Wednesday, January 6, 2010

Mari Mengaum!!!

Waktu belajar dah habis buat sementara waktu. Habis jem kepala otak gua. Macam macam ilmu masuk dalam kepala, dan satu apa gua tak ingat apa dia. Separuh masa pertama masih lagi boleh fokus, masuk separuh masa kedua, gua dah teringat tilam dan bantal kesayangan gua. Memang thrill dia punya feel.

Kali ini gua dah kembali ke tempat kerja. Budak budak baru pun dah masuk. Habis semua kena botak. Masa first time masuk kerja dulu, gua ingat gua kerja kat pusat serenti. Silap haribulan, mau gua belajar cara cara cucuk dadah. Tapi alhamdulillah, jangkaan gua meleset. Gua setakat mengajar benda benda bisnes saja. Bisnes dadah saja gua tak buat.

Kali ini gua nak jadi garang. Sempena tahun harimau dalam kalender cina tahun ini, gua train diri nak jadi garang. Hari hari gua nak mengaum. Mana yang nak fight back, gua ratah sampai terkencing. Mana yang nak kerek kerek, gua cakar sampai darah darah badan. Kali ni, budak budak memang tak boleh nak poyo poyo la dengan gua. Gua dah dapat semangat baru sejak menonton filem 'Crow Zero' yang dah berapa banyak kali gua tonton.

Tang kerja pula, dah dapat tugasan daripada budak budak, gua nak marking awal awal. Nanti tak adalah semak meja gua. Ni asyik asyik last minit baru gua tanda. Waktu pemantauan 5'S, menggelabah macam siput kena garam. Kali ni meja gua kena kasi betul betul kemas. Baru orang tengok rasa hati senang sampai nak kenenkan anak dara mereka kepada gua. Tapi gua tolak awal awal, pasal gua setia pada yang satu.

Tadi awal pagi ada budak budak dah datang cari gua ajak gaduh...err silap, diorang datang tanya pasal siapa ajar diorang. Gua cek jadual, tengok tengok nama gua yang naik. Preparation tak buat apa lagi. Dalam hati tadi awal awal lagi dah nak cabut pergi makan nasi lemak Ala-Den. Cepat cepat gua kensel niat tersebut. Dengan langkah penuh semangat, gua ajak budak budak tu masuk kelas. Lepas tu gua mengaum satu kali. Satu ofis pandang. Baru mereka tahu tahap keseriusan gua.

Ok lah, gua nak pergi mengajar dulu. Tak sabar rasa nak mengaum! Auuwww!!!!

Monday, January 4, 2010

Intro 2010 Yang Menjahanamkan

Ok, gua mulakan dengan 'apa kejadah gampang haram lu orang main semalam?'. Suatu intro yang sememang tidak enak dibaca kalau di hadapan budak budak kecil mahupun orang tua. Kalau depan budak budak kecil, takut dia orang terikut, tapi kalau depan orang tua, tak kena sepak dengan kaki, kena rodok dengan parang sampai berparut.

Gua, bila tengok saja kesebelasan utama semalam, gua dah memang hot dengan Pak Cik Alex. What the hell Pak Cik Alex letak barisan pemain macam gitu? Lu kerek sangat ke dengan budak Leeds? Go to hell la Pak Alex! Lu kerek sangat, nah hambik, kalah terus. Letak player muda muda belaka. Lu kalau kasi turun Valencia sama Giggs awal awal, musti boleh menang punyalah. Ini dah last last minit baru nak kasi turun. Leeds awal awal lagi dah serang kaw kaw punya. Lepas tu defend M.U boleh pula macam main polis sentri. Gila tensen tengok. Nak buat bajet star lagi, masing masing pergi main belah atas sampai lupa jaga bawah. Tinggal Wes Brown dengan rambut Mc Donald saja yang bertahan. Leeds tengok ada lubang besar, heh, selamba saja diorang pass sama brader Jermain Beckford kasi gol. Kuszczak pula bangang, dah Brown sudah pulun sama brader Beckford, lu senyap senyap jaga gol sudah la!

