Wednesday, July 28, 2010

Jenuh Juga Gua!

Rasa macam dah lama gua tak kemaskini blog ni. Kalau kira blog ni rumah, mesti dah macam macam jenis setan masuk lepak lepak. Lepas tu mungkin bukan lepak saja, mesti minum milo gua ke, makan biskut ke, tumpang tidur atas toto gua ke, tumpang berak, mandi dan sebagainya. Tapi kalau blog ni rumah la. Mujur ia bukan sebuah rumah. Jadi fikiran tentang setan melepak tu tak ada sama sekali la.

Sebenarnya gua agak sibuk sekarang. Masa nak buka laptop pun tak berapa nak ada sangat. Feel memang hilang terus. Semangat tak ada langsung. Tak macam awal awal dulu buka blog. Tiap minit rasa macam nak buat entri baru saja. Mana taknya, idea bercambah brader! Sekarang, seminggu sekali pun susah nak datang idea. Cilakak!

Gua tengah sibuk buat rancangan mengajar. Jika selama ini gua guna komputer saja nak buat, sekarang kena tulis tangan. Gila babi banyak weh! Selama ni dok mengharap kat teknologi, sekarang, gua kena hidup kembali kuno. Tulis tangan ni penat brader. Mata dah naik stim stim bila dah penat sangat. Tangan pun menggeletar macam parkinson. Tu yang bila nak mencebok datang susahnya.

Ni semua gara gara tuntutan praktikal perguruan gua. Nak tak nak, kena juga tulis. Ada juga gua minta izin penyelia gua nak guna komputer. Dia jawab boleh, tapi kalau markah rendah jangan salahkan gua. Dari tersenyum masa tanya terus jadi muka macam nak berak. 120 rancangan mengajar gua nak tulis, satu rancangan mengajar makan sampai 4 mukasurat. 120 darab dengan 4, dah 480 mukasurat. Gila babi! Ini macam dah boleh tulis novel ala ala Lagenda Budak Setan (bukan Lagenda Budak Buncit, tu jenis buat tukun punya benda je). Tulis tulis, untung untung boleh buat filem. Kasi pecah panggung RM20 juta macam Dr. Rozmey (Doktor paling konfiden pernah gua jumpa setakat ini).

Walaupun dugaan menulis ini begitu hebat, ia seakan akan memberi impak positif kepada gua juga bila mana otot otot tangan gua macam dah menaik, dah berketul. Dah macam nak iras iras lengan Abang Sazali Samad. Tanpa membuang masa, terus gua mencium lengan gua gaya Big Poppa Pump!

Abang Big Poppa Pump mencium lengannya!

Thursday, July 22, 2010

Ganu Kite!

Woh! Gini deh. Mulai sok, gua akang ke ganu. Abang gua kahwing nih. Sebagai orang peting, gua kene gi jugok deh. Dok gi, mapuh gua. Nanti, bapak gua maroh weh! Gi Ganu ni beh jugok. Leh beli kopok losong ko, main dang dua tige papang ko dan macang macang lagi la.

Bila nok gi ganu ni teghuh ghaso nak nyanyi lagu Saleem weh!

Na...na...na...Ganu kiteee! Woi! Woi! Woi! Ke laut weh!

Monday, July 19, 2010

Sila Ambil Perhatian. Mungkin Ini Jadi Punca Banyak Kes Buang Bayi.

Sebagai permulaan. Gua bagi tafsiran dulu ok.

Zina (bahasa Arab: الزناء‎) adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan (hubungan seks) yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri.

Berjimak ialah hubungan seks yang dilakukan antara suami isteri yang sah.

Orait. Sekarang kita sambung cerita.

Waktu tu dah petang. Gua baru balik kerja. Badan penat penat. Duduk atas kerusi, cari cari butang. Kemudian, baru gua sedar, gua bukan ada pun kerusi urut. Gua jadi pasrah. Bila pasrah, gua masuk bilik air ambil wuduk. Gua solat Asar. Masa tengah solat gua dengar suara kawan gua, Kodin. Dem, nampak sangat tak khusyuk solat gua. Tapi nak buat macam mana, Kodin kalau bersembang memang tak sah suara tak kuat. Macam guna mikrofon bercakap!

