Thursday, August 6, 2009

Sarjan - Jen

Kipas Susah Mati Pendekar Laut

"Aku panggil kau Jen jela mulai hari ini."

"Apahal kau nak panggil aku Jen lak?"


"Tu, pasal tu la. Yang kau lukis 3 paku kat lengan macam sarjan tu apahal? Sebab tu aku nak panggil kau Jen."


"Ow. Kau tau tak siapa yang lukiskan ni?"

"Siapa?"


"Naqib."

"Kau ni memang tak ada keje sangat dah kot."

Jen. Bukan singkatan nama untuk Jennifer, Jennemayah, Jenglot mahupun Jengka Pahang. Jen merupakan nama salah seorang sahabat gua semasa gua menuntut di universiti dulu (Ya! Gua penuntut universiti dulu, tak percaya ke?) Nama sebenar dia Firdaus Che Emri. Sedap bukan nama sebenar dia. Tapi, dengan menggunakan kuasa veto yang diberikan oleh gua sendiri, gua gelar dia ni Jen. Nak tau kenapa? Lu baca la dialog perbualan antara gua dengan dia di perawalan petikan ini. Jen yang memiliki wajah seperti meminta tendangan ini awal awal masuk universiti pun dah buat perangai pelik pelik. Nama pun universiti, jadi perangai kenalah universiti juga. Ini tidak, tamat saja orientasi, dia dah buat projek melukis tatu guna pen kilometrico. Katanya ni tatu mudah padam. Mujur gua tak sebilik dengan dia, kalau tak habis gua jadi mangsa kerahan untuk buat tatu kat lengan dia. Lengan sasa tak apa la juga, ini macam ranting bunga raya saja.

Naqib, ya Naqib. Inilah orang yang bertanggungjawab melukis tatu di lengan Jen. Jen memang pelik. Dia tak suka benda kecil kecil. Dia suka benda besar besar. Walaupun dia tidaklah sebesar mana pun. Macam gua cakap, macam ranting bunga raya. Jen telah mengarahkan Naqib supaya melukis tatu 3 paku yang melambangkan pangkat sarjan. Masa tu, gua dah syak Jen nak tubuhkan satu pertubuhan haram di mana dia ingin membuat rampasan kuasa di universiti tempat gua menuntut. Jadi, sebagai langkah awal, dia perlu melantik dirinya sebagai ketua pertubuhan dengan melukis lambang sarjan pada lengannya.

Alhamdulillah, mujur akal Jen ni tak panjang mana. Tatu 3 paku sarjan yang dibuat oleh Jen tu sekadar hanya mahu menunjuk kepada orang ramai sahaja. Siap saja lukisan tatu nukilan Naqib, Jen berlegar di sekitar tingkat 5 untuk menunjukkan tatu sarjannya. Pada waktu itu kaki gua dah terangkat angkat nak terajang muka Jen ni, tapi syukur syaitan tak dapat hasut gua sepenuhnya. Gua batalkan niat gua cepat cepat. Seraya itu gua beristighfar. "Astaghfirullahalazim."

Jen jalan menuju ke arah gua. Dia tersengih. Gua sengih balik. Kemudian kami berbual. Biasalah, nak berkenalan dan nak cari kawan kan? Lagipun gua tak ada henpon lagi masa tu. Jen dah ada henpon. Jadi kalau gua nak call abah gua, boleh la pinjam henpon Jen, tak gitu?

Sembang sembang, tanya duduk mana, sekolah mana, matrik mana dan budak mana, persembangan ini meleret sehinggalah gua memberi gelaran 'Jen' kepada 'Jen'. Jen masa tu muka memang stok tak puas hati gila. Tapi gua kisah apa. Gua tak takut. Lagipun gua ada belajar ilmu paranawei. Kalau dia serang gua dulu, memang gua paranawei je rusuk dia.

Namun begitu, Jen akhirnya redha dengan nama gelaran tersebut. Gua dengan dia berkawan baik sehingga semester 4 dan pada semester seterusnya, hubungan gua dengan dia mula renggang. Masa tu, dia dah mula konsentret dalam pencariannya mencari isteri solehah. Memang gila babi punya mencari. 24 jam main sms tanpa henti semata mata nak dapatkan yang terbaik. Kawan kawan semua habis terabai beb. Nak sembang dengan dia pun bukan main susah. Sembang dengan dekan lagi senang gua rasa.

Tapi, usaha Jen ni memang berbaloi. Sekarang pun dia dah kahwin. Anak dah ada seorang. Perempuan kot. Kalau aku jumpa anak dia, memang aku nak cerita sangat pasal sejarah Jen dapat nama 'Jen' kat anak dia. Jagalah lu Jen!

1 comment:

  1. fuh! 1st time jumpa da bg nama samaran..taiko jugak lu ye bro..haha..

    ReplyDelete