Wednesday, April 7, 2010

Tag: Bukan Tag Dalam Fesbuk!

Sejak balik dari Pulau Pangkor (sempena program Panggilan Pulau Ehoza), semangat nak menaip dan menulis gua tu agak kurang sikit la. Gua pun tak tau pasal apa. Mungkin pasal waktu BBQ kat Pangkor tempoh hari, gua kempunan nak makan sosej dengan bebola ikan panggang. Apa bengap gila pihak resort sediakan makanan sikit gila. Tak kesian ke kat gua yang penat berlari dalam air akibat dikejar budak budak Ehoza ni? Jadi gua patut disajikan dengan makanan yang berkhasiat, sosej contohnya.

Berbalik kepada tajuk entri gua, gua telah di tag oleh akak, eh silap, Mak Cik Kimmy yang sekarang sedang sibuk berbadan dua. Mak Cik ni, tengah tengah sibuk mengandung pun ada masa nak main main benda benda macam ni. Tak elok buat anak dalam perut. Sepatutnya dia perlu sibuk membaca surah Yusof atau surah Mariam agar anak dilahirkan kelak akan menjadi lawa dan cantik. Tapi tak mengapa, baka Mak Cik Kimmy dan husbandnya sememang jenis yang baik.

Ok, sudah cukup panjang mukadimah gua, ayuh gua jawab terus ini tag (macam sembang dengan budak sekolah tamil gayanya).

  1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
  2. Select the 8th photo in that folder.
  3. Post that photo along with the story behind it.
  4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Mula mula gua masuk My Computer. Lepas masuk My Computer gua dabel klik kat partition D. Gua tunggu sekejap pasal laptop gua dah berat, penuh dengan macam macam benda. Gua ambil rokok, gua bakar, lepas tu gua hembus perlahan lahan. Asap rokok terus terbang menerawang ke ruang udara. Housemate gua sedut asap itu, lalu terbatuk batuk. Gua minta maaf sebab hembus kasi kena sama dia. Gua pandang laptop gua kembali. Nampaknya dah masuk partition D. Gua terus dabel klik folder 'File Merepek'. Elok masuk dalam folder tu gua dabel klik pula folder 'Secret'. Kemudian housemate gua tiba tiba tukar channel kat tv. Gua jerit satu kali. Gua cakap gua nak tengok. Terus merajuk housemate gua tu. Masuk bilik terus tidur.

Selepas masuk folder 'Secret', tanpa buang masa gua terus pilih folder 'Changlunian Matrikus' dan terus memilih gambar no. 8.

Inilah gambar nombor 8 dalam folder 'Changlunian Matrikus' tu. Gila apa gua nak cerita dengan gambar ni? Serius sikit pun gua tak tau latar belakang gambar ni. Apa yang gua tau, masa gambar ni diambil, gua langsung tidak ada berdekatan dengan kawasan kejadian, jadi memang gua tak tau apa apa langsung. Jadi Mak Cik Kimmy, boleh terima tak jawapan macam ni? Sekurang kurangnya gua ada buat buat cerita sikit masa proses nak buka folder gambar gua ni. Amacam Mak Cik? Ok tak ni?

1 comment:

  1. cett..gua baru peknan anak kedua,lu dah panggil makcik..hahahaha..

    yelah,gua nak main air dan pantai mcm lu org x buleh,gua main ler tag2 nih..hahahaha..

    *ni tgh perdengarkan surah yusuf dan maryam ler ni..* hehehehe

    ReplyDelete