Perasaan tensen memang menular sampai habis game. Habis habis game saja, gua main Pes 2010 yang baru dibeli. Nak fight dengan team Leeds. Malangnya Leeds tidak disenaraikan dalam game ini. Jadi, semangat nak membalas dendam gua tu menurun. Akibatnya, malam tadi gua mengigau waktu tidur. Brader Ajabari yang bagitau. Ini gara gara M.U kalah la ni. Shiyal!

Gol pemusnah daripada brader Beckford. Kuszczak, lu memang perangai huduh!

Ampunkan Evans mak abah. - Ah, go to hell la. Fed up nak mampus gua tengok game malam tadi!

Friday, January 1, 2010

Azam

Hai, nama saya Azam. Nama penuh saya Azam Bin Alakazam. Saya dilahirkan pada tahun yang saya sendiri pun tak ingat. Mak abah saya pun tak ingat juga. Dalam usia tua mereka, memang tahap memori mereka berada pada tahap yang sangat rendah. Yang saya tau, mak dan abah saya terlupa untuk membuat surat beranak untuk saya. Akibatnya, saya tidak dapat bersekolah. Sungguh malang nasib saya. Walaupun begitu, saya mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua ibu bapa saya. Mungkin ini kerna saya adalah anak tunggal.

Saya tinggal nun jauh di pedalaman. Tiada kemudahan air mahupun elektrik. Jika mahukan air, saya terpaksa mengangkutnya dari air sungai yang berdekatan. Malam malam pula kami terpaksa membuat unggun api untuk menerangi rumah kami. Ada sekali, kami didatangi sekumpulan pengakap yang menyangkakan kami sekeluarga sedang mengadakan Jamboree Pengakap. Abah saya halau mereka menggunakan buluh runcing. Berlari bertempiaran mereka. Dan ada yang mencicirkan spender cap Renoma. Lalu saya ambil dan memakainya sehingga kini.

Walaupun tinggal di kawasan pedalaman, pabila tiba hujung tahun, nama saya pasti menjadi popular. Rita Rudaini, Zizie Ezette, Dato' Bung Mokhtar, K.Rajagobal dan ramai lagi selebriti yang lain akan berserabut melaung laungkan nama saya. Saya berasa seperti Lionel Messi yang baru menjaringkan gol yang cantik dan disorak riang para penyokong. Hal hal sebegini mampu membuatkan mak abah saya gembira. Walaupun tidak bersekolah, nama saya tetap popular dan dikenali ramai. Tak cukup dengan melaung laungkan nama saya, mereka bermain pula mercun bunga api tanda kegembiraan yang begitu solid sekali.

Jadi, untuk tahun 2010 ini saya berazam... eh, eh... sebut nama sendiri pula. Azam saya ialah, saya mahu jadi Azam yang lebih baik dari Azam 2009. Amacam, ok tak kawan kawan?

Wednesday, December 30, 2009

Candid Photo Contest

Satu percubaan berani mati daripada gua untuk menyertai pertandingan ini. Terima kasih kepada brader Alan yakni sifu gua dalam bidang fotografi kerana telah menghebohkan hal sebegini rupa. Dah lama gua tak join apa apa pertandingan ini. Last pertandingan gua pernah join ialah pertandingan bowling kampung peringkat Family Day Keluarga Haji Abdullah tahun 2005 dulu. Itu pun gua kalah dan terpaksa menelan kepahitannya. Jadi, pada kali ini gua mempertaruhkan gambar di bawah ini. Di harap ada tuah dan jebat bersama gambar ini. Ayoh mencoba!!!

Tuesday, December 29, 2009

Komen Daripada Seorang Pensyarah Kepada Seorang Guru

Semalam masa gua buat presentation pra-micro teaching, ada seorang brader yang memegang pangkat Profesor Madya telah memberi sedikit kritikan yang membina kepada gua.

1. Penerangan yang jelas.
2. Ada sense of humor.
3. Suara yang lantang.
4. Tangan selalu masuk dalam poket semasa penyampaian. (ini tarak bagus)
5. Dan last sekali, kunyah chewing gum. (pun tarak bagus)

Kata prof tersebut, tangan kalau masuk dalam poket maksudnya gua nervous. Ala prof, gua bukan nervous pun, tapi gua dah terikut ikut gaya Great Teacher Onizuka la. Lebih lebih lagi, selepas layan cerita Crow Zero buat gua lebih cenderung nak selalu masukkan tangan dalam poket. Baru ada stail mengajar. Budak budak kalau tengok pun mesti sampai tahap nak jatuh cinta. Nak lagi best mesti ada yang sampai ajak datang rumah pasal nak perkenalkan pada mak bapak pasal gua yang terlalu stail ni. Aish, rimas gua.

