Tuesday, June 29, 2010

42 Hari

Setelah sekian lama bercuti, baru hari ini gua masuk kerja balik. Cuti ini memang indah. Malam malam boleh tidur lewat. Pagi pagi esok pula boleh bangun lewat. Mujur duduk rumah bujang. Kalau duduk rumah mak bapak, pukul 8 pagi sudah buat siren suruh bangun. Sakit telinga gua. Tapi mak bapak, biasalah, mana mereka nak tengok anak anak mereka jadi pemalas kan? Nanti, tak pasal pasal dapat title King Of Perut.

Tapi bila datang kerja ni ada masalah pula. Budak budak pun tak ada lagi. Bila budak budak tak ada lagi kerja pun tak adalah. Bila kerja tak ada, mudah buat gua rasa bosan. Bila rasa bosan, gua akan jadi kurang produktif. Muka pun dah macam orang tak berak 10 hari. Bibir pula kering. Perasaan nak tidur pula semakin tinggi. Jenuhlah kalau macam ni weh!

Tadi gua semak cuti gua balik, ada 42 hari lagi. Hmm...rasanya macam ok lagi nak ambil cuti ni. 42 hari tu, tak luaknya kalau ambil lagi 5 hari. Tak pun sampai Piala Dunia habis pun ok lagi agaknya. Amacam, kasi tak gua buat macam ni?

Saturday, June 26, 2010

Unibersiti

Pagi tadi, gua dalam perjalanan ke Ipoh. Ikut lebuhraya Lumut-Ipoh. Gua lalu depan UiTM Seri Iskandar. Peh, banyak gila kereta beratur. Macam macam jenis kereta ada. Dari kereta nasional, hinggalah kereta buatan luar negara. Mujur tak ada yang ngada ngada nak bawa kereta sorong. Kalau tak, memang masa tu gua berhenti kereta tepi jalan, gua pergi terajang bibir pasal buat perangai macam gampang.

Waktu tengok keadaan macam tu, gua jadi teringat masa gua masuk universiti dulu. Malam nak daftar tu memang gua tak senang duduk. Masa kat rumah dah berapa kali ulang tengok VCD Ali Setan dengan Gila Gila Remaja pasal nak dapat feel masuk universiti. Yelah, budaya di universiti harus difahami dan dikaji agar kita tidak menerima kejutan budaya ataupun 'culture shock'. Bahaya wo kejutan budaya ni. Rambut boleh jadi karat kalau kena.

Hari mendaftar, orang memang ramai. Jalan sesak memang boleh bikin panas hati kalau nak berak. Mana nak fikir parking lagi, nak cari jamban lagi. Memang menyeksakan. Tapi satu je seronok, universiti universiti ini sememangnya menyediakan banyak gadis gadis comel untuk dingorat. Bagus juga pihak pentadbir ni memilih pelajar. Bukan sahaja mementingkan kebijaksanaan, malah, kecantikkan juga dititikberatkan.

Kemudian baru gua ingat, rupa rupanya adik gua pun mendaftar masuk universiti gak hari ini. Lantas gua menghubungi adik gua terus.

"Woi! Lu masuk u kan hari ni?"

"A'ah. Apahal? Ada nak pesan pape ke?"

"Ada."

"Apa dia?"

"Jangan jadi gay weh. Awek banyak tu sana. Hahaha!"

"Hahaha! Kantoi la lu. Apa punya nasihat la."

"Apahal lak?"

"Gua buat loudspeaker. Abah dengar gak weh. Hahaha!"

Gua terus letak telefon. Cilakak punya adik. Tak reti kaber line langsung. Kan dah malu gua sekarang. Dem!


Wednesday, June 23, 2010

Malam Tadi Malam Kenangan

Semalam, malam, gua tiba tiba jadi rajin tak nak tidur. Mengantuk memang mengantuk, tapi rajin tak nak tidur tu memang tinggi. Padahal, gua tengah selesema tu. Patut kena tidur awal. Tapi, gua pilih jalan mencabar dan berbahaya. Gua terpaksa berhadapan dengan risiko selesema lambat sembuh dan kerajinan menghembus hingus semakin meningkat. Ha, akibatnya, selesema gua tak elok elok lagi sampai sekarang. Kejap kejap, sibuk berlari ke tandas nak hembus hingus. Mujur tak hijau. Doktor kata kalau hijau tu dah tahap kuman tengah bersukaria. Nampak gaya gua masih sihat lagi.