Habis baca doa, terus gua keluar salam dengan Kodin. Kodin tengah sibuk sembang dengan housemate gua, Ajabari. Kodin rancak berbual tentang trip dia ke Sabah baru baru ni. Katanya dia dah serik nak pergi lagi. Gua tak berapa nak layan sangat, sebab mata lebih tertumpu layan game PES.

Suasana tiba tiba jadi hening seketika. Ajabari dan Kodin berhenti berbual.

Kemudiannya, Ajabari bagi soalan yang tak pernah gua terfikir untuk tanya kepada Kodin.

"Hang pernah berzina tak Kodin?" Tanya Ajabari dengan muka kehairanan.

"Apa pulak tak pernah. Mestilah pernah. Dah 3 tahun dah weh!" Kodin menjawab dengan muka bangga nak mampus.

Gua pause game PES dan terus memandang muka Kodin. Ajabari pun pandang muka Kodin. Kodin masih lagi buat muka bangga nak mampus. Gua bagi isyarat pada Ajabari untuk membetulkan semula keadaan. Lalu, gua kembali sambung bermain PES. Ajabari menyedut nafas dalam dalam, seraya itu berkata dengan kuat.

"Itu bukan berzina Kodin, itu berjimak! Hang tu dah kahwin, orang tak panggil berzina!"

Kodin mengekeh ngekeh gelak. Tapi muka tetap tahan bangga. Boleh tahan juga tahap konfiden Kodin ni ye dak?

Friday, July 16, 2010

Sejak Akhir Akhir Ini

Sejak akhir akhir ini gua selalu mengalami sakit sakit belakang. Bangun pagi saja mesti sakit belakang. Gua syak malam malam mesti gua bertukar jadi serigala jadian macam Jacob (Twilight) lawan pontianak, tapi malang, gua tak sedar langsung. Kalau gua sedar, seronok juga merasa meratah orang. Tapi yang paling best, kain pelikat gua tak pernah pula koyak rabak bila bertukar.Eeuuii!

Monday, July 12, 2010

Cantik

Mat Jep dan Atok adalah kawan sejak dari sekolah menengah lagi. Kini mereka berdua menyambung pengajian di kolej matrikulasi yang sama. Mereka juga kini berkawan baik berbanding sewaktu di sekolah menengah dulu bilamana kalau berjumpa mereka setakat mengangkat kening sahaja tanda persapaan.

Waktu kala itu baru lepas maghrib. Kebetulan Mat Jep dan Atok yang tiada apa apa tutorial yang perlu disiapkan, mereka melepak di katil Mat Jep.

"Weh, Kristin Kreuk tu lawa gak kan?" Mat Jep memulakan perbualan.

"Celah mana lawa, aku tengok biasa biasa je," Atok membalas.

Kening Mat Jep sedikit mengerut. Tak puas hati.

"Sial! Kristin Kreuk tu lawalah. Hang ja yang tak nampak. Entah entah hang buta pa?"

Atok tersentak. Tiba tiba Mat Jep menyialkannya.

"Sial la hang! Lawa celah mananya. Muka dah la cengkung!" Atok meninggikan sedikit suaranya. Tangannya pula digenggam erat. Mana tau kalau kalau Mat Jep mahu mula menumbuk.

Hati Mat Jep jadi membara. Pantang kalau ada orang mengejek artis kegemarannya.

"Sial betullah! Kalau dia tak lawa, siapa lak lawa? Cakap main lepas ja."

Atok tau ada orang lagi lawa dari Kristin Kreuk yang kafir itu. Atok memang tau.

"Siti Nurhaliza. Dah la Melayu, ayu pulak tu. Pipi pun gebu. Tak macam Kristin Kreuk. Nama pun dah macam bunyi orang kuak pintu, 'kreuuukkk'," ujar Atok sambil mulutnya membuat sound efek pintu terkuak.

