Tuesday, August 18, 2009

Terima Kasih Tiang!

Di atas bantuan 'Tiang', Rooney berjaya menjaringkan gol kemenangan semasa menentang Birmingham di Old Trafford. Terima kasih 'Tiang'.

Gua nak belanja 'Tiang' sirap selasih.

Ow, sekadar makluman. M.U kalahkan Birmingham City 1-0.

"Terima kasih 'Tiang'!" - Wayne Rooney

Kelincahan kaki gua yang tiada tolok bandingan. Namun begitu gua dikeluarkan pada minit ke 15 akibat jerawat di hidung gua pecah. Darah tak henti henti keluar.

Masih cuba mencari cari rentak permainan yang sempurna. "Gua tak fit lagi. Kalau dah fit, hat-trick tu tak ada masalah punya." - Micheal Owen

Saturday, August 15, 2009

Bahang EPL Sama Seperti Bahang Semasa Memasak! Panas!

Gambar candid yang diambil semasa meraikan kemenangan bersama Manchester United. Gua ketika itu sedang mengusha makwe makwe yang berkeliaran. Seksi seksi belaka!

Selaku penyokong setia Manchester United dari tahun 1998, gua berjanji akan menghadap televisyen untuk menonton kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran gua ini. Diharapkan agar M.U mampu menggondol piala yang dirasakan penting sebanyak mungkin. Semoga Pakcik Fergie mampu memikirkan strategi strategi yang sesuai agar M.U tidak kelihatan lemah pada pasukan lain.

Woi! M.U main hari apa? Pukul berapa? Gua nak bayar bil Astro ni, dah kena potong la pulak! Harap masih sempat.

Thursday, August 13, 2009

Api Itu, Tatkala Kecil Menjadi Kawan, Apabila Besar Menjadi Lawan. Bukan Lawan Yang Kena Sepak Terajang Tu!

Punca kebakaran di pejabat gua. Ada saksi mengatakan anak iblis main bunga api kat sini. Ada Sixth Sense kot saksi tu.

Ketua Jabatan (KJ) gua yang masih lagi bingung dengan kejadian yang menimpa. Untuk menghilangkan kebingungan, dia cuba bermain 'oh-som' dengan gua.

Walaupun api sudah padam, Irfan Dompet Mont Blanc masih cuba mengawal keadaan dengan menyembur ke arah longkang. Nak juga gua cungkil bibir dia bila tengok aksinya ini.

Walaupun hanya mempunyai Ijazah Kewangan Dengan Kepujian, Sukran Mat Jamil tetap cuba mengenalpasti sebab sebab kebakaran. "Mak aku cakap kalau baca selawat api boleh padam," ujar Sukran bersahaja.

Zizi Chulia (kiri) masih mampu berjoget kegirangan kerana berjaya memadam kebakaran yang berlaku secara live depan mata gua. KJ gua pula cuba menopup henset anaknya yang kehabisan kredit.

Dan akibatnya, gua dan rakan rakan terpaksa menetap di dalam bilik yang panasnya macam dalam sauna. Memang gila khinzirlah dia punya panas. Gua pun dah peluh peluh menaip ni. Macam Usain Bolt!!!

Tuesday, August 11, 2009

Bola Bola Kotaraya #2

"Woi Ravi! Kau pergi jaga situ. Aku nak sepak ni."

Pow!

Satu sepakan padu gua lepaskan.

Tap!

Botol itu berjaya ditangkap kemas oleh Ravi. Ravi ni orang India. Dia ni kira kawan baik gua jugalah masa darjah 6 dulu.

"Dey Izwan. Kau sepak slow sangatlah wei. Sepak kuat kuat la sikit," Ravi memberi kritikan tentang sepakan gua. Dia kata kurang sangat daya tujahannya.

"Nak buat macam mana Ravi, benda tu dah ringan. Tu jadi slow tu aku sepak," gua cuba mempertahankan cara sepakan gua.

"Kau tambahlah air. Biar berat sikit," Ravi memberi cadangan sambil mengenyit kepada Kalai Mary. Gadis pujaan Ravi.

Peh! Boleh tahan juga idea si Ravi ni. Tak sangka gua di sebalik rambutnya berkerinting tebal itu mampu menjana idea yang begitu bernas. Dengan pantas, gua terus berlari lari anak menuju ke tandas lalu gua isi air dalam botol sampai penuh.

"Ok Ravi, redi ok. Lepas ni mesti kau tak boleh tangkap, aku nak sepak kuat kuat ni." Ujar gua dengan nada yang begitu bongkak sekali. Ravi pula hanya tersengih dan sudah bersedia dengan kuda kudanya.

Gua mengambil 10 langkah ke belakang. Gua membuat gaya seperti David Beckham mengambil sepakan percuma. Masa tu, David Beckham popular lagi. Tapi sekarang, orang dah anggap Beckham tu macam nasi saja. Ada ok, tak ada pun ok. Sebab dah banyak sangat penggantinya.

