Saturday, May 22, 2010

Bagai Penang Di Belah Dua

Pagi pagi bangun, tengok tengok masih hujan lagi. Dari malam tadi hujan. Tapi syukur, disebabkan hujan yang turun begitu lebat dan diiringi guruh yang berdentum, ia bagaikan menjadi suaut irama untuk membantu gua mendapat tidur yang solid. Namun begitu, hujan yang tidak henti henti telah menyebabkan gua mendapat tidur yang terlalu sedap sehingga hampir terlajak menunaikan solat Subuh. Mujur brader!

Habis solat, gua rasa nak tidur balik, sebab hujan tak berhenti lagi. Mana tau dapat mimpi jumpa Lisa Surihani ke. Boleh bawa jalan jalan pergi Genting. Sana sejuk sikit. Boleh duduk rapat rapat. Tapi syok dalam mimpi sajalah boleh gua fikirkan.

Berdasarkan tajuk yang diberi, hari ni gua akan bergerak menuju ke destinasi di mana cukup popular dengan anak mami, mamak, nasi kandar dan DAP. Lama dah gua tak pergi sini. Last sekali rasanya sejak tahun 2004 lagi. Kira kira balik, peh, dah 6 tahun tu brader. Kira kalau dah ada anak, dah masuk tadika tu! Anak pun dah masuk 3 kot agaknya.

Mula mula rasa tak nak ikut. Biasalah, hujung bulan. Waktu ni, krisis poket kosong mula melanda. Tinggal habuk habuk saja dalam poket. Namun begitu, bila gua cek balik baki duit dalam bank, tengok tengok, ada lagi RM300. Peh, lebih dari cukup nak buat tambang berjalan. Dalam kepala dah terbayang nasi kandar yang popular di Pulau Pinang, iaitu, 'Nasi Kandar Beratur'. Orang cakap, orang beratur memang bukan main lagi panjangnya. Bermeter meter beratur. Habis orang ni duduk makan, orang lain pula duduk makan, habis orang ni duduk makan, orang lain pula duduk makan. Begitulah seterusnya sehingga nasi dan lauk pauk habis.

Dengan ada baki lebih ni juga, mungkin gua akan gunakan modal untuk mengorat anak anak mami. Mana tau ada seorang dua sangkut. Boleh buat stok berlagak dengan member member. Tapi ingat nak cari sorang la untuk member gua yang sorang ni. Dah lama kesepian. Rilek brader, sebagai senior lu, gua akan membantu lu. Gua jenis tak suka tengok junior junior gua ni dilanda kemurungan. Kang tak pasal pasal lak lu masuk paper metro yang jenis keluar tajuk berita ngarut ngarut tu.

Ok, cukup gua cerita sampai sini. Sembang lama lama apa guna. Sekarang gua nak cari sempoa nak buat budgetting RM300 gua ni. Gua nak buat investment yang bijak dan akan menyenangkan gua suatu masa nanti. Agak agak kalau nak kawen anak mami RM300 cukup tak? Kalau tengok dalam tv macam tak cukup je kan? Siottt!

InsyaAllah gua takkan buat perangai macam ni pergi Pulau Pinang

5 comments:

  1. hahah.. prodigy lagik yang menjadi bahan lu.. gua rasa, lu dgn prodigy tu memang sesuatu la.. hahahaha...

    ReplyDelete
  2. eina:
    eh2.mana lu tau gua maksudkan prodigy ni?ajaib la weh.ajaib.hahaha!

    ReplyDelete
  3. gua ada minat dgn seorang anak mami nie.. tp member gua yang memang kamceng dgn dia kata kalau gua usha anak mami tu, kemungkinan anak mami tu akan terus menjauhkan diri dari gua.. Cis, gua pandang sayu diri gua atas bawah atas bawah..

    jauh di sudut hati gua, terharu jugak la gua apabila senior gua prihatin dgn gua..wakakakaka

    ReplyDelete
  4. bukan dalam hati ada taman de..tp dalam hati ada mohd ekhsan dah nih..hahahaha...

    ReplyDelete
  5. prodigy:
    hidup lu ni sentiasa dirundung malanglah.jom ikut gua kita mandi berdua...oh maaf...maksud gua mandi bunga.kasi datang nasib yang baik sikit.hahaha!

    kimmy:
    sebenarnya gua nak dalam hati gua ada lu.tapi mengenangkan lu dah kawen dan bakal memiliki anak ke-2,gua batalkan hasrat murni gua tu.hahaha!

    ReplyDelete