"Sial hang! Kristin Kreuk la lawa. Siti dah la selebet!" Mat Jep semakin emosi.

"Hang la sial. Sokong kapir!" Atok pun menaik juga emosinya.

"Sial!" Jerit Mat Jep.

"Hang pun sial!" Balas Atok.

Kedua dua mereka bangun seperti mahu mula menumbuk. Tiba tiba terdengar suara sayup dari belakang.

"Ala, dua dua perempuan tu kalau berak muka buruk gak weh! Cuba bayangkan muka diorang meneran!"

Mat Jep dan Atok saling berpandangan lalu terbayangkan muka Kristin Kreuk dan Siti Nurhaliza sedang berak.

"Ya rabbi!"

Kedua dua mereka menjerit serentak lalu berlari ke tandas menahan terjeluak.

Friday, July 9, 2010

Abang Sabri Yakin Lagi!

Ok, cukup sudah cerita pasal Piala Dunia. Kalau tiap hari cerita boleh jadi bodoh macam Argentina. Sayur. Jahanam. Celaka.

Kali ni gua nak cerita pasal Abang Sabri. Ala, Abang Sabri ni gua dah pernah cerita dalam entri kat bawah ni. Tapi sikit sajalah, tak banyak. Kali ni gua cerita banyak sikit. Abang Sabri ni orang veteren. Bukan veteren perang tu. Tapi umur nak sampai 40 dah. Tak macam gua, awal 20-an lagi. Anak ada dua Abang Sabri ni. Gua tengok Abang Sabri ni seorang 'family man'. Pernah sekali dia tunjuk video dia main main dengan anak anak dia. Dia jadi Ultraman, anak anak dia jadi raksasa. Teruk juga gua tengok Abang Sabri kena pijak perut. Tapi Abang Sabri rilek saja. Janji anak anak senang hati. Memang 'family man' lah Abang Sabri ni.

Abang Sabri ni, disebabkan dia veteren, cerita cerita pengalaman dia memang banyak. Cerita dia pernah jadi penjual keretalah, pegawai banklah, tukang kebunlah dan macam macam lagi. Tapi sekarang dia dah settle down jadi cikgu macam gua.

Abang Sabri kalau bercerita, tahap keyakinan dia memang tinggi. 100%. Kalau dengar memang boleh bawa percaya. Sebabnya, Abang Sabri ni kurang menipu. 'Family man' lah katakan. Lagipun dia tahu, umur umur senja macam dia agak tidak sesuai menipu, lebih sesuai bertaubat dan mendekatkan diri kepada tuhan.

Semalam gua lepak lepak dengan Abang Sabri kat kedai mamak. Kami berdua saja. Bila lepak, macam macam cerita keluar. Cerita pasal orang itulah, orang inilah dan pelbagai lagi. Sekali sekala borak kami henti seketika bila gadis gadis berpakaian sendat lalu dihadapan kami. Family man, family man juga, nafsu mata kena layan juga sekali sekala.

Kemudian kami masuk sembang sembang pasal filem filem yang tengah hangat ditayangkan di Malaysia sekarang. Abang Sabri yang masa tu baru lepas hirup kopi o panas bertanya kepada gua.

"Hang dah tengok Toyota Eclipse tu tak? Ala, certia pasal vampire lawan werewolf tu. Tengok prebiu macam best weh!"

Sekali lagi tahap keyakinan tinggi Abang Sabri memakan diri. Bukan Toyota Eclipse lah Abang Sabri, Twilight Enclipse la brader! Abang Sabri, Abang Sabri...

Thursday, July 8, 2010

Abang Sabri Yakin

Masih dalam suasana Piala Dunia. Hari apa, pukul berapa, gua dah tak ingat. Yang gua tau masa tu game antara Switzerland dan Sepanyol akan berlangsung. Masa tu juga gua tengah kursus, jadi, terpaksalah cari mana mana mamak untuk menonton perlawanan bola sepak ni.

