Monday, May 31, 2010

Kisah Seorang Dewa Cinta - Robin Cinta

Selesai menonton wayang, Abu Idham terus tergocoh gocoh lari keluar sambil tangannya digenggam erat.

"Eii. Bestnye cerita Robin Hood tadi. Russell Crowe memang kiut. Lepas tu pandai pula beraksi. Walau dalam ganas mahupun romantik. Eeuuii. Syoknye!" Jerit Abu Idham tanpa menyedari orang sekeliling dapat mendengar jeritannya. Ada beberapa kerat manusia meludah ke lantai kerana menyampah.

Dalam perjalanan pulang, Abu Idham berkata kepada dirinya sendiri.

"Eeuuii. Kalaulah aku ni hebat memanah macam Robin Hood, mesti aku boleh menyelamatkan dunia. Tak payah pakai sniper atau apa apa yang canggih pun, pakai busur je. Entah berapa banyak penjenayah boleh tewas dalam tangan aku. Ahaks! Ahaks! Ahaks!" Gelak Abu Idham sambil menekan nekan perutnya yang menggeleber.

Tiba tiba, satu cahaya terang menghalang laluan Abu Idham. Cahaya itu terlalu terang. Terang sehingga hampir membutakan mata Abu Idham. Dalam kepayahan melihat, Abu Idham dapat melihat satu susuk lembaga. Lembaga itu bersuara.

"Hai Ahmad Idham. Nama aku Pangeran Cinta. Di atas sifat dan sikap suci murnimu yang kudus seperti seorang bayi, kau kini telah dilantik sebagai Dewa Cinta!" Suara Pangeran Cinta bergema gema dalam kegelapan malam.

"Hape? Eeuuii! Kenapa aku? Sedangkan aku sendiri pun belum pernah bercinta, kenapa kau pilih aku?" Dalam kepedihan membuka mata, Abu Idham bertindak menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Sesekali pehanya dikepit kepit agar tidak keluar kencingnya akibat terlalu takut.

"Kerana kau minat Robin Hood!" Pangeran Cinta menjerit lantang. Bangunan di sekeliling sedikit retak akibat jeritan itu.

"Tapi, tapi..."

"Tiada tapi tapi lagi. Mulai hari ini kau akan digelar sebagai Robin Cinta. Ingat tu wahai Robin Cinta!!!" Bergema gema laungan Pangeran Cinta dan lalu dia mengeluarkan tongkat saktinya dan ditujukan kepada Abu Idham.

"Eeuuii!" Abu Idham menjerit ketakutan.

Satu pancaran ibarat cahaya laser keluar dari tongkat sakti Pangeran lalu mengenai dahi Abu Idham.

Poof!

Abu Idham pengsan.

"Bila kau sedar, kau akan lupa tentang diri sebenar kau. Kau bukan lagi Abu Idham bin Abu Arham. Tapi kau kini Robin Cinta. Tugas kau ialah menemukan cinta sesama manusia. Jalankan tugas kau sebaik mungkin."

Pangeran Cinta berbisik pada telinga Abu Idham walhal dia tahu Abu Idham tidaklah dapat mendengarnya. Dia cuma mahu situasi itu kelihatan dramatik sahaja. Lantas kepaknya dikembangkan, lalu Pangeran Cinta terbang meninggalkan Abu Idham yang pengsan itu.

Bertuahlah anda semua manusia, kini Robin Cinta akan membantu anda menitip rasa rasa cinta yang berbunga bunga dalam diri anda.

Sunday, May 30, 2010

Misi Mencari Anak Mami 2

Pagi kembali menjelma. Burung burung berkicauan riang. Tetapi, perut gua kurang riang. Dah mula meragam. Penangan kari mari semalam la ni. Selesai upacara pembuangan dan pembersihan diri, gua dan rakan rakan bergegas ke bandar Pinang kembali. Kali ini kami akan menuju ke suatu tempat yang dipanggil 'Road-Walk' atau Bahasa Melayunya 'Jalan Jalan'. Peh. Memang ngam!

