Tuesday, January 26, 2010

Payau

Masuk hari ni, dah hari ke 7 gua kena serangan batuk tanpa henti. Batuk pun tak puas je rasa. Ikut rasa hati, nak saja gua masukkan vakum dalam mulut gua kasi keluar semua kahak kahak yang degil. Ubat batuk dah dua jenis. Gua saspek doktor tu saja bagi gua ubat batuk yang tak berkesan supaya gua boleh datang balik klinik dia dan membantu dalam meningkatkan keuntungan perniagaannya. Shiaklah! Gua nak hisap rokok pun rasa payau tau tak?!

Sunday, January 24, 2010

Batuk, Selesema, Gatal Tekak, M.U dan Rooney

Walaupun diserang selesema, batuk yang menyakitkan dada dan gatal tekak yang berpanjangan, gua dengan semangat waja tetap stay up untuk menonton perlawanan pasukan peberet gua yang menjadi kegemaran muda mudi masa kini iaitu, Manchester United. Bertemu dengan Hull City bukanlah suatu perkara yang menakutkan atau mengerikan. Rooney dengan rilek dan bersahaja mampu menjaringkan 4 gol secara bersendirian. Bukan tamak ok, tapi peluang ada di depan mata, gunakan saja sebaik mungkin.Tak payah ngada ngada nak jadi macam Arsenal, depan gol pun nak main pass pass lagi. Konon beautiful football la tu? Hak tuih! Ok lah, gua bukan boleh taip panjang panjang, hingus ni asyik nak meleleh saja. Ingat tak penat ke nak sedut balik?Argghh! Tensen betullah!

Walaupun kena ugut akan ditarik seluar, Rooney dengan tenang menjaringkan gol. Hmm, nak kena cari boot yang Rooney pakai tu.

Lu orang tengok tu, tengok tu. Nak rembat bola pun siap boleh main kembung kembung pipi lagi tu. Hallamak! Terbaik betullah!!!

Tiga gol dah waktu ni. Gua nak tidur pun senang hati. Henset gua tak ada lak berbunyi. Biasanya member yang menyokong kelab arak memabukkan tu akan menghantar mesej yang mengguris hati gua. Mungkin malam tadi kredit dia habis kot

Tak usah nak cakap apa lagi la. Sambil sambil nak tidur tu si Rooney ni boleh skor lagi. Hebat sangat dah dia ni.

Tuesday, January 19, 2010

Tepung Impian

Masa tu pagi. Dalam pukul 10 pagi agaknya. Gua tengok luar rumah. Kawasan padang depan rumah gua kosong saja. Macam baru diserang garuda saja. Biasanya, gua dapat lihat kawan kawan gua tengah seronok main kejar kejar kat padang waktu macam tu. Gua tertanya tanya mana menghilang geng geng gua. Masa tu rumah gua tak ada alat permainan berteknologi canggih seperti sekarang. Kalau ada, mesti gua tak kisah ada kawan atau tidak. Gua ada alat permainan yang boleh menemani hidup gua.

Mana Kamarul ni? Mana Amad ni? Mana Anuar ni? Mana Hanapi ni? Ah, gua jadi buntu. Sebagai budak budak pun, gua dah pandai buntu masa tu. Melihatkan keadaan yang semakin tidak terkawal, gua pergi menonton televisyen. Mana tau ada idea yang boleh gua cernakan. Buka saja tv, kelihatan ada seorang brader tengah berusaha sungguh sungguh untuk menebar roti canainya. Bergaya sungguh brader ni tebar roti canai. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Kejap dilambungnya doh rotinya, kejap diputarkan dohnya. Wah, terkesima gua. Tanpa disedari, air liur gua jatuh meleleh deras.

Pada saat itu gua tukar cita cita gua secara drastik. Dari seorang akauntan kepada seorang penebar roti canai yang bergaya. Dengan pantasnya gua masuk ke dapur. Gua selongkar almari dapur. Gua lihat ada sepeket tepung gandum yang sudah dibuka. Gua ambil segenggam tepung lalu keluar dari rumah dengan pantas. Gua tak mahu emak gua ternampak tindakan gua ini, nanti banyak soalnya. Kalau dilaporkan kepada bapak gua, mau sedas dua hanger juga gua dapat.

