Friday, August 6, 2010

Pembengkok Angin Terakhir: Sebuah Parodi 1

Dunia ini tidak akan lengkap tanpa elemen-elemen ini.

Angin.

Air.

Tanah.

Api.

Kesemua elemen ini memainkan peranan penting dalam menjadikan bumi sebuah kitaran yang sempurna. Kekurangan daripada satu unsur-unsur ini ataupun terdapat unsur-unsur yang melebihi kuasanya, maka, akan berlaku kecelaruan yang mungkin tidak dapat dijangkakan oleh sesiapa jua.

"Mereka semakin melampau! Tiap hari, ada sahaja insan yang mereka mahu jahanamkan!"

Eina Wakka. Waris tunggal Pembengkok Air dalam Wilayah Selatan Kuasa Air. Kematian ibunya ditangan Puak Unsur Api menyebab dia menjadi seorang pendendam. Dendam kesumat membara yang mungkin tak dapat dipadam.

"Oleh itu, akan aku cuba mahirkan diri dalam ilmu-ilmu pembengkokan air ini! Ayuh mulakan!" Jerit Eina Wakka bersemangat.

Eina Wakka menggerakkan tangannya dengan penuh lemah-gemalai ibarat seorang penari menari untuk hiburan si raja. Matanya pula begitu ligat melihat gerakkan tangannya agar tidak tersilap langkah. Mulutnya pula terkumat kamit membaca segala jampi serapah untuk membengkokkan air. Dia berharap agar kali ini, kemahirannya akan menjadi.

Kelihatan air-air sudah naik ke udara. Eina Wakka tersenyum lebar. Nampak gaya, dia akan berjaya kali ini.

"Woi adik! Apa kau buat lama sangat dalam bilik tu! Abang ni mandi ni weh!"

Eina Wakka tersentak dari lamunannya. Habis tunggang langgang semua jampi serapahnya. Tangannya pun sudah berhenti membuat gerakkan yang lemah gemalai, habis kelam kabut macam lipas kudung. Cepat cepat dia mencapai gayung dan mula membasahi dirinya agar tidak terus dimarahi abangnya.

"Celaka sungguh," bisik hati kecil Eina Wakka.

7 comments:

  1. kahkahkah... eina wakka.. tak bleh blah btol...
    err... gua nak tanya neh.. parodi tu apa eh..???

    ReplyDelete
  2. Eina:
    Parodi tu maksudnya ajukan yang dijenakakan.dan yang penting parodi tidak ada talian silaturrahim dengan prodigy ok.hahaha.

    ReplyDelete
  3. ingatkan kembar perempuan prodigy td....hahaha

    ReplyDelete
  4. Bandela:
    Kalau kembar prodigy taknak deh gua buat cter.buat buncit prut je.hahaha.

    ReplyDelete
  5. perut lu ka perut parodi.....hahaha

    ReplyDelete
  6. bandela:
    parodi tu kata nama,bukan orang la brader.hahaha!woi2,perut gua six pack la.bulan puasa ni nak kasi up jadi 8 pack lak.hahaha!

    ReplyDelete