Road Walk merupakan sebuah tempat menjual barang barang antik. Tapi barang barang tak antik ada juga jual. Gua pun baru angkat jersi Jepun kat sana, tapi bukan jersi Jepun yang antik yang zaman Pearl Habour dulu. Barang barang antik kat sini memang rare sekali. Ada jual topi perang dunia kedua, basikal perang dunia kedua, sempoa perang dunia kedua, seterika arang perang dunia kedua dan macam macam lagi jenis barang waktu perang dunia kedua. Tak cukup barang antik, ada juga jual barang second hand seperti pen drive second hand, tv second hand, walkie talkie second hand, piring hitam second hand dan pelbagai jenis barang second hand lagi yang ada dijual di sini. Tapi, yang paling gua tak tahan tu, ada juga yang jual wayar wayar elektrik yang entah boleh guna ke tak. Betullah orang cakap, nak jual sesuatu barang tu, janganlah kita buat penilaian sendiri. Selagi rasa boleh jual, juallah, hatta seutas wayar elektrik yang usang. Mana tau ada pengumpul antik yang minat kan.



Habis buang masa kat Roadwalk, gua dan rakan rakan bergerak ke Taman Botani pula. Taman botani gua rasa tak ada apa sangat la yang seronok. Setakat dipenuhi flora dan fauna je. Fauna yang banyak sekali gua jumpa ialah monyet. Banyak tak ingat! Lepas tu, sekor sekor muka ganas. Macam alien pun ada. Ada sekor tu siap nak serang serang gua lagi. Gua tunjuk penumbuk terus terkinja kinja lari. Risau juga gua kalau kalau dia repot kat ketua dia. Mana tau ada geng geng mafia beruk kat sini kan. Tapi gua tetap rilek tenangkan hati daripada fikir benda bukan bukan macam tu.


Jadi, itulah dia tempat tempat yang sempat gua lawati sepanjang pemergian gua ke Pulau Pinang. Serius, sepanjang pergi Pulau Pinang tu, gua langsung tak nampak anak mami ok! Entah mana lak anak anak mami ni pergi. Entah entah diorang semua ada kursus Kecantikkan Anak Anak Mami Semalaysia agaknya. Agak hampa la juga tak dapat nak tangkap satu untuk tolong junior gua yang sorang ni. Kesian kat dia, kadang kadang merintih menagih cinta seorang perempuan. Risau juga gua kalau dia cuba bunuh diri. Tak pasal pasal masuk sokkabar tabloid yang mengarut tak tentu pasal tu. Ada ke video lucah budak perempuan mana entah sokkabar tu boleh tuduh dia tu sebenarnya ustazah. Padahal tak pun. Bangang! Jenis orang nak buka kompeni sokkabar pun, dia nak buka. Walhal taktau langsung pasal etika kewartawanan ni. Ok lah, rasanya cukuplah gua mengarut sampai sini. Perut pun dah rasa lapar, rasa nak pergi angkat Roti John satu. Baru puas nafsu.

Peh! Dah Setahun Rupanya Gua Berblog!

Agak agak dah boleh dapat gelaran Dato' Blogger tak?

Friday, May 28, 2010

Misi Mencari Anak Mami

Pulau Pinang. Orang panggil Pulau Mutiara. Entah apa yang mutiara gua pun tak tau. Tapi, yang penting, gua baru balik dari sana. Pergi naik kereta, balik naik bas. Habis remuk remuk badan naik bas. Yelah, dah lama tak naik bas. Sekarang ke mana mana asyik naik kereta saja. Orang dah kerja, biasalah. Naik bas ni zaman zaman setadi dulu je. Masa tu badan kental lagi harungi cabaran menaiki bas, tapi sekarang, badan dah tak berapa sedap kalau naik bas. Tapi satu saja best naik bas ni. Awek cun memang ramai dan mari!

Sepanjang berada di Pulau Pinang, tak banyak destinasi yang gua kunjungi. Mana taknya, jalan jalan dalam Pinang naik kereta. Dah la pergi hari minggu, kereta memang banyak bukan main. Kalau naik motor mungkin lebih banyak tempat boleh pergi. Lepas tu, gua dapat lihat yang pemandu pemandu kat Pinang ni jenis kurang ajar juga. Masuk kiri kanan ikut sedap je. Orang dah buat side mirror tu untuk lihat ada kenderaan di belakang atau tak, yang tak tengok apahal? Nyaris nyaris gua nak eksiden. Ingat tak sakit ke eksiden ni? Kalau teruk kecederaannya, mau makan nasi pakai straw. Kalau nasi rasa milo takpe gak.

