Tuesday, April 13, 2010

Berlari

Waktu kala itu sudah lewat malam. Malam itu gelap sekali. Bintang pun tiada menunjukkan sebarang tanda ia akan muncul di balik balik awan. Hujan mau turun barangkali. Begitulah tanda tanda yang dapat kita lihat jika hujan mau turun.

Gua capai remote Astro dan terus membuka saluran 701. Sekonyong konyong itu keluarlah rancangan 'So You Think You Can Dance'. Kala itu ia menayangkan bahawa program realiti tari menari kini hanya tinggal 4 peserta terakhir sahaja. Yang lain sudah tersingkir. Balik rumah bersedih dan menangis bercangkir.

"What the hell?! Kenapa setiap rancangan realiti ini perlu ada adegan menangis kalau ada peserta tersingkir? Ini semua karut! Air mata yang dikeluarkan secara pendustaan!" hati kecil gua menjerit padu akibat rasa tidak puas hati.

Begeruuummm!

Guruh berbunyi berdentum. Gua terkejut. Sedikit melompat dari kedudukan gua. Hati ada rasa sedikit berdebar.

Broooossshhhh!

Bunyi hujan turun. Sangat lebat. Gua tekankan lagi metaforanya. Gila babi lebat tak ingat! Tapi syukur alhamdulillah. Ini hujan rahmat. Rumah gua yang sentiasa dipenuhi kesibukkan sang bahang yang sentiasa memanaskan ruang dalaman rumah akhirnya akan mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih sang hujan kerana menyejukkan kembali diri dan rumah gua.

Gua berjalan ke dapur. Orang cakap hujan hujan sejuk macam ini sangat asyik jika buat air panas. Kebetulan kawan serumah gua ada masak air tadi, jadi tidak perlulah gua panaskan air lagi. Sepeket Milo 3 in 1 gua capai lalu dengan sukatan air yang biasa gua buat, gua hasilkan air milo paling sedap dan enak di dunia.

"Oh, sedapnya," semangat nak bermain bola menaik bila menghirup milo yang diklasifikasikan sebagai minuman tenaga ini.

Ketebum! Ketebak!

Ah, apa binatang haram pula bunyi ni? Tidak bolehkan tengok gua bersenang lenang menghirup minuman milo buatan gua sendiri ini? Dengan langkah ingin tahu, gua cuba mencari bunyi apakah yang cuba mengganggu keghairahan gua meminum milo ini.

Gua bergerak masuk ke dalam bilik kawan serumah gua. Dia tak ada, pergi ke Pulau Pinang katanya kerana ada kursus. Mungkin kerana tahu kawan gua itu tiada di dalam bilik, ia mahu duduk menumpang. Seberani berani gua, dalam hati tetap tersorok sedikit ketakutan. Tetapi sebagai lelaki, diri gua harus tonjolkan sifat gagah dan berani. Pada saat itu terasa seperti Vanessa Mae sedang bermain biola di sebelah gua dengan bunyi yang cukup menyeramkan dan saspen sekali.

Gua buka pintu bilik sahabat gua. Gua buka perlahan. Pintu berbunyi nyaring. Gua kuak sedikit pintu kasi luas. Vanessa Mae masih lagi main biola bunyi saspen di sebelah gua.

"Babi! Gorgon masuk rumah!"

Gua terus berlari laju. Langkah seribu. Lari tak cukup tanah. Vanessa Mae pun lari sama di sebelah gua sambil tangan sibuk menggesek biola dengan tempo yang cukup laju.

Si Gorgon pula terus mengejar gua. Langkahnya besar sekali. Sekali sekala gua menoleh ke belakang. Gila! Makin dekat. Gua terus keluar rumah dan menempuh hujan lebat. Gorgon pun ikut sekali tanpa rasa segan silu. Gua teruskan pelarian. Gua tak nak hayat gua tamat dimamah oleh Si Gorgon. Jatuh standard kalau hidup ditamatkan oleh binatang buas yang hodoh. Sambil sambil itu si Gorgon mengeluarkan bunyi yang menggerunkan.

Ooorrggghhh! Ooorrggghh! Ooorrggghhh!

Sial lu gorgon! Apahal rumah gua jadi sasaran lu? Lu macam tak ada rumah lain nak masuk, rumah bujang juga lu cari. Cilakak lu!

Si Gorgon semakin hampir, tangannya semakin dekat mencapai bahu gua. Sekonyong konyong itu gua menjerit padu meminta pertolongan. Si Gorgon sudah menyeringai panjang tanda dia hampir berjaya. Vanessa Mae pula sudah jauh tinggalkan gua tapi tangan tak lekang menggesek biola.

***

"Kau tau tak, malam tadi aku mimpi berlari kena kejar dengan makhluk buas. Penat gak mimpi berlari ni," kata gua kepada sahabat gua iaitu Taramizi.

"Hang ni asyik mimpi je. Hari tu jadi serigala, ni kena kejar pulak. Karut!" Terus Taramizi tinggalkan gua berseorangan.

Salah ke kalau mimpi benda benda pelik ni? Bukan gua minta pun, dah mimpi tu nak datang sendiri. Eh, lu orang percaya tak ni?

4 comments:

  1. errrrr... gua rasa lu ni dah terlebih baca komik raksasa yg gua sendiri tatau apakah namanya... tu sbb lu selalu mimpi camni.. tp kan.. setiap mimpi lu, lu mesti jadi mangsa kan.. bila la lu nak mimpi jadi pembaham plak..??? hahaha....

    ReplyDelete
  2. eina:
    entahlah.mungkin mimpi ni nak tunjukkan sisi2 hidup gua yang lemah kot.hahaha!

    ReplyDelete
  3. lu ni byk sgt tgk tv nih, tulah layan lagi drama-seram-melayu-awek-kena-kejar-hantu-last2-sedar-rupanya-mimpi....kan dah terbawak-bawak dlm mimpi lu.....cuba layan citer berilmiah sikit, tgk Tom-Tom Bak ke, cenel 106 tunjuk arwah Ustaz Asri bertasbih ke...sure lu mimpi jumpa bidadari pasni....

    ReplyDelete
  4. el-zafa:
    ah,mimpi bidadari ni sesuai untuk buaya macam lu je bro.hahaha!

    ReplyDelete