Wednesday, October 27, 2010

Ehhh...ooo...zaaa...

Hari ke hari, kehidupan gua makin sibuk. Kerja datang tak henti-henti. Susah gua jadinya. Tapi, kalau tak ada kerja, susah juga kan? Mana nak dapat duit, nak bayar bil lagi, makan minum lagi, hiburan-hiburan semasa lagi, semua kena duit tu. Tengah-tengah sibuk kerja, sempat juga gua usha-usha forum kegemaran gua ni, Ehoza.com. Peh, makin kencang gua tengok, macam-macam cerita ada di dalam tu. Cerita x-files la, cerita isu semasa la, cerita bisnes la, cerita perempuan pakai baju seksi la, cerita gajet-gajet terkini la, cerita Ayop dapat lens baru hadiah dari buah hati pun ada dan macam-macam lagi la. Jadi rambang mata gua nak plih mana satu nak baca. Tapi, ada satu thread saja yang buat gua tertarik nak baca. Thread pasal Ehoza buat pertandingan untuk blogger.


Jadi, bila baca thread tu, mana bisa gua nak lepaskan peluang tu. Di samping itu, kawan gua yang bergelar King Of Perut cawangan Selatan pun dah sound-sound gua suruh join pertandingan ni. Tu kalau fikir dekat memang gua lempang dah King tu, main sound saja, bukan nak fikir perasaan gua ni, jadi kecil hati ke, jadi terkilan ke, jadi terasa ke. Tapi kawan-kawan punya pasal, gua diamkan saja. Perasaan ni bukan boleh dilayan sangat, membawa ke sawan babi pula nanti.


Ok, sekarang gua nak cerita sikit macam mana gua boleh join Ehoza.com ni. Macam mana boleh dapat nama Ehoza ni? Siot, persoalan ni tak patut langsung timbul pada gua, sebab bukan gua yang bikin forum ni. Ingat gua tau sangat ke pasal hal-hal nak buat web ni? Microsoft Paint pun tak hassler lagi, main solitaire pun tak berapa padu sangat. Tapi yang gua tau, menurut pengasas forum ni iaitu Apect, nama ni diambil sempena nama syarikat famili dia kot. Asal nama Hoza saja, tapi Apect tambah E kat depan supaya ada bunyi-bunyi macam elektronik sikit. Hasilnya, jadilah Ehoza. Masa tu Apect memang jadi hepi sangat sampai seminggu menyeringai!


Dan gua pula, macam mana gua boleh terlibat dengan forum ni. Orait, ikhlas gua cakap, sepanjang internet wujud, gua tak pernah terfikir nak search nama Ehoza ni. Tapi memang bengap la gua kalau nak search benda ni masa awal-awal kewujudan internet, sunat pun belum lagi, inikan pula nak search-search benda ni dalam internet. Gua join benda ni bila tengok seorang user Ehoza.com sibuk melayari forum ni kat dalam opis beliau. Khusyuk tak ingat brader! Gua panggil nama pun jadi tak dengar. Sengih saja lebih. Bila datang tengok kat meja, tengok-tengok tengah melayan Ehoza.com. Gua tarik kerusi, terus duduk sebelah beliau dan menongkat dagu menonton apa yang beliau buat. Beliau turut menunjukkan kepada gua thread-thread yang menarik untuk dibaca dan ada juga thread-thread yang kalau tengok boleh membawa kepada berdosa. Masa beliau tunjuk part-part yang berdosa tu, gua terus azan kat telinga dia, terus insaf. Namun begitu, atas pengaruh beliau, lalu gua mendaftarkan diri sebagai salah seorang user Ehoza.com. Masa tu memang rasa seronok sangat, macam first time akil baligh.


Bila join Ehoza ni, masa terluang gua jadi begitu berfaedah. Mana taknya, macam-macam cerita lu boleh jumpa dalam forum ni. Boleh dikatakan, apa yang lu orang tak tau, terus boleh jadi tau kalau masuk forum ni. Malah, lu orang juga boleh download macam-macam benda dalam Ehoza.com ni. Nak lagu? Download saja di sini. Nak cerita-cerita filem atau drama? Pun boleh download kat sini. Lu orang kaki game? Ha,download saja di sini brader. Porno pula bagaimana? Haram jadah! Buat dosa jangan ajak gua! Bila masa terluang jadi berfaedah, maka risiko-risiko nak terjebak dengan benda-benda memudaratkan seperti menghisap dadah dan buang bayi dapat gua elakkan.


