Thursday, February 4, 2010

Pengalaman Makan Malam Saya Yang Tidaklah Seghairah Mana.

Ada satu malam tu gua ikut housemate gua pergi beli barang kat kedai alat tulis. Katanya nak guna untuk buat tagging kat pejabat dia. Gua yang kebetulan tak ada kerja, terus bersetuju untuk ikut dia pergi beli barang-barang tersebut walaupun dia tidaklah mengajak gua pun. Berbekalkan baju jersi Malaysia belang kuning hitam, gua dan housemate gua terus bergerak menuju ke kedai alat tulis.

Dalam kereta housemate gua begitu asyik bersembang pasal komik kegemerannya iaitu 'Pedang Setiawan'. Pernah terlintas juga dalam fikiran gua untuk mencari pedang ini di sekitar bandar Setiawan, mana tau jumpa, untung-untung, bolehlah gua masuk kelas sambil bawa pedang. Ini secara tidak langsung akan mendatangkan rasa gerun pelajar pelajar terhadap gua. Jadi, tak adalah mereka semua akan bersikap loyar buruk terhadap gua. Mana yang cuba buat onar, gua akan ugut untuk mencincang mereka sebanyak 14 kepingan!

Tanpa disedari, gua dan housemate gua sudah tiba di hadapan kedai alat tulis. Kedai tu namanya macam bunyi orang tengah bersin. Ah Chiew namanya. Risau juga gua kalau masuk dalam kedai kena buat buat bersin. Ingat tak letih ke kena bersin bersin ni? Di dalam kedai, housemate gua terus mencari cari barang barang yang diperlukannya. Akibat susunan kedai yang begitu sistematik, maka ia memudahkan proses pencarian barang housemate gua. Kebetulan juga gua berjumpa dengan student gua. Mula mula gua ajak sembang, tapi memandangkan bos dia asyik usya usya panas, terpaksalah dia membatalkan hasratnya bersembang dengan gua. Baru gua sedar yang dia bekerja di kedai Ah Chiew itu. Maka, dengan itu gua berpesan, "Lu pergilah kerja. Nanti tak dapat gaji, susah lak nak beli buku gua." Lalu, student gua pun berlalu pergi dengan hati yang riang dengan mengetahui bahawa gua tak akan kecil hati dengan tindakan beliau.

Setelah beberapa minit berlalu, housemate gua sudahpun memperolehi ke seluruhan barang yang diperlukannya. Terpancar keriangan di wajahnya. Seolah olah dia sedang shuffle di atas titian pelangi. Fantasi kanak kanak sungguh. Sebaik membayar untuk segala barang yang diperlukannya, gua bersuara.

"Makan jom bro."

"Kat mana bro?" housemate gua bertanya. Wajah masih seperti sedang bershuffle di atas titian pelangi.

Gua cuba berfikir keras untuk memilih tempat makan yang perlu dituju. Boleh dikatakan hampir semua tempat makan di Manjung ni gua dah pergi. Sehinggakan sukar bagi gua untuk membuat pilihan. Sesungguhnya, hidup ini memang penuh kesukaran untuk membuat pilihan. Namun begitu, secara auto dan tiba tiba, mata gua terpandang ke sebuah kedai. Sebenarnya, bukan kedai itu yang gua pandang, tetapi mata gua lebih tertancap rapi memandang si gadis yang sibuk mengambil order dengan gaya yang begitu menggoda dan mempesonakan sekali. Ah, ini merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan, lebih lebih lagi mata gua sudah lama tidak dibersihkan. Kini, di depan mata sudah ada sesuatu yang indah untuk membantu memproses kekotoran di dalam mata gua.

"Tu, tu. Kat situ kita makan bro. Ada awek cun doh," kata gua sambil menjuih juih bibir menunjukkan kedai tersebut.

"Mana, mana?" tanya housemate gua sambil kepala menggeleng geleng.

"Tu ha!" Lantas gua memegang kepalanya untuk difokuskan ke arah gadis cun itu.

"Cun, cun. Apalagi, jomlah mengganas!" housemate gua memberi arahan.

Dengan langkah ala ala George Clooney dan Brad Pitt di dalam filem 'Ocean Eleven', kami terus menuju ke kedai gadis cun tersebut. Untuk menampilakan gaya yang lebih kool, kami memilih untuk duduk di meja luar. Angin yang sepoi sepoi bahasa cukup membantu dalam memberi efek khas untuk mengorat gadis cun itu. Dengan gaya lagak yang mempesona gua angkat tangan sambil berkata.

"Dik, order ye." suara gua dah macam Mahadzir Lokman dah waktu tu.

Housemate gua tersenyum riang. Masih shuffle di atas titian pelangi agaknya.

Gadis itu memandang gua dan housemate gua. Di capainya kertas untuk mengambil order lalu menuju terus ke meja gua.

Hati gua berbunga bunga apabila gadis itu seperti rela hati untuk melayan pelangganya yang istimewa ini.

Si gadis Melayu yang jelita semakin menghampiri gua dan housemate gua.

Housemate gua masih senyum dan tershuffle shuffle di atas titian pelangi.

Daripada hati berbunga bunga, tiba tiba jantung gua berdegup kencang. Ya. Memang laju degupannya.

Housemate gua pun sama. Malah, gua juga turut mendengari degupan jantungnya. Kini, dia tidak lagi tersenyum riang dan tidak lagi bershuffle di atas pelangi.

Si gadis sudah hampir. Bukan hampir. Tetapi sudah di depan mata. Di tariknya kerusi dan duduk di sebelah gua.

"Ye bang, nak makan ape ye?"

Gampunk! Ada halkum!!!

2 comments:

  1. gua tau kedai tu. member lu merangkap housemate tegar berfantasi dengan pedang sitiawan tu gua tau sebab housemate lu pun boleh kira berapa orang ja bro.haha!

    pe2 pun, makan kat situ memang sempoi. housemate lu pun boleh 2x datang, 2x order wantan mee. kalau semalam up lagi kt situ, aku order pulak wan pengajian malaysia pulak sebab wantan mee dah abis.hahaha!

    ReplyDelete
  2. alanamir:
    bukan kat situ bro.ni kat belakang bank rakyat tu.gila seram bro.dari jauh tengok awek tu melentok liut memang boleh menggugat nafsu tu bro!

    ReplyDelete