Destinasi pertama gua ialah ke kedai makan yang dipanggil 'Nasi Kandar Beratur'. Sesuai dengan namanya, lu orang kalau nak makan memang kena beratur doh! Gua beratur saja dah hampir setengah jam. Habis longgar longgar lutut. Lepas tu nasib lak tak berapa baik. Tak banyak anak anak mami yang menghiasi tepi tepi jalan. Banyak jantan. Jenis sakit mata memandang saja. Mujur berbaloi juga gua beratur. Nasi kandar ni memang mari. Kari dia bila masuk dalam mulut, memang meletup letup. Lauk pula gua ambil ayam kampung. Alahai, sedap tak ingat. Dah la sedap, murah pula tu. Memang sesuai kalau nak bawa seisi keluarga. Lebih lebih lagi waktu ekonomi meleset. Duit pun elok kalau bawa ke makan daripada buat judi piala dunia nanti.

"Beratur panjang panjang macam ni memang biasa maa."-Auntie depan gua

Habis makan, gua dan rakan pergi ke tempat yang dengar kata port buat maksiat. Maksiat maksiat juga, tapi member gua cakap banyak anak anak mami. Jadi, mana boleh lepas ini peluang. Dengan kadar segera, kami terus menuju ke tempat yang dipanggil 'Gurney Drive'. Nama macam kat London. Gila stailo. Sampai je kat sana, gua tengok memang ramai umat manusia. Terutama sekali bangsa gua. Gila ramai yang sedap tengah peluk peluk, duduk atas riba, usap usap rambut, bisik bisik halus kat telinga, kongsi minuman dan tak silap gua, ada gua nampak dok sibuk betulkan tali coli awek mereka. Semua dilakukan atas dasar bangga dan dasar tak tau malu. Kalau ikut hati, memang gua nak humban ke dasar laut. Patutlah tempat ni dulu kena serang tsunami. Memang berbaloi!

Antara umat manusia yang tak buat maksiat malam tu. Yang lain buat.

Habis lepak 'Gurney Drive' tengok orang buat maksiat, gua terus blah dari situ. Sambil sambil tu, sempat juga gua muhasabah diri mengenangkan perbuatan umat manusia kat situ. Yang tak boleh blah tu, bangsa gua banyak sangat. Muka taktau malu langsung. Jenis muka nak mintak penumbuk. Ada sekali gua dah angkat lutut nak bagi, mujur member member tahan sambil berkata, "Rilek bro, ni bukan tempat lu!" Malam tu gua tidur dengan penuh rasa kemuhasabahan.

bersambung...pasal ada orang nak buat fogging denggi lak!

Thursday, May 27, 2010

Entri Kala Bosan

"You ni caring, prihatin, penyayang, pengasih, malahan you ni juga I tengok kacak dan pandai jaga penampilan diri. Eh, I nak kahwin dengan you la, boleh?"

Dengan sepantas kilat gua sentap tangan dia lalu gua bawa jumpa tok kadi.

Begitulah kisah percintaan antara gua dan Lisa Surihani yang sungguh murni sekali. Sesungguhnya, cinta selepas kahwin itu lebih bahagia.

Selang 3 tahun kemudian, gua dan Lisa Surihani dapat satu anak dan gua meneruskan impian gua sebagai seorang jurugambar dan bakal membuat pameran solo.

p/s: kalau tak paham, lantaklah. janji gua puas buat entri waktu bosan bosan ni.

Saturday, May 22, 2010

Bagai Penang Di Belah Dua

Pagi pagi bangun, tengok tengok masih hujan lagi. Dari malam tadi hujan. Tapi syukur, disebabkan hujan yang turun begitu lebat dan diiringi guruh yang berdentum, ia bagaikan menjadi suaut irama untuk membantu gua mendapat tidur yang solid. Namun begitu, hujan yang tidak henti henti telah menyebabkan gua mendapat tidur yang terlalu sedap sehingga hampir terlajak menunaikan solat Subuh. Mujur brader!

Habis solat, gua rasa nak tidur balik, sebab hujan tak berhenti lagi. Mana tau dapat mimpi jumpa Lisa Surihani ke. Boleh bawa jalan jalan pergi Genting. Sana sejuk sikit. Boleh duduk rapat rapat. Tapi syok dalam mimpi sajalah boleh gua fikirkan.