Kawan kawan yang biasa menemani gua seperti Sukran Mat Jamil, Ad Katak dan Apis Morita semua tak ada masa tu. Entah pergi mana pun gua tak tau. Lagipun budak budak tu bukan minat bola sangat, kalau ajak tengok nanti buang masa saja. Sia sia saja diorang ajak balik awal nanti. Merengek rengek pula tu. Macam budak kecil. Benci!

Disebabkan partner in crime gua semua tak ada, terpaksalah gua mencari kawan kawan yang lain. Yelah, takkan gua nak pergi tengok bola seorang diri kot? Gila tak kool langsung. Nampak sangat macam kera sumbang. Orang yang kool ialah orang yang keluar lepak lepak dan ada kawan kawan bersamanya. That's cool!

Cari punya cari, jumpa juga 2 orang kawan gua ni. Seorang nama Sabri. Seorang lagi nama Badrisham. Dua dua brader ni umur memang dah veteren. Nak dekat 40 tahun dah pun. Tapi perangai macam budak budak juga. Terutama sekali Sabri tu. Kadang kadang perangai lagi teruk daripada gua. Diorang ni setuju saja bila gua ajak tengok game Switzerland lawan Sepanyol. Kebetulan pula diorang tak ada kerja sangat nak kena buat.

Gua pun, sebagai tukang ajak, terpaksalah gunakan kereta gua. Lagipun kereta gua memang dah jadi kereta rasmi untuk bawa orang sepanjang kursus ni. Tanpa membuang masa, gua terus memecut ke sebuah kedai mamak di seksyen 15 Bangi. Kedai ni agak tersembunyi. Orang pun tak berapa ramai. TV pula HD. Peh! Boleh gua tengok peluh peluh player, rumput rumput yang berserakan, memek muka yang berkesan dan menjahanamkan dan sebagainya.

Sampai saja di kedai mamak tu, gua terus duduk port depan TV HD. Gambar memang clear brader! Game pula baru nak start. Player player baru berbaris nak nyanyikan lagu negara masing masing. Waktu tu, gua terbayang, bilalah lagu Negaraku nak berkemundang dalam Piala Dunia kan?

Seraya itu juga gua meng-order roti canai dan kopi o panas sebagai santapan dikala menonton bola. Huh! Piala Dunia ini memang boleh menggemukkan. Macam King! Sabri dan Badrisham pun tak terlepas daripada membuat pesanan.

Selesai mamak tu ambil order, player Switzerland baru nak nyanyi lagu kebangsaan mereka, dan tak semena mena brader Sabri bersuara,kuat,lantang dan berkeyakinan tinggi.

"Roger Federer main Switzerland la kan?"

Gua terkesima. Brader Badrisham dah duduk meja lain. Buat buat tak kenal brader Sabri.

Haram, teruk gak pengetahuan am brader Sabri ni ye. Tapi cakap konfiden tu tak tahan tu!

Hahaha! Puas Hati Gua Weh!



Tahniah buat Sepanyiol. Dan tahniah kepada fotografer kerana menangkap gambar yang begitu mencuci mata. Oh yeah!

Hahaha! Padan muka Jerman. Berlagak sangat!!! (Ok, sebenarnya ni gua tuju khas kepada kawan gua yang cukup eksen dengan Jerman ni. Habis semua pasukan dia kutuk. Cakap Jerman powerlah, mantaplah, team terbaik galaksilah. Sekarang, hambik ko!)

Wednesday, July 7, 2010

Meiji Suka Cakap Besar #1

Sekarang musim Piala Dunia. Kalau lepak lepak saja mesti sembang pasal Piala Dunia. Pasal pasukan tu lah, pasal pasukan ni lah, pasal kenapa Italy main macam kambinglah, pasal Felipo Melo main macam milo basilah, pasal Jerman punya taktik hebat bukan mainlah dan macam macam lagilah. Sekali sekala ada juga keluar cerita penyokong penyokong wanita pasukan masing masing yang berbarang baik. Itu sememangnya menimbulkan rasa stim dikalangan peminat bola sepak lelaki.