Tepung yang digenggam tadi gua letak atas permukaan rata. Kemudian, gua bancuh dengan sedikit air. Dalam memori gua yang bersaiz 256mb sewaktu muda itu, gua mengrefresh semula bagaimana gerakan brader roti canai dalam tv tadi. Mula mula gua canaikan tepung itu agar menjadi doh. Gua tenyeh tenyeh tepung tersebut.

Pap! Pap! Pap!

Ah, tak menjadi. Mungkin memerlukan sedikit air lagi. Gua tuang air lagi sikit. Kemudian gua tenyeh tenyeh lagi.

Pap! Pap! Pap!

Aik! Apa fasal tak menjadi lagi ni? Hmm...gua cuba berfikiran positif. Gua tambah air lagi. Kali ini gua baca bismillah kuat kuat. Gua tenyeh lagi.

Pap! Pap! Pap!

Ah! Shiaklah tak menjadi apa pun. Gua saspek brader tv tu tipu gua. Sampai hati dia tipu budak macam gua ni. Tak kesian ke? Tak cool langsung tipu budak budak ni. Gua berlari balik rumah terus. Pada saat itu juga gua kembali kepada cita cita asal gua iaitu ingin menjadi seorang akauntan.

***

"Ah shiak! Siapa lak main tepung atas bangku padang ni? Nak kena tendang agaknya!"

Oh, lupa gua nak beritahu. Pada hari itu gua telah melakukan salah laku vandalisme. Kesian brader bola tu terduduk atas bangku yang dipenuhi tepung tepung impian gua.

Sunday, January 17, 2010

Funfair Tapi Tak Ada Konsert. Tak Rockin' Langsung!

Hari Jumaat. Malam masa tu. Sifu gua ajak keluar. Bukan pergi minum. Tapi pergi ambil gambar.

"Jauh ke bos?" gua tanya. Takut dia bawa ke tempat bukan bukan. Iman gua bukan kental sangat ni.

"Tak jauh pun. Dekat tu je," bos gua jawab sambil menjuihkan bibir menunjukkan tempatnya.

"Yang berlampu lampu tu ke?" gua tanya lagi.

"Yup! Kita amik gambar stunning," jawab bos gua. Muka buat buat konsentret pandu kereta.

Alahai. Funfair rupanya. Harap harap ada band datang main. Boleh gua rockin satu kali.

Ingat senang ke nak ambil gambar posisi macam ni? Gua kena baring atas rumput tinggi tu. Risiko tungau menyerang hendap, memang tinggi bro. Memang tinggi!

Bila datang sini baru sedar. Tak ada pun stage tempat nak perform. Nampak sangat tak ada band band nak datang main. Hei penganjur! Ingat tak kecewa ke budak budak indie Manjung? Rumah hantu pun tak ada. Tak rockin langsung!

Habis ambil gambar. Gua dengan sifu gua dan seorang lagi rakan gua singgah minum. Sambil sambil minum, ada budak main baling baling ais sampai pecah depan kedai mak dia. Dasar pergi sekolah sekadar nak main tangkap pepatung jela tu. Tu yang jadi gitu perangai tu.

Wednesday, January 13, 2010

Konsert Woodstock Dan Sejarah Baju Woodstock

Konsert Woodstock. Merupakan sebuah festival muzik yang dijalankan selama tiga hari berturut turut. Diadakan di sebuah ladang yang berkeluasan 600 ekar yang terletak di bandar New York. Konsert terulung ini bermula pada tarikh 15 hingga 18 Ogos 1969. Sebanyak 32 artis telah membuat persembahan di dalam konsert ini di hadapan penonton seramai 400 000 orang. Konsert ini juga telah disenaraikan di dalam majalah Rolling Stones sebagai 50 Moments That Changed The History of Rock n Roll. Pada tahun 1970 pula, konsert terulung ini telah diangkat menjadi sebuah filem dokumentari. Begitulah hebatnya penangan Konsert Woodstock yang begitu bersejarah ini.


Jadi, apa kejadah gua tiba tiba cerita pasal Konsert Woodstock ni? Masa godek godek Pesbuk tadi, gua terjumpa gambar gua memakai baju Konsert Woodstock sewaktu belajar di universiti dulu. Gila bangga gua dapat pakai baju tu. Dah berapa ramai tertipu dengan gua tatkala gua memakai baju tersebut. Mereka bulat bulat mempercayai bahawa gua memiliki baju tersebut dari gerai baju yang meniaga di Konsert Woodstock suatu ketika dahulu. Gua cakap, ni baju bapak gua punya, dan kini ia diturunkan kepada gua. Peh! Ramai juga yang percaya tu.