Orait. Berbalik kepada tajuk gua tu. Malam tadi malam kenangan. Harap maaf, itu bukan tajuk untuk Jamuan Makan Malam ok! Bunyi memang kool, tapi serius tak ada kena mengena dengan jamuan. Semalam, malam, gua layan Fesbuk sampai ke tengah malam. Awalnya nak tutup dah, tapi entah macam mana tiba tiba ramai pula kawan kawan gua dari sekolah rendah add gua. Gua ni, kalau nak tau, jenis berhati hati nak luluskan orang jadi kawan gua, yela, kita kena berhati hati berkawan dengan orang walaupun dalam fesbuk cuma. Lama gak masa gua ambil nak cam semula kawan kawan sekolah rendah gua dulu tu. Muka dah lain gila! Siap dah kahwin lagi. Malah, ada yang dah beranak pula tu. Macam mana nak cam! Dulu muka berhingus je masing masing. Make up pun tak reti. Nak gincu bibir, bantai gincu hidung. Serius tak baligh lagi waktu sekolah rendah dulu.

Kini, masing masing dah matang. Make up dah pandai. Baju dah boleh gosok sendiri kasi tajam. Dulu pakai tudung, sekarang tak pakai tudung. Seksi pula tu. Hadui! Tu je yang gua tak berkenan. Tapi lantaklah. Akal ada, sendiri mau ingatlah. Kalau gua ingatkan, nanti cakap gua ni penyibuk lak. Jadi, baik fikir sendiri. Bila dah add kawan kawan lama ni, mulalah bersembang, mulalah buka kisah kisah lama. Tapi, kebanyakkan kisah lama yang diceritakan ni, lebih disasarkan kepada gua iaitu, kisah kisah nakal gua dulu.

Dah hampir 15 tahun tinggalkan sekolah rendah, gua tak sangka yang kawan kawan gua ni ingat lagi tentang kenakalan gua. Tapi, mana tak ingatnya, sebab diorang yang selalu jadi mangsa kenakalan gua. Paling dahsyat, ada yang cakap gua sejak darjah 1 memang dah nakal. Selagi tak nangis yang budak kena sakat tu, memang gua takkan berhenti. Gila ganas! Gua je yang tak berapa ingat jenis nakal macam mana yang gua buat kat kawan kawan gua ni. Namun, apa yang pasti dan gua ingat, disebabkan kenakalan gua la gua jadi sasaran cikgu cikgu kat sekolah rendah dulu. Walaupun tak buat salah ke apa, gua tetap kena marah dengan cikgu cikgu ni. Kalau gua buat salah tak kisah, tapi ni tak, memang angin la gua! Cikgu cikgu tu tak tau ke benda benda macam tu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kanak kanak? Tapi tak jugak, gua elok je jadi manusia berguna kepada masyarakat sekarang.

Dalam banyak banyak kisah yang diceritakan semalam, satu je yang paling menyentuh hati gua. Tapi bukan tersentuh jenis hati kaca, tapi jenis terharu beb! Member gua ni bagitau yang salah seorang dari cikgu cikgu yang selalu aim gua tu, masih ingat gua lagi! Kata member gua, disebabkan kenakalan gua tu la cikgu tu masih ingat. Terus rasa bangga. Terus rasa teruja. Terus rasa terharu. Stim je gua tak rasa. Melampau la kalau sampai nak stim stim ye tak? Peh, tak sangka cikgu tu boleh ingatkan? Untung juga jadi budak nakal ni, mudah diingati. Bila dengar cerita tu, gua gelak seorang diri. Mujur tak ada benda yang sahut menyahut masa gua gelak gelak tu. Nanti jadi cerita lain la plak.

Walaubagaimanapun, malam tadi tak cukup untuk gua dan kawan kawan yang lain untuk bersembang tentang semua benda. Gua rasa, dalam benak fikiran mereka ada banyak benda nak diceritakan. Tapi nak buat macam mana, semua dah bekerja, takkan nak datang opis esok mata bengkak bengkak lepas tu tangan macam kena parkinson pasal menaip lama sangat. Tak elok di mata bos la kalau nampak kan? Apa apa hal pun, kenangan masa sekolah rendah ni memang terbaik la gua rasa antara semua kenangan waktu belajar gua. Kira boleh bagi title King Of Kenangan la. Cuma, gua tak dapat nak ingat semua kenakalan yang pernah gua buat dulu. Rasa nak pergi jumpa je budak budak yang pernah gua sakat dulu nak tanya apa benda gua dah buat kat diorang. Memori macam tu bukan senang nak cari. Kalau google pun memang takkan jumpa beb!

p/s: Yang pasti, gua kini dapat merasa apa yang cikgu gua rasa dulu sebab budak budak gua sekarang diorang punya nakal memang 10 kali ganda beb! Jenuh nak jaga weh!!!