Dalam Ehoza.com ni, gua juga dapat kenal dengan ramai orang. Masa tu gua kenal nama saja. Muka-muka gua tak boleh kenal. Yelah, semua letak gambar muka yang tak serupa langsung dengan muka sendiri. Yang muka sebenar tak hensem jadi hensem, yang tak lawa jadi lawa, yang hodoh jadi hodoh juga pun ada woi. Gua bagi contoh la, macam Apect, dia letak gambar lelaki pakai tudung oren lepas tu ada misai dan berwajah garang. Terus bantai gelak gua depan komputer. Dan gua juga terus menganggap wajah Apect memang berwajah sedemikian. Walaubagaimanapun, tanpa mengenali muka, perangai sebenar ahli-ahli Ehoza ni lu semua boleh tau walaupun secara maya saja mengenali mereka. Mana yang pelawak, lu boleh tau dia pelawak, mana yang jenis serius, lu boleh tau dia serius, mana yang jenis emo tak tentu pasal pun lu boleh jumpa dalam ni. Pendek kata, dalam Ehoza ni, macam-macam jenis perangai lu boleh kenal.


Namun begitu, di atas usaha dan keringat para admin Ehoza.com untuk mengelakkan ahli-ahli semua daripada terus saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain secara realiti, mereka telah mengadakan Ehoza Mini Gathering yang bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Gua terus jadi teruna... maaf... teruja! Masa tu gua tengah sibuk berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam industri perikanan. Semangat nak datang gathering tu mencanak-canak naik. Badan bau ikan pun tak kisah la, janji gua boleh datang.


Masa tu, seronok dia memang lain macam bila jumpa budak-budak Ehoza.com ni secara realiti. Wajah sebenar Apect pun gua dapat tengok. Tapi tak ada pula Apect pakai tudung oren. Kemudian, baru gua sedar gua tertipu selama ini. Terus rasa nak terjun Berjaya Times Square tu. Mujur gua sempat beristighfar dan kembali ke jalan benar lalu terus bersalaman dengan Apect dan menguntum senyuman manis. Apect pun senyum. Lalu kami berpelukkan. Haiisshh! Macam Brokeback Mountain pulak! Ok, kembali ke cerita sebenar. Bila masuk dalam Chicken Hartz, gua dapatlah tengok wajah-wajah sebenar ahli-ahli Ehoza.com ni. Masa tu juga gua kenal wajah sebenar Ayam, Lopaque, Asta, Race, Spark, Tsunamizu, Oweizmeiz, Kimmy dan ramai lagi.


Gua ingat perjumpaan ahli-ahli Ehoza.com akan tamat sampai takat tu saja, tapi sangkaan gua memang meleset. Apect dan semua admin nampaknya memang bersungguh-sungguh dalam hal nak mengeratkan silaturrahim ahli-ahli Ehoza.com ni. Kadang-kadang, bila terkenang perkara berkaitan silaturrahim ni buat gua rasa macam berkawan dengan orang-orang surau saja. Tapi, benda-benda baik macam ni tak elok disalah sangka, boleh dapat penendang pula nanti. Ingat tak sakit kena tendang woi?


Pada bulan Ogos 2008 (gua tak ingat tarikh secara tepat) telah berlangsung satu program mega yang membabitkan Ehoza.com dan semua ahli. Program ini dinamakan sebagai Family Day Ehoza 2008 (FDE 2008). Tak silap gua masa tu ada dalam 40 lebih jugalah ahli-ahli yang datang. Mana yang bujang datang dengan bujang lain, yang dah kahwin bawa bini, yang dah berkeluarga bawa anak bini. Pada masa ini juga, inilah kali pertama gua berjumpa dengan King Of Perut cawangan selatan. King ni memang besar gua cakap. Tangan besar macam pendayung. Gerun juga gua bila bersalam dengan dia. Masa dalam forum, gua syak dia ni saiz sederhana saja, tapi bila jumpa, dem! Macam anak king kong juga gua lihat. Dah la satu bilik dengan gua, tak semena-mena macam-macam perkara ngeri bermain-main dalam fikiran gua.


Sepanjang FDE 2008, macam-macam aktiviti telah berlangsung. Ada acara sukaneka, ada acara mandi manda, ada acara cabutan bertuah dan acara paling wajib ialah acara makan-makan. Jadi mana ada acara sukan, gua sukan sungguh-sungguh. Mana yang perlu gua beraneka, gua beraneka. Mana yang perlu gua mandi, gua mandi. Mana yang perlu gua makan sampai kenyang, gua makan. Tapi ada satu benda yang buat FDE 2008 memang betul-betul melekat dalam ingatan gua. Di mana, pada satu malam selepas habis program FDE tu, ada lebih kurang 15 orang ahli Ehoza.com telah keluar dari tempat penginapan untuk mencari tempat lepak-lepak dan minum-minum. Walaupun minuman telah disediakan oleh pihak Ehoza, tapi semangat nak minum di kedai mamak tu memang tinggi. Mungkin inilah yang dipanggil semangat setiakawan yang tinggi. Namun, rancangan kami menjadi tergendala akibat telah berlaku pergaduhan ala-ala filem Padayappa lakonan Rajnikanth tu di kedai mamak pilihan melepak kami. Belakang gua saja macha tu hentak macha lain pakai kerusi. Mujur gua sempat elak dari terkena serpihan. King yang badan besar tu terus jadi tak king pun, kelam kabut larikan diri! Teh tarik yang baru sampai pun gua tak sempat minum. Cilakak, macam tak ada tempat lain dah nak gaduh agaknya.