Tetapi memang benar pepatah melayu yang mengatakan, "Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali'. Akibat selalu menipu orang ramai, akhirnya baju Woodstock gua telah dicuri dari ampaian depan bilik gua semasa di universiti dulu. Oh, sememangnya insiden ini cukup meruntun jiwa gua. Gua jadi tak selera nak makan nasi. Tidur pun tak berapa lelap. Ingat senang ke nak cari baju tu? Ingat senang ke nak pergi Bukit Kayu Hitam cari baju tu? Ingat senang ke nak minta duit belanja dari bapak gua untuk beli baju tu? Ingat senang ke? Dasar haram jadah punya pencuri! Tetapi, gua tetap akur dengan ketentuan Illahi. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Gua kembali tenang. Makan jadi berselera. Tidur pun kembali setedi. Jalan jalan dengan awek pun dah jadi bahagia. Tetapi, gambar di bawah ini betul betul mengembalikan nostalgia gua. Siottt! Esok gua nak pergi bundle cari balik baju Woodstock macam ni. Mana tau pencuri tu ada jual kat bundle. Semoga gua akan berjumpa kembali dengan baju Woodstock gua ini.

Tuesday, January 12, 2010

Hati Riang Tapi Menjerut Leher

Pagi tadi gua pergi kerja macam biasa. Keluar rumah pun macam biasa. Tidak ada apa apa perkara luar biasa yang gua buat seperti naik motor laju laju lepas tu wheelie ataupun menghisap rokok sambil buat handstand. Semuanya seperti biasa.

Sampai tempat kerja, gua tak keluar kereta terus. Gua duduk setedi saja dalam kereta sambil dengar buletin pagi Sinar FM. Tidak ada apa apa berita yang luar biasa. Kes Togo tak main Piala Afrika pun bukanlah suatu berita yang luar biasa. Ia tetap biasa seperti biasa. Bila gua tengok orang makin ramai datang kerja barulah gua keluar kereta lalu menuju ke tempat e-jari untuk mengesahkan kehadiran gua.

Pagi ini sewaktu datang kerja, gua menampilkan langkah langkah yang meyakinkan. Gua cuba kaber gua punya langkah kengkang. Gua buat gaya catwalk. Serius macho dan ia adalah perkara yang biasa bagi gua.

Bila masuk saja opis, ramai mata memandang dan lalu berkata...

"Eh, kenapa ni, ada apa apa ke?"

"Aik, ada interview ke?"

"Hai, apasal berubah tetibe ni?"

"Peh, hang stail nooo..."

"Hahaha! Apahal hang ni?"

Ya, hari ini buat pertama kalinya dalam hampir 2 tahun gua berkerja sebagai guru, gua datang kerja pakai tali leher. Ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru gua. Gua cukup tak sangka ramai yang begitu hairan dengan perubahan imej gua pada hari ini. Ramai tertanya tertanya dan tidak berkelip mata memandang. Jadi, mulai esok gua nak apply untuk memasuki pertandingan Hero Remaja 2010. Semoga lu orang semua dapat mengundi gua ok. Lepas ni gua nak buat perubahan yang lebih men'vogue'kan lagi.

Lepas ni gua nak train body gua kasi dapat macam ni. Lepas tu posing macam ni. Hallamak! Mengancam!

Sunday, January 10, 2010

Tabligh, Seluar Pendek, Rokok Daun dan Metallica

(Lu orang tau tak berapa kali gua refresh ini page semata mata untuk buat posting ni? Sikit sikit error, sikit sikit error. Macam gampang!)

Episod 1

"Tok, rokok daun mana?" member gua bernama Shafiq menjerit dari luar bilik. Dia baru balik dari main bola tampar. Nafas tengah cungap cungap pun tak sabar nak pekena rokok. Sakit jantung baru tau.

"Ada dalam laci hang tu. Rilek la dulu. Hang dok kalut pasai apa," gua bersuara memberi nasihat. Sememangnya gua ini caring.

"Ah, sadap you!" Shafiq membalas kejam.