Kalau yang pasal makan chewing gum tu, memang gua tak sempat nak buat apa la. Sebab gua akan selalu makan chewing gum dalam kelas sepanjang kursus ini pasal takut tertidur dalam kelas. Bila time presentation, gua terlupa buang. Takkan kat depan orang ramai gua nak main ludah saja? Agak agak la sikit brader, gua orang Melayu, ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk. Best pula main kias kias ni kan?

Anyway (peh, Inglish tu), daripada 5 item yang ditaipkan di atas, majoriti menunjukkan gua adalah cikgu yang baik. Jadi, bila lu orang mau hantar anak anak lu orang ke, adik adik ke, abang abang ke, akak akak ke atau pak cik dan mak cik lu orang ke belajar dengan gua? Prof pun dah bagi 3 bintang sama gua ni. Bukan calang calang orang tu bagi, Profesor tu. Bangga shiyot!

Monday, December 28, 2009

Gua Yang Setedi

Entah kenapa sejak duduk kat Bangi ni untuk kursus gua jadi rajin gosok baju dan seluar untuk seminggu. Masa dekat Manjung tak ada pula nak rajin macam ini. Pagi pagi terkial kial baru nak gosok baju. Kadang kadang kena tunggu turn. Kalau brader Boslan yang tengah gosok, mau sempat gua masak nasi goreng sepinggan dan habis memakannya. Memang setedi la gosok baju untuk seminggu ni.

Wednesday, December 23, 2009

Nostalgia - Menarik Tudung

Darjah 6 Setia

Budak budak berlari riang tatkala loceng berbunyi kencang. Hati yang sedang dari tadi asyik gundah kembali ceria. Loceng menandakan waktu mencari nasi lemak 50 sen dan air anggur 20 sen sudah tiba. Gua ajak rakan rakan gua yang lain seperti Shahrul Azhar, Mohd Khushairi, Kushairy dan Saiful Amri pergi ke kantin. Ada juga gua pernah ajak Ravi, tapi dia lebih cenderung untuk menyertai Dinesh Dev pergi menangkap pepatung di tepi longkang. Gua dah lama tinggalkan bidang tangkap pepatung ni. Kali terakhir gua buat masa darjah 5. Tetapi, sejak gua jatuh longkang masa asyik menangkap pepatung terbang, gua terus bersara dari bidang ini tanpa menerima sebarang wang pencen.

Keadaan di kantin sungguh ramai orang. Masa rehat bukan panjang mana, setakat 20 minit saja. Nak tak nak, gua kena rempuh barisan juga demi sebungkus nasi lemak dan air anggur. Kalau tak dapat, macam mana nak fokus dalam kelas. Belajar dalam keadaan perut kosong boleh buat gua main kepung dalam buku matematik dengan Saiful Amri saja. Berbekal semangat ingin belajar yang tinggi, gua rempuh barisan. Ada seorang budak nama Mahadevan badan besar tak ingat. Macam maharaja susuk tubuh badan dia. Tapi nasi lemak dan air anggur punya pasal, gua selamba saja redah.

"Dey! Beraturlah. Bolo!" Mahadevan sound gua. Ah, persetanlah lu Mahadevan

Cukup 20 minit, loceng dah kembali berbunyi. Nasi lemak dan air anggur pun kini sudah beradun sebati di dalam perut gua. Balik rumah, kompem gua buang balik. Itulah nama dia proses perkumuhan. Setelah elok mengisi perut yang kelaparan, gua, Shahrul Azhar, Mohd Khushairi, Kushairy dan Saiful Amri bersama berjalan beriringan menuju ke kelas. Kadang kadang kedengaran Mohd Khushairi menyanyi lagu tema 'Doraemon'.