Waktu tu gua, Sukran Mat Jamil, Meiji dan Gajali Copra tengah lepak lepak dalam sebuah kedai makan. Seperti biasa, dalam musim Piala Dunia ini, topik perbualan kami lebih ke arah bola sepak. Masa tu tengah cerita pasal perlawanan antara Jerman dan Argentina. Cerita tentang betapa mudahnya Argentina disayurkan Jerman. Memang Argentina jadi sayur sekali malam tu. Gua yang begitu mengharapkan Argentina menang jadi sangat kecewa. Lebur.

Gua buka cerita dengan mengatakan malam tu gua layan bola seorang diri. Housemate gua semua tak ada. Seorang tu ada tanggungjawab sebagai suami dan perlu balik kampung. Manakala, yang seorang lagi sedang berpesta di tengah tengah ibu kota Kuala Lumpur. Harap dia tidak terjebak dengan perkara bukan bukan.

Sukran Mat Jamil pula menceritakan tentang betapa meriahnya menonton perlawanan bola sepak di Shah Alam. Kebetulan pula waktu itu dia pulang ke rumah isterinya di sana. Nak tengok bola kat rumah agak sukar kerana mak mentuanya ada di rumah dan sibuk menonton drama Melayu yang sekarang suka tayang plot plot cerita yang bukan bukan. Jenis cerita yang tak membina modal insan langsung. Sukran Mat Jamil cerita tengok bola kat luar memang meriah. Dengan sorakkannya, dengan riuh rendahnya, dengan warna warni jersi para penyokongnya, dengan air tumpah pasal meja kena hentak kuat kuat dan lain lain lagi.

Meiji yang memang popular dengan gelaran 'Brader sembang tak mau kalah' masuk menyampuk juga. Dia memang begitu. Tak boleh tengok orang lain letup sikit.

"Aku pun ada tengok kat luar gak. Memang ramai gila orang."

"Kau tengok kat mana?" Sukran Mat Jamil bertanya.

"Tak ingat lak aku kat seksyen mana. Ada aku tengok geng geng India tu siap bawak vuvuzela lagi. Bila Jerman skor je diorang tiup." Sambung Meiji.

"Bunyi macam mana vuvuzela tu?" Sukran Mat Jamil bertanya lagi dan kali ini dalam nada sinis.

"Takkan hang tak pernah dengar? Teruklah hang ni! Bunyi dia macam ni la. Preeet! Preeet! Preeet!"

Meiji jawab tenang dan muka memang kaber kool gila babi.

Sial! Bila pula vuvuzela tukar bunyi macam tu? Haram. Sembang memang jenis tak nak kalah langsung!

P/S: Untuk pengetahuan semua, vuvuzela tu bunyi macam langau. Gua pun taktau nak buat macam mana bunyinya. Nak dengar, pergi cari langau, pastu dengar sendiri ok?

Tuesday, July 6, 2010

Susah Susah

Hari itu memang panas gila. Menggila gila punya panas. Semut semut yang merayap rayap atas simen pun habis semua terkinja kinja sebab lantai simen terlalu panas. Dengan anugerah yang gua miliki, gua boleh dengar semut itu bersembang dengan rakannya.

"Lepas ni beli Crocs pa?"

"Gila hang! Mana ada saiz untuk kita!"

Peh, semut utara rupanya. Gua tergelak kecil sebentar. Lalu gua meneruskan perjalanan ke kedai runcit untuk mendapatkan air sejuk. Cuaca panas panas macam ni memang mari kalau minum air sejuk sejuk. Baru passion orang cakap!

Masuk masuk kedai, gua tengok ada auntie kedai tu seorang sahaja. Dia senyum pada gua, gua pun senyum balik. Walaupun auntie tu tak adalah cun sangat, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang tinggi budi pekerti gua balas juga senyumannya.