Berdasarkan tajuk yang diberi, hari ni gua akan bergerak menuju ke destinasi di mana cukup popular dengan anak mami, mamak, nasi kandar dan DAP. Lama dah gua tak pergi sini. Last sekali rasanya sejak tahun 2004 lagi. Kira kira balik, peh, dah 6 tahun tu brader. Kira kalau dah ada anak, dah masuk tadika tu! Anak pun dah masuk 3 kot agaknya.

Mula mula rasa tak nak ikut. Biasalah, hujung bulan. Waktu ni, krisis poket kosong mula melanda. Tinggal habuk habuk saja dalam poket. Namun begitu, bila gua cek balik baki duit dalam bank, tengok tengok, ada lagi RM300. Peh, lebih dari cukup nak buat tambang berjalan. Dalam kepala dah terbayang nasi kandar yang popular di Pulau Pinang, iaitu, 'Nasi Kandar Beratur'. Orang cakap, orang beratur memang bukan main lagi panjangnya. Bermeter meter beratur. Habis orang ni duduk makan, orang lain pula duduk makan, habis orang ni duduk makan, orang lain pula duduk makan. Begitulah seterusnya sehingga nasi dan lauk pauk habis.

Dengan ada baki lebih ni juga, mungkin gua akan gunakan modal untuk mengorat anak anak mami. Mana tau ada seorang dua sangkut. Boleh buat stok berlagak dengan member member. Tapi ingat nak cari sorang la untuk member gua yang sorang ni. Dah lama kesepian. Rilek brader, sebagai senior lu, gua akan membantu lu. Gua jenis tak suka tengok junior junior gua ni dilanda kemurungan. Kang tak pasal pasal lak lu masuk paper metro yang jenis keluar tajuk berita ngarut ngarut tu.

Ok, cukup gua cerita sampai sini. Sembang lama lama apa guna. Sekarang gua nak cari sempoa nak buat budgetting RM300 gua ni. Gua nak buat investment yang bijak dan akan menyenangkan gua suatu masa nanti. Agak agak kalau nak kawen anak mami RM300 cukup tak? Kalau tengok dalam tv macam tak cukup je kan? Siottt!

InsyaAllah gua takkan buat perangai macam ni pergi Pulau Pinang

Friday, May 21, 2010

Sedar Tak Sedar. Jangan Jadi Manusia Tak Sedar Diri!

Sedar tak sedar rupa rupanya dah nak habis semester sesi pengajaran gua ni. Serius gua memang tak sedar langsung. Setiap yang berlalu gua tak sedar rupa rupanya sudah tiba masanya gua melabuhkan tirai pengajaran gua. Gua harap segala ilmu yang gua curahkan kepada budak budak gua dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, terutama ilmu memangkah kawan kawan lain yang tidak melampaui batasan agama. Setiap kelas gua masuk, mesti ada seorang dua budak yang gua aim untuk menjadi mangsa pangkahan gua. Bukan gua buat macam tu untuk cari gaduh, tapi sekadar menceriakan suasana kelas yang kadang kadang dah macam kat kubur. Sunyi sepi. Lepas tu muka buat buat bajet macam The Undertaker.


Mulai minggu depan, peperiksaan akhir pun akan bermula. Gua pesan kepada budak budak gua jangan setadi last last minit. Nanti sendiri merana. Tapi bila pesan macam tu, rasa nak tampar muka sendiri pun ada. Mana taknya, gua pun dulu kelam kabut setadi last minit. Stay up sampai 3-4 pagi, lepas tu pukul 6 lepas subuh kena bangun balik untuk setadi balik. Exam stat pukul 8.30 pagi. Masa nak dekat dekat masuk dewan exam pun masih lagi kelam kabut usha usha nota ringkas gua. Ada juga gua perasan sorang dua masukkan toyol dalam stokin, cover kalkulator, dalam baju dan tak kurang juga yang menulis di tapak tangan. Jenis tak bertamadun langsung. Tetapi, gua tak buat pun macam tu. Kalau kantoi macam mana? Mau kena bambu dengan mak bapak gua. Kalau mak gua bambu tak kisah sangat, tapi kalau bapak gua, haish, seram nak bayangkan.

Tapi apa apahal pun, perjuangan gua belum berapa nak selesai. Budak budak sibuk nak menghadapi peperiksaan, tetapi gua pula sibuk menghadap laptop ni siang malam pasal nak siapkan assignment gua yang bertimbun timbun ni. Kursus nak stat dah lagi 2-3 minggu, tapi kerja berlambak lagi ni. Hati dah mula rasa tak tenang. Tenang tak tenang, gua tetap tenang tulis kat blog ni. Saja nak kasi tunjuk sama lu orang yang gua ni rajin tak ingat. Akhir kata, terimalah pesanan yang ditujukan kepada diri gua sendiri.