Tuesday, June 22, 2010

Mamat Menaik



King Of Perut cawangan Batu Pahat pun tak ada teruk macam ni bila karaoke. Tapi gua respek satu jela kat mamat ni. Kesungguhan dia memang lain macam tinggi. Memang sesuai kalau nak panggil dia bagi ceramah motivasi. Memang boleh meningkatkan semangat betullah!

Wednesday, June 16, 2010

Mujur Tak Ada Serangan Nuklear

Mencium tangan kiri yakni tangan beristinjak

Risau juga gua masa Brazil lawan Korea Utara pagi tadi. Yelah, Brazil mendahului 2-0. Mana tau tiba tiba kena serang dengan nuklear Korea Utara kes tak puas hati kan? Tak pasal pasal Piala Dunia 2010 dibatalkan. Mujur Brazil pandai ambil hati Korea Utara bilamana mereka membenarkan Korea Utara menjaringkan gol saguhati. Kalah pun Korea Utara tak kisah agaknya. Tengok hepi semacam je walaupun skor sebijik je. Perdana Menteri Korea Utara pun mesti tersenyum lebar sambil hisap curut nuklear. Hebat!

Monday, June 14, 2010

Ada Macam Macam Bola

"Petang ni macam mana, jadi tak?" Aku bertanya kepada Kamarul yang sibuk main pasir dengan Amad.

"Jadilah wei. Semangat gila aku nak main petang ni."

"Semangat, semangat gak. Tapi bola siapa pegang weh?" Amad yang sedang mencangkung pula bertanya.

"Peter la pegang. Kan dia last pegang hari tu." Kamarul menjawab. Kamarul dan Amad adalah adik beradik.

"Peter ke pegang. Harap jangan dia lupa sudah. Muka macam orang putih, tapi jenis pelupa. Eh, apa lagi, jom la berlatih apa apa yang patut. Baru berkobar kobar lagi semangat kita petang ni." Ujar gua bersemangat.

Kamarul dan Amad bangun serentak dari cangkungan seraya berkata, "Jom!"

***

Pada waktu petang pukul 3 yang terik itu, kelihatan 3 orang kanak kanak membuat latihan kecergasan untuk menghadapi permainan bola sepak yang akan diadakan pada pukul 5.30 petang nanti.

***

"Ni apahal ni Peter?" Gua bersuara dengan nada tak puas hati.

"Kau selalu buat perangai la Peter." Kamarul pula berkata.

"Banyak minum semut!" Giliran Amad pula menjerit.

"Ala, rilekslah. Bola ni pun boleh main apa. Bukan boleh sepak je, guna tangan pun boleh. Lagi best weh. Aku main dengan abang aku syok je." Peter yang bermuka orang putih itu cuba mempertahankan dirinya.

"Kau tau tak berapa penat kitaorang training tengah panas nak main bola petang ni? Kau tinggal kat rumah nenek kau buat apa? Nenek kau ke nak main?" Kamarul mengeluarkan ayat yang begitu padu sekali.

"Ala, kemon la. Aku terlupa la. Bosan kat sana, jadi aku bawak la bola. Boleh sepak sepak. Sekali terlupa lak nak bawak balik. Sorilah. Jomlah. Aku ajar main bola ni." Peter berwajah orang putih tapi berketurunan cina itu sekali lagi mempertahankan dirinya.

"Kau ni memang dasar minum semut!" Amad sekali lagi menjerit sambil menarik rambutnya yang sedikit tanda protes.

Sebagai orang yang kool, gua bersuara, "Hmm. Nak buat macam mana, nak gaduh pun tak guna. Kau ajarlah main benda ni. Tapi tunggu jap, aku panggil budak budak lain."

