Wednesday, December 15, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi 2

5 tahun yang lalu.

"Woi cepat sikit, kita dah terlewat 20 saat ni, cepatlah!"

"Yelah, sabarlah sikit! Entah macam mana perempuan ni boleh buat hal pula!"

"Bro, polis dah datanglah!"

"Celaka, macam mana polis boleh tahu ni? Ni mesti pasal perempuan celaka ni!"

"Woi, polis nak serbu masuk ni! Jom, jom kita gerak. Tinggalkan mana yang tak dapat. Dah terdesak ni!"

Kesemua perompak itu cuba melarikan diri, tetapi salah seorang dari mereka masih memungut wang di dalam peti bilik kebal Bank Of Metroza itu.

"Woi! Kau gila ke? Polis nak masuk tu. Ingat, kita tak nak tertangkap bro. Cepatlah!" G selaku ketua kumpulan memberi arahan kepada anak buahnya itu.

"Lagi sikit saja ni. Rugilah kalau tak sempat kutip semua. Hahaha!"

Mawi a.k.a Paku masih terus mengutip lebihan-lebihan wang yang ada di dalam peti itu. Baginya, ini adalah rezeki dan tidak patut disia-siakan begitu saja. Bak kata pepatah, 'rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari'.

Gedegang!

Bunyi pintu bank dipecahkan, polis sudah mula memasuki ruang dalam bank.

"Woi polis dah masuk, jomlah woi!" arah G sekali lagi kepada Paku.

"Ok!"

G dan Paku terus berlari meninggalkan bilik kebal. Ahli-ahli kumpulan yang lain iaitu Ekhsan, Anta, Spark dan Race sudahpun berlari jauh meninggalkan G dan Paku. Walaubagaimanapun, mereka semua sudah berjanji akan bertemu di suatu tempat setelah selamat melarikan diri.

"Paku, buang saja beg kau tu. Kita tak sempat lari kalau beg kau begitu berat bro!" tegas G kepada Paku apabila mendapati Paku tidak dapat berlari laju.

"Ala, aku boleh lagilah. Kau janganlah nak risau pasal aku. Terus saja lari!" kata Paku sambil tersenyum sinis.

"Ikut kaulah Paku!"

Sedang G dan Paku cuba melarikan diri melalui lubang yang mereka masuki, kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan.

Bam! Bam! Bam!

"Aduh! Busit!"

"Paku!"

"Aku kena tembak bro!"

"Jom, jom. Aku angkat kau!"

"Kejap, aku nak ambil beg aku tu!"

"Woi, tak payahlah. Sekarang ni kita kena fikir untuk selamatkan diri dulu. Jomlah!"

"Ah! Kau nak, kau larilah dulu. Aku nak ambil beg tu juga!"

Paku menepis tangan G dan terus berlari terhincut-hincut untuk mengambil begnya. Sekali lagi, beberapa das tembakan dilepaskan.

Bam! Bam! Bam!

"Aduh! Aarrgghh!"

"Paku!"

G cuba merapati Paku. Walaubagaimanapun niatnya terhalang apabila melihat beberapa orang anggota polis sudah datang merapati Paku. Dengan segera, G berpaling ke belakang dan terus melarikan diri membiarkan Paku diberkas oleh pihak polis.

No comments:

Post a Comment