"Padan muka! Awal awal sem hari tu bukan main eksen cakap nak buat assignment awal awal. Sekarang macam mana? Mencanak la lu!"

Wednesday, May 19, 2010

Fenomena Hantu

"Iye! Aku nampak malam tadi. Aku tak tipu. Elok aku pusing je terus aku nampak. Gila babi cuak aku. Terus aku lari masuk dorm. Berselubung dalam selimut."

Joney ataupun nama di dalam kad pengenalannya, Johan Bin Mashud menerangkan dengan bersungguh sungguh.

Maya dan Nash mendengar antara percaya dan tidak. Mereka saling berpandangan sambil di dalam otak mereka ligat memikirkan tentang kebenaran cerita Joney atau Johan Mashud itu.

"Ala, aku bukan tak nak percaya. Tapi kau tu dah berapa kali kenakan kita orang. Macam mana kita orang nak percaya,"

Maya bersuara. Nash yang berada di sebelahnya mengangguk kencang. Masih teringat lagi mereka berdua apabila ditipu oleh Joney. Nash dan Maya terpaksa bangun pagi pagi buta kerana dikejutkan oleh Joney dalam keadaan kelam kabut. Joney mengejutkan mereka berdua dengan mengatakan warden ada buat urgent roll-call. Maka, kucar kacirlah Maya dan Nash bangun menyiapkan diri untuk turun roll-call. Setelah selesai menyiapkan diri, Maya dan Nash pun mengajaklah Joney sekali. Tetapi, tanpa disangka sangka, Joney dengan selamba adabnya mengungkapkan 'April Fool' kepada mereka berdua. Akibatnya, Joney hilang dua batang gigi depan.

"Ala, itu kisah lama. Kali ini aku tak tipu. Gila apa nak tipu pasal benda benda hantu macam ni. Buatnya dia datang kacau aku pasal buat berita palsu pasal hantu, tak ke naya!"

Joney mengerutkan mukanya bagi membuktikan kesungguhan ceritanya dan cuba hendak meyakinkan rakan rakannya. Sekali sekala Joney sempat menjeling tajam ke arah Noorashikin yang duduk berhampirannya. Memang sudah sekian lama Joney menyimpan perasaan terhadap Noorashikin. Tetapi dipendam sahaja perasaannya.

"Hmm. Kau ni biar betul Joney, jangan buat main benda benda macam ni? Kau tau tak, kalau semua budak hostel tau, boleh bikin histeria satu sekolah!"

Mohamad Album Borhan atau nama samarannya Nash bersuara garang. Ini kerana, dia selaku Ketua Asrama perlu bertindak menjaga anak buahnya daripada sebarang bencana. Lebih lebih lagi ancaman hantu ini. Ini akan menyebabkan dia akan selalu dikejutkan oleh pelajar junior untuk menemani mereka ke tandas pada waktu malam akibat takut hantu. Jadi, dia tidak mahu cerita yang disampaikan oleh Joney ini adalah suatu kebenaran. Maka ini boleh menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk mendapat tidur yang nyenyak dan bermimpi tentang Lisa Surihani.

"Ah, sial la tak nak percaya, sudahlah!"

Joney, walaupun berwajah bengis, dia merupakan seorang yang mudah tersentuh hatinya.

bersambung...

Monday, May 17, 2010

Pencinte Wanite

Dia berketinggian 5 kaki 10 inci. Rambutnya terpacak pacak tetapi sudah kelihatan tanda tanda botak tengah. Mukanya pula sedang sedang elok sahaja. Waktu tersenyum, memang menggoda. Tetapi, waktu marah, memang mengundang bahaya. Tubuh badannya tegap tetapi sedikit buncit. Namun, jika pakai baju warna hitam, dia akan nampak kurus. Lengannya besar, kalau menumbuk, pasti rebah dalam ICU.

Sebaik sahaja menyarung sepatunya, terus dia melangkah keluar. Langkahan kakinya disusun atur ibarat buah buah catur yang disusun untuk mendapat 'check mate'. Langkahnya memang memukau setiap mata memandang.

