Thursday, August 6, 2009

Bola Bola Kotaraya #1

Petang tadi gua memang semangat gila nak main bola beb. Dia punya semangat sama macam bangun pagi nak pergi sembahyang raya dan duduk saf depan sekali. Gua seluk poket gua nak ambil henpon kemudian gua terus taip satu mesej yang berbau semangat bola yang begitu hebat sekali.

"Jom men bola ptg ni. Kul 6.15 petang. Hangpa x mai jaga. Aku rimbuk rusuk masing2."

Betul betul punya padu gua punya mesej ni. Gua kasi hantar kat Joi Blue, Sukran Mat Jamil, Irfan Dompet Mont Blanc, Onn Soley dengan Muzapar Gambang.

Tak sampai seminit, dah ada yang balas. Peh, respon yang cukup pantas. Gua tak jangka langsung. Gua baca mesej yang diterima.

"Anak haram! Dah nak mampos kot!"

Peh! Lagi solid Muzapar Gambang punya reply. Serius lebih semangat bola berbanding gua.

Petang tu yang datang hanyalah gua, Sukran Mat Jamil, Joi Blue, Onn Soley dan yang paling semangat, Muzapar Gambang. Irfan Dompet Mont Blanc je yang tak datang. Jadi esok tunggulah dia, gua rimbuk rusuk dia sampai lemah longlai nanti.

Sarjan - Jen

Kipas Susah Mati Pendekar Laut

"Aku panggil kau Jen jela mulai hari ini."

"Apahal kau nak panggil aku Jen lak?"


"Tu, pasal tu la. Yang kau lukis 3 paku kat lengan macam sarjan tu apahal? Sebab tu aku nak panggil kau Jen."


"Ow. Kau tau tak siapa yang lukiskan ni?"

"Siapa?"


"Naqib."

"Kau ni memang tak ada keje sangat dah kot."

Jen. Bukan singkatan nama untuk Jennifer, Jennemayah, Jenglot mahupun Jengka Pahang. Jen merupakan nama salah seorang sahabat gua semasa gua menuntut di universiti dulu (Ya! Gua penuntut universiti dulu, tak percaya ke?) Nama sebenar dia Firdaus Che Emri. Sedap bukan nama sebenar dia. Tapi, dengan menggunakan kuasa veto yang diberikan oleh gua sendiri, gua gelar dia ni Jen. Nak tau kenapa? Lu baca la dialog perbualan antara gua dengan dia di perawalan petikan ini. Jen yang memiliki wajah seperti meminta tendangan ini awal awal masuk universiti pun dah buat perangai pelik pelik. Nama pun universiti, jadi perangai kenalah universiti juga. Ini tidak, tamat saja orientasi, dia dah buat projek melukis tatu guna pen kilometrico. Katanya ni tatu mudah padam. Mujur gua tak sebilik dengan dia, kalau tak habis gua jadi mangsa kerahan untuk buat tatu kat lengan dia. Lengan sasa tak apa la juga, ini macam ranting bunga raya saja.

Naqib, ya Naqib. Inilah orang yang bertanggungjawab melukis tatu di lengan Jen. Jen memang pelik. Dia tak suka benda kecil kecil. Dia suka benda besar besar. Walaupun dia tidaklah sebesar mana pun. Macam gua cakap, macam ranting bunga raya. Jen telah mengarahkan Naqib supaya melukis tatu 3 paku yang melambangkan pangkat sarjan. Masa tu, gua dah syak Jen nak tubuhkan satu pertubuhan haram di mana dia ingin membuat rampasan kuasa di universiti tempat gua menuntut. Jadi, sebagai langkah awal, dia perlu melantik dirinya sebagai ketua pertubuhan dengan melukis lambang sarjan pada lengannya.

Alhamdulillah, mujur akal Jen ni tak panjang mana. Tatu 3 paku sarjan yang dibuat oleh Jen tu sekadar hanya mahu menunjuk kepada orang ramai sahaja. Siap saja lukisan tatu nukilan Naqib, Jen berlegar di sekitar tingkat 5 untuk menunjukkan tatu sarjannya. Pada waktu itu kaki gua dah terangkat angkat nak terajang muka Jen ni, tapi syukur syaitan tak dapat hasut gua sepenuhnya. Gua batalkan niat gua cepat cepat. Seraya itu gua beristighfar. "Astaghfirullahalazim."

