Saturday, July 4, 2009

Kalau Tak Jadi Begini, Mesti Gua Dah Jadi Jurutera Petroleum

Gua tak ingat beberapa tahun yang lepas insiden ini terjadi...

Masa tu cuaca panas terik. Punyalah panas sampai burung belatuk yang mendiami sebatang pokok belakang surau tu dah pasang penghawa dingin. Ajaib bukan? Tapi bagi kanak kanak seperti gua, kepanasan yang begitu dahsyat ini sedikit pun tak menghalang gua menjalankan aktiviti sebagai kanak kanak pintar.

Gua, abang gua, Kamarul, Amad, Anuar, dan Hanafi (adik Anuar) pada waktu itu sibuk memikirkan aktiviti apakah yang sesuai dimainkan dikala matahari mengambang itu. Nak main gasing, tak sampai musim lagi. Rounders pula, nanti ada yang terbakar mata pula masa nak tangkap bola yang berterbangan di udara. Lagipun ada 6 orang saja, nak main macam mana? Kalau main juga, nampak sangat kami ni bukan kanak kanak yang berintelek. Buat malu saja sama No'en yang sering memerhatikan kami dari dalam rumahnya. Gadis kegilaan ramai pada saat itu. Rumahnya betul betul di hadapan padang.

Tiba tiba kedengaran Anuar menjerit dari belakang surau, "Woi! Woi! Aku jumpa benda best ni."

Anuar juga dikenali sebagai profesor ataupun doktor. Masa tu perkataan Ir. belum lagi kami kenali. Kalau tak dah lama bagi pada Anuar. Gelaran ini diberi kerana kehebatannya mencipta pelbagai benda dari bahan bahan terbuang. Pernah sekali dia menghasilkan sendiri kayu ria Micro Genius dan hasilnya game Double Dragon boleh dimainkan oleh dua orang. Kira dia ni macam jurutera mudalah dikalangan kami.

"Huyo, botol petrol ni," gua jerit kagum.

"Aku rasa ada orang nak buat cubaan membakar suraulah," Kamarul membuat tafsirannya sendiri.

"Benda ni senang terbakar doh. Tak bahaya ke nak buat main?" Amad pula berkata kata. Cita citanya ingin menjadi askar.

Kami semua duduk dan bermusyawarah memikirkan permainan apakah yang sesuai dimainkan dengan botol petrol ini. Pada masa ini, teknik otakribut(brainstorming) memainkan peranan penting agar idea idea menarik dapat dijana dengan cemerlang.

Sedang masing masing sibuk berfikir, gua dengan tidak semena mena melompat bangun. Terkejut semua yang melihat.

"Asal Wan? Kena gigit tungau ke?" Tanya Kamarul yang penuh dengan sense of humor itu. Semua di situ tergelak riang.

"Aku ada idea best ni. Engkau orang tunggu kejap. Aku nak balik amik bahan ujikaji." Gua bagi sedikit penerangan. Semua mengangguk tanda setuju.

Beberapa minit kemudian gua kembali semula dengan membawa mancis, sebotol ridsect, dan sebotol tin spray cat yang ada sikit lagi isipadunya. Semua yang ada tercengang melihat barang barang yang gua bawa.

"Ok, engkau orang tepi sikit. Serah pada yang pakar ok." Ujar gua sambil mendabik dada tanda gualah orang yang pakar itu. Kawan kawan gua pun kebelakang untuk memberi laluan pada gua menjalankan akiviti ini.

Psssttt! Sedikit ridsect gua semburkan dalam botol petrol itu. Selepas yakin dengan muatan ridsect yang diisi, gua beralih pula pada tin spray cat. Psssstttt! Psssttt! Pssstttt! Habis. Ya, gua habiskan semua isipadu tin spray cat itu. Gua tutup botol petrol tu dan gua goncang kencang.

"Ok kawan kawan, tepi sikit. Apa yang engkau orang saksikan ni, adalah ciptaan yang paling terulung dari aku." Kata gua bangga. Rakan rakan yang lain semua bertepuk tangan bangga. Bangga kerana memiliki gua sebagai rakan.

Dengan lafaz Bismillah, gua buka penutup botol petrol tu. Selepas itu gua hidupkan mancis. Peluh peluh cemas mula menitik dari dahi gua. Kamarul dan Amad sudah duduk di balik semak. Abang gua, Anuar dan Hanafi sudah memegang Yassin, takut benda buruk terjadi. Tapi gua tetap tenang. Selepas yakin dengan apa yang gua buat, gua tundukkan kepala beriringan mancis yang dihidupkan ke mulut botol petrol itu.

Vooossshhhh!

***

"Ha, mak. Inilah Wan yang rambut dia terbakar masa main botol petrol belakang surau tu." Anuar memperkenalkan gua kepada emaknya semasa lawatan gua ke rumahnya Hari Raya yang lepas.

"Ow, ini ke dia? Nasiblah ada rambut lagi kamu ye Wan. Kalau tak muda muda lagi dah botak," ujar emak Anuar diiringi gelak tawa tetamu di dalam rumah Anuar. Hampir kesemua tetamu mengetahui insiden yang terjadi pada gua. Mana taknya, tetamu itu ialah Kamarul, Amad, abang gua dan Hanafi(adik Anuar).

Gua pula? Heh. Hanya mampu tersenyum riang. "Kalau rambut gua tak terbakar, mesti gua dah jadi jurutera petroleum sekarang," bisik hati kecil gua.

kakicagubernota: Insiden ini benar benar terjadi dan tiada unsur pendustaan.

5 comments:

  1. fuh! kira brani jugak bro lu main petrol..xde kena perambat ke bro? kalau gua, sure masak dikerjain..mau seminggu xbalik rumah..wakakakaka..

    ReplyDelete
  2. ekhsan:
    nasib gua baik.mak bapak gua takde kat umah time tu.hahaha!

    ReplyDelete
  3. gila la xtvt lu bro... siap main api tuh... seb baik rambut je terbakar... kalo ada aset2 penting lain yg terbakar... gua x tau la lu cane skang ni bro..
    tp, papepun.. gua kagum gile ngan xtvt lu.. bleh la gua cadangkan kat anak2 buah gua nanti... hahahah~~~

    ReplyDelete
  4. eina:
    weh!weh!apa kata lu ajar anak buah lu rompak bank,duit pun masyuk beb.hahaha!

    ReplyDelete
  5. gua tunggu entry pasal rompak bank dulu dari lu la... pastu baru gua bleh bg idea kat anak2 buah gua.. entry lu pasal rompak bank hari tu x de cara2.. idea lu kan selalu bernas.. nanti lu bg tips.. pastu gua ajar anak2 buah gua k...

    ReplyDelete