Monday, July 13, 2009

Ehoza Goes Picnic: Kenapa Gua Tak Pergi Ye? Dem!

Gua dengan secara rasminya menyatakan bahawa gua tak pergi pun event Ehoza Goes Picnic yang diadakan pada hari Ahad lepas. Walaupun tak pergi, tapi gua tetap terhibur menonton gambar-gambar yang dipaparkan dalam laman web Ehoza. Dem! Hepi gila budak budak ehoza ni. Rasa macam nak jadi mat kuntum, masuk bilik, tumbuk bantal, lepas tu nangis puas-puas sambil tekup muka dengan bantal.

Sebagai membalas dendam terhadap ketiadaan gua kat situ, gua telah melancarkan satu serangan balas dendam yang mungkin akan menyebabkan gua dicaci maki. Ah! Gua kisah apa, janji gua puas hati.

Amacam, ada macam mak bapak yang prihatin tak si Kimmy ni? Kelihatan Kimmy cuba membantu Otromen bertranformasi. Raksasa Gorgon menyerang barangkali.

Gua memang dah syak si Tsunamizu ni ada rancangan dia sendiri. Kira macam rancangan yang mengasuh kanak kanak tu la. Ala, yang macam Aznil buat tu.

Cuba lu orang tengok mamat berbaju merah dan kuning tu? Gua sampai sekarang jenuh memikir mengapa perlu 2 orang mamat ni letak pinggan kat bahagian terlarang. Lu orang boleh agak tak?

Gua tak boleh cakap lebih pasal dia ni. Bahaya. Yang gua tau, dia ni pandai buat puisi.

Yang atas ni gua tau mereka dah baligh. Jadi pandai-pandailah fikir dosa pahala masing-masing ye.

Amacam, agak cruel tak gua sabotaj gambar budak-budak Ehoza ni? Gua harap kalau ada yang nak caci ke, nak maki ke, nak marah ke, nak tinggal nombor henset ke, jangan lupa tinggalkan komen anda ya. Ish, dah pukul 5.00 petang ni. Mana boleh kerja lebih masa, nanti orang ingat nak bodek bos pulak. Gua balik dulu, nak main bola ni. Woi, pam bola ada tak?

12 comments:

  1. wakakakak~~~ gile la lu sabotaj gambar dorg... tapi, gua suka gak... hahahaha~~~

    ReplyDelete
  2. paling xleh blah gambar no.3 tu..gambar mamat+pinggan..dapat je lu tangkap bahan rujukan ye bro..hahahaha

    ReplyDelete
  3. eina:
    nape lu tak datang,gua baru ingat nak kenakan lu..hahaha!

    ekhsan:
    gua memang alert benda2 lucah ni...hahaha!

    ReplyDelete
  4. adehhh ada jugak pihak lawan nanti mengebom ko di sini....wakakakakkaka

    ReplyDelete
  5. woi..!!!

    hahahaha...tp gua mmg mushkil byk dgn pic yg last tu..cuma gua keberatan nak bwk perkara ni ke ahli lembaga pengarah yg lain..sbb gua agak terkesima melihatnya..

    ReplyDelete
  6. turf:
    bom la turf.gua boleh buat blog baru.bukan susah pun.dengan 3 langkah mudah saja.hahaha!

    kimmy:
    jangan dibawak kimmy.gua takut mereka2 ini akan disingkirkan.gua taknak la kita berpecah belah.lagipun takut mereka2 join pakatan lain.otromen lu sihat?hahaha!

    ReplyDelete
  7. chegu.. gua x pegi sbb gua tau lu akan kena kan gua.. hahahaha~~~

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. dan dan la lu eina...kalau dah tak nak pergi tu memang tak nak pergi jela...hahaha!

    ReplyDelete
  10. otomen sihat...weh..lu oandai mengecat?gua tny mat bangla & nepal kt sini mahal benor charge. otomen ni sebok suh gua cat proton PRIME gua tu kaler kunen..baru leh transform jd bumblebee katanya....

    ReplyDelete
  11. kimmy:
    gila lu hantar kat mat bangla ngan nepal,memangla mahal beb.diorang pakai matawang bangladesh ngan nepal,tu yang caj mahal tu.hahaha!

    ReplyDelete