Jen jalan menuju ke arah gua. Dia tersengih. Gua sengih balik. Kemudian kami berbual. Biasalah, nak berkenalan dan nak cari kawan kan? Lagipun gua tak ada henpon lagi masa tu. Jen dah ada henpon. Jadi kalau gua nak call abah gua, boleh la pinjam henpon Jen, tak gitu?

Sembang sembang, tanya duduk mana, sekolah mana, matrik mana dan budak mana, persembangan ini meleret sehinggalah gua memberi gelaran 'Jen' kepada 'Jen'. Jen masa tu muka memang stok tak puas hati gila. Tapi gua kisah apa. Gua tak takut. Lagipun gua ada belajar ilmu paranawei. Kalau dia serang gua dulu, memang gua paranawei je rusuk dia.

Namun begitu, Jen akhirnya redha dengan nama gelaran tersebut. Gua dengan dia berkawan baik sehingga semester 4 dan pada semester seterusnya, hubungan gua dengan dia mula renggang. Masa tu, dia dah mula konsentret dalam pencariannya mencari isteri solehah. Memang gila babi punya mencari. 24 jam main sms tanpa henti semata mata nak dapatkan yang terbaik. Kawan kawan semua habis terabai beb. Nak sembang dengan dia pun bukan main susah. Sembang dengan dekan lagi senang gua rasa.

Tapi, usaha Jen ni memang berbaloi. Sekarang pun dia dah kahwin. Anak dah ada seorang. Perempuan kot. Kalau aku jumpa anak dia, memang aku nak cerita sangat pasal sejarah Jen dapat nama 'Jen' kat anak dia. Jagalah lu Jen!

Wednesday, August 5, 2009

Kau Ambra, Aku Kedondong. Berbeza Namanya, Tapi Sejenis Rupanya Kita.

Baru hari ini gua tau buah ambra tu sama dengan buah kedondong. Gua ingat Sukran Mat Jamil tipu gua. Kesian Sukran, gua dah cabut tali getah seluar bola dia.

Tuesday, August 4, 2009

Tan Hong Ming dan Gelak Tersembur



Disebabkan lakonan semula iklan ini yang dilakukan oleh gua, gua menerima habuan yang cukup sadis. Mulut Haji Rahim yang penuh dengan kuih karipap habis tersembur keluar dari mulutnya akibat gelakkan yang terlalu terbahak bahak melihat gua meniru semula gaya Tan Hong Ming. Gua juga dapati kuih kuih yang tersembur itu memasuki laju ke dalam mulut gua.

"Ptuih! Ptuih! Haji, masuk mulut saya haji." Dem betul.

Gua libas sedas tengkuk Haji Rahim sehingga dia tertunduk malu.

Ni salah iklan Tan Hong Ming la ni.

***

**

*

p/s: ayat serong menandakan gua menipu. Gila apa nak libas tengkok orang tua. Gua masih lagi pemuda yang berakhlak mulia beb.

Monday, August 3, 2009

Permulaan Bibit Bibit Penulisan

Ya, gua ingat lagi. Masakan gua boleh lupa beb. Untuk pengetahuan umum, gua sudah pun mula menulis secara komersial sejak gua bertingkatan 3 lagi. Tetapi, tidak ke mana sangatlah komersialnya. Sekadar bergerak dalam kelas 3 B gua sajalah. Dengan berbekalkan buku tulis High School Kajang gua, gua mula menghasilkan majalah tabloid gua sendiri. Buku tulis tu gua balut cantik cantik supaya tak adalah kantoi kalau cikgu gua nampak. Kalau mak gua tengok, tak adalah dia syak apa apa sangat. Jika mak gua tanya, gua jawablah ni buku pendidikan seni. Gua tulis tangan saja masa tu. Pada waktu itu, penggunaan komputer amatlah minima sekali. Jadi, pen tetap digunakan sebagai bahan percetakan utama.

Majalah tabloid pertama gua itu diberi nama 'Mestimatika'. Gua mendapat ilham untuk meletakkan nama ini apabila gua sering meminati majalah Mastika. Disebabkan itu, terhasillah nama 'Mestimatika' untuk majalah tabloid pertama gua.

