50 sen pun susah nak beli, ni nak beli motor pula.

Line clear. Masing masing sibuk buat hal sendiri. Sepantas kilat, tangan gua menerpa ke depan lalu menarik tudung Nor Nazreen. Terdongak dia ke belakang. Gua cepat cepat sorok tangan dan buat buat sembang dengan Alif Johan. Nor Nazreen pandang gua tak puas hati. Gua buat buat selamba macam tak ada yang berlaku. Nor Nazreen kembali pandang ke depan. Gua terkekeh kekeh gelak seorang diri.

Sekali lagi, line clear. Gua sentap lagi sekali tudung Nor Nazreen. Kali ni gua bagi kuat sikit, hah ambik! Terdongak lagi dia. Kali ni anak tudung dia semakin kelihatan. Dia cepat cepat pandang ke belakang. Mujur gua sempat cover. Gua buat buat pinjam pemadam Alif Johan. Nor Nazreen usha daring lalu berkata.

"Woi! Kau buat kita lagi, jagalah kau!" Peh, marah doh. Gua rilek saja.

Bila Nor Nazreen pandang depan balik, gua dah ready nak tarik lagi. Baru gua nak keluarkan tangan nak tarik tudung Nor Nazreen, secara tiba tiba dia pusing ke belakang lalu mencucuk sebatang pensel yang tajam matanya ke tangan gua.

"Aduuuuh!!! Sakitlah bodoh!" Gua menjerit kesakitan. Satu kelas pandang gua.

"Tu la. Siapa suruh kacau kita, kan dah kena, padan muka!" Nor Nazreen membalas secara psikologi.

Gua tengok kesan cucukkan pensel tadi, ada karbon pensel yang melekat pada tangan dua. Gua cabut perlahan lahan, darah meleleh keluar. Siotnya Nor Nazreen, lu main kasar dengan gua ya? Main cucuk cucuk ya? Hati gua jadi panas mendadak. Gua cepat cepat pergi toilet.

***

Sejak hari itu, gua tak kacau Nor Nazreen lagi. Tindakan dia mencucuk tangan gua betul betul memberi kesan yang mendalam pada diri gua. Sampai sekarang, parut cucukkan pensel itu masih ada kepada tangan gua. Bila gua tengok parut tu, gua teringat pada Nor Nazreen. Hai Nor Nazreen, apa ceritalah lu sekarang ye? Dah kurus ke? Dah cerah ke? Dem punya Nor Nazreen!

Tuesday, December 22, 2009

57

Tengah asyik mencarut carut kawan gua dalam Facebook, Irfan dompet Mont Blanc mesej gua dalam aplikasi chat Facebook.

"Wan, aku dengan Kak Wan tadi dah tolong isi borang carry foward cuti kau, Syuk dengan Yati untuk tahun ni ke tahun depan. Ko ada cuti 57 hari."

"Makasey bro!" Gua taip cergas.

Peh, 57 hari tu. Lama gila cuti gua dapat. Ah, gua dah jadi tak keruan. Taktau nak buat apa dengan cuti sebanyak tu. Nak masuk dalam cuti pencen tak boleh lagi. Gua ingat nak pergi Colombia la cari Shakira. Gua nak ajak dia join 'Sehati Berdansa 3'. Di samping dapat menari gelek Colombia, gua dengan Shakira boleh juga beramal. So Shakira, are you interested with me? Ow yeah!

I like 'Sehati Berdansa'. When I join it, please vote for me okie! Mmmuacks! Luv u all!

Sunday, December 20, 2009

Kenapa Baru Hari Ini Gua Tau Cerita Best Ini?


'Crow Zero' - Cerita Raja Segala Gaduh

Best macam haram cerita ni. Kenapa tak pernah nak tayang kat Malaysia pun? Bukan ada pun adegan perempuan berkemban, pakai baju bertali, pakai ketat ketat, pakai skirt pendek sikit pun tak ada, apatah lagi adegan beromen romen. Setakat bertumbuk tumbuk saja adalah. Bukan ganas mana pun tumbuk tumbuk dia tu. Lagi ganas gua rasa cerita Jet Li yang ditayangkan dalam wayang Malaysia yang cekik orang guna rantai besi kunci basikal tu. Serius doh gua betul betul bengang tak dapat layan cerita ni masa tahun 2007 dulu.

Jadi mulai esok gua nak kuruskan badan, lepas tu pergi cari pakaian seragam sekolah Jepun, lepas tu cari rantai dompet yang sambung kat poket seluar tu, lepas tu cari kasut 'Penguin', lepas tu gua nak potong rambut tepi slope kasi nipis gila atas tebal dan belakang biar berekor panjang dan akhir sekali gua nak cari gaduh dengan budak sekolah menengah, gua nak jadi ketua dalam sekolah tu. Jadi apa macam, lu orang nak sertai gua tak? Gua boleh ajar cara 'depan tendang' (front kick) yang betul. Nak tak? Gua dah fikir nama kumpulan kita dah ni.

Tuesday, December 15, 2009

Ciuman Semakin Hampir

"Malam ni kita pergi disko. Kita cucuk langit satu kali." - Brader Baddrol Bakhtiar

Jadi apa cerita? Lu orang ada tengok tak siaran langsung bola sepak pertemuan separuh akhir Sukan Sea 2009 yakni pertemuan antara Laos dengan pasukan disukai Sir Alex Ferguson yakni Malaysia? Ada tengok tak? Ada tayang kat tv2 tu. Lu orang kalau tak tengok, mesti jenis kat rumah asyik layan astro sahaja. Tak Macam Macam Aznil, mesti Sehati Berdansa, tak Macam Macam Aznil, mesti Sehati Berdansa. Tak pernah berubah minat cerita karut marut ni.

Ok, berbalik kepada permainan bola sepak yang berlangsung semalam. Kemungkinan kecil, pasukan Malaysia ini akan dapat mencium emas mereka yang pertama sejak 20 tahun yang lalu. Sebelum sebelum ni pasukan Malaysia asyik tengok orang lain saja yang cium pingat emas tu. Pemain Malaysia pula, tak cium bini, mesti cium awek punyalah. Paling koman pun, cium tangan mak bapak.

Di sini, ingin gua ceritakan serba sedikit kronologi gua menonton permainan bola sepak secara langsung di kolej yang sedang gua duduki untuk meneruskan pengajian dalam diploma menjadi orang profesional. Bilik tv tu serius kecik, macam rumah orang Indonesia kat tepi tepi kawasan pembinaan saja, ariel tv pun dah barai, mujur boleh dapat gak frekuensi.

Pukul 7.15 malam: Baru lepas solat Maghrib. Dengan langkah yang pantas gua berlari menuju ke bilik tv. Mesti datang awal, nanti penuh. Dah penuh mesti tak dapat duduk. Apa cerita tengok bola sambil berdiri. Ini bukan latihan tentera darat nak berdiri lama lama. Buka buka pintu, hati berbunga bunga. Tak ada seekor makhluk yang berada di dalam. Dengan lafaz Bismillah, gua masuk ke dalam.

Pukul 7.30 malam: Layan Ninja warrior dulu. Kali ni buat versi wanita pula. Orang perempuan masuk permainan ni habis lunyai. Halangan pertama pun tak lepas lepas. Gua naik muak. Gua lempang member sebelah gua tanda protes. Lalu dia pun mesej bini dia untuk mengadu. Hati kaca betullah!

Pukul 7.45 malam: Layan berita Tamil pula. Kebetulan ada seorang member gua muka macam orang India. Jadi gua kasi dia layan berita bahasa Ibunda dia. Namun, setelah diselidiki, dia sepatah haram pun tak tau cakap India. Buang masa saja gua bangun tukar siaran. Member gua tu pun gua lempang juga. Tersadai tepi sofa.

Pukul 8.00 malam: Game dah start. Hati mula berdebar debar. Rasa nak kencing pun ada. Tapi gua tahan, pasal takut kerusi gua diambil orang. Bilik tv mula dipenuhi geng geng ustaz.Tak pergi masjid ke brader?

Pukul 8.13 malam: Malaysia menjaringkan gol pertama. Hasil umpanan cantik daripada brader Manaf, Baddrol Bakhtiar dengan begitu senang lenang buat sepakan Captain Tsubasa. Gua bajet Baddrol ada baca komik Captain Tsubasa pagi sebelum game. Semua hadirin dalam bilik tv menjerit meronta ronta meraikan gola. Gua pun melompat lompat juga. Ada brader halang gua, dia kata tangan gua hampir kena kipas. Cilakak. Brader kejuruteraan mana pula buat kipas rendah rendah ni?

Pukul 9.30 malam: Malaysia main serupa gampang! Dari start separuh masa kedua lagi. Gua sikit sikit gengam tangan. Rasa nak tumbuk orang. Mujur ada geng geng ustaz. Hati sedikit tenang. Tapi, tenang tak lama. Minit 74, Laos jaringkan gol dari jarak jauh. Goalkeeper Malaysia jadi rabun sekejap masa tu. Gua syak dia ada main balas balas SMS belakang tiang gol. Lu memang hampeh la Sharbinee Alwi. Semua hadirin dalam bilik tv mencarut carut. Geng geng ustaz gua tengok beristighfar sahaja.

Pukul 9.36 malam: Dah kena desak baru nak main elok. Tu la dia sikap pasukan Malaysia. Dari dulu tak pernah berubah, bajet star! S.Kunalan membuat crossing ala ala David Beckham lalu mengenai palang gol. Keeper Laos kucar kacir. Bola lantunan itu jatuh kepada saudara Baddrol Bakhtiar. Rembatan pertama, tak kena, gampang! Sepakan ke dua, kaboom! Kena dan masuk gol terus. Keeper Laos gaduh dengan defender dia pasal tak jaga Baddrol. Baddrol berlari tenang meraikan jaringan. Para hadirin dalam bilik tv pula bersorak girang. Gua juga bersorak sampai henpon gua jatuh lalu disepak padu oleh salah seorang hadirin dalam bilik tv. Mujur henpon gua tough!

Pukul 9.42 malam: Selang 6 minit kemudian. Malaysia dah pandai main beautiful football. Passing cantik. Bola lekat kat kaki. Brader Norshahrul Idlan Talaha dengan setedinya menggelecek bola dari sayap kiri dan kasi masuk dalam kotak penalti. Brader Safiq Rahim jerit jerit minta bola. Brader Norshahrul tunjuk jari tengah tanda nak bolot seorang. Eh, tak adalah, gua main main saja. Norshahrul pass sama brader Safiq dan akhirnya terciptalah jaringan yang ketiga. Semua hadirin bilik tv bersorak riang seperti kanak kanak dapat pasir. Geng geng ustaz baca doa selamat.

Pukul 10 malam: Game pun tamat. Malaysia menang 3-1. Lepas ni jumpa Vietnam pula. Nak menang dengan Vietnam kena main macam jumpa Thailand tempoh hari. Baru ada kick. Lepas ni brader Baddrol Bakhtiar kena perbanyakkan lagi membaca komik Captain Tsubasa.

Malam itu gua balik dengan hati yang girang. Malam itu juga gua pergi main futsal dengan jersi Malaysia. Gua juga suruh orang panggil gua Baddrol. Pada malam yang sama juga gua skor ala ala brader Baddrol. Baddrol jadi hero malam tadi. I'm proud to be Malaysian! Ow yeah!

Sunday, December 13, 2009

Orang, Bila Dah Tak Ada Kerja, Macam Macam Idea Boleh Datang.



Jadi, apa macam sekarang? Nak ikut gua pergi cari biji getah tak? Biji biji lain gua tak nak cari, buang masa je. Nak ikut jom sekarang!