***

Petang itu, pada pukul 5.30, kelihatan 10 orang kanak kanak sedang bermain ragbi. Itulah, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup mereka, mereka berkecimpung dalam sukan ragbi. Tapi mereka semua nampak seronok. Tak tau la seronok kena baling ke, kena tarik ke, kena humban ke atau memang permainan ragbi itu menyeronokkan. Tapi yang gua tau, baju gua habis koyak pasal main ragbi dan akibatnya, gua kena bambu dengan mak gua. Sial lu Peter!

Sunday, June 13, 2010

Apelika Selatan

Piala Dunia tahun ni macam tak ada feel sangat la bagi gua. Rasa macam biasa biasa saja. Tak meriah langsung. Patutnya kalau Piala Dunia berlangsung, semangat nak tidur awal tak ada langsung. Ni tak, terbalik pula jadinya. Pukul 11 malam dah stat rasa mengantuk tu. Mata dah kuyu kuyu manis saja. Menguap pula, macam godzilla. Kepala pun dah high semacam, macam hisap ganja. Rasa macam ada kelibat Bob Marley saja kat sebelah gua ajak pekena marijuana. Tapi, gua tolak dengan penuh rasa hormat.

Semangat Piala Dunia kali ni tak memuncak sangat bagi gua. Piala Dunia 1998 merupakan piala dunia yang paling efektif dan efisien bagi gua. Semangat dia padu lain macam. Semangat tidur lambat memang tinggi. Mujur gua sekolah petang waktu tu, jadi, tak ada masalah sangat kalau terlewat bangun. Tapi terlewat bangun Subuh memang boleh mendatangkan penampar kepada pipi gua.

Semangat Piala Dunia 1998 memang terbawa bawa sampai ke sekolah. Seiring berlangsungnya Piala Dunia, gua dan kawan kawan lain turut buat piala kami sendiri. Piala Jentik Bola. Di mana kami menggunakan kad kad yang dipotong untuk menjentik bola. Tak silap gua ada dalam 8 team juga yang mengambil acara ini. Gua punya kad gua water kaler macam jersi Brazil. Tapi campuran ton warna tu tak berapa kena sangat sebab gua bukan handal sangat dalam kelas pendidikan seni. Ada member gua pula siap print lagi kad kad dia jadi warna jersi Italy. Gila babi semangat weh. Macam unta padang pasir!

Pertemuan final antara Brazil dan Perancis masa tahun 1998 tu memang epik gila la! Gua memang menyokong Brazil walaupun dari jarak jauh. Ini kerana gua tahu kehebatan mereka sebelum ini yang sudah memenangi Piala Dunia sebanyak 4 kali. Jadi, adalah satu pilihan yang baik pada waktu itu untuk memilih pasukan kuat untuk memenangi Piala Dunia. Perancis pula waktu tu macam pasukan under dog je. Tak ada siapa pun yang mempu mengesyaki bahawa Perancis mampu layak ke final dan sekaligus merangkul Piala Dunia 1998. Zidane waktu tu memang fenomenalah. Ronaldo pula, barai weh! Esok siangnya pergi sekolah habis gua kena ejek, kena hina, kena palu. Lalu tertunduk tunduk gua malu macam daun semalu.

Namun begitu, Piala Dunia 2010 memang terasa kesuramannya. Walaupun tiap hari kita sentiasa disogokkan dengan kualiti tv yang High Definition atau Bahasa Melayunya Berdefinisi Tinggi, semangat Piala Dunia 2010 tetap berada pada paras mendatar atau biasa biasa sahaja. Tapi yang penting, gua harap Hari Raya Puasa nanti tak adalah suram macam Piala Dunia ni, ye tak?

Tuesday, June 8, 2010

Sibuk Macam Perdana Menteri

Haih. 2 minggu ni gua akan dilanda kesibukkan melampau. Isnin sampai Jumaat masuk kelas. Dari pukul 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Belah malamnya pula nak setelkan tugasan yang telah diberi pada siang hari. Tangan dah menggigil gigil taip tugasan. Macam parkinson. Hari Sabtu dan Ahad pula jemputan kahwin merata-rata tempat. Sempat datang makan jela agaknya. Nak tengok muka pengantin? Minta maaflah. Nak berkejar ke kenduri lain lak. Janji memenuhi jemputan sudah. Minta maaf juga kepada kawan-kawan gua yang tak sempat gua nak datang kenduri kahwin mereka. Bukan sengaja, tapi terlalu jauh. Gua kirimkan doa semoga berbahagia hingga akhir hayat dan selamat berjuang di atas katil hendaknya.Hehehe! Porno gila!

