Thursday, December 16, 2010

Pengambil: Sebuah Adaptasi 3

"Err... bila kau keluar Paku?"

"Ekhsan, ingat lagi kau nama aku ye? Wow, perut kau pun dah tak ke depan lagi ye? Hahaha!"

"Kau sihat tak Paku?"

"Sihat? Sihat? Sihat?! Mestilah sihat G. Warden penjara tu bagi makan secukupnya. Sebab tu muka aku masih kacak dan tubuh aku masih gagah seperi kau G! Hahaha!"

Spark dan Race hanya memandang Paku dengan wajah yang kosong.

"Eh, Spark, Race, pasangan adik beradik yang bahagia. Kenapa kau berdua macam tak suka aku datang sini ye?"

"Apa sebenarnya tujuan kau datang sini Paku?" Spark bertanya dengan nada yang begitu keras. Seolah-olah menyimpan dendam kesumat yang begitu mendalam.

"Wo, wo. Sabar kawan, sabar. Aku datang nak jumpa kawan lama pun takkan tak boleh bro. Kau ni baran tak habis-habis. Hahaha!" jawab Paku tenang.

"Sebenarnya Paku, aku pun nak tanya sama macam Spark. Kenapa selepas 5 tahun, tiba-tiba kau datang cari kami? Kau nak balas dendam atas kejadian dulu ke?" G memandang tepat ke muka Paku sejurus selepas bertanyakan soalan kepadanya.

"Hahaha! Aku ni bukan jenis simpan dendam bro. Apa yang dah jadi, jadilah. Lagipun perkara yang berlaku dulu memang salah aku pun bro."

"Jadi, kau datang sini untuk apa?" ujar Ekhsan dalam nada yang tinggi.

Paku tidak terus menjawab. Dia berjalan menuju ke bar minuman, menuang sirap ke dalam gelas lalu meminumnya sehingga habis. Kemudian dia memandang semua orang yang ada di dalam bilik itu dengan pandangan yang tajam sekali.

"Aku ada rancangan untuk kau orang semua. Rancangan aku, arahan kau G!"

G merenung tajam tepat ke mata Paku.

No comments:

Post a Comment