Prap!

"Woi! Anjing siapa lak yang berak berterabur ni? Celaka!"

Ya. Tahi memang tak kenal mangsa.

Sunday, May 16, 2010

Lawak Bodoh Pertama Gua Sewaktu Pertama Kali Mengajar

"Cikgu, bulan berapa nak kena hantar assignment ni?" tanya seorang budak yang sibuk sibuk buat rajin.

Gua diam seketika. Semua mata tertumpu kepada gua. Menanti nanti jawapan yang akan gua berikan.

"Bulan purnama. Hahaha!" Ujar gua sambil gelak berdekah dekah.

Satu kelas sepi dan diam membisu. Masing masing pandang gua antara faham dan tidak.

"Ha~ha~ha!"

Haram, gelak tak ikhlas! Percayalah, gua takkan buat lagi lawak bodoh macam ni. Budak budak sekarang memang semakin bijak!

Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Mengajar

Bulan Mei ni banyak betul hari yang kita sambut. Sampai gua pun jadi tak ingat dah berapa banyak hari yang sudah disambut dan bakal disambut.

Tapi yang penting dan yang gua tau, dah 2 tahun gua kerja jadi pendidik ni.

Eh, lu orang taknak wish apa apa kepada gua ke?

Dah mula rasa terkilan ni.

Buat muka sibuk mengajar. Selamat Hari Guru!!!

Thursday, May 13, 2010

Semangat Tapi Tak Berminat Main

Beregu badminton paling gendut yang pernah Malaysia lahirkan.

Zakry Latif: Ahhhhhhhhhhhhh!

Hoon Thien How: Ohhhhhhhhhh!

Dua dua buat perangai ketagih karaoke. Memang smart. Cara celebration yang begitu unik sekali. Ala ala pegang mikrofon. Seolah olah ingin menjerit kasi satu dunia dengar.

Tapi jangan kata budak dua ekor ni saja menjerit jerit, gua yang dekat rumah tengok sambil berkain pelikat dan minum milo dan serta mencicah chipsmore pun boleh terjerit jerit sampai terangkat angkat kaki.

Gua rasa pasangan ini patut digandingkan lagi untuk perlawanan menentang China untuk perlawanan separuh akhir Piala Thomas nanti. Hoon main semalam memang macam harimau terlepas dari kandang. Gila babi dia punya semangat. Tapi kalau abang Rexy rasa tak sesuai juga, bolehlah halo-halo gua ya. Sila masuk blog ini untuk berurusan terus dengan gua ya abang Rexy.

Wednesday, May 12, 2010

Lagu Lelaki Jambu



Lagu ini gua tujukan khas untuk lelaki lelaki jambu di luar sana yang mungkin sedang ketagih cinta sejati. Terutama untuk brader ini.

Bagi gadis gadis di luar sana, gua memang rekemenkan sama lu orang untuk menagih cinta daripada brader ini. Jikalau lu orang dapat cinta daripada brader ni, gua jamin lu orang takkan menyesal punyalah. Tengok muka dia dalam gambar ni pun lu orang tau dia ni ikhlas.

Monday, May 10, 2010

Senyum Dengan Mata

Amacam? Manis tak senyuman gua bila senyum menggunakan mata? Brader sebelah gua tu cuba menyaingi senyuman gua. Dia senyum seolah olah ada lesung pipit, padahal tiada. Memang jarang betul gua dapat tengok dia senyum macam tu. Orang kata rare.

Friday, May 7, 2010

Apa? Pemasaran? Jom Karaoke Lagu Penasaran!

Akhirnya, tamatlah sudah kursus yang telah gua ikuti sejak hari Isnin yang lalu. Jadual memang padat gila! Sarapan 30 minit, masuk kelas 2 jam, makan tengah hari 30 minit, rehat, hisap rokok, buang apa apa yang patut 30 minit, masuk kelas balik 2 jam, minum petang, hisap rokok, baring baring, pusing pusing atas katil, mandi, korek hidung dan buang apa apa yang patut 1 jam 30 minit, 30 minit makan malam dan masuk balik kelas 2 jam. Amacam, kalau matematik handal cubalah kira berapa lama kelas gua berlangsung?

