Tuesday, January 19, 2010

Tepung Impian

Masa tu pagi. Dalam pukul 10 pagi agaknya. Gua tengok luar rumah. Kawasan padang depan rumah gua kosong saja. Macam baru diserang garuda saja. Biasanya, gua dapat lihat kawan kawan gua tengah seronok main kejar kejar kat padang waktu macam tu. Gua tertanya tanya mana menghilang geng geng gua. Masa tu rumah gua tak ada alat permainan berteknologi canggih seperti sekarang. Kalau ada, mesti gua tak kisah ada kawan atau tidak. Gua ada alat permainan yang boleh menemani hidup gua.

Mana Kamarul ni? Mana Amad ni? Mana Anuar ni? Mana Hanapi ni? Ah, gua jadi buntu. Sebagai budak budak pun, gua dah pandai buntu masa tu. Melihatkan keadaan yang semakin tidak terkawal, gua pergi menonton televisyen. Mana tau ada idea yang boleh gua cernakan. Buka saja tv, kelihatan ada seorang brader tengah berusaha sungguh sungguh untuk menebar roti canainya. Bergaya sungguh brader ni tebar roti canai. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Kejap dilambungnya doh rotinya, kejap diputarkan dohnya. Wah, terkesima gua. Tanpa disedari, air liur gua jatuh meleleh deras.

Pada saat itu gua tukar cita cita gua secara drastik. Dari seorang akauntan kepada seorang penebar roti canai yang bergaya. Dengan pantasnya gua masuk ke dapur. Gua selongkar almari dapur. Gua lihat ada sepeket tepung gandum yang sudah dibuka. Gua ambil segenggam tepung lalu keluar dari rumah dengan pantas. Gua tak mahu emak gua ternampak tindakan gua ini, nanti banyak soalnya. Kalau dilaporkan kepada bapak gua, mau sedas dua hanger juga gua dapat.

Tepung yang digenggam tadi gua letak atas permukaan rata. Kemudian, gua bancuh dengan sedikit air. Dalam memori gua yang bersaiz 256mb sewaktu muda itu, gua mengrefresh semula bagaimana gerakan brader roti canai dalam tv tadi. Mula mula gua canaikan tepung itu agar menjadi doh. Gua tenyeh tenyeh tepung tersebut.

Pap! Pap! Pap!

Ah, tak menjadi. Mungkin memerlukan sedikit air lagi. Gua tuang air lagi sikit. Kemudian gua tenyeh tenyeh lagi.

Pap! Pap! Pap!

Aik! Apa fasal tak menjadi lagi ni? Hmm...gua cuba berfikiran positif. Gua tambah air lagi. Kali ini gua baca bismillah kuat kuat. Gua tenyeh lagi.

Pap! Pap! Pap!

Ah! Shiaklah tak menjadi apa pun. Gua saspek brader tv tu tipu gua. Sampai hati dia tipu budak macam gua ni. Tak kesian ke? Tak cool langsung tipu budak budak ni. Gua berlari balik rumah terus. Pada saat itu juga gua kembali kepada cita cita asal gua iaitu ingin menjadi seorang akauntan.

***

"Ah shiak! Siapa lak main tepung atas bangku padang ni? Nak kena tendang agaknya!"

Oh, lupa gua nak beritahu. Pada hari itu gua telah melakukan salah laku vandalisme. Kesian brader bola tu terduduk atas bangku yang dipenuhi tepung tepung impian gua.

No comments:

Post a Comment