Saturday, December 12, 2009

Mari Bagi Saya Cium



So, apa macam Thailand? Kali ini emas boleh kasi Malaysia cium kot. Thailand fokus kat takraw sudahlah. Jangan nak bolot pula. Nak jadi macam Thaksin ke brader? Wel Dan Malaysia!

Tuesday, December 8, 2009

Macam Mana Gua Boleh Minat Sama Muzik Underground

Masa tu gua baru tingkatan 4 lagi. Gua baru masuk asrama. Hidup kat asrama ni buat gua lagi kenal ramai orang. Salah satunya ialah ketua dorm gua iaitu Co'oi. Co'oi ni orang Jelebu. Jadi, agak pekat jugalah loghat nogori dio. Co'oi ni perkataan kegemaran dia ialah 'caghu'. Dia suka guna perkataan ni setiap kali bermain takraw bilamana orang yang bermain tu tak timbang sampai tiga. Co'oi bila cakap 'caghu', memang lain macam dia punya terjuih bibir. Ke depan gila doh!

Katil Co'oi ni terletak selang satu katil dari katil gua. Sebelah kanan gua Fauzan. Sebelah Fauzan baru Co'oi. Co'oi ni kalau ajak bersembang dengan dia, mesti best. Topik topik yang biasa Co'oi keutarakan memang jarang jarang gua dengar sepanjang duduk dengan mak abah gua. Co'oi kalau bercerita, ekspresi muka dia memang memainkan peranan yang penting. Kalau cerita tu cerita marah, Co'oi buat muka marah. Kalau cerita tu cerita sedih, Co'oi buat muka sedih. Kalau cerita tu cerita Co'oi sakit perut, dia buat muka tahan sakit perut. Ekspresi muka Co'oi membuatkan gua dan rakan rakan lain merasa amat terkesan dengan penceritaannya.

Dalam banyak banyak topik yang Co'oi selalu sembangkan, gua paling suka topik muzik underground. Masa tu, serius gua tak tau langsung apa dia tu muzik underground. Yang gua tau, bawah tanah saja. Masa tu gua dah fikir bukan bukan. Apa kejadah pula nak main muzik bawah tanah, ada yang atas tanah tu main sajalah, dok kalut main kat bawah apahal pulak? Pada waktu itu gua lebih cenderung dengan lagu lagu Backstreet Boys. Kalau setakat nak hafal lagu lagu Backstreet Boys tu memang tak ada masalah la. Sekali dengar boleh hafal terus. Nyanyi depan mak abah, terus diorang syak gua boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Padahal masa SPM dapat kredit saja. Masa tu pun sikat rambut pun belah tengah gaya Nick Carter. Serius jambu siot!

Disebabkan minat gua yang mendalam terhadap bidang muzik ni, gua minta pada Co'oi untuk perdengarkan muzik underground ni, dan hasilnya, lagu underground pertama yang gua dengar ialah "Kamilah Yang Disyaki". Band apa entah nyanyi lagu ni, gua pun dah lupa. Tapi rentak lagu ni memang best. Boleh buat kepala terangguk angguk. Tu belum tengok Co'oi menyanyi sambil bertuala sahaja, pasti meruntun jiwa beb! Bila nyanyi ramai ramai rasa macam pendatang asing tanpa izin pun ada juga. Entah macam mana boleh datang feel sebegitu pun gua tak tau.

Bermula dari situlah gua mula minat mendengari muzik underground ni. Selepas itu, Co'oi mula bagi dengar muzik muzik underground daripada band yang lain pula. Antara band yang gua dengar muziknya ialah ACAB. Masa tu ACAB belum lagi bernama sebagai The A.C.A.B. Orang cakap ACAB tu maksud dia All Cops Are Bastard. Tapi sejauh mana kebenaran dia, tak dapat gua nak pastikan. Tapi gua bukan kisah sangat pasal maksud dia, gua lebih kisah tentang muziknya. Lagu lagu seperti "Fight For Your Right" dan "Street Of Uptown" betul betul bikin kepala gua terangguk angguk. ACAB ni merupakan band Skindhead yang popular pada waktu itu. Lagu lagunya sering menjadi siulan remaja remaja di asrama gua. Bangun tidur saja mesti nyanyi lagu tu sampai termiss subuh. Betul betul melalaikan sungguh. Nak tidur pun nyanyi juga, tu yang nak pergi bilik air pun jadi takut semacam pasal dinding iman agak rapuh.

Backstreeet Boys mula gua tinggalkan perlahan lahan. Tiada lagi dah rambut belah tengah. Masa tu gua cuba cari stail yang sedikit crook. Kat sekolah tak boleh nak crook lebih lebih sangat, nanti warden syak gua hisap rokok pula. Jatuhlah reputasi doh. Disebabkan minat yang mendalam terhadap Skinhead, gua suruh member gua potong botak. Lama jugalah nak potong botak rambut gua ni guna gunting. Ada nak dekat sampai sejamlah gua rasa. Sampai naik serik member gua nak potong rambut gua masa tu. Bila dah potong botak, memang datanglah feel skinhead dia. Esok pergi kelas mesti ramai yang hormat ni. Bila pergi kelas saja esok, cikgu Bahasa Melayu gua kata dah macam perogol. Esok tu juga gua pergi sekolah pakai songkok dah tak pernah lagi potong botak sampai sekarang. Fobia gua beb!

Masuk tingkatan 5, semakin banyak lagu lagu underground yang telah gua dengar. Tapi semuanya lebih ke arah Skinhead sahaja. Zine zine Skinhead pada masa tu pun dah mula popular. Tapi gua, satu zine pun tak pernah beli. Kurangnya minat membaca membuatkan kecenderungan gua nak beli tu tak ada sangat. Zine zine ni dapat membantu meluaskan pemikiran kita dalam arena muzik underground ni. Selalu juga gua tengok Co'oi baca zine zine ni berbanding baca buku kimia.

Minat macam mana pun gua, fanatik macam mana pun gua, gua tak adalah sengal sangat macam Co'oi sampai sanggup pasang lagu band ACAB dalam surau lepas tu bajet macam tengah buat gig besar besaran. Kalau pasang speaker surau yang belah dalam saja tak kisah lagi, ni bantai dia pasang speaker luar surau. Mengamuk la Naqib surau bila surau itu dipermainkan sebegitu rupa. Habis semua budak budak Co'oi kena pogo dengan Naqib surau.

Sepanjang meminati muzik underground ni, gua tak pernah pun pergi mana mana gig. Setakat dengar cerita kawan kawan yang lain sahaja. Masa tu, kawalan ketat daripada abah gua menghalang niat gua untuk menonton gig. Tapi syukur Alhamdulillah. Ada kawan kawan gua yang di asrama yang memahami nasib orang orang seperti gua yang tak boleh masuk gig ni. Berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi, segelintir budak budak asrama yang memang hardcore dalam muzik underground ni telah mengadakan sebuah gig di dalam sebuah dorm yang memang sedia kosong. Budak budak ni telah menghias dorm tersebut agar ia mendapat suasana gig yang betul. Tapi tak adalah sampai kena panggil band band underground yang sedia ada, mereka cuma memainkan lagu lagu underground menggunakan tape sahaja.

Nak kasi tambah feel lagi, budak budak yang prihatin menyediakan suatu syarat untuk masuk. Siapa siapa yang nak masuk kena cop kat tangan dulu. Gua pun tak kisah sangat kena cop cop ni. Lagipun cop tu diperbuat menggunakan pemadam getah yang diukir dan hanya menggunakan dakwat pen sahaja. Dari segi pemakaian pula, gua pakai t-shirt berkolar, seluar track suit biru dan kasut hi-cut yang dipinjam daripada kawan gua. Seluar kasi masuk dalam kasut, baru Skinhead. Malam itu merupakan malam pertama gua rasa macam mana bestnya berpogo.

Jadi, mula dari situlah gua meminati muzik muzik underground. Tapi gua lebih ke arah meminati lagu lagu skinhead ni berbanding muzik muzik underground yang lain. Cuma zaman sekarang, gua dapati dah macam tak ada saja band band Skinhead ni. Yang gua tau masih bergerak ialah The Official saja, yang lain mana menghilang ye? ACAB pula sejak jadi The ACAB dah main lagu lagu jenis brit-pop saja. Taknak try lagu skin balik ke brader?

Thursday, December 3, 2009

Cikgunyeee Diaaa...

Habis saja belajar subjek 'Kurikulum Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan', gua dengan kelam kabutnya sambil mulut masih mengunyah cucur badak yang lain macam dia punya enak terus meluru ke arah kereta gua bersama sama dengan Brahim, Afis dan juga Ad. Gua nak pergi bank sebelum jalan menjadi sesak akibat dipenuhi penjawat penjawat awam mahupun swasta. Gua kasi speed baik punya. Berdesup pergi DVVT gua.

Elok sampai di bank, gua lihat tidak ramai yang beratur. Ini menandakan bahawasanya gaji belum masuk lagi. Yelah, gila apa gaji masuk 3 haribulan? Agensi cacamarba saja yang buat macam tu. Tapi Prodigy kini sudah mampu menerima gaji dengan kerja yang disukainya. Jarang masuk ehoza la brader Prodigy sekarang ye? Seronok tembak orang barangkali.

Gua pun cucuk kad bank gua. Isi nombor pin, pilih nilai yang nak dikeluarkan dan tunggu duit dikeluarkan. Huh, makin berkurang duit gua. Tak ada ke magik yang boleh buat duit bertambah setiap kali ia dikeluarkan? Kalau ada gua nak belajar. Agak agak Cyril Is Simply Magic tu pandai buat macam tu tak?

Orait. Duit dah dapat, hati dah senang. Ops, masih belum cukup senang. Kad prabayar belum beli lagi. Tak ada kredit macam mana nak mesej dengan gadis gadis gua? Susah betul jadi kasanova ni, banyak hati perlu dijaga. Ish, ish, ish... Lalu gua pun melangkah ke kedai kad prabayar yang berhampiran.

Masuk saja ke dalam, gua tengok kaunter kosong. Sebelah kaunter kad prabayar tu ada 2 orang akak tengah sembang sembang pasal tuppaware agaknya. Sebab tengok gaya akak tu sembang macam orang buka tutup tuppaware saja gerakkan tangannya. Baru gua nak panggil akak 2 orang tu, ada seorang brader menepuk bahu gua dari belakang.

"Ye dik, nak beli top up ke?"

"A'ah bang. Top up 30 ada?" tanya gua yang masih dalam terkejut akibat disapa sebegitu rupa.

"Ada, tapi kena masuk ikut henpon la. Boleh?" Brader tu soal gua ala ala CIA.

Gua berfikir 10 saat sebelum membuat keputusan yang berisiko tinggi ini.

"Aaa... boleh jela bang," gua setuju dengan perasaan yang penuh keikhlasan

Sementara menanti brader itu melakukan urusan kemasukkan kredit ke dalam henpon gua, dia cuba ajak gua bersembang. Risau juga gua kalau dia ajak gua minum. Manalah tau dia nampak gua keluar duit tadi kan.

"Kerja mana dik, UKM ke?" brader itu memulakan perbualan sambil tangan sibuk menekan punat punat henponnya.

"Taklah. Saya tengah buat DPLI dekat K**M tu," gua jawab rilek sambil mata memerhati kawasan sekeliling. Mana tau ada yang usha usha gua yang baru keluar duit ni kan.

"Ow, cikgu la ye? Mengajar di mana?" brader tu tanya lagi. Kali ni tangan dia dah tak tekan punat punat henpon dah.

