Tuesday, December 14, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi 1

"Jumpa tempat biasa ok."

Tit...tit...tit...

"Ok G!"

***

Bunyi muzik berdentam-dentum kuatnya. Rentaknya yang begitu rancak menyebabkan semua orang dalam Kelab Malam Kota Metroza menari sehingga khayal. Mereka semua seolah-olah tidak sedarkan diri bagaikan disuntik ubat yang begitu kuat kesannya.

Kelihatan 5 orang jejaka yang bersusuk tubuh menarik memasuki kelab malam itu lalu berjalan menuju ke tingkat atas ke sebuah bilik yang telah disewa khas. Beberapa orang gadis yang terpesona melihat ketampanan mereka memandang sambil tersenyum seolah-olah berharap mereka akan bersama jejaka-jejaka itu.

"Apa khabar semua! Setelah sekian lama kita tak berjumpa kan?"

G bersuara menyapa semua rakan-rakannya yang hadir. G adalah ketua kumpulan Geng Pengambil ini.

"Peh, makin hari makin bergaya kau ye G!"

"Heh, kau pun apa kurangnya. Dulu perut ke depan, sekarang aku tengok makin kempis dah. Hahaha!"

Ekhsan tersenyum sahaja mendengar kata-kata sahabatnya itu. Ekhsan merupakan orang kanan G yang banyak menyokong karier G sejak 6 tahun dulu.

"Wo, wo! Kau berdua kalau dah bersembang tak tengok kawan-kawan lain langsung. Nak baliklah aku macam ni."

Anta yang berkulit hitam manis itu seolah-olah berkecil hati dengan sikap G dan Ekhsan. Namun begitu kata-katanya disambut dengan hilai tawa sahabat-sahabatnya.

"Janganlah macam tu Anta. Ala kau ni, macam perempuan! Hahaha!"

"Entahnya, tengok aku dengan abang aku ni, tak ada terasa apa-apa pun, biasa-biasa sudah!"

Spark dan Race cuba memujuk Anta yang memiliki sifat agak sensitif di kalangan mereka berlima. Race datang menghampiri Anta lalu menepuk-nepuk bahu rakannya itu. Anta memandangnya lalu tersenyum sinis.

"Dah la tu Anta. Buruk benar muka kau bila merajuk macam tu. Hahaha! Setahun dah kita tak berjumpa, perangai masing-masing tak pernah berubah," ujar G mengenangkan sikap-sikap anak-anak buahnya.

"Habis tu, takkan nak berubah jadi skema pula. Nanti habis aku kena buang dari kumpulan ni," kata Race lalu disambut dengan gelak tawa kelima-lima jejaka itu.

G, Ekhsan, Anta, Race dan Spark merupakan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Geng Pengambil. Geng adalah sebuah kumpulan yang melakukan rompakan hanya setahun sekali sahaja. Sementara menunggu tempoh genap setahun, mereka semua akan melakukan kerja-kerja hakiki mereka.

"Wow! Tak sangka cantik juga tempat kau semua melepakkan?"

Kelima-lima jejaka itu terus menoleh ke arah suara itu datang. Mata mereka merenung tajam tatkala melihat pemilik suara tersebut.

"Paku..."

2 comments:

  1. imaginasi tinggi, menarik jalan citer. hehe

    ReplyDelete
  2. lynda:
    mantap.teruskan membaca.membaca budaya kita oh yeah!

    ReplyDelete