Saturday, July 11, 2009

Menerima Kunjungan Optimus Prime

Tengah sedap gua hirup neskape yang dibuat sendiri, gua dikejutkan oleh satu deruman enjin yang begitu hebat bunyinya. Memang solid gila enjin ni. Gua rasa tak ada kereta buatan Malaysia yang boleh menghasilkan bunyi sedemikian rupa. Jadi, ini bermakna bukan kawan kawan biasa gua yang datang rumah gua ni.

Deruman enjin yang begitu mengagumkan dan mempesonakan.

Gua pun pergilah menjenguk siapa yang datang tu. Peh. Bersembur air neskape gua yang masih belum ditelan ni. Memang terkejut beruk gua melihat siapa yang datang. Bukan PM kita, bukan Barrack Obama, apatah lagi pemain pujaan gua yakni Shukor Adan.

Memang hari ini dalam sejarah hidup gua lah. Gua telah menerima kunjungan makhluk dari planet Cybertron. Gua dah seram sejuk ni. Apa gua nak sembang dengan makhluk ni? English gua takat kredit je beb. Gua dah berserabut kepala nak susun ayat dalam Bahasa Inggeris nak sembang dengan dia ni. Dem! Tiba-tiba...

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..." gua jawab setenang-tenangnya sambil menyembunyikan muka gelabah gua.

Cet! Cot! Cet! Cot! Cet! Cot!

Indah bukan?

Nah, amik kau! Tersergam indah berdiri di depan gua ketua Autobots iaitu, Optimus Prime! Kaget gua beb, kaget! Ni kalau tau dek ISA, mau gua kena tangkap ni...

"Apa khabar Wan?" (bunyi robot) ujar Optimus Prime.

Peh, cakap Bahasa Melayu. Global juga menatang ni ya. Tapi gua masih tergamam beb. Gua jawab gagap-gagap, "Aaa..aaa...baik. Kau boleh cakap Melayu ye? Sejak bila?"

"Sejak aku kena simpan botol sirap KFC ni la." Jawab Optimus Prime macam iklan KFC. Macam jahanam bukan?

***

Waktu dah makin senja, Optimus Prime minta diri untuk pulang selepas macam-macam benda mengarut kita orang sembangkan. Otak Optimus Prime ni boleh tahan juga lucahnya. Siap boleh ajuk iklan kotex yang si Kaisara tu berlakon lagi. Lepas tu dia kata lain kali dia bawa gua melawat planet dia. Boleh jumpa Bumble Bee, Ironhead, Ratchet dan lain-lain lagi. Gua bersalaman dengan dia kemudian dia terus terbang menghala ke langit lalu hilang bersama-sama senja nan merah. Jiran-jiran gua semua ternganga tengok Optimus Prime datang rumah gua. Err...lu orang caya tak ni?

7 comments:

  1. wakakaka~~~ gila sungguh imaginasi lu beb... gua x bleh bayangkan cane rupa lu time lu berdepan ngan makhluk ciptaan manusia ni... kagum gila gua.. hahaha~~~

    ReplyDelete
  2. gua rasa dia mencari bumblebee lu beb..megatron nak datang menyerang agaknya..eheh

    ReplyDelete
  3. eina:
    gua kaget beb,memang tergamam gila gua!tapi lama lama gua jadi rilek la pulak.lagipun kepala optimus tu boleh tahan juga lucahnya.hahaha!

    ekhsan:
    eh tak,bumblebee tu ada kat cybertron,tengah minum minum dengan ironhead.dia sms optimus prime aritu.

    ReplyDelete
  4. wei...anak aku pon belum sempat nk imagine2 mcm ni lagi..ko dah dulu...hahahahaha...

    ReplyDelete
  5. jadi,soalnya di sini,gua lagi advance la kan?err...nampak childish tak gua?

    ReplyDelete
  6. aku nak cadangkan ko masuk Raja Lawak next season lah.....

    ReplyDelete
  7. turf:
    susah beb..gua pun teringin...tapi demi anak bangsa gua terpaksa ketepikan cadangan lu...hahaha!

    ReplyDelete