"Ye bang. Dekat IKM," gua dah mula pegang poket belakang gua. Takut ada penyeluk saku.

"Saya nak cakap sikit boleh tak cikgu?"

"Err... boleh bang," hidung gua menjadi sedikit kembang akibat dipanggil cikgu

"Kalau nak jadi cikgu ni kan, kena betul betul ada jiwa seorang cikgu. Janganlah ambil profesion perguruan ni sebab kita dah tak ada kerja lain. Benda macam tu akan buat orang lain tak respek dah pada cikgu. Cikgu cikgu zaman dulu tak sama macam sekarang. Dulu cikgu cikgu memang berjiwa cikgu, tapi sekarang tidak lagi. Saya nak nasihat pada cikgu, orang lain tu biarlah, tapi untuk cikgu sendiri, pastikanlah cikgu ada jiwa untuk menjadi seorang cikgu."

Gua jerit makaseyyy satu kali sama itu brader, lalu gua kucar kacir keluar dari kedai tersebut.

Secara jujurnya, muka gua ni ada berjiwa cikgu ke tak? Gua dah rasa macam brader tu memang sound tepek pada gua tu. Apa agaknya kekurangan gua tadi? Adakah sebab rambut gua yang terpacak pacak? Atau adakah disebabkan gua pakai baju kotak kotak? Atau adakah disebabkan gua beli top up 30 di mana zaman sekarang orang dah bekerja patut pakai line sahaja?

Jadi macam mana ni? Lu orang boleh tolong jawabkan tak?

Gambar gua yang paling 'Cikgu' sekali bagi gua. Apa pendapat lu orang?

Sunday, November 29, 2009

Kasi Pelan Pelan Kayuh

Hei Ho
Biskut Rendam Kopi O
Hei Ho
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru Ngam Ho
Orang panggil hero...

Berbasikal. Suatu aktiviti yang sering gua lakukan semasa gua kecil dahulu. Tanpa basikal, rasa tak lengkap zaman kanak kanak gua. Dengan basikal juga gua boleh mengembara ke mana mana. Tapi tak adalah sampai keliling dunia. Tu dah tahap mengarut sangat. Makan minum dan pakaian pun mak bapak tanggung lagi. Pergi kedai mainan pun merengek rengak minta mak bapak belikan ada hati nak keliling dunia naik basikal. Boleh blah!

Basikal juga merupakan pengangkutan utama gua untuk ke sekolah. Masa tu pergi sekolah sambil bersiul siul lagu Oh Ibu memang detik yang paling manis waktu itu. Dia punya feel memang tahap Gaban berdiri atas naga robotnya. Sampai sekolah, awek awek yang dah mengalami puberty menjeling manja terhadap gua. Turun basikal pun dah rasa macam turun dari Belalang Tempur. Lagu Backstreet Boys pun mula berkemundang pada saat itu. Gua pun mula menari sikit sikit.

Dengan basikal juga gua telah mengalami eksiden yang pertama dalam hidup gua. Masa tu gua on the way balik dari sekolah agama. Hujan turun lebat gila. Gua dah siap dengan satu sut baju hujan, warna kuning menyerlah tak ingat. Sambil sambil kayuh basikal gua nyanyi lagu Hujan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Masa tu kumpulan Hujan tak ada lagi. Kalau tak dah lama gua naik basikal lepas tangan sambil buat gaya AG Hujan main gitar. Tengah syok kayuh basikal sambil menyanyi, gua berhenti seketika di suatu simpang 3. Hujan lebat sedikit sebanyak mengganggu penglihatan gua. Tengok kanan, clear. Kiri pula, clear juga. Gua tengok kanan balik, clear lagi. Dengan penuh rasa keyakinan di dada, gua mula mengayuh.

Gedegang!

Tak semena mena ada satu kereta yang dipandu orang mabuk melanggar gua. Cilakak betul. Lepas langgar gua, dia blah macam tu sahaja. Seolah olah macam tak buat apa apa kesalahan langsung. Patutlah arak ni diharamkan dalam Islam, memang mendatangkan kemudaratan. Mujur gua masih lagi bernyawa. Basikal gua pun ok juga. Tak ada apa apa yang bengkok. Boleh lagi la nak buat wheelie. Gua pun sambung perjalanan pulang ke rumah. Sampai rumah gua niat nak baca Muqaddam sampai habis. Takut esok esok eksiden lagi, dah tak sempat nak habiskan Muqaddam.

Aktiviti berbasikal ini sememangnya mendatangkan kepuasan yang tak terhingga kepada gua. Sampai sekarang, feel dia tak pernah menghilang. Setiap masa mesti teringat. Tapi sekarang basikal gua dah jadi besi buruk. Tak boleh nak kayuh kayuh dah. Memang tak boleh dibaiki dah. Kalau dah sangap sangat, memang kena beli yang baru. errr... Bah, nak basikal bah!

Hei Ho
Biskut Rendam Kopi O
Hei Ho
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru Ngam Ho
Orang panggil hero...

Friday, November 27, 2009

Pengalaman Pertama Gua Ponteng Kelas Di Sekolah Berasrama

Hari itu memang rasa lain macam dia punya malas. Bangun pagi malas. Gosok gigi malas. Pakai baju malas. Dan punyalah malas sampai ke tahap rasa nak mengengsot saja. Tapi apakan daya, bila mengenangkan penangan rotan Cikgu Najib dah macam libas banduan dituduh merogol, cepat cepat gua bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air.

Akhirnya gua siap juga berpakaian lengkap. Seluar hijau, baju putih, kad nama... eh, eh... kenapa rasa geli pula tiba tiba ni? Oh, baru gua teringat. Punyalah malas sampai lupa memakai seluar yang paling penting. Gua pun sarungkan seluar penting itu dan keadaan menjadi selesa semula. Tetapi, rasa malas nak ke kelas itu masih tetap mekar di sanubari. Sekali lagi lintasan libasan rotan Cikgu Najib berlalu di dalam kepala gua. Dengan kadar segera gua sarung kasut Pallas gua yang dah koyak sedikit di hadapan. Tapi, itu tak menjadi masalah, gua akan kelihatan lebih retro dan grunge. Dengan gaya yang agak agak retro dan grunge, gua pun melangkah keluar dari asrama dan menuju ke kelas.

Waktu pertama bermula. Gua cuba beri perhatian sepenuhnya terhadap subjek Bahasa Melayu.

"Ok, buka buku Antologi Anak Laut," ujar Cikgu Ramlah lembut.

Huarrgghh! Gua kasi menguap besar punya. Belum buka lagi dah mengantuk. Macam mana nak fokus ni. Serius malas gila nak belajar hari itu. Jadi, waktu pertama berlalu dalam keadaan gua memang tak fokus langsung. Gua lebih memikirkan lauk tengah hari yang akan dihidangkan nanti.

Masuk subjek yang seterusnya iaitu Sejarah. Ini lagi padu, tak sempat nak pegang buku, gua dah tersengguk sengguk. Cikgu Sejarah (maaf, gua dah lupa nama) gua yang melihat tingkah laku gua menyuruh gua agar mencuci muka supaya kelihatan segar dan tidak mengantuk lagi. Sebagai pelajar yang mithali, gua akur dengan arahan tersebut. Sekurang kurangnya, ini boleh memberi peluang kepada gua untuk melihat gadis pujaan gua di kelas sebelah.

Semasa waktu rehat, ketika sedang berkumpul dengan rakan rakan sekelas gua yang terdiri daripada kaum lelaki sahaja, salah seorang daripadanya mencadangkan sesuatu.

"Jom ponteng kelas pedeq (ringkasan untuk perdagangan) nak tak?" Seorang sahabat gua yang bernama Fendi memberi cadangan.

"Aku takdehal. Boleh je. Dahla rasa malas gila hari ni." Seorang lagi kawan gua yang bernama Khairy bersetuju.

"Aku pun join juga la wei." Topong pula bersuara sambil sibuk makan nasi goreng mata kerbau.

Gua pula? Peh, gila apa tak join. Tak rasa jahat la tak join benda benda macam ni. "Aku pun ponteng gak lah," ujar gua bersahaja. Tiga lagi sahabat gua tidak mahu terlibat sama kerana mereka dapat rasa seperti ada benda yang tak kena. Gua pun jadi serba salah mula mula, tapi bila dah kena cucuk dengan Fendi, Khairy dan Topong, gua dah jadi tak keruan. Dia punya keruan rasa macam kena tegur dengan awek cun saja. Disebabkan anasir anasir jahat lebih kuat mendesak gua, gua pun akur dengan rancangan tersebut.

Kringgg! Kringgg! Kringgg!

Loceng menandakan operasi pemontengan akan bermula. Semua budak budak kelas gua dah kucar kacir ambil barang untuk menuju ke bilik sebelah perpustakaan di tingkat 3. Hari tu Miss Yeo nak mengajar kat bilik atas itu. Rajinlah pula Miss Yeo ni nak memanjat tangga. Untuk pengetahuan semua, kelas Miss Yeo ni, kalau masuk kelas dia, feel dia macam masuk lubang kubur. Dia punya aura memang lain macam sangat. Macam aura orang nak mati pun ada. Masa tu, bio aura yang Hai-O punya pun tak wujud lagi. Kalau ada, gua syak lagi hebatlah aura dia.

Bila semua dah siap ambil barang, Fendi, Khairy, Topong dan gua pun berpura pura macam nak ke kelas tingkat 3 tu. Kami buat langkah yang paling perlahan sekali. Kami semua sedia maklum bahawa operasi ini memang berisiko tinggi. Ini kerana, dalam kelas gua tu hanya ada 7 orang lelaki sahaja. Yang lagi 32 adalah kaum perempuan. Tetapi, hati kami memang dah kering sangat masa tu. Risiko tak risiko, operasi ini perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tanpa disedari oleh budak budak kelas gua yang lain, kami berempat sudahpun berada di dalam kelas kami yang di tingkat 1. Operasi ini sudah semakin berjaya. Yang menjadi persoalannya sekarang, di mana port sebenar pemontengan ini? Adakah duduk di dalam kelas sahaja? Bapak tak best langsung ponteng lepas tu lepak dalam kelas.

Gua kasi tanya sama Fendi satu kali, "Fendi, mana port nak ponteng ni?"

"Kat sini jela weh. Kat mana lagi, takkan nak balik asrama lak. Dahla kunci. Kalau kantoi, sia sia aje," jawab Fendi sambil merapatkan dirinya ke dinding agar kelibatnya tak dapat dilihat oleh orang luar.

Jadi, untuk sepanjang waktu subjek Pedeq a.k.a Perdagangan, gua dan 3 ekor lagi sahabat hanya duduk diam sahaja di bawah meja dan merapatkan diri ke dinding agar orang lain tidak nampak kami. Gua rasa, inilah operasi ponteng yang paling jahanam pernah gua rasai. Tak silap gua yang memang jarang memonteng ni, ia patutnya menjadi sesuatu perkara yang menyeronokkan dan menghiburkan. Tapi operasi ponteng gua ni dah macam haram jadinya. Setakat duduk diam, sandar kat dinding, lepas tu nak kentut pun tak boleh. Ni bukan seronok dah ni, ini terseksa namanya. Baik gua pergi kelas Miss Yeo, lagi bagus. Walaupun aura membunuhnya sangat kuat.

Sejak dari hari itu, gua dah tak ponteng ponteng lagi. Fendi, Khairy dan Topong pun tak ponteng lagi. Serius ponteng macam tu memang tak best!

p/s: Gua dapat 7D untuk subjek Perdagangan semasa SPM dulu. Maafkan gua Miss Yeo sebab buat lu kecewa. Tapi sekarang saya dah jadi cikgu, amacam, ok tak Miss Yeo?

