Friday, June 12, 2009

Sebuah Cerpen Bersiri - 'Ibrahim, Afis & Sepasang Sepatu Futsal Oren

Chop! Chop! Chop!

Begitulah bunyinya kunyahan daripada 2 makhluk tuhan yang paling seksi pernah dilahirkan. Kelihatan mereka berdua begitu bersungguh-sungguh menjamu selera. Lauk yang disediakan pada hari ini untuk mereka tampak begitu enak sehingga mereka mengambil lauk 3 kali ganda lebih banyak dari biasa. Ada ura-ura mengatakan bahawa yang masak lauk itu adalah anak tauke katering tersebut. Boleh tahan lawa orangnya. Gayanya pula cukup lemah lembut dan mempesonakan sehingga mampu memikat mata yang memandang.

"Abe, makelah banyok sikit," masih terngiang-ngiang suara anak tauke katering itu di dalam gegendang telinga Afis. Lalu Afis dengan rela menambah nasi dan lauk dengan lebih banyak sehinggakan tray makanan itu terpaksa ditukar dengan yang baru disebabkan kehabisan lauk-pauk.

"Padan muka korang semua. Makanan yang si Wawa ni masak, hanya aku seorang sahaja yang boleh makan," getus hati kecil Afis seraya membuat pandangan ala-ala The Beast ke arah orang ramai yang memerhati.

***

"Kita nak buat apa malam ni Fis?" tanya Ibrahim sambil menjilat jari jemarinya yang dipenuhi nasi.

"Aku ingat nak pergi tengok wayang Terminator Celebration la," kata Afis yakin.

"Hah? Terminator Celebration?" Ibrahim buat-buat terkejut.

"Yelah. Betullah Terminator Celebration. Kenapa?" tanya Afis sambil bermain bucu katil.

"Apalah hang ni. Bukan Celebration la, tapi Salvation. Ha! Ha! Ha!" Ibrahim ketawa berdekah-dekah kerana berjaya mengesan kesalahan Afis. Sememangnya adalah satu kepuasan bagi Ibrahim jika berjaya mengenakan Afis.

"Ah, peduli apa aku! Hamlau betul! Sekarang hang nak ikut ke tak?" Tanya Afis garang.

"Hmm...aku ikutlah. Lepas Isyak kita pergi ye." Kata Ibrahim sambil menunjuk ke arah jam untuk memberitahu waktu Isyak semakin hampir walhal, solat Maghrib pun belum dia laksanakan lagi.

***

"Woi! Cepat la siap, aku cepuk nanti!" Bentak Afis mengganas. Geram dia dengan kelakuan Ibrahim yang suka melewat-lewatkan waktu itu. Orang lain sudahpun siap berpakaian kemas, tapi dia masih lagi menyelimuti tubuhnya dengan sehelai kain pelikat dan tidak berbaju.

"Yelah. Kejap," lantas Ibrahim bangun menuju ke almari. Dicapainya sehelai t-shirt kolar bulat berjenama 'Tomei' dan sepasang seluar slack berwarna coklat muda.

"Baru nampak macam brader-brader," ujar Ibrahim sendirian sambil tersengih.

No comments:

Post a Comment