Monday, June 15, 2009

Lu Orang Agak, Ada Cerita Lagi Sedih Dari Sembilu Tak? Kalau Ada, Gua Nak Bikin Filem Lah. Untung Untung Boleh Box Office.

Pada suatu tengah hari yang dingin. Err...gua tipu. Gila punya panas tengah hari tu. Mana ada dingin dingin. Masa tu tengah hari dah nak membawa masuk ke petang. Gua menuju ke dapur dan kelihatan mak gua dah siap masak. Lalu gua berkata.

"Mak, Iwan makan dulu ye. Jap lagi nak keluar. Kawan ajak main futsal. Jadi kena makan awal supaya taklah muntah muntah nanti." Gua bagi sedikit penjelasan.

"Ok." Eh, ringkas saja mak gua jawab. Ingat nak cakap panjang lebar.

Gua pun apa lagi, gua tuju ke periuk nasi jenama National. Gua senduk nasi agak agak dalam 2 senduk, tak penuh ya, gua nak jaga badan. Lepas tu gua berpaling 360 darjah menuju ke meja makan. Gua angkat tudung saji, sekali...peh, sambal petai ikan bilis tu. Mak gua tau tau saja gua tengah mengidam nak makan petai. Ada telepati dengan gua la mak gua ni. Nafsu tengah bergelojak, gua sudu itu petai dalam 2-3 sudu jugalah. Kegemaran tu beb. Kena ambil banyak. Sebelum sempat gua menyuap, gua teringat sesuatu.

"Mak, makan mak," gua ajak mak gua.

"Takpelah. Mak tunggu abah."

Heh, gua orang Asia, adab sopan kenalah jaga. Gua pun makan. Eh, masih belum boleh. Gua baca doa dulu. Lepas tu gua pun makan.

***

Tin! Tin! Tin!

Tak seronok langsung bunyi hon kereta gua. Gua ingat nak tukarlah. Gua nak letak bunyi semboyan askar, tak pun bunyi unggas unggas, ataupun bunyi udang mengawan. "Ha! Ha! Ha!" Gua gelak dalam hati disebabkan lawak yang gua buat sendiri.

Kelihatan sahabat gua, Wan, keluar dari rumah dan terus menuju ke kereta gua. "Makin hitam lak mamat ni," getus gua sendirian.

"Ok, let's jom!" Jerit Wan sambil mengangkat tangan ke udara. Macam Nazi. Heh.

Gua pun sambung, "Ok, toilet." Kemudian kami pun gelak bersama sama.

Gua dengan Wan dalam perjalanan hendak bermain futsal dengan sahabat handai Ehoza. Dengar cerita, Ostad, salah seorang ahli Ehoza ada buat perlawanan persahabatan dengan cikgu cikgu sekolah. Tak sabar gua rasa nak tunjukkan kemahiran kemahiran gua. Lagipun, malam sebelum tu gua dah layan cerita Kickers sampai habis musim lah. Gerak geri animasi kartun tu gua dah simpan dalam kepala. Ayat ayat dialog kartun tu gua jadikan sebagai pedoman untuk menjadikan sumber motivasi gua.

"Heh, bersiap sedialah cikgu cikgu Shah Alam. Gua sudah bersedia mahu mengganas," bisik hati kecil gua sambil menggengam bara api rokok.

***

"Weh kawan kawan. Ostad tak dapat datang. Cikgu cikgu tu pun tak dapat datang. Last minute diorang cancel." Decade yang memangku jawatan sebagai kapten bersuara.

"Apa?! Cilakak!" Gua menghempas stokin gua ke lantai. Kemudian gua sambung berkata, "Habis tu macam mana ni? Rugilah datang macam ni."

Suasana senyap seketika.

***

Tang! Ketang! Ketung!

Kami semua sewa gelanggang futsal selama sejam dan bermain sepak tiang gol sahaja. Untuk makluman, hanya ada 7 orang sahaja dalam gelanggang. Semua tampak gembira. Pasukan gua menang. Gua rembat kasi kena tiang dari jarak jauh. Cukuplah buat stok kasi rasa bangga diri.

***

Kesimpulannya, pada hari lebaran yang mulia itu, semua ternyata gembira dengan cara permainan futsal yang baru itu. Sepak tiang gol. Sebagai bukti, gua ada sisipkan beberapa helai gambar yang menyatakan betapa seronoknya permainan pada hari itu. Gua harap, lu orang dapat sama sama merasai apa yang sahabat sahabat Ehoza ni rasa ya.

Senju (kiri) dan Mini (kanan) kelihatan begitu seronok sehingga tershuffle shuffle.

Gua cuba memadamkan api kemarahan gua dengan teknik meniup.

Kapten Decade kelihatan menangis kegembiraan. Niqiuez pula cuba menunjukkan wajah yang tenang.



11 comments:

  1. hohohoh.. bro.. gua faham kegembiraan lu memenangi game semlm... tambah2 plak dgn sepakan tiang lu.. walaupun gua xde di tempat kejadian... gua amat mamahami kebanggan lu bro bila lu berjaya buat rembatan maut...

    ReplyDelete
  2. hebat khayalan lu beb...
    tapi kalu lu sempat wat pom pom,
    mau gua buat rembatan lagi maut tu...
    hahaha!

    ReplyDelete
  3. adeehhh.. nyesal gua dtg lambat... nyesal gua x buat pompom utk tontonan lu org seme... kalo x, musti gua bleh tgk rembatan kencang lagi maut kan... rugi la gua cani...

    ReplyDelete
  4. cmane bunyi udang mengawan tu bro?
    cuba sexplain sket kat gua..haha..
    adeh! ade2 jela lu nie bro..
    tp yang ade2 tu la yang best..
    hahaha

    ReplyDelete
  5. eina:
    itula lu.
    kalau sudah janji pukul 4,datang tepat lah.
    ini dah la lambat.
    pastu selamba je datang sambil mkn gula2 kapas.
    kot ye pun,jemput2 la.
    hahaha!

    ekhsan:
    mana bole kasi tau.
    ni untuk 18 tahun ke bawah je.
    lu dah ke atas.
    hahaha!

    ReplyDelete
  6. udang mengawan? hahaha

    sembilu adalah drama yg sadis di malaysia..haha

    ReplyDelete
  7. basuh baju:
    cerita gua ni kategori sadis gak...
    tapi tak ada babak leleh leleh la...

    ReplyDelete
  8. bro.. lu org yg janji dtg kol 4 utk game..
    gua janji nk dtg kol 6.. tp, hati x sedap tu yg dtg awal sejam.. seb baik...
    tang gula2 kapas tu... bkn salah gua x jemput eh... tp, gua mmg saje xmo jemput sbb takut lu kene kencing manis plak nanti.. wakaka~~

    ReplyDelete
  9. eina:
    ces...
    gua takkan kena kencing manis...
    tambahan pula gua mengamalkan gaya hidup sihat...
    jadi kebarangkalian nak kena,sangatlah jauh...
    hahaha!

    ReplyDelete
  10. wakakkakakaka kekuciwaan yang tak terkawal la gamaknya

    ReplyDelete
  11. Turf:
    gua masih kawal...
    tapi decade ada semacam terguris la...
    itu pasal dia nampak terharu sikit...
    hahaha!

    ReplyDelete