Gua meneruskan langkah ke peti sejuk. Buka peti sejuk, ada macam macam jenis minuman. Milo, Nescafe, Teh Kekwa, Soya, Cincau dan macam macam lagi. Arak arak saja gua tak pandang sebab itu ibu segala maksiat. Di sebabkan cuaca panas membara dan gua bukan nak minum untuk tambah tenaga, gua capai air tin teh kekwa. Air teh kekwa ni memang air faveret gua untuk kategori cuaca panas. Terbaiklah setakat ni air ni untuk hilangkan kepanasan.

Selepas itu, gua terus menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Auntie tu senyum. Gua pun senyum balik. Lalu auntie tu berkata.

"..."

Gua senyap. Gua pandang dia, dia pandang gua. Dia cakap lagi.

"..."

Gua dah mula buat muka kerut lain macam. Macam nak berak! Auntie tu pun cakap lagi.

"..."

Masa tu gua dah dapat tangkap apa dia cakap, seraya itu gua membalas padu.

"Aiya auntie. Wa melayu ma, islam. Mana tau cakap cina. Aiya!"

"Aiya, mana wa tau maa. Lu muka serupa cina juga. Soli, soli. Itu air seringgit enam puluh sen maa."

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berbilang kaum.

Monday, July 5, 2010

Guten Tag!

1. Thank and link the person that tagged you

Terima kasih Mak Cik Kimmy. Hidup gua kini lebih bermakna.

2. Tag 15 bloggers you’ve recently discovered and think fantastic

Semua yang gua nak tag dah Mak Cik Kimmy tag, habis tu, gua nak tag siapa lagi? Takkan gua nak ngada-ngada tag blog PM Najib kot? Masuk ISA lak kang!

3. Contact that blogs and let them know they’ve been tagged

PM Najib bizi katanya.

4. State 7 things about yourself

  • Perut six pack.
  • Memiliki wajah rupawan seperti aktor Korea.
  • Suara seperti buluh perindu. Sekali dengar, boleh bawa ke mimpi.
  • Pelupa sikit. Hari tu tertinggal jam kat tempat wuduk. Nak ambil balik, tengok tengok dah hilang.
  • Pandai memasak. Itu hari ada silap sikit. Sos tiram terlebih. Habis hitam nasi goreng bujang gua. Tak pasal pasal buang duit makan kat kedai. (Namun, perlu mahirkan diri dalam hal memotong bawang besar)
  • Mahir bermain bola dan memiliki gaya permainan Hidetoshi Nakata.

  • Rambut mesti ataupun wajib terpacak!
Setel juga buat benda benda tag ni. Siapa siapa yang kena tag tu, jawablah tag tu. Bukan apa, ini untuk eratkan silaturrahim juga. Nanti time raya, bolehlah ziarah menziarah blog masing masing. Jangan lupa lemang dan kuih muih serta biskut biskut masa datang menziarah tu ya. Duit raya pun bawa juga. Biarlah berlebih lebih sedikit ya. Haram! Apahal gua tiba tiba jadi semangat berhari raya ni? Dem!

Sunday, July 4, 2010

Barai dan Berkarisma


Kalau dibandingkan dua gambar di atas, mesti kita boleh sedia maklum siapa yang lebih kacak, lebih kemas, lebih berpersonaliti dan lebih berkarisma bukan? Di sini juga kita akan sedia maklum juga jika kedua dua jejaka di atas cuba berebut mendapatkan seorang gadis, pasti lelaki pada gambar pertama akan menawan gadis tersebut kerana kelebihan yang dimiliki. Sama juga dalam permainan bola sepak. Gaya permainan bola sepak yang bermutu tinggi, bertaktikal, berkarisma dan memiliki semangat juang yang tinggi pasti dapat memenangi permainan tersebut.

Maka, dapatlah kita rumuskan sesuatu di sini.

Maradona = Barai!

Joachim Loew = Berkarisma!

