Monday, March 1, 2010

Gadoh

Waktu gua sekolah rendah dulu memang best. Kalau gua tengok budak budak sekolah rendah sekarang macam tak best saja. Masing masing sibuk main I-Phone. Bila besar jadi pondan. Takpun upload video porno sendiri dalam youtube. Waktu gua sekolah rendah dulu gua memang banyak gaduh. Sebab tu sekarang gua gagah.

Masa gua sekolah rendah agama, gua rasa itulah fight pertama yang gua tempuhi sepanjang musim persekolahan gua. Gua gaduh dengan mamat bernama Azweer. Azweer ni orang cakap ada darah pahlawan Indonesia. Sebab tu muka dia ganas macam Alan Budi Kesuma. Punca gaduh dengan Azweer adalah disebabkan bunga api. Waktu tu dah nak dekat raya. Azweer pula dah macam tokan bunga api. Azweer cuma layan kawan kawan rapat dia saja. Sebagai kanak kanak, rasa tak sah beraya tanpa bunga api. Jadi gua cuba dekati dia untuk meminta bunga api sebarang dua. Tapi apa gua dapat? Azweer tolak gua masuk longkang. Gua jadi berang. Gua sepak Azweer sebarang dua. Lalu kami bergelut. Bunga api Azweer habis jahanam, habis kemik kemik. Last last ustaz datang leraikan. Gua kena lempang, Azweer pun kena lempang. Waktu nak balik Azweer berjanji nak balas dendam terhadap gua. Tapi sampai sekarang Azweer senyap saja.

Kemudian, pada waktu yang lain, gua bergaduh dengan budak India. Tapi kali ni gua tak kena tumbuk atau kena tendang. Kawan gua yang bergaduh. Gua tengok saja. Punca dia mudah saja. Gua cuit cuit budak India tu sampai dia rasa bengang. Oh lupa. Nama budak India tu Sathiya. Kebetulan gua berdua dengan kawan gua waktu itu. Sathiya menyangkakan kawan gua yang cuit dia sebab kelihatan kawan gua sengih terlebih sangat. Hasilnya, kawan gua kena tumbuk di mata. Terus lebam gua cakap sama lu. Tapi Sathiya silap besar. Mak kawan gua mengajar kat sekolah yang sama juga. Kawan gua terus report sama mak dia. Mak dia datang dan terus lempang Sathiya. Gua sengih sengih dari jauh saja. Baru baru ni gua ada nampak Sathiya. Gaya macam gengster. Risau juga gua kalau dia ungkit kisah lama.

Tetapi, gaduh yang paling terbaik ialah semasa gua menuntut di darjah 6. Waktu tu tengah musim buat game sendiri dalam buku. Gua juga tidak ketinggalan. Gua buat satu guna buku matematik yang ada petak petak tu. Bila dah siap gua pergi meja kawan kawan. Masa tengah sibuk sibuk handle game gua, datang seorang budak Cina ni. Nama dia Yong. Yong ni tinggi macam galah. Gaya memang samseng gila. Partner dia Chong Vun Yau. Kalau bergandingan dah macam hero Pedang Sitiawan. Awan dan Angin. Yong yang tengok gua tengah sibuk dia mula datang kacau. Mula mula dia ketuk kepala gua, gua boleh tahan lagi. Dia ketuk lagi, gua tahan sambil tangan dah genggam. Macam genggam bara berapi. Kali ketiga Yong ketuk, gua terus lompat pusing ke belakang. Yong terus tumbang dan kini gua di atas Yong. Setinggi tinggi Yong akhirnya tumbang juga. Faktor berat badan gua yang berlebihan amat membantu gua. Yong tak mampu angkat gua. Waktu itu gua tumbuk muka dia puas puas. Gua dah rasa macam Mark Dacascos. Kebetulan cikgu sebelah masuk pasal nak tengok kenapa riuh sangat. Akhirnya pergaduhan dileraikan. Namun baru gua sedar, cikgu yang masuk itu adalah kawan kepada mak gua. Habis dia report kepada emak gua. Malam tu bapak gua pula tibai gua. Mark Dacascos gua hilang malam itu.

Sebenarnya banyak lagi cerita pasal kes kes gaduh gua. Tapi tak larat gua nak taip. Lainlah kalau lu orang bayar, mau semangat juga menulis. Namun begitu, lu orang sedar tak? Cerita gaduh gua kali ni betul betul mengamalkan konsep 1 Malaysia kan?

3 comments:

  1. tahniah bro kerana berjaya menrapkan konsep 1Malaysia dalam seni pergaduhan bebudak sekolah.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. semangat haiwan dalam badan aku pun membara.. aku pun nk cerita peri keganasan aku jugak lepas ni.. brapa tengkorak dah aku kumpul.. brapa bijik testis dah aku collect..

    ReplyDelete
  3. prodigy:
    semangat cintakan negara mesti ada walaupun semasa bergaduh.hahaha!

    ngahaha:
    jenis kanibal gak lu nih!hahaha!

    ReplyDelete