Wednesday, June 23, 2010

Malam Tadi Malam Kenangan

Semalam, malam, gua tiba tiba jadi rajin tak nak tidur. Mengantuk memang mengantuk, tapi rajin tak nak tidur tu memang tinggi. Padahal, gua tengah selesema tu. Patut kena tidur awal. Tapi, gua pilih jalan mencabar dan berbahaya. Gua terpaksa berhadapan dengan risiko selesema lambat sembuh dan kerajinan menghembus hingus semakin meningkat. Ha, akibatnya, selesema gua tak elok elok lagi sampai sekarang. Kejap kejap, sibuk berlari ke tandas nak hembus hingus. Mujur tak hijau. Doktor kata kalau hijau tu dah tahap kuman tengah bersukaria. Nampak gaya gua masih sihat lagi.

Orait. Berbalik kepada tajuk gua tu. Malam tadi malam kenangan. Harap maaf, itu bukan tajuk untuk Jamuan Makan Malam ok! Bunyi memang kool, tapi serius tak ada kena mengena dengan jamuan. Semalam, malam, gua layan Fesbuk sampai ke tengah malam. Awalnya nak tutup dah, tapi entah macam mana tiba tiba ramai pula kawan kawan gua dari sekolah rendah add gua. Gua ni, kalau nak tau, jenis berhati hati nak luluskan orang jadi kawan gua, yela, kita kena berhati hati berkawan dengan orang walaupun dalam fesbuk cuma. Lama gak masa gua ambil nak cam semula kawan kawan sekolah rendah gua dulu tu. Muka dah lain gila! Siap dah kahwin lagi. Malah, ada yang dah beranak pula tu. Macam mana nak cam! Dulu muka berhingus je masing masing. Make up pun tak reti. Nak gincu bibir, bantai gincu hidung. Serius tak baligh lagi waktu sekolah rendah dulu.

Kini, masing masing dah matang. Make up dah pandai. Baju dah boleh gosok sendiri kasi tajam. Dulu pakai tudung, sekarang tak pakai tudung. Seksi pula tu. Hadui! Tu je yang gua tak berkenan. Tapi lantaklah. Akal ada, sendiri mau ingatlah. Kalau gua ingatkan, nanti cakap gua ni penyibuk lak. Jadi, baik fikir sendiri. Bila dah add kawan kawan lama ni, mulalah bersembang, mulalah buka kisah kisah lama. Tapi, kebanyakkan kisah lama yang diceritakan ni, lebih disasarkan kepada gua iaitu, kisah kisah nakal gua dulu.

Dah hampir 15 tahun tinggalkan sekolah rendah, gua tak sangka yang kawan kawan gua ni ingat lagi tentang kenakalan gua. Tapi, mana tak ingatnya, sebab diorang yang selalu jadi mangsa kenakalan gua. Paling dahsyat, ada yang cakap gua sejak darjah 1 memang dah nakal. Selagi tak nangis yang budak kena sakat tu, memang gua takkan berhenti. Gila ganas! Gua je yang tak berapa ingat jenis nakal macam mana yang gua buat kat kawan kawan gua ni. Namun, apa yang pasti dan gua ingat, disebabkan kenakalan gua la gua jadi sasaran cikgu cikgu kat sekolah rendah dulu. Walaupun tak buat salah ke apa, gua tetap kena marah dengan cikgu cikgu ni. Kalau gua buat salah tak kisah, tapi ni tak, memang angin la gua! Cikgu cikgu tu tak tau ke benda benda macam tu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kanak kanak? Tapi tak jugak, gua elok je jadi manusia berguna kepada masyarakat sekarang.

Dalam banyak banyak kisah yang diceritakan semalam, satu je yang paling menyentuh hati gua. Tapi bukan tersentuh jenis hati kaca, tapi jenis terharu beb! Member gua ni bagitau yang salah seorang dari cikgu cikgu yang selalu aim gua tu, masih ingat gua lagi! Kata member gua, disebabkan kenakalan gua tu la cikgu tu masih ingat. Terus rasa bangga. Terus rasa teruja. Terus rasa terharu. Stim je gua tak rasa. Melampau la kalau sampai nak stim stim ye tak? Peh, tak sangka cikgu tu boleh ingatkan? Untung juga jadi budak nakal ni, mudah diingati. Bila dengar cerita tu, gua gelak seorang diri. Mujur tak ada benda yang sahut menyahut masa gua gelak gelak tu. Nanti jadi cerita lain la plak.

Walaubagaimanapun, malam tadi tak cukup untuk gua dan kawan kawan yang lain untuk bersembang tentang semua benda. Gua rasa, dalam benak fikiran mereka ada banyak benda nak diceritakan. Tapi nak buat macam mana, semua dah bekerja, takkan nak datang opis esok mata bengkak bengkak lepas tu tangan macam kena parkinson pasal menaip lama sangat. Tak elok di mata bos la kalau nampak kan? Apa apa hal pun, kenangan masa sekolah rendah ni memang terbaik la gua rasa antara semua kenangan waktu belajar gua. Kira boleh bagi title King Of Kenangan la. Cuma, gua tak dapat nak ingat semua kenakalan yang pernah gua buat dulu. Rasa nak pergi jumpa je budak budak yang pernah gua sakat dulu nak tanya apa benda gua dah buat kat diorang. Memori macam tu bukan senang nak cari. Kalau google pun memang takkan jumpa beb!

p/s: Yang pasti, gua kini dapat merasa apa yang cikgu gua rasa dulu sebab budak budak gua sekarang diorang punya nakal memang 10 kali ganda beb! Jenuh nak jaga weh!!!

2 comments:

  1. gua teringin nak tau apa dah jadi dgn budak2 yg lu sakat sampai nangis tuh.. agak2 lu kan, dorg berdendam x dgn lu..?? pastu, ada pape kesan sampingan x kat dorg..?? kot2 la, sbb kene sakat dgn lu dorg jadi samseng ke, ahli bina badan ke.. ahli politik ke.. x pun, pelakon air mata ke.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. eina:
    entahlah.setakat ni sumer ok je bila gua ajak sembang.tak ada pun yang nak ugut bunuh gua ke,nak bawa gua ke muka pengadilan ke,nak mintak ganti rugi ke dan sebagainya.tapi yang penting,diorang memang ingat gua sampai sekarang.oh,sungguh terharu!hahaha!

    ReplyDelete