Orang berkarisma tak ada buat perangai ngada ngada nak berlari bogel kalau menang Piala Dunia macam Maradona tu. Macam Joachim Loew cakap, "We are underdogs but never forget about us!" (sudah dialih bahasa dari bahasa Jerman). Ini baru lelaki berkarisma, baru brader brader!

Namun begitu, gua kempunan nak tengok gadis ini berlari bogel. Sebabnya, Paraguay kalah! Dem! (Cuba cari henpon tersembunyi dalam gambar ini. Sila jawab dalam ruangan komen)

Saturday, July 3, 2010

'Joga Bonito' + 'Total Football' = Macam Butoh!

Malam tadi memang malam yang agak celaka jugalah bagi gua. Team faveret gua dah terkeluar dari aksi Piala Dunia 2010. Out. Bungkus. Gulung tikar. Macam haram! Aksi aksi menarik yang dipamerkan bermula dari aksi dalam kumpulan menunjukkan Brazil mampu merangkul Piala Dunia buat kali ke-6. Menang dengan Korea Utara dan Ivory Coast serta seri dengan Portugal yang ada player konon bertaraf bintang tu menunjukkan Brazil ada pasukan pilihan untuk menang Piala Dunia 2010 ni.

Tapi malang, malam tadi memang menjawab segala ramalan yang mungkin ada diramalkan oleh pakar pakar bola seluruh dunia termasuk gua. Termasuk juga Sotong Tukang Tilik yang ada kat Jerman sana tu. Tapi jangan percaya sangat. Membawa syirik nanti.

Perlawanan menentang Belanda memang satu pertembungan yang klasik. Sepanjang 3 pertemuan dalam Piala Dunia sebelum sebelum ini, Belanda tak pernah menang. Dengan mengharapkan badi Piala Dunia yang lepas lepas, diharap Brazil akan menundukkan Belanda.

Separuh masa pertama Brazil sememangnya mempamerkan permainan yang memukau mata, jiwa dan perasaan. Bukan sahaja cara permainan Brazil, malah gadis gadis latin Brazil turut memukau mata gua. Sedap rasa dapat cuci mata. Gandingan Robinho dan Kaka yang menghasilkan gaya permainan 'Joga Bonito' betul betul buat barisan pertahanan Belanda kucar kacir. Akibatnya, minit ke 10 Robinho telah menjaringkan gol pertama buat Brazil. Hantaran cantik daripada Felipe Melo dari kawasan tengah disudahkan dengan tenang oleh Robinho. Memang tergamam gua bila tengok. Gadis gadis Brazil yang menonton habis teruja. Melompat lompat mereka. Gua pun jadi tergamam tengok mereka sambil anak mata melirik nakal.

Jadi, apa gua boleh cakap, sepanjang separuh masa pertama, Brazil memang menguasai permainan dengan cara 'Joga Bonito'. Belanda terkial kial juga nak kekang.

Kurang kawalan emosi dah mula nampak waktu ini.(Gua bajet Robinho cakap 'Fuck off!' kat Van Bommel waktu ni)

Separuh masa kedua, Belanda macam dapat semangat. Entah datang dari mana semangat tu datang gua pun tak tahu. Agak agaknya jurulatih Belanda ada cium pipi seorang demi seorang pemain pemain Belanda untuk menaikkan motivasi mereka. Ataupun ada gadis gadis berdada besar menunggu dalam bilik persalinan mereka untuk memberi semangat.

Van Bommel kena pijak tang 'bebird'. Tu lah, main emosi sangat!

Gandingan Wasley Sneijder dan Arjen Robben pada separuh masa kedua memang menjadi. Brazil pula jadi kelam kabut. 'Joga Bonito' pun dah hilang entah ke mana. Yang gua tau malam tadi gua banyak sebut 'Butoh' sepanjang separuh masa kedua berlangsung. Wesley Sneijder ni gua cukup risau dengan rembatan dia. MasyaAllah padu! Tepat pula tu. Robben, tak payah cakaplah. Gentel gentel dia memang terbaik. Kadang kadang bila tengok dia gua rasa dia ni macam ada darah Brazil saja. Memang 'Joga Bonito' bila tengok.