Dengan larian yang begitu bersungguh sungguh dan meyakinkan ke arah botol air yang sudah berdiri teguh itu lalu gua lepaskan satu sepakan yang begitu hebat sekali. Kira boleh hasilkan gempalah juga.

Powww!

***

"Cikgu, atas kepala cikgu."

Guru besar cepat cepat mengelak.

"Siapa yang main ni? Kurang ajar betul! Kamu, pergi cari kat atas, siapa yang main. Nasib baik tiada yang mati." Arah Guru Disiplin kepada salah seorang pengawas yang sedang berhimpun di bawah.

***

"Nah, nah! Nak main lagi, ambil ni."

Cikgu Disiplin curah air atas kepala gua dan juga kepala Ravi. Dek kerana sepakan gua yang terlalu kuat, botol air itu terkeluar dari landasannya lalu jatuh ke bawah dan hampir hampir meremukkan kepala Guru Besar gua. Lokasi permainan ialah di tingkat 4. Jadi, lu orang boleh bayang la berapa laju botol air itu jatuh menjunam dan sudah tentu dapat mencederakan ataupun paling dahsyat memautkan Guru Besar gua. Peh, kalau maut, mesti menyusahkan pihak kementerian nak cari pengganti. Salah lu la Ravi suruh isi air, kan dah kena!

Monday, August 10, 2009

Cerita Itu Tidak Lakukah?

Hanya 12 orang sahaja yang menonton cerita 'Setem' pada hari Sabtu yang lepas.

Padahal, kerusi ada berpuluh puluh, nak sampai ratus ratus juga agaknya.

Tapi, dalam setengah jam selepas filem ditayangkan, ada 2 orang keluar.

Tinggallah 10 sahaja.

Peh.

Nampak sangat industri perfileman negara kita makin tenat.

Tak ada doktor ke yang boleh tolong ubatkan ni beb?

Ow.

Mungkin masing masing sibuk cari penawar H1N1.

Tu lagi bagus, fardu kifayah.

Saturday, August 8, 2009

Ini Kisah Seram! Jika Mengandung, Jangan Baca!

Tepat pukul 10.30 malam, tamatlah sudah waktu prep gua dan rakan rakan. Semua dah kelam kabut nak menuju dewan makan, nak sampai awal, takut kena beratur. Entah apa apa entah, kena beratur pun takut. Gua pun sama. Maka, beramai ramailah kami berlari menuju ke dewan makan sambil mengangkat tangan ke udara.

Namun begitu, ada juga yang tidak ghairah pergi ke dewan makan terus. Mereka terus menuju ke telefon awam yang terletak berhampiran dengan makmal kimia. Mungkin nak suruh mak bapak diorang masukkan duit dalam akaun BSN mereka kot. Dah habis la tu. Weekend ni outing pula. Jadi sumber kewangan perlu cukup dalam membeli komik ataupun stok stok rokok yang sering cepat kehabisan.

Sesampainya di dewan makan, kami hampa. Gua pun hampa. Budak budak tingkatan 5 dah datang dulu. Entah pergi prep ke tak. Lebur harapan gua dan rakan. Jadi, nak tak nak, kenalah beratur jugak. Masing masing dah macam pelarian Vietnam je gua tengok. Ada seorang budak tu siap pura pura jadi Bangladesh la juga sebab nak makanan lebih. Macam macam akal budak sekolah teknik ni.

Habis makan, gua dan rakan rakan pun terus meluru ke dorm kami. Dorm 10. Itulah nama dorm gua. Ada dalam 20 umat manusia duduk dalam tu, tidur dalam tu, salin baju dalam tu, main bola dalam tu, main hoki dalam tu, up budak dalam tu dan macam macam lagi. Hubungan sejenis saja tak pernah jadi. Kalau jadi memang gua pindah sekolah la. Tang up budak tu pula, gua memang tak into sangat, sebab gua ni jenis hati lembut, tak boleh nak belasah orang. Takut Allah balas 10 kali ganda pada gua. Bayangkan kena rimbuk 10 kali ganda kuat kat perut? Peh! Memang 10 kali padunya.

***

Jam dah pukul 12.00 malam. Malam tu betul betul kick dia punya dingin. Gua syak orang Eskimo pun tak boleh tahan dingin macam ni. Mau time tu juga diorang mohon jadi rakyat Kalahari.

Angin pula menderu deru dia punya kencang. Kadang kadang rasa macam tiupan Musang nak musnahkan rumah tiga ekor adik beradik babi. Serius kencang beb. Mungkin nak hujan malam ni kot, getus gua dalam hati cuma.

Gua pula malam tu mata pula tak boleh nak lelap. Gua pejam, tak juga lelap. Kemudian gua pejam kasi betul betul padu sampai mengetap gigi. Tak juga nak jadi. Ow, mungkin gua lupa pesanan mak gua ni.

"Wan, sebelum tidur jangan lupa baca ayat kursi, surah tiga Qul, bismillah 21 kali dan selawat 21 kali. InsyaAllah senang tidur dan tidak diganggu," macam tu lah gamaknya suara ibu gua yang bergema dalam kepala otak gua.

