Friday, July 24, 2009

Dia Bernama Anta #8

Ya, kepada anda yang teringin mengetahui awalan cerita ini, maka anda diminta sangat-sangat untuk klik apa apa di bawah ini:
1. Dia Bernama Anta #1
2. Dia Bernama Anta #2
3. Dia Bernama Anta #3
4. Dia Bernama Anta #4
5. Dia Bernama Anta #5
6. Dia Bernama Anta #6
7. Dia Bernama Anta #7

Shah Race Khan kelihatan khusyuk duduk bersimpuh sambil mengira hasil ragutan mereka. Setiap helaian duit rupee itu disusun dalam bilangan sepuluh-sepuluh. Kadangkala matanya sering terjeling-jeling pada susunan helaian duit yang sudah siap dikira. Takut duit rupee itu akan ditiup angin. Al maklumlah, kerja dibuat di bawah jejantas dikala bayu malam meniup sepoi-sepoi bahasa, pasti itu boleh mengganggu kosentrasi kerja Shah Race Khan.

Toyol Pink milik Antanarayan pula sedang sibuk menyonyot ibu jari kaki Antanarayan. Sudah lama dia menyonyot, namun tidak juga dia berjaya mendapatkan hatta setitik pun darah Antanarayan. "Dem!" Bentak Toyol Pink itu akibat geram yang amat. Dia bangkit dari pendudukannya dan terus bermain lompat-lompat sendirian.

"Woi Race," tiba-tiba Antanarayan bersuara.

Mata Shah Race Khan dan Si Toyol Pink terus tertumpu kepada Antanarayan.

"Kau ingat lagi tak pasal benda yang aku cerita kat kau masa aku kat rumah orang kaya bulan lepas?" Sambung Antanarayan.

"Orang kaya? Orang kaya mana pula ni weh?" Shah Race Khan dengan jari jemari ligat mengira duit rupee untuk disusun bertanya acuh tak acuh.

"Ala, orang kaya yang aku pergi skodeng cerita KL Menjerit tu. Kau ingat tak?" Antanarayan cuba mengembalikan memori silam Shah Race Khan.

"Ya, aku ingat. Rumah orang kaya tu. Kenapa?" Shah Race Khan berhenti dari menyusun duit rupee lalu merapati Antanarayan.

"Aku ingat aku nak berhijrah ke Kuala Lumpur la Race. Aku tengok ada peluang cerah untuk aku berjaya jika aku sana," kata Antanarayan serius. Wajahnya menampilkan seperti dia sedang ligat memikirkan sesuatu perkara.

"Kolumpo?!" Jerit Shah Race Khan. Agak kekampungan bunyinya. Tak macam Antanarayan, orang urban.

"Kau nak buat apa kat sana Anta? Ni, kau tak nampak ni, kita dah macam raja sehari dah ni kau nak lagi berhijrah ke Kolumpo. Entah binatang apalah yang ada kat sana sampai kau nak berhijrah." Ujar Shah Race Khan tegas. Hatinya seperti mau meletup kerana agak terkejut dengan tindakan Antanarayan. Mana tidaknya, selama ini pelbagai ranjau onak duri ditempuhi bersama, tapi kini Antanarayan mahu meninggalkan Mumbai dan pergi ke Kuala Lumpur.

"Race, kau kena faham. Kekayaan tak mendatangkan kepuasan bagi aku. Aku ni seorang yang gemarkan cabaran. Jadi aku perlukan cabaran baru. Aku dah biasa dengan selok belok di sini. Jadi aku perlukan suasana yang baru, yang datangkan kepuasan pada aku," jelas Antanarayan sambil tangannya bergerak menunjuk ke sana sini seiring dengan apa yang diperkatakannya.

Shah Race Khan terdiam sejenak. Kuala Lumpur tu bukannya dekat. Entah berapa jam diperlukan untuk ke sana. "Antanarayan ni nak naik apa? Kapal terbang? Sampan? Perahu layar? Ah, tak faham aku apa mamat ni fikirkan. Macam jahanam!" bentak Shah Race Khan dalam hati cuma.

4 comments:

  1. errr... toyol pink tu xde nama manja ke..?? pinky kan.. musti ada nama manja.. ngeee...

    ReplyDelete
  2. lps ni ntah nama sape pulak yg naik kan? hehehe

    ReplyDelete
  3. eina:
    weh,weh.sesedap lu je bagi nama kat toyol rekaan gua ye?tak boleh,tak boleh...

    jibam:
    lu nak masuk sekali tak?

    ReplyDelete
  4. bro..xde pelakon baru ke..mana lu dapat idea toyol pink nie..lu nie pinky btl la..wakakakakaka

    ReplyDelete