"Ang ang ang...tote mi dayisuki...dora-eh-mamu," nyanyi Mohd Khushairi sambil tangan buat buat masuk saku macam Doraemon.

Masuk dalam kelas, semangat ingin belajar gua jadi tinggi. Mana taknya, perut sudah kenyang, jadi fokus gua untuk belajar tu berada pada tahap yang maksimum. Gua duduk atas kerusi dan bersandar tegak, baru senang ilmu masuk.

Selang 10 minit, Cikgu Ting tak masuk lagi. Barangkali tengah sibuk main sempoa dalam bilik guru agaknya. Semangat ingin belajar gua yang tinggi tadi kembali menurun. Gua tak bolehlah kalau cikgu masuk lambat ni, memang cepat hilang semangatnya. Bila hilang semangat, gua jadi bosan. Sesuatu perkara harus dilakukan agar perasaan bosan ini tidak berpanjangan. Alif Johan yang duduk sebelah gua asyik usha Hani Farhana saja. Kalau minat pergilah cakap, ini malu malu pula. Macam haram saja. Bajet kiutlah tu buat buat pemalu.

Depan gua ada seorang pengawas, namanya Nor Nazreen (entah betul ke tidak nama ni. gua dah lupalah). Dia ni memang selalu jadi mangsa gua kalau gua bosan. Disebabkan perasaan bosan tu dah menyelubungi diri gua, maka, Nor Nazreen sekali lagi akan menjadi mangsa pengacauan gua pada hari ini. Gua usha line kiri kanan, nak pastikan tiada sesiapa yang memandang. Masing masing sibuk sembang nak beli apa bila balik sekolah nanti. Ada yang nak beli tikam, sate ikan, ais krim dan sebagainya. Yang paling teruk gua pernah dengar, ada yang nak beli motor. Hak tuih, nasi lemak 50 sen pun susah nak beli, ni nak beli motor pula.

Line clear. Masing masing sibuk buat hal sendiri. Sepantas kilat, tangan gua menerpa ke depan lalu menarik tudung Nor Nazreen. Terdongak dia ke belakang. Gua cepat cepat sorok tangan dan buat buat sembang dengan Alif Johan. Nor Nazreen pandang gua tak puas hati. Gua buat buat selamba macam tak ada yang berlaku. Nor Nazreen kembali pandang ke depan. Gua terkekeh kekeh gelak seorang diri.

Sekali lagi, line clear. Gua sentap lagi sekali tudung Nor Nazreen. Kali ni gua bagi kuat sikit, hah ambik! Terdongak lagi dia. Kali ni anak tudung dia semakin kelihatan. Dia cepat cepat pandang ke belakang. Mujur gua sempat cover. Gua buat buat pinjam pemadam Alif Johan. Nor Nazreen usha daring lalu berkata.

"Woi! Kau buat kita lagi, jagalah kau!" Peh, marah doh. Gua rilek saja.

Bila Nor Nazreen pandang depan balik, gua dah ready nak tarik lagi. Baru gua nak keluarkan tangan nak tarik tudung Nor Nazreen, secara tiba tiba dia pusing ke belakang lalu mencucuk sebatang pensel yang tajam matanya ke tangan gua.

"Aduuuuh!!! Sakitlah bodoh!" Gua menjerit kesakitan. Satu kelas pandang gua.

"Tu la. Siapa suruh kacau kita, kan dah kena, padan muka!" Nor Nazreen membalas secara psikologi.

Gua tengok kesan cucukkan pensel tadi, ada karbon pensel yang melekat pada tangan dua. Gua cabut perlahan lahan, darah meleleh keluar. Siotnya Nor Nazreen, lu main kasar dengan gua ya? Main cucuk cucuk ya? Hati gua jadi panas mendadak. Gua cepat cepat pergi toilet.

***

Sejak hari itu, gua tak kacau Nor Nazreen lagi. Tindakan dia mencucuk tangan gua betul betul memberi kesan yang mendalam pada diri gua. Sampai sekarang, parut cucukkan pensel itu masih ada kepada tangan gua. Bila gua tengok parut tu, gua teringat pada Nor Nazreen. Hai Nor Nazreen, apa ceritalah lu sekarang ye? Dah kurus ke? Dah cerah ke? Dem punya Nor Nazreen!