Hmm...macam manalah PM kita boleh selalu kemaskini blog dia ye? Ada seketeri yang buat agaknya. Berapa ye nak upah seketeri? Agak agak bagi upah top up RM10 sebulan mau tak dia kerja dengan gua?

Friday, June 4, 2010

Lagenda Budak Setan - Ada Tanduk Pa???

Fenomena Lagenda Budak Setan sekarang tengah melanda. Semua wayang tengah sibuk tayang. Ada seorang kutu ni siap beli novel lagi pasal nak faham cerita ni. Gila setan betul! Ada makcik tengah tunggu masa nak lahir anak pun dok pulun baca balik novel ni. Konon loyal la tu. Memang kuntum la lu! Yang makcik lagi sorang ni, gua tak berapa pasti. Rasanya fenomena Lagenda Budak Setan ni tak bagi pengaruh yang kuat kot. Sebab, dia lebih cenderung memuja filem filem dari negara belah timur sana. Siap masuk kelas belajar bahasa timur sana lagi. Memang true lah makcik tu.

Gua rasa, penangan cerita cinta yang paling terkesan pada gua ialah filem Ada Apa Dengan Cinta. Masa tu gua kat matrik lagi. Tengah sibuk belajar perakaunan. Waktu tu gua tak sempat pun tengok cerita ni kat wayang. Sebabnya, wayang dekat dengan tempat gua belajar ni tak berapa sebatilah. Tambahan pula, kat Kedah sana, panggung wayang tak berapa seronok nak tengok. Seat pun masam bukan main!

Waktu tu, filem Ada Apa Dengan Cinta ada tayang kat ntv7. Selang beberapa bulan ditayangkan kat wayang, ia ditayangkan pula di kaca televisyen. Jadi, gua tak lepas peluang. Cerita stat pukul 9. Elok lepas maghrib, gua terus turun bawah makan awal. Gua sebat nasi lauk telur je. Mudah dan cepat sikit nak habis. Sesudah habis melahap, gua terus masuk bilik tv. Syukur alhamdulillah. Bilik tv kosong lagi. Baru pukul 8. Berita baru nak stat. Masa tu, budak budak matrik gua tak berapa nak layan berita ni. Majoriti lebih banyak habiskan masa kat bilik. Hisap rokok, main gitar, baca komik, stadi grup, sembang kosong, malah ada juga yang sibuk mencuri.

Elok nak dekat sampai pukul 9, tiba tiba berduyun duyun orang datang masuk bilik tv. Rupa rupanya, semua nak layan Ada Apa Dengan Cinta. Habis sesak bilik. Memang fenomenalah cerita ni! Mujur gua masuk awal. Dapat port depan tv. Siap baring atas sofa lagi. Gua pula pegang remote tv. Risau ada mangkuk mana nanti dok sibuk sibuk nak tengok cerita lain lak.

Sememangnya cerita ini memang suatu fenomena. Budak budak matrik gua jadi senyap semacam bila tengok cerita ni. Tak dengar langsung suara orang sembang sembang. Melainkan, waktu iklan. Tu pun ada gak yang senyap, konon nak hadam balik babak babak dalam cerita tu. Ada juga yang gua tengok macam nak hafal dialog cerita tu. Barangkali, nak buat ayat ngorat gadis gadis matrik agaknya. Habis iklan, semua senyap balik. Mata tumpu kat tv. Yang tak dapat duduk dan kena berdiri, tak rasa macam berdiri pun pasal khusyuk layan cerita tu. Solat pun tak khusyuk macam tu agaknya.

Tapi part paling best, masa Rangga bercium dengan Cinta. Habis hiruk pikuk satu bilik tv. Ada melompat lompat, ada yang joget tak tentu pasal, ada yang sibuk lap air mata dan ada juga yang gua tengok sibuk pegang benda sulit diorang. Ha, tu memang bangang! Tak reti cari privacy.

Akhir kata, cerita ini memang membawa fenomena cintalah kepada gua. Bukan gua nak mengagung agungkan cerita dari seberang ni, tapi olahan cerita ni betul betul membuatkan gua menghayatinya. Rasanya, stat lepas cerita ni ditayangkan, gua tengok budak budak matrik gua ramai gak yang mula berkapel. Siap ada yang kantoi kena tangkap basah lagi! Bengong! Tapi, walau fenomena macam mana pun, walau hebat macam mana pun, gua tak boleh blah tengok telinga Dian Sastrowardoyo. Gila babi capang weh!