Tuesday, November 24, 2009

Masa untuk Belajar Sudah Tiba

Selama sebulan lebih gua akan kembali belajar. Gua akan jadi budak-budak, jadi pelajar balik, jadi budak belum matang, jadi budak yang merepek tak ingat, jadi budak loyar buruk tak ingat, jadi budak yang nak cari perhatian macam miskin kasih sayang dan sebagainya. Sekarang gua nak tidur dulu. Bapak mengantok belajar sampai malam. Lemah kepala lutut doh!

Sunday, November 22, 2009

Sebuah Novel Kanak-Kanak

Tajuk: Satu Impian Joi - Antara Cinta dan Sukan
Mukasurat: 239
Terbitan: Dem Percetakan Enterprise
Harga: RM32.00 (Kulit jenis yang boleh tanggal punya)
Sinopsis: Ada apa dengan bola? Bagi Joi, hidupnya adalah lebih bermakna dengan kewujudan permainan bola sepak. Di samping meminati permainan bola sepak, Joi juga memiliki kehebatan yang tak terhingga di dalam permainan ini. Sejak dari kecil lagi, Joi sudah menyukai permainan bola sepak. Apatah lagi, bola sepak adalah benda pertama yang dilihatnya apabila keluar dari perut ibunya. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini minatnya mulai terganggu. Semuanya gara-gara penangan panahan cinta dengan gadis kaunter futsal. Mampukah Joi menangkis serangan cinta tersebut? Adakah bola sepak akan tetap menjadi perkara utama bagi Joi? Masih mampukah Joi bermain futsal setiap hari Khamis malam dan menyediakan duit secukupnya? Segalanya akan terjawab apabila anda membaca buku ini.

Saturday, November 21, 2009

Putus

Idea bercambah, tapi nak mengolah rasa macam tak datang dia punya 'feel'. Cuba juga layan NTV7 yang popular dengan motto "I Feel Good", tapi tak menjadi juga. Dah hilang ke gua punya bisa pengolahan ni? Pening yo!!!

Tuesday, November 17, 2009

Mari Adikku Belajar Bersama


Bab-bab belajar memang malas tak ingat. Kejap-kejap nak tidurlah, kejap-kejap nak pergi tandaslah, padahal nak makan asap. Lepas rehat pula tak masuk kelas dah, lepas tu bagi alasan makcik kantin letak ubat tidur dalam nasi goreng. Sengal! Memang nak kena lempang dengan selipar gamaknya. Tapi budak-budak ni, kalau bab bergambar, peh, dialah nombor satu. Siap ada perasan macam Azlan & The Typewriter tu. Perasan tak ingat. Tapi budak-budak ni ada hutang MC dengan gua. Kalau tak bagi, kehadiran lu lebur la ye bang! Gua dalam kelas memang nampak lemah lembut, tapi hal-hal kehadiran dan markah gua memang tegas tak ingat. Awas ye!

Wednesday, November 11, 2009

Super-Rock-Star-Me

Super-Rock-Star-Me bebeh!

Rancangan-rancangan berbentuk realiti kehidupan semakin banyak disiarkan di dalam televisyen sekarang. Tak kiralah dalam saluran TV1, TV2, TV3 ataupun saluran berbayar 'mahal nak mampus tak ingat orang' yakni Astro masing-masing berebut nak siarkan rancangan berbentuk realiti kehidupan ini. Kita sudah tentunya akan disajikan dengan adegan-adegan umat manusia yang buat-buat gedik padahal kalau tidak dirakamkan dalam televisyen, mereka bukanlah gedik mana pun. Biasalah, nak tarik perhatian. Bangsat bukan? Ingat ramai terpesonalah dengan sikap gedik-gedik mereka tu? Hak tuih! Prodigy pun lebih rela menggedik dengan Amoi jual selipar jepun kat Johor.

Walaubagaimanapun, disebabkan ingin digelar 'lelaki maskulin up-to-date,' gua telah menerbitkan sebuah rancangan realiti yang terbaru yang akan disiarkan tidak lama lagi. Gua bagi tajuk Super-Rock-Star-Me. Mirip kepada rancangan yang kini disiarkan dalam saluran AXN 701 iaitu Supermodelme. What the hell sungguh! Jadi, siapa-siapa yang berminat nak menjadi rockstar ataupun bintang batu, lu orang boleh tinggalkan e-mail pada ruangan komen. Pasti gua akan menghubungi lu orang semua.

Lagi satu, siapa-siapa ada lubang nak senang buat rancangan kat TV1 tak? Gua baru ingat nak masuk dalam Astro Oasis, tapi tak mampu nak bayarlah, mahal nak mampus. Lagipun rasa macam tak sesuai pula nak masuk saluran keagamaan ni. Kalau tak ada saluran, macam mana nak ditayangkan? Takkan gua nak buat stail wayang kulit saja. Gila tak rock weh!

Anyway, for my last word, I just want to said... Let's rock together-gether!!! (Rasa cool gila bila berbahasa inggeris ni)

Thursday, November 5, 2009

Jiwa Kesejukkan

Dengan keadaan suhu penghawa dingin yang begitu rendah, seolah-olah berada di kutub utara, ia sedikit sebanyak mengucar-kacirkan cara gua bekerja. Tengoklah rupa gua disebabkan oleh keadaan bilik yang terlalu sejuk. Gua syak kontraktor bangunan ini menggunakan penghawa dingin untuk menyejukkan daging-daging lembu atau seladang. Sejuk tak ingat bro, sampai terjegil biji mata gua. Pada saat ini barulah gua sedar betapa pentingnya selimut pada kita semua manusia sejagat. Jadi dengan ini gua mengisytiharkan keadilan untuk selimut. Hidup selimut!!!

Gambar diambil menggunakan kamera laptop. Hancur tak ingat!!!

Wednesday, November 4, 2009

Serangan Hantu Budak

Hari Khamis baru baru ni gua pergi main futsal. Lawan student gua. Kursus mengecat dan mengetuk kenderaan. Badan kurus saja masing masing, tapi main macam ligat tak ingat. Senang senang saja gentel gua dan rakan rakan. Tapi apakan daya, budak budak ni main tak guna otak. Cukup 30 minit badan dah letih. Stamina dah tahap lantai. Hantaran pun dah jadi kelam kabut. Apatah lagi nak gentel gua dan rakan rakan.

Kesempatan ini gua dan rakan rakan gunakan sebaik mungkin. Hantaran satu dua dengan Mizi banyak yang menjadi dan menghasilkan gol yang cukup banyak. Budak budak dah mula respek sama gua. Mungkin disebabkan status kami sebagai guru, bermain menggunakan otak adalah sangat penting. Fizikal juga penting, tapi kalau main terjah saja apa barang. Karam Singh Walia pun boleh karam brader!

Tapi malam tu memang betul betul penat gua. Rasa macam baru berperang dengan pasukan Spartan sahaja. Sendi sendi lutut dah rasa nak tercabut. Bulu bulu kaki pun ada sedikit yang gugur tanda kepenatan yang tidak terhingga. Jantung betul betul punya kencang dia punya degup. Laju macam drummer System Of Down main drum. Dengan badan yang dah kokak dan barai, gua pun bergegas pulang ke rumah. Sambil sambil itu sempat juga gua menyanyikan lagu 'Percayalah Sayang' dari Vince diiringi memek muka yang begitu jiwang sekali.

Akhirnya sampai juga gua di hadapan rumah. Rasa tak sabar saja nak masuk rumah. Kalau nak ikutkan penat ini, mahu saja gua tidur atas jalanraya. Tapi gua takut ada anjing datang siat siat daging gua pula nanti. Huh! Cepat cepat niat itu gua batalkan. Sedang gua hendak melangkah masuk ke dalam rumah dengan keadaan lemah longlai, tiba tiba kedengaran suatu suara yang mengerikan.

"Hi, hi, hi..."

Dem! Siapa pula yang nak melawak dengan gua ni? Tak ada orang lain dah ke nak kacau? Yang brader burger dekat rumah gua ni pun satu hal, apa pasal tak jual burger malam ni? Boleh menatang tu kacau brader burger tu. Untung untung dapat makan free. Air liur gua mula meleleh memikirkan kesedapan burger itu.

"Hi, hi, hi..."

Sial betullah! Cukup tak gemar gua berada dalam keadaan sebegini. Rasa tak berani dah mula menguasai diri. Tetapi, dengan sedikit keberanian yang ada, gua cuba mencari dari mana datangnya hilai tawa itu. Gua pasang telinga betul betul. Mata gua pula gua kasi buka besar besar, biar jelas pandangannya. Suasana sekitar menjadi sunyi dan gua menanti sekali lagi jika menatang itu berbunyi.

"Hi, hi, hi... Ha, tau takut! Hi, hi, hi..."

Dem! Brengsek! Caples! Mopiko! Penyapu! Ais krim soda, pepsi soda betullah! Mana mak bapak budak ni, tak reti nak jaga anak sendiri ke? Ada ke biar anak main malam malam macam ni lepas tu pergi sakat orang yang gagah macam gua ni. Tak ada sivik langsung. Budak itu keluar dari tempat persembunyiannya iaitu di sebalik pasu bunga yang besar yang mampu menyorokkan tubuh badannya. Dengan wajah yang cukup puas hati dan senyuman yang cukup menyakitkan hati gua, dia sudah berjaya menakutkan gua. Gua fikir lu ada mak bapak saja dik, kalau tak memang dah lama gua pijak pusat lu dik! Dem betullah! Hilang stail gua malam tu.

Lalu budak itu masuk ke dalam rumah sambil tergelak gelak dan terus menonton cerita Ultraman Nexus dengan volume yang cukup kuat. Sekali lagi mak bapak budak tu dah ajar budak tu jangan menghormati jiran tetangga. Dem sedem demnya!

Tuesday, November 3, 2009

Roda Itu Bulat

"Kerajaan mengumumkan di dalam belanjawan 2010 bahawasanya ganjaran sebanyak RM500.00 akan diberikan kepada mereka yang berada pada gred 41 hingga 54. Semoga dengan pemberian ganjaran ini penjawat-penjawat kerajaan akan bekerja dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi."
Sumber dari telinga gua yang dengar pembentangan Belanajawan 2010 tempoh hari.

Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah gua tukar tayar kereta gua. Makin hari makin botak sisinya. Dah macam kepala Usain Bolt. Minum koka kola jap lah. Brrrrrrr... Irfan Dompet Mont Blanc kata tayar Dunlop bagus, gua nak kasi cubalah satu, tengok hasilnya nanti. Mana tau boleh lawan sama King Of Drift Sepang ke. Wow! Terbaik bro!

Friday, October 30, 2009

Kekesalan


Hari Jumaat ni gua kasi letak gambar yang ada unsur-unsur keinsafan sikit.
Amacam, lu orang ada rasa insaf tak?

Wednesday, October 28, 2009

Hisap Rokok Pall Mall Pun Tidak Seenak Ini

Malam tadi dapat mesej pendek dari Emi KPM Melaka yang pendek.

"Result exam dah keluar, boleh cek sekarang. Masuk kat bla bla bla bla kalau nak cek."

"Ok, thanx bro."

Rasa tak sabar nak semak. Tapi sekarang tengah mesyuarat dengan BPP. Jadi, gua tenangkan fikiran dan fokus pada mesyuarat. Budak-budak sibuk komplen pasal hal makan-makan. Gua jadi pendengar yang setia. Muka mesti kasi yang paling menumpukan perhatian sekali.