Gua juga tidak akan sesekali lupa artikel pertama gua dalam majalah 'Mestimatika' gua ni. Artikel pertama gua yang bertajuk "Hanafi Indon" merupakan artikel paling terhits yang pernah gua nukilkan. Berebut rebut beb orang nak baca artikel pertama gua ni. Masa tu gua punya bangga jangan cakaplah, memang awesome gila beb. Artikel "Hanafi Indon" ini mengisahkan tentang kad pengenalan yang dimiliki oleh sahabat gua iaitu Hanafi di mana gambar kad pengenalannya ada sepasang misai sedangkan pada waktu gambarnya diambil dia baru sahaja berdarjah 6. Jadi mana mungkin dia mampu ada misai. Tambahan pula, semasa gambarnya diambil, dia memakai baju batik. Maka, atas sebab inilah gua telah menghasilkan artikel "Hanafi Indon".

Walaubagaimanapun gua sudah kehilangan majalah tabloid pertama gua ini. Kalaulah gua ada lagi majalah terbitan gua ini, mesti dah lama gua tepek dalam ni beb. Ada macam macam lagi artikel yang gua hasilkan dalam majalah tabloid pertama gua ini. Gua pun jadi terfikir, kalaulah gua dah tau kewujudan blog pada masa itu, mesti dah lama gua hasilkan laman blog 'Mestimatika'.

Supaya tidak menghampakan lu orang yang mungkin tertanya tanya bagaimanakah cerita "Hanafi Indon" itu, gua kasi lekat gambar sahabat gua yang bernama Hanafi ini.

Inilah Hanafi. Hanafi orang Malaysia. Hanafi bukan orang Indonesia

Gambar sumbangan Friendster Hanafi.

Sunday, August 2, 2009

Serius, Serius Dan Serius

10 cara nak jadi penulis yang baik:
  1. Tulis
  2. Tulis lagi
  3. Tulis banyak lagi
  4. Tulis lagi banyak lagi
  5. Tulis semasa lu orang tak mahu
  6. Tulis semasa mahu
  7. Tulis semasa nak luahkan sesuatu
  8. Tulis semasa lu orang tidak menulis
  9. Tulis setiap hari
  10. Tulis terus menerus
Disebabkan nasihat di atas gua menulis dan akan sentiasa menulis walaupun gua kekeringan idea. Bukanlah kering sangat, ada jugalah sikit sikit lembapnya.

Kekeringan

Saturday, August 1, 2009

Mandinya Gua Di Sungai Tekala

Air Terjun Sungai Tekala. Peh, nama pun dah mantap semacam saja. Tu belum pergi tengok tempatnya lagi. Air Terjun Sungai Tekala ni memang thrill gila beb. Gua syak lagi thrill dari Air Terjun Niagara tu. Entah dah berapa juta rakyat Malaysia mandi kat sungai ni weh. Gua, masa kecik kecik dulu memang selalu sangat datang mandi kat sini.Mujur gua kecik lagi masa tu, kalau tak memang dah mandi wajib je kat situ.

Sungai Tekala nama diberi. Siapa yang beri gua pun tak tau. Gua pun sampai sekarang masih tak dapat merungkaikan misteri mengapa ada orang bagi nama Tekala ni. Nasib masa gua SPM dulu, pihak kementerian tak keluarkan soalan tanya pasal nama Sungai Tekala ni. Kalau tak jenuh gua nak jawab. Mau dua jam setengah habis masa kat soalan tu saja.
Justify Full
Abah gua, kalau dah buat pengumuman yang gua dan satu keluarga akan merombong ke Sungai Tekala memang jadi tak senang duduk gua beb. Dia punya seronok memang solid la. Sebelum pergi ke Sungai Tekala, gua kena la training berenang dulu. Jadi, sebagai latihan berenang, gua sumbat lubang air dengan kain lepas tu gua buka paip air kasi bilik air dilimpahi air. Bila gua dah agak agak paras dalam air tu macam boleh buat kuak lentang, gua tutup pili, dan gua mulakan latihan. Oleh kerana gua berlatih dalam masa yang agak lama, mak gua mula syak gua buat aktiviti tak berfaedah. Abah gua masuk bilik air tengok. Nah amik, kantoi beb, kantoi! Muka abah gua jadi merah pemadam kebakaran.

Pang!