Shafiq yang hanya berseluar pendek terus meluru ke arah laci meja. Dikeluarkannya segulung daun dan sepeket tembakau jawa Cap Misai Bin Seong. Daun rokok itu Shafiq buka perlahan lahan lalu dilipat lipat dengan lemah lembut agar daun itu tidak tergulung kembali. Kemudian, Shafiq mencarik carik tembakau jawa hasil perkongsian duit gua dan dia. Dengan kadar nisbah tembakau yang dimahukannya, Shafiq memadatkannya ke dalam daun rokok tadi, lalu digulungnya dengan kemas. Hasilnya, Shafiq berjaya menyiapkan sepuntung rokok daun dengan cemerlang.

"Tok, lighter mana?" tanya Shafiq.

"Ada dalam laci tu. Nak tanya aje, cari la dulu," gua membalas dalam keadaan tertekan. Konsentrasi gua bermain Zuma sememang boleh terganggu dengan soalan soalan remeh sebegitu rupa.

"Ala, tanya pun nak marah," Shafiq buat buat merajuk. Hak tuih! Tak ada masa gua nak pujuk. Kaki dah la berbulu lebat.

Tiba tiba, pintu bilik gua dan Shafiq diketuk separa kuat.

Shafiq yang tengah sibuk bakar rokok daun menjerit macam nak bergaduh, "Kalau kau berani masuk, kalau tak, kau akan menyesal."

Pintu terkuak, dan kelihatan dua orang brader berkopiah, berbaju melayu, berkain pelikat dan paling penting, dahinya agak kehitaman. Alamak, brader tabligh!

Gua cepat cepat bangun dari katil. Mujur pakaian gua agak sopan. Tertutup semua aurat. Tetapi, Shafiq tidak. Dia hanya berseluar pendek biru dan berbaju bertajuk Grizzly Bear. Shafiq mula kelam kabut tak tentu arah. Memakai seluar pendek yang menunjukkan aurat di depan brader tabligh sememangnya satu dosa besar bagi Shafiq.

"Tok, tok. Campak kain aku tu," Shafiq menjerit perlahan. Tau takut, tadi eksen sangat.

"Takpalah. Ana tak kisah. Kitakan sesama lelaki." Brader tabligh bersuara sambil tersenyum riang. Shafiq pula tersipu sipu malu.

Maka, bermulalah penyampaian dakwah daripada brader brader tabligh itu. Tentang apa entah gua tak ingat sangat. Yang gua ingat, dia ada cakap jangan melewat lewatkan solat. Malam itu memang kuliah Maghrib yang paling personal pernah gua hadapi bersama Shafiq. Rokok daun Shafiq pun tak terbakar habis lagi masa tu. Kami mendengar sambil kepala menunduk memandang lantai. Insaf sungguh.

Episod Akhir

"Woi Shafiq, jom makan!" Gua jerit padu kepada Shafiq yang masih terhegeh hegeh balut rokok.

"Dah dah la tu. Balik makan kang balutlah, lapar ni bedol!" Gua jerit lagi sekali. Lapar sangat dah gua. Gua memang pantang orang lambat time nak makan ni.

"Yelah yelah!" Shafiq mencampak rokok daunnya yang separuh siap itu.

Tengah gua berjalan berdua duaan dengan Shafiq, kedengaran sebuah lagu yang cukup sedap alunannya.

"Hang tau lagu apa ni?" Tanya gua kepada Shafiq.

"Master Of Puppet ni weh. Metallica siot!" Shafiq menjawab sambil buat gaya Kirk Hammet goreng gitar.

"Kuat betul pasang, bilik mana tu?" Gua cuba mencari sumber bunyi tersebut.

"Tu, tu. Bilik tu," Shafiq tunjuk bilik guna bibir.

Dengan langkah seperti James Hatefield, kami menuju ke bilik tersebut. Pintu bilik yang sudah sedia terbuka memudahkan lagi kami untuk melihat gerangan siapakah yang memasang lagu Master Of Puppet itu.

***

"Peh, rock siot brader tu. Tak sangka aku!"

"Tu la pasal, siap terangguk angguk lagi!"

"Macam Akil Hayy je aku tengok! Hahaha!"

Rupa rupanya, brader tabligh yang dakwah gua tempoh hari rupanya yang memasang lagu Master Of Puppet sambil terangguk angguk. Memang James Hatefield lah lu brader.

Sedikit gambar kenangan bersama Shafiq