Tuesday, August 11, 2009

Bola Bola Kotaraya #2

"Woi Ravi! Kau pergi jaga situ. Aku nak sepak ni."

Pow!

Satu sepakan padu gua lepaskan.

Tap!

Botol itu berjaya ditangkap kemas oleh Ravi. Ravi ni orang India. Dia ni kira kawan baik gua jugalah masa darjah 6 dulu.

"Dey Izwan. Kau sepak slow sangatlah wei. Sepak kuat kuat la sikit," Ravi memberi kritikan tentang sepakan gua. Dia kata kurang sangat daya tujahannya.

"Nak buat macam mana Ravi, benda tu dah ringan. Tu jadi slow tu aku sepak," gua cuba mempertahankan cara sepakan gua.

"Kau tambahlah air. Biar berat sikit," Ravi memberi cadangan sambil mengenyit kepada Kalai Mary. Gadis pujaan Ravi.

Peh! Boleh tahan juga idea si Ravi ni. Tak sangka gua di sebalik rambutnya berkerinting tebal itu mampu menjana idea yang begitu bernas. Dengan pantas, gua terus berlari lari anak menuju ke tandas lalu gua isi air dalam botol sampai penuh.

"Ok Ravi, redi ok. Lepas ni mesti kau tak boleh tangkap, aku nak sepak kuat kuat ni." Ujar gua dengan nada yang begitu bongkak sekali. Ravi pula hanya tersengih dan sudah bersedia dengan kuda kudanya.

Gua mengambil 10 langkah ke belakang. Gua membuat gaya seperti David Beckham mengambil sepakan percuma. Masa tu, David Beckham popular lagi. Tapi sekarang, orang dah anggap Beckham tu macam nasi saja. Ada ok, tak ada pun ok. Sebab dah banyak sangat penggantinya.

Dengan larian yang begitu bersungguh sungguh dan meyakinkan ke arah botol air yang sudah berdiri teguh itu lalu gua lepaskan satu sepakan yang begitu hebat sekali. Kira boleh hasilkan gempalah juga.

Powww!

***

"Cikgu, atas kepala cikgu."

Guru besar cepat cepat mengelak.

"Siapa yang main ni? Kurang ajar betul! Kamu, pergi cari kat atas, siapa yang main. Nasib baik tiada yang mati." Arah Guru Disiplin kepada salah seorang pengawas yang sedang berhimpun di bawah.

***

"Nah, nah! Nak main lagi, ambil ni."

Cikgu Disiplin curah air atas kepala gua dan juga kepala Ravi. Dek kerana sepakan gua yang terlalu kuat, botol air itu terkeluar dari landasannya lalu jatuh ke bawah dan hampir hampir meremukkan kepala Guru Besar gua. Lokasi permainan ialah di tingkat 4. Jadi, lu orang boleh bayang la berapa laju botol air itu jatuh menjunam dan sudah tentu dapat mencederakan ataupun paling dahsyat memautkan Guru Besar gua. Peh, kalau maut, mesti menyusahkan pihak kementerian nak cari pengganti. Salah lu la Ravi suruh isi air, kan dah kena!

8 comments:

  1. hahahahahaha..selamat xkena bro..klu x, mau berparang nanti..hahahaha

    ReplyDelete
  2. ekhsan:
    gua tak takut kena parang bro,tapi gua takut jadi pembunuh je.peh,hukuman gantung tu beb.

    ReplyDelete
  3. parang? teringat kesah 'berparang' kat port dickson satu ketike dulu. wakakaka!

    ReplyDelete
  4. ejoy:
    gua masih mencuba melupakan kisah lama tersebut.hahaha!

    ReplyDelete
  5. gua tak bleh tahan la tgk ekspresi wajah lu ketika men'replay' insiden tersebut kat kengkawan yg takde di lokasi kejadian ketika itu. bersungguh2 lu bercerita. ngahaha!

    ReplyDelete
  6. ejoy:
    gua harap gua mampu menjadi pelakon bertaraf matahari.bintang2 gua tak nak.agak jambu bunyinya.

    ReplyDelete
  7. ravi ada x kat tempat kejadian 2 bro...hahahahahaaa

    ReplyDelete
  8. bandela:
    adala bro.dia partner gua masa tu!hahaha!

    ReplyDelete