Thursday, June 3, 2010

Ek Eleh, Ingat Ganas Sangat...Eeuuii!

Dulu masa gua darjah 6, gua ingat gua paling ganas. Mana taknya, perangai memang serupa samseng. Mana yang boleh bawa gaduh, gua bawa gaduh. Mana yang boleh buli, gua buli. Sampaikan ada budak darjah 1 tu pun gua buli. Tapi bila bapak dia muncul tiba tiba dari belakang, terus lintang pukang gua lari. Sampai terpaksa jalan kaki balik rumah. Habis penat penat kaki berjalan. Waktu bergaduh pula, gua memang jenis tak kisah. Gemuk ke, kurus ke, rendah ke, tinggi ke, semua gua sapu bersih. Kalah menang belakang kira. Janji dapat tumbuk, dapat sepak pun dah kira cemerlang. Memang ganaslah gua waktu tu. Belajar pun dah jadi merapu. Mujur juga dapat 3A dalam UPSR. Sekurang kurangnya boleh buat bahan jadi nasihat adik adik gua.

Tapi bila masuk sekolah menengah, ganas gua mula menghilang. Hati mula membisik suruh gua jadi baik dan menjadi orang yang dengar kata. Bukan gua taknak terus mengganas, tapi kat sekolah menengah ni lagi banyak orang yang ganas. Sekolah gua ada budak dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6. Lepas tu semua budak lelaki je. Jenis yang masuk lak memang hati kering kering belaka. Kira kalau ajak gaduh memang boleh sampai membunuh. Pernah sekali masa sibuk main kemuncup, gua ada nampak sekumpulan budak budak cetek akal masuk sekolah gua pukul budak guna kayu besbol. Muka tak nampak pasal diorang pakai topeng. Gila mafia doh! Tapi kesian budak yang kena pukul tu, rupa rupanya salah orang. Tambahan pula mak gua mengajar kat sekolah yang gua belajar tu. Jadi, memang patutlah gua kena ubah perangai. Kalau tak, nahas gua kena sesah dengan tali pinggang cap John Master bapak gua tu. Sekolah tu dahla banyak kaki repot. Dem!

Tapi, ganas ganas gua, lagi ganas Israel laknatullah tu. Orang nak buat baik pun pergi serang! Memang jahanam! Faking la!

Wednesday, June 2, 2010

Eh..Tu Dulu Brader!

Pernah tak, suatu masa dulu, kepala lu orang terlanggar meja masa ambil barang bawah meja?

Apa lu orang buat?

Lu orang ketuk dagu 3 kali pasal tak nak bagi sewel kan?

Hmm...

Pernah tak, suatu masa dulu, kepala lu orang berlaga dengan kepala kawan lu?

Apa lu orang buat?

Lu orang kasi laga balik kepala lu dengan kawan lu kan pasal takut jadi sewel kan?

Hmm...

Heh!

Gila karut! Kalau la gua ada time machine, gua akan kembali ke zaman kanak kanak gua untuk hentikan segala benda benda khurafat macam tu. Memang macam haram punya tahyul buat benda bukan bukan macam tu! Mujur sekarang gua sudah kembali insaf. Amin...

Dulu...Memang Best!

Dulu, aku, abang sulung aku, abang nombor dua aku, Kamarul, Amad, Anuar, Hanapi, Aye, Razif, anak Pak Cik Anuar Penjara, Afiq, Hafiz, Apis Black, Shahril, Hisham, Singh, dan Ayie akan main basikal turun bukit, naik bukit, lepas tu turun balik kemudian naik balik. Kami buat macam tu sampailah badan naik remuk remuk penat. Woh! Memang syok tak ingat brader!

Tapi zaman sekarang, budak budak lagi suka layan porno. Lepas tu buat porno. Last kali buang anak tepi jalan, tanam anak tepi sungai, letak dalam tong sampah dan macam macam lagi. Semua tu buat dengan rasa seronok tanpa guna otak. Bangang!

Gambar atas ni, tak ada sorang pun yang pernah main basikal turun bukit, naik bukit dengan gua. Tapi bila gua tahan nafas perut tu, serius nampak macam Malek Noor kan? Kan? Kan?