Tengah mesyuarat IKM KK Asrul hantar mesej pendek.

"Aku dapat 3.30, Amar dapat 3.59, Apis dapat 3.65. Depa ni power, kita power root je."

"3.30 pun ok gak apa bro. Aku ntah-ntah root aje kot."

Tak sampai beberapa minit IKM Jasin Apis dan IKM Kuching Amar hantar mesej pendek tanya result gua. Gua pun balas...

"Nanti gua cek. Sekarang tengah meeting."

Lepas tu masing-masing balas, "Ok."

Pukul 12 malam baru habis mesyuarat. Gua kelam-kabut keluar dari bilik mesyuarat. Gua start kereta dan terus memecut laju. Dengan menggunakan minyak Ron 97 gua rasa kereta gua menjadi lebih pick up, tapi duit gua kokak la juga.

Sampai rumah gua terburu-buru keluarkan laptop. Hidupkan dan cucuk broadband. Sebatang rokok Pall Mall hijau dinyalakan. Hati berdebar perlu ditenangkan. Rasa nak pergi jamban pun ada.

"Peh, first time dapat result macam ni!" Gua separa menjerit melihat result gua yang terpampang di dalam skrin laptop. Cepat-cepat gua capai henset.

"Aku dapat 3.56. Takleh lawan Amar dengan Apis. Setakat ni Apis paling hebat dikalangan kita. Tahun depan kita undi Apis jadi Perdana Menteri." Lalu mesej yang di taip gua hantar kepada IKM KK Asrul, IKM Kuching Amar dan IKM Jasin Apis.

Troot! Troot! Troot!

Oh, ada mesej masuk. Ah, Apis yang balas.

"Tahniah sahabat. Ok la tu. Nanti kita jumpa November ni."

"Aik, tak tido lagi? Dah, gi tido, nanti bini marah! Hahaha!"

"Aku dah tido, hang yang kacau. Dah, gi tido."

"Baik tuan Perdana Menteri."

Malam ini gua rasa sangat seronok. Gua tersenyum sahaja. Rasa nak merokok pun menghilang perlahan-lahan. Gua seronok lagi.

Friday, October 23, 2009

Pengalaman Pertama Gua Duduk Asrama - 4 (Episod Last)

Esoknya, gua dan Palong pun pergilah mengangkat locker baru gua. Mudah la gua nak isi baju lepas ni. Boleh sorok-sorok bedak Follow Me gua. Menurut abang gua, di asrama ni mengamalkan konsep 'Barang Mu BArang Ku Jua'. Jadi, kenalah hati-hati jaga barang sendiri. Takut budak-budak yang jenis tak tau malu dan kurang kasih sayang ni akan ambil barang-barang gua. Nasihat abang gua, gua sematkan dalam hati.

Sepanjang seminggu berada di asrama, gua terpaksa menempuhi minggu orientasi yang menyeksakan. Pagi sampai ke petang dengar taklimat. Mata dah naik merah, telinga dah mula bernanah. Ada seorang member gua siap boleh tidur stail macam Mr. Bean tidur dalam gereja. Atas sebab itu nama dia sampai sekarang orang panggil Bean. Petang-petang pula kena berjogging sambil nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Sembilan dan lagu-lagu karut marut. Entah apa benda la senior-senior ni ajar nyanyi lagu macam tu. Dah rasa macam memuja syaitan je gua rasa. Tapi gua untung, gua tak payah jogging. Gua cuma kena berlakon saja. Untung beb berlakon, berlakon dengan gadis manis...maafkan gua, gadis-gadis yang berlakon dengan gua tak ada yang manis-manis pun, boleh tahan saja manisnya. Ini jenis gula yang kalau semut nampak, bila terdesak baru kerumun. Kalau tak, buat tak tau saja.

Malam-malam pula ada roll-call dengan para warden. Warden-warden gua semua muka ganas-ganas. Paling ganas Cikgu Najib. Kedua ganas, Cikgu Husni a.k.a Oni. Ketiga ganas, Encik Fairus dan keempat Cikgu Fazli. Ada sekali Cikgu Fazli ni mengaku dia adalah orang kedua hensem di sekolah gua belajar ni selepas pengetua. Masa tu niat nak menampar muka dia dah memang berkobar-kobar dalam diri gua ni. Tapi mujur gua kool, nanti-nanti jela gua tunaikan hasrat gua tu. Mana tau lepas ni ada jumpa lagi, gua tampar terus tanpa banyak soal.

Sedar tak sedar, dah seminggu gua duduk kat asrama ni. Tak ada la bosan mana pun, syok juga. Boleh sembang sampai larut malam. Kat rumah tak dapatnya. Sedar-sedar pukul 10 dah tidur. Tak brader-brader langsung. Tapi bahaya juga sembang-sembang berlebih-lebih had. Ada sekali masa tengah rancak berborak dengan rakan-rakan dorm pasal nak pilih siapa jadi ketua dorm, Cikgu Husni a.k.a Oni masuk tanpa bagi salam. Masa tu lampu dah tutup, gelap. Lalu Oni pun jerit.

"Kalau ada yang kejutkan rimau dari tidur, itu babi namanya!!! Tak reti nak tidur ke hah? Dah tidur!!!"

Peh! Kucar-kacir budak-budak ni berlari pergi katil masing-masing. Mujur masa tu gua dah memang atas katil sendiri. Jadi gua dengan begitu rilek sekali terus baring dan pejam mata sambil memikirkan ayat si Oni tadi. Rasa macam nak bagi King Of Sentence la pada ayat Oni tu. Memang terbaik. Tersenyum-senyum gua sendirian ditemani lampu koridor luar.

Apa-apahal pun, tinggal kat asrama ni memang pengalaman terbaik yang gua pernah ada. Cuma satu saja yang gua menyesal sampai sekarang bila duduk di asrama ni. Gua tak pernah pun ikut rakan-rakan gua nak fly lompat pagar sekolah malam. Tapi apakan daya, masa dah tak boleh nak ke belakang. Tambahan pula, Sang Doraemon tak pernah wujud dan tak akan wujud pada dunia kita ni. Kalau tak, dah lama gua suruh dia buat mesin masa dalam laci meja pejabat gua. Takpun nak lepas gian punya pasal, gua panjat jela pagar kat tempat gua mengajar ni. Siang-siang pun selamba jela. Kalau Pengarah gua nampak, cakap jela gua mengidam. Kalau tak buat nanti anak gua air liur meleleh sampai dewasa. Amacam, ok tak?

Thursday, October 22, 2009

Pengalaman Pertama Gua Duduk Asrama - 3

Dah la baru pertama kali masuk asrama, gua ingat semua berjalan dengan lancar. Tetapi sangkaan gua meleset. Walaupun rakan katil gua seorang yang mesra alam, ketiadaan locker sedikit sebanyak mencacatkan mood gua. Masa tu gua dah rasa macam nak balik rumah dah. Kat rumah semuanya lengkap. Almari baju ada, peti ais ada, tv ada, mak ada, abah ada, peh! Gua dah mula rasa syahdu. Cepat-cepat gua beristighfar. Takkan baru halangan kecil macam ni gua dah nak menyerah kalah? Mana mungkin! Ini anak Azlan la, setakat hal-hal locker tak ada masalah la. Berbekalkan semangat yang kental dan memikirkan wajah-wajah budak-budak perempuan yang manis, gua akan berusaha mencari locker untuk diri sendiri.

Kebetulan, ada brader masuk dalam dorm.

"Bang, tanya sikit bang. Locker saya takdelah. Kat mana nak cari ye?" gua kasi pertanyaan paling sopan santun sekali.

"Cuba tanya penyelia," ringkas saja brader itu jawab. Lalu dia pun blah. Buruk betul baju batik warna hijau yang brader tu pakai.

Tanya penyelia? Aduh, malas betul gua nak tanya penyelia yang kerek tu. Dah stail jawab macam orang tak cukup didikan agama. Dulu dia tak ambil Pengetahuan Asas Fardu Ain ke? Sedang gua cuba memikirkan langkah seterusnya, bahu gua ditepuk dari belakang. Rasa mesra saja tepukan tersebut.

"Jom aku teman ekau tanya." Rupa-rupanya Palong yang mesra alam itu menepuk. Baik sungguh Palong ni, rasa nak cium dahi dia saja. Cium tangan pun boleh juga.

Lalu gua dan Palong pun keluar dari dorm menuju ke bilik penyelia untuk bertanyakan hal locker. Baru saja nak melangkah ke bilik penyelia, kedengaran suatu suara memekik.

"Siapa-siapa yang tak ada locker lagi harap bersabar. Esok, pada waktu tengah hari anda di minta datang ke bilik penyelia untuk mengambil locker di dalam stor. Ulang suara. Siapa-siapa yang tak ada locker lagi, harap bersabar. Esok, pada waktu tengah hari anda di minta datang ke bilik penyelia untuk mengambil locker di dalam stor. Terima kasih!"

Gua pandang Palong, dan Palong pandang gua. Gua tersenyum dan dia tersenyum. Kemesraan terjalin. Dah rasa macam nak bercumbu la pula.

Wednesday, October 21, 2009

Pengalaman Pertama Gua Duduk Asrama - 2

Selepas diarahkan oleh penyelia asrama yang kerek dan tidak ada adab ketimuran itu, gua ditunjukkan jalan ke arah oleh seorang brader yang nampak baik mukanya.

"Dari mana dik?" soal brader tersebut.Justify Full
Dalam hati nak saja gua jawab "Dari sini nak ke sana," tetapi memandangkan gua merupakan pelajar junior dan memikirkan tidak mahu menimbulkan masalah, cepat-cepat gua jawab, "Dari Kajang bang!" Peh, bersemangat bukan.

"Ha, tu dorm 10. Gi la letak barang-barang kat sana." Arah brader itu.

"Ok. Terima kasih bang." Lalu brader itu blah sehingga hilangnya ia dari pandangan mata gua.

Dengan langkah ibarat 'Derap Komando', gua masuk ke dalam dorm 10. Kelihatan, hampir keseluruhan katil sudahpun dipenuhi oleh budak-budak yang baru berdaftar. Mereka yang melihat gua di hadapan pintu tersenyum manis. Disebabkan tidak mahu dicop kerek, gua pun membalas senyuman mereka. Selepas itu, mata gua melilau mencari katil mana yang masih kosong. Mereka pula terus memandang gua macam tak pernah tengok orang.

"Sini ada kosong weh." Kedengaran suatu suara menyatakan terdapat kekosongan katil. Wah, ramah-ramah juga budak-budak ni ye. Dengan langkah yang masih utuh, gua pun bergerak ke katil yang dikatakan kosong itu. Seorang budak melompat turun dari katil lalu menyambut gua yang datang. "Nama aku Palong. Aku asal dari Palong 6. Nama ekau apo?" Hah? Palong? Apa kejadah punya nama tu? Tak ada nama yang lagi elok ke? Patut alang-alang dah letak Palong tu, letak nama Pailang je terus, baru nampak samseng yang sensasi. Palong terus memandang gua dengan senyuman, oleh kerana tidak mahu membiarkan dia menunggu, gua pun menjawab pertanyaannya, "Aku Wan. Asal Kajang."

"Ekau duduk la bawah katil aku. Aku tidur atas," Palong memberi penjelasan. Gua pula mengangguk tanda faham. Nampak baik Palong ni. Pertama kali dalam sejarah gua dengar nama Palong. Mungkin asalnya dari Palong 6, tu dapat nama macam tu. Palong, palong...

"Tapi Wan..." tiba-tiba, Palong bersuara.