Episod malang Brazil bermula pada separuh masa kedua ni. Sneijder jadi pemusnah. Hantaran lintang Sneijder dari belah kanan ditanduk masuk oleh Felipo Melo dengan cemerlangnya. Julio Cesar dengan seluar gaya hip hop tak dapat buat apa apa. Tu lah, siapa suruh style sangat! Jaringkan gol sendiri satu hal. Lepas tu Felipe Melo ni kuat emosilah. Separuh masa kedua pemain pemain Brazil memang tak dapat nak kawal emosi mereka apatah lagi bila Belanda dah menyamakan kedudukkan.

Kaka jadi Kakak bila masuk separuh masa kedua. Serangan kurang menjadi. Lembik!

Disebabkan kawalan pengurusan kemarahan yang kurang, Felipo Melo telah dibuang padang gara gara Robben berjaya menggentel dia dengan cemerlang. Dengan rasa tak puas hati, Melo pergi pijak lutut Robben. Meraunglah member tu! Pengadil Jepun dengan rasa 'banzai' terus bagi kad merah. Dapat kad merah terus buat buat muka insaf. Macam celaka! Insaf awal awal lah. Ni dah bagi susah kepada member member.

Mula dari situ, Brazil hilang tumpuan. Main sepuluh orang, lagi jahanamlah 'Joga Bonito' tu weh. Passing merapu. Menahan merapu. Berlari macam berjalan. Karut gila. Mujur juga sekali sekala kamera ada menala kepada gadis gadis Brazil yang menawan tu. Sejuk mata tengok.

Daripada malang, terus kepada jahanam. Sekali lagi Sneijder menjadi pemusnah harapan. Sepakan sudut yang dibuat oleh Van Persie, ditanduk ke belakang oleh Dirk Kuyt dan disambut cantik oleh Wesley Sneijder untuk menjaringkan gol kedua. Sekali lagi, budak hip hop Julio Cesar tak dapat buat apa apa. Setakat nganga air liur keluar bolehlah.

Robinho macam orang period. Nak emosi memanjang. Main pun dah mengarut!

Kesudahannya, Belanda menundukkan Brazil 2-1. 'Joga Bonito' Brazil dimusnahkan oleh 'Total Football' Belanda. Pengakhiran yang perit dan memilukan. Tapi, gua tak adalah sampai nak nangis nangis. Bapak malu kalau benda benda macam ni nak menangis. Malaysia kalah pun gua tak nangis, ni team negara lain pula nak menangis. Tak malu!

Tapi bila team faveret kalah ni, mesti ada suara suara sumbang yang cuba mengutuk dan mengata gua. Di sini gua nyatakan SMS dari kawan gua yang juga musuh ketat gua dalam Piala Dunia edisi 2010 ini. SMS dia berbunyi begini:

"Ha! Ambik! Nak samba sangat jadi sambal! Hahaha!"

Memang agak celaka SMS itu. Oleh yang demikian, gua kini menjadi anti Jerman kerana kawan gua yang celaka ini menyokong Jerman walaupun dari jarak jauh. Gua akan menjadi penyokong kuat mana mana pasukan Latin yang masih lagi meneruskan aksi dalam Piala Dunia 2010 ini. Uruguay, Argentina dan Paraguay; kekalkanlah cara permainan 'Joga Bonito'. Itulah kekuatan permainan bola sepak Latin. Gadis gadis Latin pun mantap dan menarik juga. Peh!

Brazil patut kesian dengan penyokong penyokong mereka yang macam ni. Ingat tak sakit ke tengok bola 90 minit duduk mencangkung je? Tengok member belakang tu, siap peluk member lagi untuk mengelak daripada terjatuh. Mulut semua nganga! Ni orang negara mana ni? Kawan kawan King agaknya!