Monday, June 22, 2009

Bashir Dan Rokok Pall Mall Light

"Pak Cik, bagi saya rokok Pall Mall Light 14 ye," kata Bashir lembut.

Pak Cik yang berumur lewat 60-an, masih bujang dan memiliki sebuah basikal antik yang mempunyai pelbagai macam aksesori segera bergegas ke rak rokok untuk mencari rokok pilihan Bashir itu. Suasana hening seketika...

"Pall Mall Light 14 habis la dik. 20 adalah." Kata Pak Cik berumur lewat 60-an itu seraya melangkah pergi seperti tidak mahu melayan Bashir.

"Wop, wop," ujaran Bashir menghentikan langkah Pak Cik. "20 pun 20 la Pak Cik. Lagipun saya nak pecahkan duit saya. Biasalah, baru keluar duit gaji. Bolehlah beli yang mahal sikit kan." Bashir memberi penjelasan. Tetapi, Pak Cik itu buat tak tahu saja. Bashir terasa agak kecil hati.

"Nah," dihulurkan rokok itu pada Bashir. Bashir pun berlalu pergi.

"Woi samdol! Duit tak bayar lagi lah! Nak mencurik ke?" Peh! Pedas ayat Pak Cik ni. Semua mata yang ada di kedai Pak Cik memandang ke arah Bashir. Bashir malu. Bashir segan. Bashir tidak berpatah balik, Bashir terus berlari keluar dari kedai. Bashir lari laju. Bashir menangis. Bashir memang sentimental.

"Memanglah aku salah. Tapi tak perlulah cakap macam tu kat aku," bisik hati kecil Bashir. Sesambil itu, Bashir masih meneruskan lariannya. Pak Cik cuba mengejar Bashir menggunakan basikal antiknya.

***

"Ya, ya. Lu tangkap itu babi. Yalah, guna itu busur. Bodo la lu. Wa sutah cakap panyak kali lu tala paham." Marah Ah Seng kepada pekerjanya. Ah Seng ialah tauke kilang khinzir. Ah Seng suka bawa lori. Tapi Ah Seng bukan lori.

Tiba-tiba...

Skreeet! "Oi, gila punya olang!Mau langgar ni! MAU LANGGAR!"

Kebabang!

***

Maka, terbaring kakulah sebuah jasad di atas jalanraya. Darah mula mengalir deras. Orang ramai mula mengerumuni. Kelihatan tidak jauh dari satu, sebuah kotak rokok Pall Mall Light 20 masih belum di buka plastiknya.

"Lain kali bayar, jangan curi," kata Pak Cik lalu mengambil rokok itu dan berlalu pergi. Bashir sudah keras di sana...

15 comments:

  1. adeeehhhh.. gua nk kesian ke... gua nak gelak eh...?? gua rasa cam nak kesian.. tp, dlm masa yg sama, gua rasa nk gelak guling...
    errrmm. kesian.. gelak guling.. kesian.. gelak guling.. kesian.. gelak guling.. (sambil menceraikan kelopak bunga ross..)

    ReplyDelete
  2. eina:
    gua syak lu ni jenis sentimental juga.dalam kata kasarnya,jiwang meleleh leleh.hahaha!

    ReplyDelete
  3. apa kene mengena komen gua yg kesian ngan gelak guling dgn gua jenis sentimental plak ni..?? cam sde kaitan je.. hahaah~~~

    ReplyDelete
  4. eina:
    sebab lu main sama itu dengan bunga ros. bunga2 ros ni kan sinonim dengan sentimental sentimental ni.hahaha!

    ReplyDelete
  5. penuh debgan pengajaran nie..
    tapi gaya penulisan lu memang best bro..
    sure imaginasi lu tinggi nie..haha..

    ReplyDelete
  6. ekhsan:
    gua saspek sebab gua dapat markah tinggi dalam subjek b.m tu yang gua boleh tulis macam ni.hahaha!

    ReplyDelete
  7. owhh... baru gua tau bunga ros tu sinonim ngan sentimental... tp, gua x suka bunga2 ni.. sbb tu gua ceraikan kelopak dia.. hahaha~~

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. eina:
    cerai2 kelopak bunga ni selalunya ada kaitan ngan frust menonggeng...lu ada kene mengena tak?

    ReplyDelete
  10. errr... errrr... emmm... errmmm... huhuhuhu~~~~ soklan menusuk kalbu sungguh...

    ReplyDelete
  11. eina:
    hmm...gua memang dah syak lu berat ke situ...

    ReplyDelete
  12. lu bley keje dgn dato modh othman yussof nih bro..

    ReplyDelete
  13. kimmy:
    bukan ke itu ahli politik beb?gua dah mula nak jadi sasau dah ni.gua tak suka politik2 ni...

    ReplyDelete
  14. dato mohd othman yusoff tu kan CEO majalah Ujang..lu leh ler apply jd penulis kt situ..muahahahaha..ada cara beb..penulisan lu nih..

    ReplyDelete
  15. kimmy:
    ow,baru gua tau...
    dah refresh memori baru ingat...
    bukan gua taknak apply beb...
    tapi ujang beliau yang taknak panggil gua...
    gua kan selebriti,tunggu orang offer la...
    hahaha!

    ReplyDelete