"Kenapa weh?" gua jadi sedikit musykil. Palong ni nak buat saspen gua ke? Baru first time kenal dah nak gurau-gurau saspen pula. Kalau dia bergurau memang gua tendang pipi dia time itu juga.

"Locker ekau tak adala, nanti ekau kono cari."

Hek eleh! Apa jadah punya dorm ni? Apasal gua pula nak kena cari? Masa tu, dah bermacam-macam perkataan carut marut berlegar-legar diruang minda gua. Palong pula hanya memandang gua dengan wajah yang cukup simpati. Genggaman pada beg gua cepat-cepat dilepaskan, lalu gua duduk lemah di atas katil.

Monday, October 19, 2009

Pengalaman Pertama Gua Duduk Asrama - 1

Berbekalkan keputusan PMR yang tak seberapa, gua cuba memohon untuk memasuki sekolah berasrama. Tidaklah ia ke tahap asrama penuh, tapi apa yang gua sedia maklum, sekolah ini memang penuh dengan permintaan budak-budak yang baru lepas PMR macam gua. Sekolah berasrama yang gua minta ni merupakan sebuah sekolah teknik yang menawarkan 4 jenis kursus, dan sebagai lelaki idaman malaya, gua memilih kursus Perdagangan. Apa yang gua tahu, kursus Perdagangan ini akan sentiasa dipenuhi budak-budak perempuan yang manis-manis mukanya. Jadi, sememangnya gua merasakan ini merupakan kursus yang terbaik buat gua. Dengan tangan yang digenggam erat, gua dengan pantas mengisi borang permohonan ke sekolah teknik sambil sibuk membayangkan pembelajaran gua dikelilingi budak-budak perempuan yang manis-manis mukanya. Oh yeah!

Jika permohonan gua diterima, maka secara rasminya gua akan terlepas daripada kongkongan emak gua secara langsung. Ini kerana, sepanjang gua bersekolah di Kajang, gua terpaksa menerima pelbagai jenis ugutan daripada cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah itu. Sikit-sikit, "Saya beritahu mak kamu Izwan," sikit-sikit, "Saya beritahu mak kamu Izwan." Peh! Mana boleh tahan beb belajar dalam ugutan. Ini sememangnya boleh mengganggu proses pembelajaran seorang pemuda remaja yang kacak yang sedang meningkat dewasa. Diorang tak tahu ke perkara-perkara sebegitu boleh menyerang psikologi gua dengan begitu teruk sekali? Main ugut-ugut saja, mentang-mentang emak gua mengajar di sekolah yang sama, diorang main ugut-ugut macam tu pula.

Atas sebab itulah selama 3 tahun gua bersekolah dengan rambut belah tepi, seluar takleh nak buat kasi nampak grunge sikit, takleh beli nasi lemak luar pagar, dan yang pasti sekali gua tak boleh ponteng. Kalau gua ponteng, memang on the spot cikgu-cikgu akan beritahu emak gua tentang ketidakberadaan gua di dalam kelas. Ada sekali gua terpecahkan cermin tingkap kelas secara tak sengaja semasa bergurau-gurau gusti dengan rakan gua sementara menunggu giliran membaca ayat hafazan, petang tu juga ustazah beritahu emak gua dan hasilnya, telinga gua bernanah kena leteran emak gua. Hish! Nak ugut-ugut aje cikgu-cikgu gua ni.

Syukur alhamdulillah, setelah berbulan-bulan juga menunggu, pihak sekolah teknik menerima permohonan gua. Seronok bukan kepalang gua. Masa tu gua dah terbayang-bayang fesyen rambut apakah yang gua nak bawa nanti, seluar grunge macam mana gua nak gayakan nanti, skil-skil mengorat gua yang mana perlu diperbaiki lagi, huish, macam-macam yang berlegar di dalam kepala otak gua ni tanpa gua sedari gua sudah terlelap dalam keadaan tangan di dalam seluar.

Sedar tak sedar, dah tiba masanya untuk gua meninggalkan rumah dan menuju ke sekolah baru gua. Semangat gua semakin berkobar-kobar. Hati gua semakin rasa tidak sabar nak mengorat gadis-gadis di sana, erk, maksud gua belajar di sana. Tengah syok gua layan semangat gua yang berkobar-kobar tadi, gua dah sampai di sekolah teknik impian gua. Peh, bapak laju bapak gua ni bawa kereta. Mana dia belajar ye? Tapi kalau gua yang bawa laju-laju, bising pula dia. Gua pun dengan penuh semangat dan iltizam, cepat-cepat punggah barang dari dalam kereta. Ekor mata gua sempat juga menangkap imej-imej budak-budak perempuan yang manis-manis mukanya. Gua kasi angkat beg gua dengan gaya yang begitu gagah sekali dan penuh pedoman. Ada juga segelintir dua yang perasan dengan tindak tanduk gua. Hmm...berhasil nampaknya.

Sebelum letak barang, gua kena daftarkan diri di dorm dahulu. Ye, dorm ni macam bilik saja, tapi boleh memuatkan sehingga 20 orang. Maklumat ni bagi sesiapa yang tak pernah duduk asrama. Gua mana boleh main campak saja barang-barang gua ikut suka hati gua, lagipun bapak gua tak ada pun cakap sekolah ni dia yang punya. Jadi, nampak sangat gua tak boleh buat ikut suka hati bapak gua. Dengan wajah yang tenang gua pergi mendaftarkan diri untuk mengetahui dorm mana yang akan gua duduki.

"Ha, kau! Pergi dorm sepuluh." Haram. Kerek betul penyelia ni...

Gua di TAG. Uh, pedihnya rasa...

Elok gua nak menenangkan diri daripada melakukan kerja kerja yang begitu azab, sekali lagi gua diuji dengan dahsyatnya di mana gua ketahui gua telah di TAG oleh sahabat gua yang tersangat hebat perikemanusiaannya. Lu memang tak boleh tengok gua senang kan kimmy? Oleh kerana gua ni jenis yang ambil hati dan jaga hati orang, gua akan cuba penuhi permintaan lu ok. Gua buat yang termampu saja. Jadi lepas ni, lu jangan minta bukan bukan lagi ok? Sekarang gua nak menjawab soalan yang lagi susah daripada soalan exam nak jadi PTD.

1. Anda rasa anda hot?
*Entah...tunggu jap...gua nak bakar tangan gua kejap. Ouch! Ya, sekarang gua memang hot, hot tak ingat. Siapa siapa ada ubat gigi darlie tak?


2. Upload gambar kesayangan anda



3.Kenapa anda suka gambar ini?
*Kerana gua rasa macam zalim sangat sangat sebab bersubahat...ampunilah dosa hambaMu ini Ya Allah!

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
*Pada ramadhan baru baru ini...tapi sebelum tu gua terpaksa buka puasa dalam kereta dahulu dengan mengorek hidung. Terbaik!

5. Lagu terakhir anda dengar?
*Chop Suey-System of a down...memang suey punya lagu, sampai rumah terus serang jamban dulu!

6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
*Pakai tuala sebab baru lepas balik dari jamban.

7. Selain dari nama anda sendiri anda suka di panggil?
*Farid Kamil...usha facebook gua kalau nak tau sebabnya...

8. Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan.
*oleh kerana gua rasa kesal gua tak dapat tag orang lain la...serius gua kesal ni,betul betul punya kesal...lalu gua pun nangis...

Thursday, October 15, 2009

Cerita Tentang Gua - Episod: Sibuk

Minggu ni merupakan minggu paling sibuk gua. Sebagai seorang tenaga pengajar yang berdedikasi dan sering mengamalkan sikap bertoleransi, gua bertungkus lumus menyiapkan fail fail mengajar gua yang Ya Rabbi bapak banyak nak kena buat! Setat daripada hari Isnin lagi gua berusaha bersungguh sungguh untuk melengkapkan fail fail mengajar gua. Seingat gua, kali terakhir gua buat kerja bersungguh sungguh ialah semasa pertama kali gua masak makaroni goreng. Memang lain macam dia punya sungguh sungguh, basah satu badan gua masak. Tapi kawan kawan gua selamba saja makan, siap jilat jilat sudip lagi. Hmm...sedap agaknya barangkali.

Ok, berbalik pada cerita menyiapkan fail. Gua bukan setiap minit tu boleh kemaskini fail, yela, gua nak masuk kelas lagi, nak mengajar lagi, nak melawak lagi, nak keluar makan nasi lemak depan hospital lagi, jadi, dah tentulah gua tak dapat buat fail tu setiap saat dan ketika. Tapi yang penting gua tetap setedi dan tenang dalam urusan melengkapkan fail. Ada geng geng cikgu yang gua tengok siap bawa fail balik rumah tu. Kalau dah kahwin, mau kena marah dengan laki atau bini mereka. Pergi pejabat kerja, balik rumah pun kerja, jadi, bila masa nak mempraktikkan ilmu munakahat beb? Laki atau bini dirumah pun memerlukan layanan mesra dari lu orang.

Ada sahabat gua siap sakit tekak lagi. Gua syak dia kemaskini fail guna mulut la. Memang terbaik punya stail. Hari ni dia dapat MC. Nak mengajar pun takleh, pasal suara pun segan segan nak keluar. Kesian lu bro. Masa dia sembang dengan gua tadi pun mulut dia sikit sikit je bukaannya, macam dugong kena jaring.

Minggu ni, setiap hari berlalu dengan gua menatap fail saja. Mata gua dah naik krem. Teringin gak nak sapu minyak gamat, tapi cepat cepat gua batalkan niat gua tu, takut jadi buta. Tak nak pula gua jadi S.Jibeng nanti. Cukup tahun, buat album lagu raya. Jari jemari pun dah macam calar calar sikit, mana taknya, hari hari bergelumang dengan kertas yang sisinya tajam. Gua harap selepas ini pengeluar pengeluar kertas mampu buat kertas yang lebih lembut sisinya.

Tapi yang gua tak tahan sekali, kenapa buat fail perut boleh sakit? Tak pernah pula gua buat benda pelik seperti kemaskini fail guna perut contohnya. Walaupun lebihan lemak pada perut gua ini mampu menampung 3 fail sekaligus, tapi tak terlintas langsung nak buat benda cacat macam tu. Mujur ada rokok, boleh la buat cari ketenangan dalam bilik termenung. Skill buat asap bulat pun dah macam ada peningkatan. Syukur alhamdulillah.

Anyway...peh english tu! Walaubagaimanapun, tertekan macam mana pun gua, kerja tetap perlu diselesaikan. Gua bukan jenis makan gaji buta. Gua ni jenis amanah. Kalau dah ada tanggungjawab, memang gua tunaikan. Tapi, fail gua tak siap siap lagi ni. Esok orang orang besar dah nak pantau. Sekarang gua pun dah ada kat rumah, fail fail pun tak bawa balik. Jadi macam mana ni?

Hmm...gua rasa ada baiknya gua main game dengan Boslan dulu. Esok pagi sajalah baru gua fikir. Amacam, lu orang setuju tak?

Wednesday, October 14, 2009

Sibuk Macam Nak Berperang

Hari ini gua betul betul sibuk. Tapi gua tetap tak lupa untuk hiburkan hati korang semua.

Amacam, terhibur tak?

Monday, October 12, 2009

Di Mana Lu Weh?