Gua pun bacalah. Masa tu hati dah rasa tenang, mata pun dah nak jadi kuyu kuyu. Elok saja nak masuk intro drama 'Mimpi Apakah Gua Malam Ini?', tiba tiba gua dengar sesuatu yang mengejutkan gua dari kelelapan. Ah sudah, binatang apa jadah pula yang kacau kacau ni.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi apa pula ni? Malam malam yang dingin ni memang ngam sangatlah dengan cerita seram. Tapi yang jadi tak ngamnya bila cerita seram ni berkait dengan gua pula sekarang ni. Ok, ok. Mungkin ini mainan perasaan gua je kot. Gua pun cuba bertenang dan kembali melelapkan mata.

Tap! Tap! Tap!

Peh! Bunyi lagi weh. Gua dah jadi panik campur seram ni.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Makin laju pula bunyi ni. Gua dah mula terfikir cerita cerita seram yang pernah gua dengar sepanjang duduk hostel ni. Hantu Nenek Jamban. Hantu Loker, Hantu Suzana, Hantu Bucu Katil dan macam macam jenis hantu lagi. Disebabkan teringat, tahap keseraman gua makin meningkat. Bulu bulu roma dah mula meremang lalu menembusi baju gua. Mata pun gua dah tak berani buka. Gua tutup kasi erat. Takut kalau buka mata, hantu hantu yang gua ingat tu semua dah berdiri depan gua macam nak baca ikrar pengakap.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Haih! Makin menjadi jadi pula bunyi benda ni. Agak agak la nak bersiar siar pun mambang. Belakang dorm gua juga lu nak jalan jalan. Pergilah taman tasik ke, Terminal One ke, Ocean ke ok la juga. Nampak educated sikit.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Eh, eh, eh. Makin kencang angin ni, makin pantas pula mambang ni berjalan. Dia mundar mandir ke? Munda mandir pasal apa? Gaduh dengan bini ke? Hutang dengan Along ke? Kereta kena tarik ke? Ah, apa jadah mambang pun ada masalah macam manusia ni? Tapi memang tak boleh jadi ni, kalau gua tak tidur malam ni, alamatnya esok pagi mau gua dapat line adidas kat betis percuma.

Gua kumpul segala kekuatan yang ada. Gua beranikan semangat yang kian lama kian luntur. Gua baca ayat kursi satu kali agar tiada benda yang mampu merasuk jiwa gua. Gua buka mata sedikit demi sedikit. Sedikit cahaya menerobos masuk ke dalam mata gua. Haish! Pedih. Tapi gua tahan juga. Lama kelamaan mata gua dah terbuka luas.

Hah! Mujur tak ada seekor pun hantu depan gua. Tak ada hantu loker, tak ada hantu jamban, tak ada hantu bucu katil dan apatah lagi hantu suzana. Gua menjadi sedikit lega. Gua usap dada perlahan lahan tanda lega.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Eh, ada lagi bunyi ni. Gua ingat dah habis. Haram jadah betul. Gua pasang telinga sekali. Gua amati betul betul dari mana datangnya bunyi itu. Masa tu dah tak fikir takut dah. Gua jadi berani semacam. Semuanya gara gara takut kena libas dengan Warden Oni.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Huish! Dari atas bunyi ni. Dengan keberanian yang ada. Gua kalihkan pandangan ke atas untuk melihat gerangan jahanam apakah yang buat bunyi macam tu sampai gua tak boleh nak tidur. Gua dah set dalam kepala nak paranawei je kalau nampak mambang yang permainkan perasaan tidur gua malam tu.

"Ah celaka! Papan polisterin je rupanya. Hampeh betullah!!!"

Rupa rupanya yang bunyi tap-tap-tap tu adalah bunyi hasil dari papan polisterin yang berlaga dengan besi apabila ditiup angin. Memang macam jahanam. Sebagai tanda protes, gua cepat cepat seterika milo 3 in 1 gua. Malam tu gua tidur lewat juga sebab makan biskut milo 3 ini 1.

Friday, August 7, 2009

Gua Nak Besajak Hari Ini. Nak Fight Dengan Kak Zeta. Bring It On Sister!!!

Ehem, ehem, ehem. Kasi betul kerongkong sikit.

Weh, weh! Gila apa betulkan kerongkong. Lu nak menaip, bukan mendeklamasikan sajak!

Owh, gua silap. Ok, gua taip ok.

Terimalah sajak dari gua.

Aku
Adalah aku
Kau
Adalah kau
Aku
Bukanlah kau
Kau
Bukanlah aku
Apabila aku bukan kau
Sudah tentu kau bukan aku
Jadi
Mana mungkin
Aku dan kau sama
Kernanya
Aku adalah aku
Dan
Kau adalah kau
Jadi
Aku sampai mampus tetap aku
Kau pun sampai mampus tetap kau.
Tapi
Aku belum mampus lagi
Kau?

Jadi amacam? Boleh lawan Kak Zeta tak rasa?