Satu lempangan berbisa yang bisa menghentikan latihan gua berenang dalam bilik air. Gua nangis sebentar. Pedih wo! Namun begitu, itu semua tidak langsung mengganggu gugat keseronokan gua untuk berekreasi petang itu di Sungai Tekala. Gua masuk bilik, gua berdiskusi pula dengan abang abang dan adik adik gua. Macam perkara yang kami bincangkan. Benda paling hot yang dibincangkan ialah, apakah teknik teknik yang akan digunakan untuk terjun di sungai nanti. Macam macam teknik dibentangkan. Contohnya, balik kuang, terjun badan tegak, terjun cangkung, terjun kaki peluk lutut, terjun tutup hidung, terjun kepala dulu dan pelbagai lagi jenis terjunan yang kami cuba fikirkan.

Gua juga sering berdoa agar cuaca cerah hingga ke petang. Masa tu gua memang berharap sangat peribahasa 'ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari' tidak akan menjadi kenyataan. Gila lu! Kalau jadi betul, terbantut rancangan gua. Gua punyalah bimbang sampaikan selang lima minit gua pasti akan melihat keadaan awan di luar rumah. Nak tengok mendung ke tak. Kalau mendung, gua cuba tiup awan di pergi ke tempat lain. Biar hujan kat tempat lain. Tapi sampai ke hari ini tak pernah jadi! Nampak sangat gua tak ada masa depan yang cerah dalam karier bomoh hujan ni.

Masa nak pergi pun dah tiba. Gua, abang abang gua dan adik adik gua semua dah terkinja kinja masuk dalam kereta. Gua juga akan pastikan gua takkan lupa membawa perkakas yang paling penting iaitu, seluar pendek. Tak ada seluar pendek ni, alamatnya, duduk tepi la beb. Gila apa pergi sungai tapi tak mandi. Macam PM Najib tanpa One Malaysianya.

Perjalanan ke Air Terjun Sungai Tekala ni tak memakan masa yang lama, dalam 45 minit saja. Masa tu gua duduk kat Kajang lagi. Sekarang kat Perak. Cait! Lagi haram jauhnya. Sepanjang perjalanan, gua pun tetap boleh jadi tak senang duduk. Bukan pasal seronok, tapi pasal memikirkan keadaan cuaca. Kalau mendung, gua cuba juga tiup awan tu pergi tempat lain. Tapi memang takkan berjaya. Tapi apalah budak kecik tau pasal putus asa. Usaha meniup tetap diteruskan.

Petanda yang menunjukkan Sungai Tekala semakin hampir ialah apabila kereta abah gua melintasi kawasan perkampungan orang asli Semenyih. Masa tu gua, abang abang gua dan adik adik gua dah jadi mula kucar kacir dalam kereta. Menjerit. Melompat. Berhigh five. Dan macam macam lagi acara yang berlangsung yang menonjolkan keseronokan kami.

Sesampai je kat tepi sungai, baju mula dibuka. Masa tu gua nak juga buka seluar, tapi mujur nilai akhlak gua tinggi. Mana taknya, gua kan penuntut sekolah agama. Jadi, kenalah berakhlak. Ye tak?

Ceboosh! Kaboosh! Haboosh!

Hambik! Gua, abang abang gua dan adik adik gua semua terjun sekaligus. Rasa macam terjun berirama kategori olimpik saja. Gua kasi kuak dada dengan kuak kupu kupu sekali. Abang gua cuba menerapkan teori teori fizik dengan melakukan daya apungan. Adik adik gua hanya bermain di kawasan yang cetek sahaja. Mak abah gua pula hanya memerhati dari tebing sungai. Habis tu, takkan gua nak suruh menari hindustan pula?

Tapi, sepanjang gua pergi ke Sungai Tekala, teknik terjunan balik kuanglah yang kami adik beradik tak pernah buat. Masing masing takut patah tengkuk, sangkut kat pokok, kepala kena batu, kaki krem dan sebagainya. Yang lain lain semua kami dah buat. Apa apa pun, yang gua nak cakap kat sini, Air Terjun Sungai Tekala ni la yang masih bertakhta di dalam hati gua sampai sekarang sebab kat sungai ni la yang ajar gua cara berenang yang betul. Walaupun dah ada macam macam sungai kat sini, tak ada satu pun yang masih boleh merampas takhta Sungai Tekala ni dalam hati gua. So amacam, nak ikut gua mandi Sungai Tekala tak nih?