Entah kenapa idea gua nak tulis yang bukan bukan semakin lama semakin tandus. Ish, jenuh la macam ni weh. Gua tak sanggup jadi padang jarak padang tekukur ni. Apa cara nak bagi idea melimpah ruah ni weh? Apa macam, lu orang ada idea tak? Kalau suruh hisap rokok tu tak payah la, gua ni dah berkotak kotak habis tak juga idea datang, masalah datang adala. Tapi kalau ada yang cadangkan suruh hisap rokok Dunhill untuk membantu mendatangkan idea, memang waktu tu juga gua pijak mulut lu orang, tak tau ke Dunhill dah mahal gila sekarang?

So apa macam? Ada idea tak nak kasi tambah idea?

Thursday, October 8, 2009

Pagi Tadi Memang Terbaik

Awal awal pagi sebelum pergi kerja gua makan kuih tat dan segelas milo fuze original 3 ini 1. Peh, memang terbaik beb! Rasa macam buat open house raya doh!

Monday, October 5, 2009

Selamat Hari Raya Konvokesyen

Cuba mengekalkan kejelitaannya dikhayalak ramai.

Brader di atas baru sahaja menjalankan upacara konbokesennya dengan lancar walaupun hujan dijangka turun dengan lebat selepas itu kerana semasa sesi penggambaran di luar dewan, langit kelihatan gelap sekali.

Diharap brader di atas tidak akan menganggur lagi dan mampu membeli koleksi kereta mainan mini tanpa meminta belas ihsan ayahandanya. Gua juga harap lepas ni biarlah brader ni yang beli makanan kucing yang ada berlambak lambak dirumahnya, bukan lagi ayahandanya.

Tahniah bro!

*Gambar dirembat dari mukabuku beliau.

Saturday, October 3, 2009

Dia, Gua dan Horlicks

Hai, saya Boslan. Saya suka minum Horlicks dan Barli. Tapi Barli Susu pun ok juga.

Gua pernah 1 tahun duduk Changlun dan 3 tahun duduk Sintok. Changlun dan Sintok adalah sebuah kawasan di dalam negeri Kedah Darul Aman. Kira dah 4 tahun gua menetap di Kedah. Gua syak yang percakapan loghat utara gua sudah tentu berada dalam keadaan cemerlang. Kira kalau buat ujian lisan cakap utara, dah tentu gua senang senang jela dapat A++.

Tapi semalam, sewaktu bersembang dengan Boslan, gua ada bertanya pada dia tentang percakapan loghat utara gua.

"Amacam, hang rasa ok tak loghat utara aku?"

Boslan diam menyepi. Sambil sambil tu dia tukar gear kereta.

"Woi! Apa hang rasa bila aku cakap Kedah ni? Ok tak?" Gua kasi tekanan sekali lagi pada Boslan.

Boslan tak menjawab, tapi dia gelak gelak sahaja. Macam setan.

"Apahal hang gelak lak weh? Aku tibai satgi. Nak kena tampaq ka?" Gua mula naik darah.

Akhirnya Boslan mula bercakap, "Aku rasa baik hang cakap biasa saja, dah macam orang Indon cakap Kedah ja."

Pada saat itu berderai la hilai tawa Boslan memecah keheningan malam dan tanpa dia sedari, gua dah ready nak tikam tengkuk dia guna kunci kereta gua. Dem you Boslan.

Wednesday, September 30, 2009

Tidur Terbaik Di Garisan Khatulistiwa

Pagi tadi memang tidur paling terbaik pernah gua dapat. Hujan turun lebat menimpa genting rumah gua, kilat sabung menyabung dan guruh berdentum dentum. Gabungan ketiga tiga elemen ini membantu dalam proses penggalakkan gua untuk meneruskan peniduran. Gua kasi golek satu kali atas tilam, peh, dia punya syok tak hengat! Gua golek lagi, adoyai, bertubi tubi syok dia. Kipas pula dah betul betul depan dada gua. Masa tu tak fikir dah komplikasi disebabkan kipas dekat dengan dada, seperti sakit dada ataupun lelah, yang penting gua dapat tidur yang terbaik. Hujan makin lebat dia punya turun, ibarat "Air dalam tempayan dicurahkan". Serius best!

Tapi...

Gua baru sedar yang gua ni seorang guru, kalau gua tak pergi kerja siapa pula nak mengajar pelajar pelajar gua nanti? Tak mengajar, dalam kubur kena tanya pula. Tak dapat jawab, habis kena libas la dengan dua malaikat tu nanti.

Memikirkan balasan yang akan gua terima, cepat cepat gua bangun dari pembaringan dan terus menuju ke bilik.

Cebusshhh! Arrgghh!

Gila bapak sejuk doh!!!

Tuesday, September 29, 2009

RM3. Satu Pencarian Yang Bermakna

Hari ni dah masuklah hari raya yang ke-10. Ramai yang dah mula puasa enam. Bukan sebab nak tambah pahala, tapi pasal poket dah mula kering. Ya, kering yang amat termasuklah gua. Duit habis buat persiapan raya, beli kuih raya, bagi duit raya, isi minyak kereta pasal nak ziarah menziarahi dan macam macam lagi yang membantu proses pengeringan duit. Tapi gua tak adalah kisah sangat, yang penting, perkara perkara macam ni la yang buat raya meriah, betul tak pendapat gua ni?

Sebut pasal duit ni, gua teringat kembali semasa gua masih di dalam darjah 4 agaknya. Masa tu gua dah ada basikal. Bila ada basikal maksudnya gua boleh pergi meronda ronda. Gua pernah meronda paling jauh sampai jalan utama nak ke Kajang. Hebat bukan?

Masih dengan basikal, gua terasa mudah untuk ke mana mana. Ini bermaksud gua juga mudah untuk pergi ke rumah Mohd Naim Bin Roslan. Mohd Naim Bin Roslan merupakan rakan gua yang satu sekolah rendah kebangsaan dan satu sekolah agama dengan gua. Bapak Naim merupakan pekerja JKR, jadi tidak mustahillah dia dapat duduk dalam kuarters JKR. Mohd Naim Bin Roslan juga lebih bijak berbanding gua, tetapi dia tidak pernah merendah rendahkan gua. Mungkin ini kerana faktor fizikalnya yang rendah, jadi adalah tidak releven untuk dia merendah rendahkan orang lain.

Masih bersama Naim, dia telah memberi cadangan pada gua untuk mengumpul tin tin minuman yang bersepah sepah di tepi jalanan. Gua sedikit membangkang kerana kerjaya itu suatu kerjaya yang tidak berimej. Tak brader brader langsung! Tapi bila Naim mengatakan kerja tersebut boleh mendatangkan duit, gua paling dulu terjun longkang cari tin tin carlsberg ataupun guiness. Mujur Naim menjerit mengatakan tin tin minuman itu jangan dikutip kerana ia haram dipegang. Cepat cepat gua pergi ambil wudhuk.

Seharian mengutip, dapatlah juga gua dan Naim dua karung plastik yang penuh berisi tin minuman. Cepat cepat Naim suruh membawanya berjumpa dengan orang India pembeli tin minuman dan besi besi buruk. Gua dengan pantasnya mengemudi basikal ke arah kedai India itu sambil membuat bunyi jet turbo pakai NOS. Muncung muncung habis bibir gua.

Setelah ditimbang timbang, si India pembeli tin minuman dan besi besi buruk itu memberi gua dan Naim RM3.00. Peh! Dia punya seronok time tu, hebat, sedap tak ingat!!! Niat nak menabung demi masa depan yang menjamin memang awal awal gua dah buang. Ding Dang, Tora dan JoJo sudah bermain main dalam akal fikiran gua. Gua dah mula menyanyi lagu iklan Tora.

"Tora datang lagi dengan permainan gasing terbang..." masih terngiang ngiang suara Mat Sentul dalam telinga gua.

Itu cerita dah beberapa tahun lepas, sekarang gua tak pernah dah kutip tin tin tepi jalan. Naim pun sekarang dengar cerita dah jadi tahfiz agaknya. RM3.00, walaupun kecil nilainya, tapi sangat besar maknanya pada gua. Tapi budak budak sekarang, duit raya nak RM10.00 aje. Tensen gua! Ingat gua cop duit ke? Sengget ke dua hengget ke dah la. Dah la, gua nak pergi pinjam Along ni.

Tokey! Kasi gua ampat puluh ribu!!!

Monday, September 28, 2009

Pertama Kali

Inilah pertama kali gua bangun pagi pagi, update blog gua sebelum mandi pagi dan bersiap siap hendak pergi kerja. Tapi, entah apa cerita gua nak bangkitkan pun gua tak tau. Kuih tart betullah! Dahla, gua nak pergi mandi ni.

Friday, September 25, 2009

Dihalau atau Menghalau?!

Esok gua akan menghalaukan diri gua dari kampung untuk kembali semula ke perantauan. Jadi esok, bersiap sedialah dengan kenderaan bertali arus, lembu melintas tak bagi isyarat, mat rempit mencelah celah langgar side mirror, kereta yang dipandu orang bodoh potong garisan berkembar, mamat bawa kereta bertentangan tiba tiba salah lorong, gua menguap besar gila nganga, air redbull kurang gula 1 tin, snickers, dan sepeket M&M. Oh, indahnya perjalanan pulang ke tempat perantauan, macam nak ke neraka.

Monday, September 21, 2009

Menggegar Adrenalin


Manchester United (4) - Manchester City (3). Peh, memang klasik betul tengok bola pada hari raya pertama. Benda benda macam ni la penghilang semangat raya. Risau juga gua dibuatnya. Harap-harap anak cucu cicit gua tak buat perangai macam ni. Tapi ok juga, sekurang kurangnya gua tak pergi lepak beraya di kedai mamak.


Sunday, September 20, 2009

Jadah Pagi Raya

Pagi pagi raya ini gua melantak kek coklat (ada orang bagi.apa kes gua nak bagi tahu siapa bagi!), ketupat, lemang, rendang daging, kuah kacang (gua hirup hirup je terus) dan sambal goreng (sampai ke Kajang gua cari tempe ni, mujur ada brader tu datang open table secara haram kat tepi simpang pasar, memang hardcore la brader itu). Jadi gua harap proses perlantakan gua takkan berterusan sebegini rupa, kalau tidak, sia sia sajalah gua turun 9 kilo puasa nan lalu.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Penat doh! Belakang gua rasa macam nak meletup letup je. Kaki gua rasa macam nak tertanggal. Tangan gua pula rasa macam nak suap nasi masuk dalam mulut je. Gua baru sampai kampung ni. Kepala dah rasa nak cari bantal. Letih! Err...selamat hari raya ye.

Monday, September 14, 2009

Buntu - Butuh Ilham

Gua baru pulang dari Majlis Berbuka Puasa Ehoza 2009 semalam. Gua ada macam benda benda yang gua nak pampangkan pada lu orang semua. Tapi entah kenapa gua tak dapat nak sampaikan pada lu orang semua. Serius kepala otak gua jadi jem gila! Bahan bahan bertubi tubi ada ni, tapi gua tetap jadi buntu. Hampas! Adakah ini disebabkan kerna gua dah jarang bertarawih dan semakin sombong melakukan ibadat sunat ini di bulan Ramadhan ini? Argh! Buntu gua beb! Gua nak istighfar 21 kali kejap la.

Salah satu daripada bahan bahan gua yang masih terperap dalam otak. Nganga bukan?

Tuesday, September 8, 2009

Billie Jean Is Not My Girl

Alesya cuba membenamkan taringnya ke dalam tengkuk Ajabari

"Nak cing...nak cing..."

Gua, Ajabari dan Balan dah stat kelam kabut. Gua dah terhiling hiling di ruang tamu. Ajabari dah mula nak jerit jerit histeria. Balan pula, dah mula nak stat motor nak blah dari situ.

30 minit sebelum itu...

Allahuakbar Allahuakbar....