Berkat kejayaan mengadakan Family Day Ehoza 2008, para admin dan semua yang terlibat terus bergiat mengadakan program untuk merapatkan silaturrahim antara semua ahli Ehoza. Gua biasanya terlibat sebagai salah seorang peserta yang cuba memeriahkan keadaan saja. Kira ok la juga tu kan? Kira boleh buat orang lain senang hati la juga. Selepas FDE, wujud pula program Ehoza Goes Nature di mana ahli-ahli Ehoza cuba mendekatkan diri dengan dunia kehijauan. Mujur juga tiada ahli Ehoza yang bawa balik iguana, kalau tidak, sia-sia kena lempang dengan renjer Taman Negara tu. Sambil-sambil ada major event, ia juga turut diselang selikan dengan program-program kecil seperti jamuan berbuka puasa dan jamuan Aidilifitri. Semua ahli-ahli Ehoza nampaknya begitu riang bila program-program ini dijalankan. Masing-masing selalu bershuffle kalau berjumpa akibat keseronokkan yang dirasai.


Orait, kita dah nak sampai ke penghabisan. Gua nak cerita panjang-panjang pun bukan lu orang nak baca sangat pun, entah-entah ada yang baru baca perenggan pertama pun dah start tepuk-tepuk bantal nak tidur. Tapi, lantak la woi! Mana yang larat baca sampai perenggan akhir gua ucap tahniah la. Ingat senang ke nak baca benda panjang-panjang ni? Keseksaan dan kesengsaraan dalam menghadapi UPSR, PMR dan SPM mesti dah buat lu orang serik nak baca panjang-panjang kan? Jadi gua memang apresit lu orang semua kalau mampu baca sampai habis. Kini, Ehoza dah semakin berkembang maju dan pesat membangun seiring dengan peningkatan Malaysia ke arah negara maju. Ahli-ahli pun bertambah ramai. Yang baru disayangi, yang lama dihormati. Tapi gua ada sedikit rasa terkilan jugalah. Apa? Lelaki rock macam gua tak boleh rasa terkilan ke? Eh, tendang nak? Yang kes terkilan ni pasal gua tengok ramai orang-orang lama Ehoza.com ni dah lama mendiamkan diri. Perkara-perkara ni memang menimbulkan syak wasangka kepada gua. Kepada King Of Perut tak tau la gua, entah-entah sibuk makan agaknya. Kenapa agaknya orang-orang lama ni dah kurang jenguk Ehoza ni? Adakah telah berlaku perebutan kuasa dalam Ehoza? Adakah sebab Apect tak pakai tudung oren lagi? Atau, adakah tiada lagi talian internet di tempat tinggal mereka? Namun begitu, perkara-perkara syak macam ni kita bukan boleh fikir sangat, sakit perut nanti. Tapi, bagi gua, mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri mereka tak dapat nak mengaktifkan diri di dalam forum ini lagi. Walaubagaimanapun, gua pasti, otai-otai ni ada juga menjenguk sebarang dua ke dalam forum ni.


Walaupun sudah kekurangan sengat orang-orang lama, kehadiran orang-orang baru sepert Psycophobia, Cyclon, lepas tu yang guna avatar Batman tu yang nama dia gua dah lupa, Zamzuri... err... silap, Zamreda, Cyclon dan ramai lagi telah membantu dalam memeriahkan lagi suasana riang ceria forum Ehoza.com ini. Terima kasih diucapkan. Terima kasih juga kepada semua para admin Ehoza, Apect, Ayam dan semua yang terlibat dalam menjayakan forum Ehoza.com ini. Siot, dah macam teks ucapan, orang-orang rock macam gua mana berucap, dem! Oklah, oklah, gua blah dulu la woi. Semoga Ehoza.com terus maju. Apect, kasi baju percuma satu woi, penat tulis ni! Wassalam!

2 comments:

  1. gua ada jek, woi... lu yg ilang.. kahkahkah..

    ReplyDelete
  2. woi2,bila pula gua hilang?lu tengok gua mesti ada punya,biasanya gua balas komen terhadap thread2 yang berunsur agama saja sekarang.mungkin pasal lu tak pernah masuk situ jadi lu taktau.hahaha!

    ReplyDelete