Rutin rutin ini berlanjutan sehinggalah ke hari Khamis yakni semalam. Otak gua memang sudah dipenuhi macam macam jenis maklumat. Daripada cara cara menghasilkan laman web menggunakan perisian Joomla! sehinggalah kepada strategi pemasaran melalui blog. Dahlah bermacam macam jenis maklumat masuk, ditambah lagi keadaan persekitaran yang sangat sejuk seolah olah berada di kutub utara. Lagi beku la otak gua. Masa tu, nak menaip pun jari jemari dah rasa beku.

Malam tadi semua pakat ramai ramai nak balik terus sebaik sahaja habisnya kelas sebab hari ini bukannya ada kelas. Jadi, bertempiaranlah semua lari meninggalkan tempat kursus. Lebih lebih lagi mereka yang sudah berkahwin. Malam Jumaatlah katakan. Yang masih bujang, baca Yassin sudahlah. Gua dengan kawan gua pun terus meluru balik ke Lumut melalui jalan lama. Memang jalannya agak thrill juga. Ini kalau suruh producer Tokyo Drift buat filem di sini, memang akan menimbulkan rasa gusar juga. Stuntman Amerika bukan padu sangat pun. Peralatan saja lebih. Tengok orang Malaysia kita, mat rempit contohnya. Setedi sahaja tak pakai helmet sewaktu menunggang motor secara berbahaya. Itu baru stuntman tegar!

Gua sampai rumah dari Pinang pukul 1 pagi. Mengantuk memang tak payah cakaplah. Menguap berapa kali pun gua dah tak tahu. Tanpa buang masa gua terus mendaratkan diri di atas tilam gua yang dah tak berapa empuk dan boleh menimbulkan sakit sakit belakang bila bangun di pagi hari. Nak mimpi apa pun gua tak sempat nak rancang. Sedar sedar mata dah tertutup rapat.

Pagi tadi bangun, jam dah pukul 9. Perut pun dah rasa lapar. Rasa macam nak menyabit rumput saja bila lapar lapar macam ni. Tanpa buang masa, gua terus bergegas untuk mandi. Cukup 7 kali cebuk, gua terus bersiap untuk pergi sarapan. Nasi goreng, ayam goreng dan telur menjadi menu pilihan dalam kepala otak gua. Gua capai kunci kereta dan dompet lalu terus keluar rumah dan mengunci pintu. Oh ya. Gua rancang nak bayar bil rumah. Segera gua masukkan tangan ke dalam poket untuk mencari kunci rumah.

Eh, eh...

Hampeh! Macam mana gua boleh tertinggal kunci dalam rumah ni? Macam mana gua nak masuk balik ni? Baju baju yang tengah di cuci tu siap pula nak sidai nanti? Kalau dibiar lama boleh mendatangkan bintik bintik hitam pada baju. Gua tak minat sangat fesyen polka-dot ni. Nak tunggu member balik, alamatnya tengah hari lah baru ada.
Akhirnya, gua kini berada di Cyber Cafe sedang menaip entri ini. Inilah akibatnya jika meninggalkan suruhan Allah. Siapa suruh tinggal Subuh tadi?!

Tuesday, May 4, 2010

Kursus+Banyak Lalat+Laman Web+Strategi Pemasaran=Oh Yeah Sedap!

Muka sibuk buat laman web

Gua sekarang ada di Pulau Pinang tengah sibuk ikuti kursus membina laman web sebagai satu langkah strategi pemasaran. Pada era serba canggih kini, orang orang zaman sekarang sudah tidak berapa layan berniaga secara bersemuka. Sibuk katanya. Tetapi, melepak dan menghabiskan masa depan komputer layari Fesbuk dan juga laman laman porno bolehlah pula. Jadi, sebagai orang yang memberikan ilmu tentang keusahawanan, gua perlu sedia maklum tentang perkara perkara sebegini rupa. Ini sebagai langkah berjaga jaga agar gua tidak dikondem secara mudah oleh pelajar pelajar gua. Budak budak sekarang, biasalah, akal sudah semakin bijak dalam zaman masa kini. Tengoklah, berapa banyak video mereka yang menjijikkan di dalam laman sesawang Youtube? Sangat canggih. Bila tengok mudah rasa nak memukul. Kalau gua jumpa, memang tertanam spanar dalam kepala tu.

Ok lah, gua nak sambung kursus ni. Penceramah pun dah tengok gua lain macam menaip di laptop ni. Nanti, tak pasal pasal gua pula berdarah di kepala kena flying duster. Siot! Banyak betul lalat di tempat kursus ni!