Bunyi azan berkumandang memecah kesunyian senja. Burung burung yang tadi berkicauan pun dah mula senyap. Heh, burung pun pandai menghormati azan. Tapi yang kita ada akal fikiran ni waktu azan masih sibuk nak berpung pang pung pang. Cerita tak habis habis.

Semalam rezeki gua murah. Bukan rezeki gua je, malah rezeki Ajabari dan Balan pun murah sama. Ini kerana, kami bertiga dijemput berbuka puasa di rumah jiran kami iaitu brader Jaim. Mulia betul hati brader Jaim ajak kami berbuka puasa di rumahnya.

Bini brader Jaim masak banyak betul. Tu belum campur lagi kuih muih yang gua dan Ajabari serta Balan beli. Tapi itu tak jadi masalah, benda kalau dah dijemput, memang tak ada masalah gua dan rakan rakan lain nak melantak!

Habis melantak, gua, Ajabari dan Balan pun meminta izin hendak pulang. Anak brader Jaim bernama Alesya pula seolah olah tidak mengizinkan Ajabari untuk pulang. Alesya ni dengan Ajabari memang bukan main dia punya manja. Memang rapat bukan main. Boleh ibarat sama macam sirap bandung. Ada susu, baru jadi nama sirap bandung. Merengek rengek Alesya nak ikut Ajabari pulang. Nak tak nak, terpaksa gua dan Ajabari bawa dia pulang ke rumah gua sekejap.

Di rumah gua, si Alesya ni pun bermanja manja la dengan Ajabari. Kejap dipeluknya Ajabari, kejap dia gelak gelak dengan Ajabari, dan kejap kejap pula dia main lari lari dengan Ajabari. Gua hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka berdua. Lalu gua keluarkan henset gua untuk merakam memori indah tersebut. Alesya yang menyedari gua mengeluarkan henset gua, segera datang ke arah gua.

Alesya ni ada satu telefon bimbit mainan. Kalau ditekan butang henset mainan tu akan keluarlah bunyi "Ya ya iya, you're my little butterfly". Tapi kalau Alesya yang nyayi boleh jadi "Ya ya iya, yo mai pipe patepai,",macam bahasa Nepal saja gua dengar. Maka tergesa gesalah Alesya membelek belek henset gua. Ada sedikit perasaan cemburu dalam dirinya apabila membelek belek henset gua.

Sedang enak dia memicit micit butang gua, err...maaf, maksud gua butang henset gua tiba tiba dia bersuara, "Nak cing, nak cing." Gua mula pelik dan bertanya kepada dia kembali, "Cing apa Alesya?" ujar gua sambil mengusap rambutnya. "Nak kencing!!!"

Nah ambik lu. Secara tiba tiba kaki gua mula terasa kebasahan. Ada manik manik cecair mengalir menyentuh tapak kaki gua yang gebu. Alesya sudah kebocoran pada saat itu. Pada masa itu, kelihatan Alesya begitu menyesal dengan tindakannya itu.

Maka, gua, Ajabari dan Balan sudah mula kelam kabut. Masing masing tak pernah jadi bapak. Jadi urusan menghendel perkara ni memang bukan perkara biasa bagi kami. Balan dah blah awal awal sebab terkejut yang amat. Motor C70 nya sudah jauh meninggalkan perkarangan rumah gua. Tinggal gua dan Ajabari saja. Kami saling berpandangan.

Malam itu, gua dan Ajabari dapat belajar perkara yang baru. Perkara tentang bagaimana hendak menjadi bapa yang cemerlang. Oh, sungguh indah pengalaman kali ini. Rasa nak nangis pun ada.

Thursday, September 3, 2009

Mercun

Inilah dia pemusnah jari jemari rakyat Malaysia. Tapi, manusia tak pernah serik!

Pada sekian sekian tahun yang tak berapa gua nak ingat, tapi gua pasti gua darjah 4 masa tu. Nama pun darjah 4, akal fikiran pun mesti tahap tahap budak budak hingusan. Masa tu, kalau orang tanya pasal siapa Perdana Menteri Malaysia memang gua dengan yakin dan kembang kembang hidung jawab bahawasanya PM Malaysia ialah Power Rangers Hijau. Macam haram!
Justify Full
Duduk di Taman Indah gua rasa merupakan tempat bermastautin gua yang paling best sekali berbanding tempat tempat lain yang gua pernah duduki. Di Taman Indah inilah gua memiliki ramai kenalan. Di Taman Indah ini jugalah gua mampu menjana berbagai bagai jenis permainan yang tidak mampu difikirkan oleh kanak kanak zaman sekarang. Budak budak zaman sekarang tau apa, porno saja yang dia orang nak layan. Kadang kadang curi buku 'Kamasutra' mak bapak. Hampeh semua tu!

Di Taman Indah la gua mengenali Kamarul dan Amad. Dia orang ni adik beradik. Mereka berdua merupakan pasangan adik beradik yang paling ekstrim pernah gua kenali. Memiliki hati yang cukup kering untuk melakukan tugas tugas yang mencabar. Pernah sekali Kamarul berhadapan dengan warga kaum India kerana mengganggu tugasan mereka mencuri mempelam di perkarangan Tadika Kajang Baru. Kuat gak dada Kamarul kena tumbuk masa tu, mujur Kamarul ni kuat, setedi saja dia tahan.

Amad pula sangat terkenal dengan sepakan tonjolnya yang cukup berbisa dan mampu mensesakkan dada yang menahan. Tu kalau kena dada, kalau kena alat kelamin? Mau hilang kesuburan lu orang semua. Gua ada sekali nyaris nyaris nak kena, mujur pembelajaran gua bersama Power Rangers Hijau menyelamatkan gua.

Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan yang mulia di mana gua entahkan puasa entahkan tidak, Kamarul dan Amad telah merancang untuk bermain suatu permainan yang baru. Katanya bapak mereka baru beli benda ni. Pucuk dicita, ulam mendatang. Budak budak kalau dengar permainan baru ni memang pasti akan terkinja kinja macam siamang ataupun lotong. Dengan perasaan kurang sabar gua pun bertanya permainan apa kejadah kah itu? Lalu Kamarul mengeluarkan permainan tersebut.

Peh! Tergamam sebentar gua. Ini memang permainan ekstrim ni. Mercun 'Thunderclap'! Sejenis permainan yang cukup popular pada waktu itu. Permainan jenis ini hanya popular mengikut musim. Hanya pada 2 perayaan sahaja permainan tersebut popular. Iaitu pada waktu Hari Raya Aidilfitri dan Kong Si Pak Cai.

"Apa lagi, jomlah kita main benda ni. Macam menarik doh," gua cepat cepat mengajak mereka bermain mercun 'Thunderclap' itu. Masa tu muka gua memang tak ingat dia punya ceria. Melebih lebih senyumnya. Amad dan Kamarul menunjukkan isyarat sabar ataupun tunggu. Dari wajah mereka, gua dapat tafsirkan mereka cuba memikirkan cara yang paling ekstrim untuk bermain mercun ini. Tiba tiba, kelihatan seperti ada mentol menyala di atas kepala Amad.

Amad segera bergegas menuju ke semak samun di kawasan padang untuk mencari sesuatu. Gua dan Kamarul dah terpinga pinga. Gua dan Kamarul saling berpandangan melihat perangai Amad. Setelah beberapa ketika berada di dalam semak, Amad berlari semula ke arah gua dan Kamarul sambil membawa sebotol botol. "Kita bakar mercun ni, dalam botol ni," kata Amad sambil tangannya menggayakan cara pembakaran mercun di dalam botol. Kami mengangguk tanda faham.

Kami bertiga menuju ke lokasi tanah lapang untuk menjalankan upacara ini. Lapang tak berapa lapang sangat la lokasi kami ni. Di sebelahnya, tersergam indah beberapa buah flat yang berpenghuni. Kadang kadang kedengaran bunyi bayi menangis, ibu memarahi anaknya. ibu gaduh dengan bapa dan juga bau 'bak kut teh'. Namun begitu, keadaan sebegitu tidak sedikit pun mencacatkan operasi kami.

Maka kami pun segera menyediakan tempat melancarkan mercun 'Thunderclap' tersebut. Tak sabar sabar rasanya gua nak tengok mercun itu berlepas. Dalam kepala dah terbayang bayang ia meletup macam mercun sambut merdeka. Tak sampai 1 minit tempat pelancaran siap. Gua dah tepuk tepuk tangan. Kamarul stat main kembang kembang hidung. Amad pula dah stail macam tentera Nazi nak hidupkan kereta kebal.

Amad memberi arahan kepada gua dan Kamarul supaya ke belakang sebagai langkah langkah keselamatan. Kami akur dengan arahannya. Berbekalkan kotak mancis yang berisi 5 batang mancis cuma, Amad menyalakan api pada sumbu mercun 'Thunderclap' yang dipacakkan pada botol tersebut. Langsung, Amad bergegas berlari laju menuju ke arah kami.

Psssst! Sumbu berbunyi riang. Siiiiiiiuuuuuunnnngggggg! Mercun 'Thunderclap' berjaya dilancarkan. Mercun itu menaik tegak seperti roket Apollo yang menuju ke bulan. Kami bertiga sudah mula menari tarian tradisi Rusia. Wajah kegembiraan kanak kanak memang tak dapat kami sorokkan. Terlalu seronok.

Tetapi keseronokkan yang Allah bagi itu hanya sementara. Tiba tiba, Allah bagi perasaan cemas bercampur takut pula pada kami. Bulan mulia Ramadhan ni, memang tak boleh nak berbuat jahat. Allah balas on the spot. Mercun 'Thunderclap' yang naik menegak itu secara tiba tiba bertukar haluannya. Secara membabi buta, ia terus membelok dan memasuki rumah flat yang terbuka tingkapnya.

Powww!

Mercun itu meletup dalam rumah tersebut dan kedengaran suara orang menjerit. Apalagi, kami bertiga segera membuka langkah seribu meninggalkan kawasan kejadian. Takkan nak terus menetap kat situ kot? Nak mampus? Amad dan Kamarul pun dah jadi tak berapa hati kering sangat, apatah lagi gua. Terburu buru kami berlari menuju ke surau. Masa tu gua dah fikir nak ambil air sembahyang dan baca Muqaddam. Amad dan Kamarul pula gua tak tau dia orang nak buat apa. Yang penting, mereka masih berlari seperti gua.

Tapi itu kisah beberapa tahun yang dulu. Sekarang ni gua tak main mercun dah. Amad dan Kamarul pun gua tak tau apa cerita sekarang. Yang gua tau, Amad dah jadi askar sekarang. Menurut maklumat yang gua perolehi daripada kawan gua yang masih menetap di Taman Indah, Amad sampai sekarang masih meminati permainan mercun walaupun dirinya semakin dimamah usia. Hati kau keras Amad. Kamarul pula, entah mana dah dia sekarang, teringin juga gua jumpa dia. Kamarul, kalau lu terbaca blog ini, kontek gua sebarang dua ok!

Powww!

"Shilake!" Bentak gua keseorangan apabila sebatang mercun 'Thunderclap' meletup betul betul di hadapan rumah gua. Teringat gua pada dosa yang telah gua buat pada penghuni rumah flat yang telah dimasuki mercun 'Thunderclap' milik gua, Kamarul dan juga Amad. "Inilah pembalasan dari Allah. Tapi, mujur tak masuk dalam rumah. Alhamdullillah." Gua tersenyum di depan pintu rumah sambil melambai lambai ke arah kanak kanak yang sedang bermain mercun.

kredit kepada mercun08.blogspot.com